Monday, December 29, 2014

Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).

Kita shopping! 
     Inilah Ben Thanh Night Market. Syiok tau. Macam2 ada....lebihkurang macam uptown kita lah. Tapi, yang lebihnya aku rasa sebab banyak jual cenderahati Vietnam. Jumpa amoi ni oklah dia faham English. Melayu tak faham. Tengok berapa banyak barang kat kedai dia. Bila dah start membeli cenderahati kat dia, memang kitorang tak pi lain dah. Setakat tengok secara jeling-jeling tu adelah. Vietnamese tu 1 yang aku tak berkenan, dia suka paksa orang beli barang. Kalau korang nak beli 1 barang, dia soh beli 2. Bila korang dah beli 2, dia soh beli 3 pulak. Geram jugak. Ada yang sampai letak je barang dalam plastik beg aku, lepas tu takmo pulangkan balance sebab dia kira barang yang die letakkan tu. Aku keluarkan dia masukkan balik. Erghhh..
Kedai Lyna:
(Gambar kiri atas)
Add: 51, Phan Boi Chau Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
     Kalau nak beli jeans branded/berjenama, cari kedai Lyna yang famous ni. Ada Levi's, Timberland, dll. Levi's takda saiz kecik. So, aku rembat Timberland 2 helai - RM130. Dalam gambar tu Levi's yang aku nak pi tukar.

(Gambar kanan bawah)
     Kitorang banyak borong' T-shirt kat amoi baju putih ni. Baju & seluar Adidas, T-shirt Superdry, jersey2 bola untuk 3 orang anak aku - RM30 sepasang. Jahitan nya memang kemas & kain berkualiti.
Kedai Tina :
     Adik aku cari Sutera Vietnam - RM30 sepasang. Kalau masuk Ben Thanh Daytime Market (yang dalam bangunan) harga-harga sutera Vietnam ni 'melambung' tinggi. Kena pandai bargain. Kualiti mungkin berbeza tapi adik aku kata ada yang kualiti sama macam Night Market tu pun tapi more expensive. Kanan bawah: deretan Japanese cotton & Italy cotton. Masing-masing RM30 & RM35 sepasang.
Kedai Karim & Kamaryiah :
Add: 194, Le Thanh Ton Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
FB - karimkamariyah
     Telekung lycra murah sangat babe. Aku beli 4 - untuk kualiti yang sama biasanya kat Malaysia RM80-90. Aku dapat RM30. Baju kurung siap bermanik:
- Kain plain RM50 sepasang (biasa RM90-110).
- Kain corak RM45 sepasang.
Aku datang kedai ni sampai 3x. Pasangan suami isteri ni baik & peramah. Dorang pandai cakap melayu sebab dulu lama dok kat Labu, N.Sembilan.

Pesanan yang aku dapat sebelum ni :
- Jangan nak sentuh-sentuh barang kalau tak decide nak beli sebab pekedai ni akan follow korang.
- Jangan bargain (tawar-menawar harga) kalau takmo beli. Nanti dapat maki.
-Kalau nak tau, sekali ko tanya harga, dia akan dapatkan juga 1 harga untuk kau - siap hulur korang kalkulator untuk tekan berapa harga yang korang wish.

Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.

38 comments:

  1. stress nya kalau jenis memaksa...

    ReplyDelete
  2. bestnya, info yg berguna ni... oh mcm tu ya sesi jual beli berlaku...

    ReplyDelete
  3. bestnya jln2 sambil borong macam2...

    ReplyDelete
  4. huikkk....bestnyer...menyopping kain kt situ...adehhh....hehehhehe

    ReplyDelete
  5. itulah kena tau banding tempat2 lain.. hehehe bila dapat barang murah, seronok nak bshopping ye..

    ReplyDelete
  6. Sakan shopping doc.. pa pa pn sekarang ni vietnam dah jadi tumpuan.. klu sembang pasai cuti hujung tahun ni..semua cerita p vietnam..nak p jugak la esok..hihi

    ReplyDelete
  7. Peniaga Vietnam ni kebanyakan memang garang... Kadang boleh jadi mimpi ngeri di siang hari... He He He... Tapi ada juga yg baik sampai rabak jugak poket kita dia kerjakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang garang tu kem salam je..angkat kaki & blah.
      Yang merabakkan poket tu ramai tak terkira.

      Delete
  8. uish, kena berhati-hati gak kan kalau nak shopping sana.thanks for the tips doc!

    ReplyDelete
  9. ada jugak dengar kawan-kawan cerita yang baju kurung siap meamng murah kat sana, rupanya betul ek.. syoknya..

    ReplyDelete
  10. igt kn kt indon je mcm tu rupanya kt vietnam pn 2x5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, dengar Endon pun sama, kan.
      So, better tengok tanpa sentuh/ tanya apa-apa, except kalau betul-betul nak beli.

      Delete
  11. boleh masuk dlm list..kot2 dapat p pas ni.. huhu

    ReplyDelete
  12. mahalnya harga kelapa tu, bestnya klau dpt borong kain banyak- banyak...

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni sapa nak p sana..kena tahu ni

    ReplyDelete
  14. siap bergambar lagi ngan pekedai situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara nak ambik hati jugak.
      Akak cakap nak promote depa kat blog.
      * Entah paham ke tidak apa aku cakap.
      He3..

      Delete
    2. wah bagus jgk ni idea ni.. nanti nk ckp la nk promote kedai dia... nanti boleh famous.. so bgi diskaun lebih ya

      Delete
  15. kiranya kita kena pandai guna bahasa kalau tak jual dgn haga tinggi.. nice tips akak :)

    ReplyDelete
  16. hoooit boleh jatuh miskin ni masuk sini hahaha. lagi lagi kalo jumpa kain sulam adoooiyai kelemahan jiwaku. tapi rege tu macam lebey kurang kat mesia aje.. spasang cotton mmg rm35 hehehe.. ke kena beli borong kot dapat murah :P

    ReplyDelete
  17. macam macam perangai orang Vietnam ni. Suka paksa paksa orang beli barang dia. Siap letak dalam beg pastu tak nak pulang balance pulak tu. Haiii...entahlah...geram pula bila saya baca.

    ReplyDelete
  18. Hehehe jangan tanya nooooo kalau tak nak beli ..Alahaiiii .......

    ReplyDelete
  19. Serius klau btl2 nak bli baru Tanya hrga la mcm tu

    ReplyDelete
  20. Oh bestnya shopping..

    Memang sakit hati kan bila jumpa penjual yang memaksa..

    ReplyDelete
  21. Jangan pegang.. adeh.. SN suka pegang dulu nak tengok kain tu macam mana.... habislah...

    ReplyDelete
  22. ahaha..mmgbetul apa yg Shikin ckp tu..alau xnk beli jgn coba2 tanya harga..tgk dan diam je..buat je tak tahu kalau doarang panggil..ben than mmg syurga shopping mereka senyum lebar je sbb 95% pembeli dari Msia

    ReplyDelete
  23. murah telekung akk beli tuh... kalau kita, mahu kita beli banyak2, jual dengan sedara mara, ataupon kawan kerja...hehehehe :D

    ReplyDelete
  24. Waah murah nye ben tennn ni, hehe

    Ohh memaksa ehh? Tak suke lah mcm tu. hadeiii

    ReplyDelete
  25. Bad experience with lyna.. awal2 beli kemain entertaint.. pastu suh try kt hotel.. esok dtg semula sbb xmuat semua size xde.. layan acuh x acuh je.. ermm

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~