Tuesday, January 27, 2015

My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin.

INI ADALAH ENTRI DUPLICATE
- SEBAB AS U OLZZZ KNoW, ENTRI SEBELUM ni AKU DAH TERDELETE TANPA SENGAJA. Boleh refer SINI.
**KORANG, MINTAK MAAF SANGAT2. PLEASE CHECK NAMA BETUL2 TAU. SEBAB AKU RISAU SANGAT KALAU ADA YANG TERCICIR :(
SYARAT-SYARAT :
- Follow blog aku.
Nyatakan follower ke berapa bagi
New Follower.
- Buat 1 entri + tepek banner & backlinkkan ke entri ni.
- Tag seorang blogger yang tiada dalam mana-mana bloglist aku. 
Make sure dia tau ea :)
- Tinggalkan URL entri kat comment box.
- Tamat bila-bila masa 11.59mlm, 26/1/2015
- Pemenang dipilih secara random.org

PENGUNGUMAN PEMENANG:

Suit cover x1 - No.38

Washing bag x10
- No. 2,6,7,20,24,25,27,35,56,60

Shiseido face mask hitam x 4pemenang
- No. 37,51,57,59

** Tahniah pada yang bertuah :)
Diharap dapat bagi Nama, Full Address, No. Penyertaan
di bahagian KOMEN entri ini.
(Alamat akan di DELETE lepas dibaca)

TARIKH TUNTUTAN HADIAH :
Sebelum 12/2/2015
TARIKH POS HADIAH :
13/2/2015

SENARAI PESERTA :

Infertility /Ketidaksuburan.

1 young lady datang petang tadi mengadu masalah keputihan yang serius jugaklah. Aku diagnosed dia as Vaginal Candidiasis & bagi treatment Clotrimazole pessary (ubat yang masuk dalam tu). Yang belum kawen...takyah pahamkan lagi pun takpe k. Tapi, kalau aku sendiri prefer beli C. Fluconazole 150mg sekali makan sebiji je - response cepat, tapi ubat ni not available kat KK.

Lepas tu aku mintak dia pergi Farmasi & lepas tu bolehlah balik.

Tapi, rupenye ada soklan yang bersarang kat fikiran dia. Malu betul dia nak tanya kat aku. Baguslah ada perasaan malu berbanding orang belum kawin yang x reti malu kalau datang dengan boipren masuk bilik aku, memang aku halau tunggu la ko kat luar.

Pn. S: Dr, suami saya suruh tanya..kalau masalah keputihan saya ni boleh jadikan saya tak boleh mengandung ke?
Aku: Ermmm..tak lah. Vaginal Candidiasis ni cuma infection biasa je. Tak sebabkan kemandulan.

Seterusnya...

Aku: Dah berapa lama kahwin?
Pn. S: Setahun, Dr.

Aku: Okey, awal lagi. Cuba lagi ye. Selalunya ada banyak faktor lain yang mesti diambil kira. Contohnya:-
- Suami perokok.
- Kekerapan bersama suami.
- Teknik (tak boleh cerita lelebih kat sini)
- Penggunaan barrier method (cth condom)
- Stress.
- Hormon imbalance.
- Penyakit2 tertentu, dll.
Pn. S: Ermmm..terima kasih,Dr. Tapi saya malu lah dengan suami.
Aku: Sebenarnya ramai je yang alami masalah macam ni. Masalah macam ni juga ada kaitan dengan hygiene. So, boleh pesan kat suami for proper hygiene juga during SI (sexual intercourse).

Lepas tu...

Pn. S: Tapi Dr, saya malulah ramai yang asik tanya bila nak ada anak.
Aku: Macam ni lah, awak.. Selagi manusia tu ada mulut, selagi tu dia takkan berenti bercakap. Melainkan mulut dia tu kita plasterkan. Bila belum kawen, asik tanya bila nak naik pelamin. Bila dah kawin, asik tanya bila nk dapat anak. Bila dah ada sorang anak, asik tanya pulak bila nak tambah lagi. Soklan tu takkan pernah habis. Buat taktau je,k. Think positive ok:) Okey, kalau dah 2 years still tak pregnant jugak..datang semula kita buat workout k.

Sunday, January 25, 2015

Lawak Medical.

Aku: Encik sakit apa?
En. N: Sebakeosis
Aku: Sorry....sakit ape tadi?
En. N: Seba..keosis
Aku: Ermmm...tak pernah dengar nama penyakit tu.
En. N: Aaa...ada surat dari Dr hospital, Dr.

Sambil baca surat:-
Aku: Laa...sebaceous cyst. Kan senang kalau awal2 tadi terus tunjuk surat :D

Cara sebutan..
Sebaceous cyst -> Sebashes sis.

Hari Botak Sedunia.

Kedai Gunting Rambut 
Megaway, Sikamat 
Seremban.

Aktiviti hujung minggu..
(Yang sekian lama tertangguh).
Aku selalu akan bukak baju anak siap-siap
so that takdelah rambut melekat kat baju.
Kalau si baby selalunya tinggal pampers je.
Jenuh tau kalau nak hilangkan rambut yang melekat kat baju.
Abe - potong no.3
Ajik & Iri - potong no.2
Potong rambut budak RM7

Siap dah....
Moh balik ghumah..
Jangan muntah ea sebab jumpa 'hantu selfie'.
#oppsss sangat pucat tanpa eyeliner.

Celebrate birthday @ TCRS, Seremban Prima.

14 Jan 1983 2015.
The Chicken Rice Shop.
Seremban Prima.

Great moments together.
Will show you once u grown up.

Seremban Prima - front view.
Lokasi menghadap Stesen Keretapi/Komuter Seremban.
Parking sini boleh guna Touch & Go.
* Kalau AEON Seremban 2 - takde Touch & Go.

Photographer - Adam hadif a.k.a Abe.
Pijamas kelabu - Abe.
Pijamas merah - Ajik.

Thanx for the Birthday wishes:)
Thanx HSB buat greetings ni kat akak:)
Related topic:

Saturday, January 24, 2015

Lori bakso Indonesia.

      Dalam sebulan ada lah beberapa kali van lori bakso ni lalu depan umah mak. Dia lalu waktu malam. Kalau boleh nak elakkan makan tengah malam. Bukan takut badan naik. Takut kolesterol yang naik. And takut juga lama-lama boleh kena kencing manis. Ni betul ye korang, bukan omongan kosong. Better dinner awal - before 8pm. And avoid supper tak penting pun.
Apa adik aku order tu?
Adik order ...but actually atas arahan kakak. Hehe.
4 mangkuk polisterene bakso & 2 cawan jagung manis.
Total = Rm21
Ada 4 biji bebola daging dalam mangkuk.

Sakit tumit kaki ~ Osteophyte.

     Pernah dengar tak orang tua-tua selalu mengadu sakit tumit? Kadang-kadang bukan orang tua je. Ikut pengalaman aku, ramai yang umur 40tahun ke atas juga akan alami simptom sakit tumit ni. Selalunya dorang akan alami sakit ni pada awal pagi - sebab masa tu kaki baru nak pijak kat lantai selepas rehat yang panjang (tido). Memang kadangkala ada yang terpaksa jalan berjengket-jengket.

So, selalunya apa doktor diagnose?
- Diagnosis yang selalu dibuat adalah heel spur /calcaneal spur.
- Di mana, ada 'tulang extra' yang tumbuh (osteophyte). Sukar nak explain, tapi itulah explaination paling mudah aku boleh buat.

Macamana spur ni terjadi?
- Bila tulang tumit  terdedah pada stress berterusan, calcium bertindakbalas untuk 'deposit/ menimbun' kat bahagian tumit. Tindakbalas ni mengambil masa beberapa bulan untuk terjadi (bukan dalam masa 2-3 hari).
** Young lady -> please avoid wearing high-heels sebab ni akan tambah stress pada tumit. Masa muda takkan rasa sakit tumit lagi. Bila dah tua nanti akan mula dapat spur.

X-Ray kaki yang normal (lateral view).
Ni X-Ray 1st patient aku.
Aku buat X-Ray ni sebab patient risau ada fracture. 

X-Ray kaki yang ada spur /osteophyte.
Ni X-Ray 2nd patient yang memang aku expect ada spur. 


Take Home Message:

- XRay adalah tidak digalakkan melainkan jika doktor merasakan perlu kerana radiasi berterusan merupakan risiko mendapat kanser.

- Kebanyakkan pesakit yang mengalami sakit tumit didapati mempunyai heel spur/calcaneal spur.

- Kebanyakkan kes patah/fracture boleh di kesan oleh doktor yang berpengalaman walaupun tanpa melakukan X-Ray.
-> Doktor hanya akan lakukan X-ray jika suspek ada fracture sebab nak identify bahagian tulang yang patah. Ini penting untuk menentukan management selanjutnya.
-> Kalau doktor dah cakap tak perlu X-Ray tu, 99.9% selalunya memang bukan kes patah - just STI (soft tissue injury)

- Simptom & tanda yang otot koyak -> significant (ketara) swelling & pain. Kalau kene kat kaki, memang sampai tak boleh berjalan lah.

- X-Ray hanya boleh tunjukkan tulang. Bukan otot /ligamen.

Dinner with my boys #2.

Friday, 9/1/2015....After Maghrib.
Mama & 3 Adams.
At AEON, S2.

Sian kat budak-budak ni - dok termenung dalam rumah sepanjang minggu, tak keluar. Ermmm...memang tak boleh lepas pun sebab suka lari sana-sini kat jalan. Walaupun jalan depan rumah mak sempit, tapi kereta yang lalu-lalang memang laju-laju tau.

So, malam ni kita outing k :)
Adam Ziqri a.k.a Iri @ 1year 8months.
Found way nak bagi dia senyap....
Letak 1 cawan air / 1 piring makanan depan dia
and let him minum/ makan sendiri.
Dah 3x trial memang menjadi.
Walaupun comot, aku dapat menjamu selera dengan tenang.
'Si Kembar' - ni semua orang yang terserempak dengan kitorang kata (tak kira umur & bangsa).
Kiri - Adam Haziq a.k.a Ajik @ 4years.
Kanan - Adam Hadif a.k.a Abe @ 6years.

 
Menu :
Mama - Caribbean style fish fillet.
Abe & Ajik - Share prawn macaroni with cheese.
* Save bajet :D. Tu pun half tak habis.
Iri - semua dia makan. Suap je.
Yogurt drinks - strawberry & orange.


Ambik gambar je ye..takmo bawak balik.
Bear ni kedai punya.
Related Topics:
Dinner with my boys #2.
Belanja mak makan.
Wadihana Foody's Food Galore ~ Bangi Gateway.

Giveaway King Sany Burger.

Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua...
King Sany Burger telah beroperasi di ipoh sejak dari tahun 2006. 
Sejak dari itu ianya terus berkembang maju dengan penambahan menu bagi memantapkan lagi perniagaan beliau. 
Di antara menu yang top :
Burger king
Burger kambing
Burger ikan
Burger ayam
Burger daging.

Lokasi

Lokasi utama perniagaan adalah di Jalan besar
Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak
( Berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan
Pegoh)


Koordinat : 4.532233, 101.069841

Link Google Map

( rujuk peta )

Beliau turut menyediakan servis delivery ke rumah sekitar pengkalan pegoh, ipoh kepada pelanggan nya. Bagi yang berminat untuk
membuat tempahan burger, bolehlah hubungi beliau seperti tertera di bawah
ini.
Call/Whatsapp : Sany 019
544 1909

Sehubungan dengan itu,
dengan usahasama dengan blog MyCherita. Pihak beliau telah sudi menawarkan
hadiah sempena pelancaran Menu Baru Produk keluaran King Sany Burger Burger Super King untuk tahun
2015 bagi segmen giveaway MyCherita



Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Segmen Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh Segmen: 15 Jan - 27 Jan 2015 [23:59PM]

Hadiah:

T Shirt Exklusif dari King Sany Burger x 5
MUG
Exklusif King Sany Burger
x10
PEN Exklusif King
Sany Burge
r x10
Voucher
Burger dari King Sany Burger
x10
Topup RM10 x 3

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris.

Assalamualaikum~
(Klik banner di atas untuk join)

facebook link : Nazeck Zenal.
instagram id :Tiada

Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!!

GA Simple 2015 by Shad.

Jom support sesama blogger.

Klik Banner untuk Join


Hadiah:

Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang

Top-up RM5 x10 Pemenang

Hadiah Misteri x10 Pemenang


Pemilihan pemenang - random.org

Tarikh  : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)

Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015



=======================

Ads

Program Mykad Smart Shopper
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya.
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.
Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

Giveaway Preloved Books.

Jom support sesama blogger :)
http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Sorry saya takde Twitter & Instagram.

Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :

 

Pemenang :

1 Top Referral :  4x buah buku

Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)

TAMAT 1 FEBRUARI 2015

Mini Giveaway by Syira Lokman.

Jom support sesama blogger:)
http://3.bp.blogspot.com/-EAuPpZCXrTo/VLaAbsiupMI/AAAAAAAAEts/lB20PmBvMjA/s1600/ga%2Bjan%2B2015.jpg
Klik SINI untuk join.

Sorry xde Twitter & Instagram.

Mini Giveaway By azhafizah.com

Klik SINI untuk join.

Dah lama follow Blog Azhafizah :)
Sorry saya takde Twitter & Instagram.

Tarikh Tamat : 30 Januari 2015
Pemilihan pemenang : random.org
Hadiah : 20 sample Nurraysa Beauty Soap x 20 pemenang.

Friday, January 23, 2015

Maybelline.

8mlm, 22/1/2015
Rumah Mak Cik
Aku, mak, ayah & anak-anak pi rumah makcik kat Taman Desa Orkid, Senawang sebab melawat Pak Su yang tak sihat.

Tiba-tiba, buka backpack ..
(Sekarang dah tak pakai handbag pi kerja - tukar selera).
Alamak.. alatok..alanek...alatan mekap tertinggal kat surau klinik tadi. Kalut sangat that's why jadi cenggitu. So, camne nak mekap pi kerja esok pagi? Ekelleh takdelah blusher, compact powder ke hape - yang tertinggal tu eyeshadow yang dah berusia 2 tahun & eyeliner je pun. Eyeshadow tertinggal aku tak kesah. Tapiiiii...kalau eyeliner memang WAJIB ! Aku boleh meroyan kalau benda alah ni hilang tau.

So, alang-alang dah dekat ngan Taipan, Senawang -
Drive lah pegi singgah Watsons Nyambek dengan niat yang satu .. alpaham-paham je lah ea..

Yang aku plan & unplan beli:-

1. Maybelline crayonliner.
- Harga RM12.90
* Eyeliner aku suka jenis pencil sebab mata dia soft & warna pekat.
* Kalau eyeliner jenis stick, aku kene tekan kuat untuk nampak pekat. Sakit bijik mata ahkak ok.
* Kalau eyeliner yang liquid-based pulak ahkak tak reti nak control masa apply tu. Ambik masa lama pulak nak adjust kat mata.
->Apepun, depends pada keselesaan masing2.


2. Maybelline the Rocket Volume Express Mascara.
- Revolutionary Ultra-Sonic Brush
- Explosive Volume that extends, clump-free
- Harga asal RM39.90
- Harga promosi RM31.90
* Biasalah aku kan, plan 1 item, tapi balik ada lebih dari 1 item.
* Aku pilih ni sebab dia kata tak water-proof. So, takdelah susah payah aku nak tenyeh mata masa wudhu'. Aku mana pakai make-up remover dah sekarang sebab malas.

3. Maybelline Brush Set.
- FOC hasil beli 2 items ni.
- Ada 6 brushes with different sizes.
* Aku tak pakai pun sebab x reti. Tapi, Watson dah bagi free kan. So, just shut-up, Shikin & ambik je.

Alah..apa susah. Kalau ada function & nak mekap, aku akan contact blogger Scha Nazri je sebab dia kan dok area Seremban. So, harga boleh kowtim ye, Scha ? Hehe..

NOTE:
Watson ada member card kalau nak apply k.
(Tapi, aku x apply pun. Malas lah nak collect2 point ni. Ishhh...berapa banyak malas daa...)

10 cerita hadis pilihan.

Salam Jumaat semua.
Aku tau ramai yang suka story-mory buku cerita kat anak kan? Aku ni je yang baru nak belajar2 buat camtu. So, aku just nak share 1 buku yang best ni yang aku baru rembat dari Popular, AEON S2 last Sunday. Mana tau ada yang interested.

Details:-
Tajuk buku: Mari Kenali 10 Cerita Hadis Pilihan.
Jumlah mukasurat: 324.
Diterbitkan oleh: Darul Mughni.
Diedarkan oleh: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
BUY ONLINE : www.edukidbooks.com
Harga: RM29.90.
Ahad, 18/1/2015 @ AEON Seremban 2.
Dah kenapa beratur kat cermin Popular tu?
Ohh..dok usha patung kambing Hari Raya Cina.
Minat sangat..
Karang balik mama beli sekor kambing bawak balik, nak?
Kanan atas: 10 Kandungan buku - berdasarkan setiap hadis.
Kiri atas: Abe tengah breakfast untuk pi sekolah.
Bawah: Masih khusyuk tengok buku walaupun dah nak kena masuk kelas pukul 7.15pg.



Senarai Kandungan Hadis:
1. Senyum itu 1 sedekah.
2. Jika kamu menyayangi saudara lelaki & perempuan kamu, seharusnya kamu memberitahu mereka.
3. Manusia yang kuat bukanlah yang hebat beradu tenaga, tetapi yang dapat mengawal kemarahannya.
4. Allah sayang akan mereka yang memberi pertolongan.
5. Berilah hadiah kerana ini dapat mencambahkan lagi kasih-sayang.
6. Ziarahi orang yang sakit.
7. Jika kamu bersabar dengan perkara yang kamu tidak sukai, kamu akan memperoleh perkara yang kamu sukai.
8. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
9. Allah Maha Bersih & Dia mencintai kebersihan.
10.Kejujuran membawa kepada kebaikan.
 
Buku ni sampai buat anak2 & mama jatuh hati sebab:-
 ~ Cerita tak heavy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
~ Penceritaan bergambar pada setiap helaian mukasurat - mudahkan pemahaman anak-anak.
~ Ada unsur-unsur Islam. **Banyak sebut tentang Nabi Muhammad SAW.
~ Banyak nilai2 murni yang diterapkan yang bagus untuk pembentukan sahsiah anak-anak.

Wednesday, January 21, 2015

Ayah Fatin Liyana datang klinik aku.

Hari ni awal betul aku datang klinik sebab semalam dah kene sound dengan bos. Ehem..ehem.. Jangan salah paham tau. Bukan aku sorang buat keja salah ni - samelah colleagues yang lain. Wajiblah kena marah. Tapi, kitorang accept dengan hati terbuka & today alhamdulillah ada drastic changes from everyone.

Actually, aku x harap orang lain berubah ikut aku. Memadailah jika aku berubah dulu sebab aku yang in-charge JPL (Jabatan Pesakit Luar) Klinik Kesihatan Ampangan. Kalau kepala ketapi senget, badan ketapi pun tentu ikut menyenget kan? Suka-suka hati aku je kan buat perumpamaan baru.

Okey, bila ada free time... Macam biasa - BLOGGING. Colleagues aku semua memang tau habit aku ni. Siap tanye tajuk latest entri aku. Kitorang ni sama kepala - semua mereng. Haha. Kalau colleagues aku baca ni matiler..

Mana cerita ni? Jauh gila lari tajuk.

Heheh..seawal pagi Dr H dah tanya aku. Masa tu lepak kat meja kantin ngan H.

Dr. H: K.Shikin, Fatin Liyana tu blogger ke?
Aku: Ofkoslah. Blogger femes tu. Dah kenapa awak tanye? Baca blog dia ke?

Dr. H: Taklah. Semalam...bapak dia jumpa saya. Die patient NCD saya. Dielah yang cite, anak dia pun doctor, blogger. Baru bertunang.
Aku: Laaa yeke? (Sambil mata aku terbeliak). Awak ada bagitau tak akak pun blogger? (Nampak tak kegedikan nye di situ? Pantang ada can...)

Dr. H: Alah kak. Mana saya ingat. Saya lebih interested dengan...(Ape tah die borak dgn ayah FL. Sampai hati ko tak cite pasal ahkak :(
Aku: Ayah FL dah sihat ke? Lenkali kalau jumpa pakcik jangan lupa mention nama akak tau:)
Hehe..tak abis2 lagi ngomel ;)

Conversation tu lama lagi, tapi cut short je..
Lepas tu dah masuk klinik nak start kerja.

Bantuan kesihatan oleh Baitul Mal.

Kes bantuan kesihatan yang layak untuk mintak Baitul Mal adalah bagi orang miskin yang kos rawatannya tidak ditanggung oleh kerajaan.

Contoh:
- Perlu beli jarum untuk suntikan insulin.
- Perlu beli glucose strips untuk pemantauan gula dalam darah.
- Wheelchair.
- Crutches (tongkat)
- Walking frame.

* Jika kos rawatan adalah sifar - means ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka tak layak untuk bantuan.
** Perlu diingat juga, ini bukan bantuan sara hidup. Itu mungkin kes lain - sila rujuk Baitul Mal semula.
*** Bantuan juga hanya atas saranan doktor, bukan permintaan pesakit.

Doktor tak keluarkan surat sokongan.

Adakah anda tahu bahawa PENGGUNAAN SURAT SOKONGAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB?

Okey, we ol baru dimaklumkan oleh YM & FMS yang perkara di atas adalah DILARANG!

Entah berapa banyak dah surat sokongan kitorang buat sebelum ni.
Cth: Anak mintak bagi surat kepada bos untuk sokongan bertukar tempat kerja kerana nak menjaga parents yang sakit.
(Bukan semua betul pun. Ada yang menipu. Aku pernah tangkap sorang).

Alhamdulillah ada pencerahan ni dari bosses. So, lepas ni just boleh bagi SURAT PENGESAHAN KESIHATAN sahaja :)

Ubat free.

Memang lah aku keje klinik kerajaan dapat ubat free kn? Tapi ni bukan nk cerita pasal tu. And bukan nak bagi ubat free kat korang. Hehe..jangan marah tau.

Okey ptg semalam aku dah plan nak pm off sebab nak bawak anak amek neb kat klinik. Dia post-tussive vomiting (batuk disertai muntah) & wheezing (bunyi cam asma tu). Kenapa malam teruk? Sebab malam sejuk sangat kan sekarang ni. Aku pun tido pakai setokin. Si onet ni lagi lah. Sejuk..tapi takmo selimut. Macam kebal je. Bila dah muntah habislah aku yang kena lap muntah dia kat cadar, lap badan dia & tukar baju dia.
************************

Pagi:
Aku datang keje cam biasa. Start tengok patient. Dalam 14 patient kot lepas tu tiba-tiba perut aku start sakit memulas + diarrhoea. Aku inform bos nak EL. Aku mana reti nak mintak MC dari boss. Segan weyyy..Tawun lepas aku ada sejumlah 8 MC - tapi, aku just ambik dari private. Tapi boss tetap kata nak examine aku & bagi MC. Cuma aku kena stay kat klinik sebab ada meeting pukul 12.30pm. Meaning, petang takyahlah aku ambik off gitu.

Sabau jelah korang sebab aku memang suka selfie.
Dah kenapa onet tengok depan tu?
Hissshhh...rupenye dia tengok si couple depan aku dok berpeluk macam belangkas.
Dah macam adegan panas atas katil.
Tak kuasa maaakkk..
Petang:
Aku bawak anak pi klinik depan rumah mak je. Klinik Keluarga Darul Syifa' konon nak mintak neb (nebulizer) untuk anak aku. Dr. Hashimah ni baik sangat. Masa tu kebetulan anak aku tak coughing & tak wheezing pulak. So, tak perlu neb. Dr. Shimah suruh aku datang malam untuk neb. Dia bagi ubat macam bawah ni. Tapi, satu yang aku segan kalau jumpa dia, semua ubat FOC. Setiap kali aku pergi sana memang semua FOC. Dia bukak klinik untuk sara keluarga, tapi dia tak charge aku. Rasa bersalah sangat. Sobsss.. Dalam hati aku hanya mampu berdoa semoga Allah bagi balasan syurga kat dia.
Kanan - Syrup Salbutamol.
Kiri - Syrup Chlorpheniramine.
Time makan ubat ~ anak aku ni tadah je mulut sebab ubat2 tu sedap. In fact, semua anak aku suka makan ubat - tak sakit pun mintak ubat. Gediksss. Alhamdulillah malam tadi coughing dah kurang & dah x vomit. Tido lena... Bangun senyuman... (lagu Mommy Poko).

Selingan:
Siang semalam sedih sangat sebab tak banyak 'Awaiting Comment ', plus PV rendah sangat. Tiba-tiba bangun pagi ni...
Apekah?? Stalker?? (Abaikan mode perasan nak mampos tu). Blogger picisan cam aku ni dipandang sebelah mata je kot..tu pun kalau ada yang nak pandang.
PV semalam - 1659.
Selalunya PV banyak ni dapat beserta komen yang banyak. Tapi, komen semalam ciput je. Sobsss..

Tuesday, January 20, 2015

Happy Birthday Capricorn.

Friday,16/1/2015. 
Lunch break.
Bilik MO, KKIA.

Yang diraikan - MO yang sambut birthday bulan Jan. Bawak makanan sendiri, lepas tu makan sendiri (plus bagi aku makan jugak). Benda ni last minute, jadi aku x sempat prepare pun. Just prepare perut yang kosong je :D. 

4 Jan - Dr. Farrah.
10 Jan - Dr. Hasry.
14 Jan - ahkak ler tu.
15 Jan - Dr. Masitah.
Kek tu dari pagi dah ada atas meja.
Memang tunggu nak ngap je..
Sponsors:
Big box - Dr. Masitah,  iaitu YM kusayang.
- Maceh, k.mas. Hehe.. Yes yes, berjaya kipas K.Mas mintak belanja maqon.

Red Velvet cake - Dr. Maslina
- She's very good in cooking n baking. Setiap minggu at least once mesti bawak juadah untuk kami yang kuat suka mentekedarah ni. This time, she tried new RV recipe & it was awesome. Lagi sedap dari Secret Recipe hokeyyy. Last bite memang aku berebut ngan Dr. Azwan. Aku dah cop last piece tapi dia nak jugak - terpaksa share. Hehe..macam budak2. Malu kalau anak aku tau. "What, mama berebut kek?" Kalau kat rumah, haruslah berebut dengan anak pulak. Hahaha..
Dari kiri: Dr. Masitah, Dr. Liyana, Dr. Sharina, Dr. Farah, ahkak.
Most right: Dr. Maslina.
Yang lain-sila baca atas semula :)
Happy Tuesday guys..
Have a nice day!!

Renew Amway membership.

Ramai yang survey pasal Amway kat blog aku. Tak kurang juga yang berkunjung sebab nak order barang. Kat sini aku nak mintak maaf sebab aku dah tak aktif buat bisness, just jadi member je sebab senang aku nak beli barang. Sorry tau u olzzz.

1 more thing, Amway ni actually peraturannya tak boleh ambik order online. Distributor sendiri kena jumpa customer & explain barulah jual beli terjadi. That's why korang x pernah jumpa orang jual Amway online kan? Padahal berlambak2 je distributors Amway kat luar sana.

Baru ni aku renew Membership Amway aku. Details:-
 Tempoh renew - setahun sekali.
>At first masa aku join tahun 2011, register member RM90. Then, dalam 2012 & 2013 bila nak renew RM40. Tapi, dah naik RM43 tahun lepas & terbaru RM48 tahun ni.

Cara renew - online or kat Amway shop.
ID No. 7982434.
* Susah betul nak ingat. Huhu..
Related topics:

Monday, January 19, 2015

Bengkak usus #3.

Banyak kes sakit perut aku jumpa yang berkaitan tak boleh buang air besar sekarang ni.

Kes hari ni, berlaku pada budak 8 tahun. Kes ni lebih kurang sama je macam kes INI dan INI. Xray findings nye pun sama je macam 2 kes sebelum ni. Medical term ~ Distended large bowel.
Xray abdomen this girl.
Square hijau - faecal loaded
(means najis semua penuh kat situ).
Bulat merah - distended bowel/Usus bengkak.
Warna hitam - gas in large bowel
(gas yang terkepung dalam usus besar).

Goreng Pisang Cheese.

At last ....
Jumpa jugak pisang goreng cheese ni kat tempat aku. Orang lain dah pulun banyak-banyak. Tapi, aku baru merasa. Apalagi, aku tapau banyak-banyak lah.

Lokasi gerai :
Taman Megaway,
Jalan Sikamat,
Seremban.
(berhadapan Kedai Gambar Megawaai)

Spesifikasi Jenis pisang goreng (untuk 5pcs) :
- Biasa RM2.00
- Cheese RM3.50
- Chocolate RM4.00

Erkkkkk...kenyang...alhamdulillah.
*Buruk perangai :D

Saturday, January 17, 2015

SPEECHLESS - Terdelete 'My Birthday Giveaway by Dr. Shikin' .

STICKY POST !!!

Salam semua,
Aku nak mintak maaf sangat sebab aku tak perasan time bila aku terdelete GA yang aku anjurkan baru ni. Memang aku frustrated sangat sebab dah ramai sangat bloggers yang join. 

Cakap banyak pun tak guna. Unless benda tu boleh di undo.

So, bagi sesapa yang baru follow aku sebab join GA - Aku tak kesah kalau korang intend to unfollow me back.

Hadiah dah siap masuk sampul pun. Tinggal nak pos je :(

P/S:
- nayfatimah ->sorry atas kelewatan mengepos hadiah GA Iola kerana masalah yang tak dapat dielakkan.
- pemenang GA Cik Balqis baru 2 orang yang tuntut hadiah dari aku. Diharap 3 orang yang lain dapat beri details sebelum 31/1/2015.

Penjelajahan terakhir di Vietnam - 14/12/14 (Day 5) #2

Ni malam terakhir kitorang kat Vietnam. 
Esok seawal 7 pagi dah nak kene gerak ke airport. 
Malam terakhir pun still nak jalan-jalan kat Ben Thanh Night Market.

Lampu-lampu yang cantik kat salah 1 tapak.
Memang attractive.
Bawah ni adalah hasil menuai shopping malam terakhir.

Kiri atas - Tudung, kotak kayu gambar perempuan Vietnam (RM8) 
* Kawan pesan kotak ni.
Kiri bawah - Pesanan baju kurung manik dari kawan-kawan.
Kanan atas - beg crafty bermanik (RM20/packing) ;kecil 8pcs & besar 4pcs,  
T-shirt Vietnam, Lukisan/Artwork menggunakan shell (RM10).
Kanan bawah - Baju kurung sulam tangan (RM60), Jubah cotton (RM33).

Tudung-tudung yang bakal dipakai sendiri & dijual pun hado.
Dibeli dari kedai yang berbeza.
Beg aku & anak-anak.
Datang dengan 2 beg sebelah kiri.
Balik - tambahan 2 beg sebelah kanan.
Sayonara Vietnam
(Ini entri terakhir aku berkaitan Vietnam).

** Lepas ni mungkin melancong dalam negara je sebab naik flight 1j 55min pun kepala lutut aku dah ketaq.
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.
Restoran Hjh Basiroh (Day 4) #3.
Saigon Zoo & Botanical Garden - 14/12/14 (Day 5) #1

Saigon Zoo & Botanical Gardens - 14/12/14 (Day 5) #1.

     Ni sambungan pergi Vietnam bulan lepas. Nak cerita pun tak ingat dah. So, apa kata aku belanja gambar je lah ea:)
     Macam biasa, kami naik Vinasun taxi (yang besar) untuk bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Driver taxi drop kitorang betul-betul depan pintu zoo. Ramai betul orang yang datang berkunjung ke zoo masa tu. Tengok sume mata sepet. Dari cara cakap macam Viatnamese lah.
Entrance tiket :-
Dewasa : VND 30.000
Kanak-kanak : VND 20.000
Then, dapat pamplet ada peta macam dalam gambar kiri-atas.

Kami naik tram sebab tak larat nak jelajah. Bayaran tram :-
Dewasa : VND 15.000
Kanak-kanak : VND 10.000
Yang tak bestnya, dorang ni sama macam rakyat kita yang suka merempuh masa nak naik tram tu. Aku hadang je cepat-cepat takut anak aku kena langgar.

Pemandangan luar biasa dari Malaysia - Kawasan berumput dipenuhi dengan orang ramai yang berehat bersama keluarga & rakan sebaya. Ramai juga yang siap bentang tikar seolah-olah ber'picnic'.

Ajik ni pemalu - cuba u olzzz tengok cara dia bawak kete. Ada nampak muka dia? Hehehe..
Lepas tu Ajik main kereta ala-ala go-kart ni pulak. Bayaran ialah VND 20.000 - lama juga dapat main. Entah berapa kali pusing aku tak kira pulak. Abe tak berani naik kereta ni.

Dalam zoo tu jugak ada kolam & permainan yang macam selalu kita jumpa kat fun-fair. Tapi, mungkin malam baru beroperasi kot.

Overall, aku kira 'worth it' jalan-jalan dalam zoo ni. 

    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.
Beg & cotton Vietnam murah (Day 4) #2.
Restoran Hjh Basiroh (Day 4) #3.