Wednesday, December 30, 2015

Bartholin cyst.

Terima kasih atas pertanyaan dari reader :)

Di manakah letaknya Bartholin's gland (Kelenjar Bartholin's) ?
- Bartholin's gland terletak di bawah kulit bahagian sulit wanita, di kiri & kanan bukaan faraj.

Apakah fungsi Bartholin's gland ini?
- Ia merembeskan cecair pelincir ke dalam faraj. 

Bagaimana Bartholin's Cyst terjadi?
- Kadangkala bahagian bukaan kelenjar ini boleh tersumbat (obstructed) menyebabkan 'backflow' cecair pelincir yang ia rembeskan itu. Jadi, ini membentuk 1 keadaan yang dipanggil 'cyst'.

Bagaimana cara merawat Bartholin's Cyst?
- Ada beberapa cara rawatan (mengikut keperluan) seperti :
  Sitz bath
  Surgical drainage
  Antibiotik
  Marsupilization

Untuk menjawab soalan reader:
Bolehkah Bartholin's Cyst ini berulang?
Ya, boleh. Kerana yang dibuang semasa minor op (surgical drainage) tu ialah 'fluid'/ cecair dari kelenjar tersebut. Kelenjar tidak perlu dibuang - maka cyst boleh berulang.

Related topic:

Friday, December 4, 2015

Teks ucapan Pengerusi Majlis.

Nak share teks ucapan masa aku jadi Pengerusi Majlis hari ni. Gembira sangat sebab first time dapat peluang ni. Masa belajar dulu adelah jadi MC ni tapi cakap memang teraburlah.

Teks ni pun aku dapat ilham dari bloggers lain. Thanks tau u olzzz for sharing. Bab pantun tu aku mintak maaf memang aku copy paste jerr sebab aku jadi MC bidan terjun so memang xde idea nak create pantun sendiri :)

CONTOH UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillahhirabbilalamin.
Wassolatuwassalamualaashrafilanbiyaiwalmursalin
Waalaalihiwasohbihiajmain

Rabbishrahlana Sudurana
Wayassirlana umurona
Wahluluqdatanmillisalina yafqohuqaulina.

***
Izinkan saya membaca 2 rangkap pantun.

Pantun 1.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Salam sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Pantun 2.
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

****
Yang Berbahagia, Dr Iliza Idris, pakar kesihatan keluarga kka
* Dr Iliza tidak dapat hadir pada majlis ptg ini kerana berada di KL atas urusan rasmi.

Yang Berusaha Dr Maslina Najahuddin, Dr Yang Menyelia KKA

Ketua2 Unit
Pegawai2 Perubatan
Semua kakitangan kka
Serta kesemua 6 kakitangan Yang diraikan:
1. ………………… - yang telah bersara
2. ………………… - yg berpindah ke KKS
3. ………………… - dinaikkan pangkat, kk sendayan, serta
4. ………………… - juga dinaikkan pangkat, kk desa rhu
5. ………………… - telah mendapat kelulusan untuk berpindah ke Kelantan
6.  ………………… - yang akan melepaskan jawatan Pegawai Farmasi utk mengikut suaminya ke Taiwan.
*Saya difahamkan beliau tidak dapat hadir pada hari ini kerana telah pulang ke kampung.

#####
Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Hi Tea Persaraan & Pertukaran Kakitangan KKA

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada petang ini.

Pantun 3.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

##########
Pantun 4.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Dr Azwan Faiz untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Azwan Faiz atas bacaan doa itu tadi.

##########
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Dr Maslina, Dr Yang Menyelia KKA untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau sebentar tadi.

#######
Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang telah& akan berpindah keluar. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan  PPP Redzuan untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada PPP Redzuan di atas ucapan tersebut.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput JM CT Fazani untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada JM CT Fazani di atas ucapan tersebut.

############
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa berlengah lagi,
Aturcara majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati.

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan Mr Achutan untuk mengiringi Dr Azwan Faiz . Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada  Dr Azwan Faiz di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
********
Untuk penyampaian cenderahati seterusnya, Majlis menjemput pula Dr Maslina dengan diiringi Sister Aishah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Maslina di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

########
Pantun 5.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Pantun 6.
Jika ada jarum yang patah
Jgn disimpan di dalam peti
Jika ada silap & salah
Jangan disimpan di dalam hati

######!
Di kesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan 2 orang MO & seorang MA yang baru berpindah ke kka,iaitu:
1. …………… - dari KK Salak Tinggi
2. …………… - dari KK Lenggeng
3. …………… - dari HTAN
Diharap Semua kakitangan kka dapat memberikan kerjasama kepada mereka

#####!###
Baiklah..
Perut pun sudah mula berkeroncong. Jadi, tibalah masa untuk menjamu selera.
Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.

#########
Saya sudahi majlis kita pada hari ini dengan wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.

Saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Sekian, terimakasih.