Saturday, January 17, 2015

Saigon Zoo & Botanical Gardens - 14/12/14 (Day 5) #1.

     Ni sambungan pergi Vietnam bulan lepas. Nak cerita pun tak ingat dah. So, apa kata aku belanja gambar je lah ea:)
     Macam biasa, kami naik Vinasun taxi (yang besar) untuk bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Driver taxi drop kitorang betul-betul depan pintu zoo. Ramai betul orang yang datang berkunjung ke zoo masa tu. Tengok sume mata sepet. Dari cara cakap macam Viatnamese lah.
Entrance tiket :-
Dewasa : VND 30.000
Kanak-kanak : VND 20.000
Then, dapat pamplet ada peta macam dalam gambar kiri-atas.

Kami naik tram sebab tak larat nak jelajah. Bayaran tram :-
Dewasa : VND 15.000
Kanak-kanak : VND 10.000
Yang tak bestnya, dorang ni sama macam rakyat kita yang suka merempuh masa nak naik tram tu. Aku hadang je cepat-cepat takut anak aku kena langgar.

Pemandangan luar biasa dari Malaysia - Kawasan berumput dipenuhi dengan orang ramai yang berehat bersama keluarga & rakan sebaya. Ramai juga yang siap bentang tikar seolah-olah ber'picnic'.

Ajik ni pemalu - cuba u olzzz tengok cara dia bawak kete. Ada nampak muka dia? Hehehe..
Lepas tu Ajik main kereta ala-ala go-kart ni pulak. Bayaran ialah VND 20.000 - lama juga dapat main. Entah berapa kali pusing aku tak kira pulak. Abe tak berani naik kereta ni.

Dalam zoo tu jugak ada kolam & permainan yang macam selalu kita jumpa kat fun-fair. Tapi, mungkin malam baru beroperasi kot.

Overall, aku kira 'worth it' jalan-jalan dalam zoo ni. 

    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.
Restoran Hjh Basiroh (Day 4) #3.

18 comments:

  1. Wah, bestnye :) Lagi2 spend time dengan family...lagi berbaloi :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik plk kat situ...SA x sampai ke situ pun masa pi xde dalam agenda...next time boleh la pi....

    ReplyDelete
  3. saya tak sempat ke zoo hari tu...tapi kalau ada kanak2 baik juga ke sana.

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa dia main kereta tuu :D

    ReplyDelete
  5. cantik juga zoo kat Vietnam ni. Orang Asia Tenggara memang suka rebut rebut. Bukan naik tram je. naik apa pun berebut. haha

    ReplyDelete
  6. nape ajik tunduk je bawak kereta..nanti terlanggar orang depan..hehe

    ReplyDelete
  7. budak-budak lagi enjoy kan tempat macam ni :)

    ReplyDelete
  8. bestnya..sempat lagi jalan2 di zoo sana ya..hihi.. :)

    ReplyDelete
  9. uuuish rare tu ada swimming pool skali. CT rasa kat vetnam tu macam lagi ganaz aje orangnya. orang kita rempuh2 pun still ade jugak la 5/10 percent adabnya.. heehe

    ReplyDelete
  10. wah bestnya.. dapat jugak kita merasai kelainan suasana dari negara sendiri.. pemalu betul laa ajik tuh..

    ReplyDelete
  11. dalam zoo pun ada 'game' ala ala go cart eh..caik gak mana si Ajik yg cute tu sbb gambar kecik :-)

    ReplyDelete
  12. Kecik benor gambor... Tak nampak...

    ReplyDelete
  13. Ajik pemalu tapi nak bawak kete. Abe tak berani terus. Hehe. Hero kena berani :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~