Sunday, May 15, 2016

Hadiah Hari Guru.

9.00pg.
Kat kampung :

Puas fikir hadiah apa nak bagi kat cikgu sekolah & tadika anak. At last dapat idea dari PT kat klinik. Dorang beli tapwe & cawan kat kedai RM2. Pastu beli wrapper plastik bercorak & print ucapan kat kertas warna. Simple kan?

Aku malas nak redah pekan pi kedai RM2 - susah dpt parking. So, aku pi supermarket dekat umah je & beli fancy cup & plate macam kat bawah ni.
 Bajet:
- Plate (biru) RM2.90 x6
- Cawan fancy (3pc/set) RM2.20 x17set
- Wrapper RM0.90 x4
- Ribbon polka dot RM3.90
- Lain-lain: Selotape, double-sided tape.
Cetak kad ucapan kecil.
So, ini hasilnya.
Nampak mudah kan? Tapi aku ambik masa yang agak lama juga untuk siapkan sebab cam remeh jugak nak buat.
Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu & beramal soleh. Semoga kalian kekal tabah dalam tugas di zaman yang semakin mencabar ini. Segala jerit-perih yang guru sekalian harungi biarlah Allah yang membalasnya kelak.

~ Printer HP Deskjet F4280
~ For the becoming Teacher's Day

Friday, May 13, 2016

Restoran D' Pantai.

6.00 petang:
Balik dari kerja.
Selesai mandikan & siapkan anak-anak.
* Hasil pertolongan abam sado - dia balik Semenanjung 3 hari je tu pun kerana urusan kerja. So,we decided manfaatkan this precious time with our beloved boys.

Destinasi:
Restoran D' Pantai
- Lebihkurang 2KM ke kiri dari Exit LEKAS (EXIT 2106 - Ampangan/Seremban/Jelebu)
- Kalau ke kanan -> ke arah Ampangan & Seremban.
- Kalau ke kiri -> ke arah Jelebu (u olzzz ikut arah ni !)

Bertahun berulang-alik ikut jalan ni but this is our first opportunity to drop by here. Very nice place - tenang & sejuk mata memandang eventhough situated by the main roadside. Tapi, banyak nyamuk tau sebab kan kawasannya ada banyak pokok-pokok. So, better korang guna Insect Repellent like patch, etc untuk elakkan anak korang dari insect bite especially the mosquitoes.

Nak share gambar lokasi:

Pintu Masuk.
Tulisan D' Pantai tak clear kerana faktor pencahayaan.
* Maaf ada gangguan kereta biru.

Sape nak makan bersila ke bersimpuh ke boleh pilih gazebo.
- Gazebo ni besar & selesa.
- Meja makan yang disediakan pun besar.
- Ada kipas, so tak panas.

Anak2 aku le tu. Sila abaikan gelagat budak2 lasak ni. Hehe..

Abang-abang boleh memanjat.
Takkan adik tak boleh, kan? Hehe.
Sabau jelah. Kalau jatuh bangun sendiri ye (Dah siap pesan awal2
- anak doktor & army kan..so pepandai jaga diri & treat diri sendiri ;D
Kitorang pesan food yang biasa-biasa je : Nasi putih, sup daging, ayam paprik, kailan ikan masin, telur dadar, nasi goreng ayam. Air - milo aisx2, nescafe ais x1, laici x1, limau ais x1, plain water x1.
Best ke tak, tu subjektif sebab tekak lain-lain. Tapi, kalau ikut aku S.E.D.A.P. nom..nom..nom..And harga pun memang berpatutan. Asben just bayar RM38. Memang aku suggest korang datang sini tau.

Me, hubby & the boys.
K bye.

Monday, May 9, 2016

IKEA Damansara.

Ni first time tau aku gi IKEA. Sedih kan dengar? Tu pun ikut family adik, Alang Dewi & Syaffiq. Actually kitorang ni baru balik dari menghantar rombongan pengantin ke Changlun, Kedah.

Parking Fee / Bayaran Parking
yang kitorang kene charged:
Tempoh: 2hari 5jam 24min
 Amount - RM106.60
GST - Ram6.40
Jumlah = RM113.00

Turun je flight, ambik kete kat parking KLIA 2..straight pi IKEA. Teruja sangat pi sana rasa cam xmo balik dah. Semua barang kelengkapan rumah yang ohsem sangat..aku bagi 10*. Rasa cam nak tukar balik sume perabot dalam rumah ikut tema yang IKEA buat.

Kalau ikutkan hati, byk gile benda nak beli. Tapi disebabkan but kereta adik ipar aku dah full dengan luggage kitorang aku batalkan je niat tu. Next time, nak tunggu abang sado aku balik Semenanjung ni boleh die hangkutkan barang2 soping. Kene bawak MPV (Kalau ada 4x4 lagi bagus). And, yang penting jangan bawak 'askar2 kenit' sebab dorang tak larat nak 'menjelajah' 1 IKEA ni macam mama dorang.

So, semalam sempat 'grab' yang ni je..
1. Quilt 200x200cm - RM49.90
2. Set Cadar Nattljus -  RM79.90
- Sarung quilt x1 (200x200cm)
- Sarung bantal x4 (50x80cm)
- 100% cotton
3. Set Cadar Angsskara - RM49.90
- description sama di atas.
Selimut brand Polarvide.
130x170cm.
Aku plan nak beli tanah dekat kampung & buat rumah sendiri tapi buat loan lah. Cash memang ciput. Rumah dok sekarang nak buat Homestay kot..Insyaallah. Tengah terbayang2 kalaulah rumah aku macam design kat IKEA niiii...Alangkah bestnye kan?