Friday, January 23, 2015

10 cerita hadis pilihan.

Salam Jumaat semua.
Aku tau ramai yang suka story-mory buku cerita kat anak kan? Aku ni je yang baru nak belajar2 buat camtu. So, aku just nak share 1 buku yang best ni yang aku baru rembat dari Popular, AEON S2 last Sunday. Mana tau ada yang interested.

Details:-
Tajuk buku: Mari Kenali 10 Cerita Hadis Pilihan.
Jumlah mukasurat: 324.
Diterbitkan oleh: Darul Mughni.
Diedarkan oleh: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
BUY ONLINE : www.edukidbooks.com
Harga: RM29.90.
Ahad, 18/1/2015 @ AEON Seremban 2.
Dah kenapa beratur kat cermin Popular tu?
Ohh..dok usha patung kambing Hari Raya Cina.
Minat sangat..
Karang balik mama beli sekor kambing bawak balik, nak?
Kanan atas: 10 Kandungan buku - berdasarkan setiap hadis.
Kiri atas: Abe tengah breakfast untuk pi sekolah.
Bawah: Masih khusyuk tengok buku walaupun dah nak kena masuk kelas pukul 7.15pg.



Senarai Kandungan Hadis:
1. Senyum itu 1 sedekah.
2. Jika kamu menyayangi saudara lelaki & perempuan kamu, seharusnya kamu memberitahu mereka.
3. Manusia yang kuat bukanlah yang hebat beradu tenaga, tetapi yang dapat mengawal kemarahannya.
4. Allah sayang akan mereka yang memberi pertolongan.
5. Berilah hadiah kerana ini dapat mencambahkan lagi kasih-sayang.
6. Ziarahi orang yang sakit.
7. Jika kamu bersabar dengan perkara yang kamu tidak sukai, kamu akan memperoleh perkara yang kamu sukai.
8. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
9. Allah Maha Bersih & Dia mencintai kebersihan.
10.Kejujuran membawa kepada kebaikan.
 
Buku ni sampai buat anak2 & mama jatuh hati sebab:-
 ~ Cerita tak heavy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
~ Penceritaan bergambar pada setiap helaian mukasurat - mudahkan pemahaman anak-anak.
~ Ada unsur-unsur Islam. **Banyak sebut tentang Nabi Muhammad SAW.
~ Banyak nilai2 murni yang diterapkan yang bagus untuk pembentukan sahsiah anak-anak.

33 comments:

  1. bagus buku buku macam ni untuk anak anak :D

    ReplyDelete
  2. bagus utk bdk2 ni..ada gmbar plk..menarik minat mereka lah

    ReplyDelete
  3. Baguih jugak buku ni..nasib doc share..nk beli jugak la..hehe..kandungan no 3 tu bagus, boleh buat pedoman untuk yg cepat marah..nice sharing la doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ein pun berminat nampaknya.
      Moga ketemu.

      Delete
    2. Amboi,sempat lagi Abe tu,...aritu akak selak2 kat popular. Colourful. Illustrations pun cantik. Kiut-kiut :)

      Delete
  4. Replies
    1. Memang syiok sangat Syira.
      Jalan ceritanya mudah.

      Delete
  5. ohh. bagus ni ajar anak2 kenal nabi dan kisah2 islam sejak kecil. saya masa kecik2 dulu pun selalu baca... tapi bila besar ni cm jarang dah! walaupun buku yg dibeli tu berlambak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ajim. Saya pun lepas tamat skolah dah banyak tertinggal ilmu2 macam ni.

      Delete
  6. bagus juga penedahan membaca pada kanak-kanak. Supaya mereka minat membaca

    ReplyDelete
  7. Isi kandungan yang baik untuk dibaca oleh kanak-kanak

    ReplyDelete
  8. bagus buku macam nih.. hari tuh ada nampak kat kedai buku ala2 buku macam nih.. tak rembat pun.. nanti nak rembat laa satu ke dua..

    ReplyDelete
  9. bagus buku hadis2 ni...banyak gambar kaler2 kann? bukan anak2 je suka ni, mak budak pun leh menumpang sekali hehe
    nnti nak pi cari kt popular..thx sharing, Dr Syikin :)

    ReplyDelete
  10. bagus buku2 macam ni kan..dengan gambar yang warna-warni menarik minat anak2 untuk membaca..

    ReplyDelete
  11. bagus buku ni.. Nak hadiahkan kat anak buah lah.. dia suka sangat request buku komik(padahal tak pandai baca komik pun, tgk gambar je lebih).

    ReplyDelete
  12. buku macam ni, jangan kata anak-anak, orang dewasa pun suka baca

    ReplyDelete
  13. Mnarik ni sesuai juga utk org dewasa

    ReplyDelete
  14. Sangat bagus kanak kanak di dedahkan dgn hadis Rasulullah katanya petua utk lembutkan hati mereka

    ReplyDelete
  15. Seronok baca kisah2 nabi kita :)

    ReplyDelete
  16. Bagus buku2 camni utk anak2 kita Syikin..

    ReplyDelete
  17. Dapat jugak diaorang belajar ttg hadis dan jalan cerita yng mudah utk diaorang faham..

    ReplyDelete
  18. Dulu masa sekolah suka baca kisah kisah nabi ni.. Seronok

    ReplyDelete
  19. memang yang terbaik untuk anak-anak kita

    ReplyDelete
  20. memg bagusla...org dewasa baca pn mest menarik.xdelah baru sehelai baca dh tersengguk..hehe

    ReplyDelete
  21. yes..senyum itu sedekah dan awek muda heee

    ReplyDelete
  22. bagus ni..mesti kena cari nnt kat anak2 yg semakin membesar

    ReplyDelete
  23. Bagus buku camni utk kanak2. Takdela asyik frozen je. Haha. Iri sempat lg nomnom kt depan popular ye :)

    ReplyDelete
  24. ummi baru baca buku tersebut di perpustakaan bersama anak-anak. Seronok mereka.:P
    anak kita

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~