Monday, December 8, 2014

Was blamed.

Autopublish entry
Jumaat, 5/12/14

     Pernah tak korang dipersalahkan? Atau dipersoalkan atas hal yang bukan salah korang? So, apa response korang? Macamana pulak kalau sebenarnye korang kena marah sebab memang korang sendiri yang salah? Korang ada rasa bersalah tak? Mengaku tak kesalahan korang?
     Sepanjang aku berkhidmat as MO since 2009 (Aku start keje as HO Aug/2007) memang tak pernah aku 'takut' atau 'gentar' dengan patient. Tak kiralah kuang ajo macamanepun patient tu. Tapi, harini aku 'tewas'. Juga....takut lepas patient's husband persoalkan management aku. FIRST TIME AKU DIMARAH SEBAB SILAP AKU SENDIRI. Silap apa? Marah apa? Well, actually patient tu melenting sebab wife die dah seminggu sesak nafas. Geram ni! Geram dengan doktor sebelum ni! Sebab doktor dekat kecemasan tu just ambik darah FBC & treat patient as anaemia je (Rujuk SINI) . CXR (X-Ray dada) dia x buat, padahal bila aku check paru-paru dia memang tak normal.
    Malam tadi, patient ni jumpa doktor klinik kesihatan masa extended hours (klinik ni buka 5-9pm), lepas check paru-paru & dapati kaki bengkak air so dia treat patient as Heart Failure (Walaubagaimanapun, ni bukan tahap emergency). Dia bagi ubat & minta patient datang klinik aku hari ni sebab patient ni memang patient kencing manis & darah tinggi kat sini. Dalam surat rujukan tu, dia mintak kitorang arrange for ECHO (scan jantung) appointment dari HTJS. Salah aku sebab aku tak perasan perkataan Echo tu. Actually memang takde hal sangat silap aku tu, sebab ECHO appointment pun memang dapat lambat - makan masa sebulan atau lebih. Silap aku... sebab tak terangkan kat patient pasal procedure ECHO tu. 
     Sebelum buat appointment tu, wajiblah jugak aku buat XRay. Guess apa aku dapat after saw the X-Ray?
- Pneumonia (Rujuk SINI.)
- Pleural effusion both sides (Rujuk SINI.)
- Heart failure.
     Sebelum beredar, suami dia mintak maaf dengan aku sebab bersikap kasar. And for the first time in life as MO aku cakap, ' Tak ape, memang patut pun tindakan encik tu:)'. Sebab aku tau dia dah fed-up disuruh appointment sana-sini oleh doktor2 yang check wife dia, padahal wife dia perlukan rawatan segera. Sobss..

38 comments:

  1. Setiap manusia melakukan kesilapan Dr..
    For the next time ..be careful. Sbb melibatkan nyawa dan emosi.

    ReplyDelete
  2. sometimes doktor pun terlajak gak kan... ada nak cepat etc... sha pernah pi klinik untuk check bintil2 berair kat private part... dah la pi check asyik doc. lelaki je... lepas tu just bagi paracetamol & antibiotic... last2 pergi specialist... terbang gak arr rm300, dia cuci haritu jugak... haritu gak bintil2 tu kering... dia kata nasib baik cepat kalau tak akan merebak sampai dalam....

    eh tercerita pengalaman plak :D sowi sowi

    ReplyDelete
  3. It's OK, Shikin. Jangan down sangat. Alhamdulillah,penyakit patient masih dapat dikesan so bolehlah dia dapatkan rawatan yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. Tidak jatuh martabat, kalau kita mengaku bila kita berbuat silap, kan? :)

    ReplyDelete
  5. Ye lah kan...bila orang-orang terdekat kita sakit...emosi pun terlebih sensitif...berat bahu memandang...berat lagi bahu memikul..

    Apa pun...selamat bekerja Doktor Shikin

    ReplyDelete
  6. asam garam dalam bekerja, yang penting benda tu dah clear.. 2 2 pihak rasa lega.. :)

    ReplyDelete
  7. sabar.. manusia mmg tak lepas dr buat silap..

    ReplyDelete
  8. Manusia tidak lari dari melakukan kesalahan.. lepas nih shikin kena lebih teliti ya.. takut perkara yang sama berulang kembali..

    ReplyDelete
  9. manusia biasa macam kita ni x lepas dari melakukan kesilapan..tapi, kita belajar sesuatu dari kesilapan tu kan..:)

    ReplyDelete
  10. besar tanggujawab doctor ni sis... sis dah bg terbaik... hope pasni sis lagi kuat. nasib baik mintak maaf semula... ihihih...

    ReplyDelete
  11. manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan

    ReplyDelete
  12. alahai..such a humble move..sabar ye puan dokter..semoga urusan patient tu dpermudahkan..

    ReplyDelete
  13. manusia tak lari dari kesilapan
    mujur tak salah diagnose aje...hehe
    hopefully patient tu dah stabil

    ReplyDelete
  14. pengalaman kan guru paling berkesan.. insyallah lepas ni baik baik saja..

    ReplyDelete
  15. Doktor juga manusia, mesin yg diprogram untuk buat kerja pun kadang-kadang buat silap, ini lagi manusia yg punya jiwa. Husband dia termarah tu kerana dia juga tertekan, kerana dia juga seperti doktor adalah manusia biasa....

    ReplyDelete
  16. biasala tu, manusia tak lari dari buat kesilapan. hehe ^_^

    ReplyDelete
  17. pernah kena sekali dipersalahkan tapi sakitnya ialah saya terlupa siapakah yg memula memberi arahan sehingga saya melakukan kesilapan tu... berbulan kemudian baru ingat dan saya buang dia terus dari jadi kawan sebab masih ingat kejadian malam tu bila dipersalahkan, dia buat2 tak nampak dan berlalu...

    ReplyDelete
  18. Kalau saya jadi akak pun, saya rela dimarahi sebab terlepas pandang. stress laki dia. dengan wife tersemput2 lagi. takpe kak. you handed it well.

    ReplyDelete
  19. biasalah doc..sesapa pon akan mrh kalo kena lempar sana sini..sy pon pnh kena so sy phm situasi si suami tu.tp ni bkn nak slhkan dr shikin lah..xpe, jdikan sbgi pengalaman :)

    ReplyDelete
  20. Agaknya macamana bunyi paru paru kalau tak normal yer Nazeck?....
    Mmg takut weyh kalau dituduh.....kalau betul mengaku ajelah, lepas tu cuba cari penyelesaian, nak buat camne benfa dah berlakukan....

    ReplyDelete
  21. Itulah namanya cabaran dan dugaan...

    ReplyDelete
  22. sipbaik jugak last2 dia mntak maaf. cool down jugakla sikit.

    ReplyDelete
  23. x pe..kita kan manusia biasa..mmg x lari dari buat salah..itu semua pengalaman...tapi kalau kita x buat salah then kena marah2 mmg akan melenting jugak

    ReplyDelete
  24. Cabaran dan dugaan ..Cabaran buat Shikin dan dugaan untuk si suami tu ..Ya la macam2 hal berlaku dia pon naik pening jugak asyik oppoinment jer padahal wife dia tu mmg kena rawat dgn kadar segera..Siapa yg tak sayang isteri kan ..

    ReplyDelete
  25. manusia tak lepas dri membuat kesilapan..huu tak pa la..

    ReplyDelete
  26. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  27. setaip hari pasti ada cabaran yang baru untuk ditempuhi. hadapi dengan senyuman

    ReplyDelete
  28. semoga dipermudahkan urusan akak, amin..
    ujian tu tanda Allah sayang dekat kita.. kak akak kan..

    ReplyDelete
  29. suka dgn suami camni . sabar dia bwk isteri ke hulu ke hilir utk dptn rawatan dan perasan kesilapan dr ...

    ReplyDelete
  30. semoga akak terus menjalankan tugas dengan baik.. takut bila melibatkan keadaan kesihatan individu ni kan..

    ReplyDelete
  31. nobody perfect dr.. jangan down ye.. husband patient mesti bengang sebab doktor seblum cakap gitu gini.. teruskan khidmat pada masyarakat :)

    ReplyDelete
  32. Doc memang berani mengaku kesalahan sendiri..salute doc.
    Sesiapa pun mesti marah bila ditendang macam bola. Nasib baik dapat detect cepat sakit puan t.

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~