Sunday, April 17, 2016

Pergi DAISO, Palm Mall lagi.

Dah lame gila since last aku pegi Daiso, Palm Mall Seremban ni. Boleh refer SINI.

Semalam pi Palm Mall sebab nak memeriahkan majlis ~
Sambutan Bulan Pemakanan & Nak Sihat 2016, Peringkat Daerah Seremban. 
Tema: 
" Makan Sihat, Kekal Cergas, Rasa Hebat!"
Masa:
10pg - 2ptg.
Anjuran:
Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Anjuran Bersama:
Unit Promosi, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

Habis program tu takkan nak balik terus. Mesti grab something dulu kan?

So, grab 6 barang ni kat Daiso. Setiap satu RM5.30 sahaja.
- Lunch Plus
(Spoon & chopstick set) ~>senang bawak pi kerja / travel.
- Clip hanger - Rectangular - 18 clips
- Hanging one pocket holder [gambar plastik je ni. Item tu dah gantung dalam kereta]
- Lithium battery CR2032 untuk facial massager
- Laundry beg x2 square-shaped, 60x60 cm

Glacial Clay facial mask.

Ingat lagi tak entri lepas ~ Online Shopping - LAZADA?
Kat situ aku ada sebut sikit pasal masker muka Glacial Clay ni kan? So, kalau nak tau lebih lanjut boleh baca sini.


Skin & Lab Dr. Pore Tightening Glacial Clay Facial Mask 

Made in Korea LAB & Company Inc.
www.skinlab.com

Purifying cooling & Pore refining treatment with Canadian colloidal clay & Avena satiba oatmeal.

Proven to tackle the causes of pores & excess sebum secretion, Glacial Clay Facial Mask purifies the skin, as well as minimizes the enlarged pores & firms the sagging pore walls.
Canadian colloidal clay (30,000ppm) removes toxins & impurities in pores.
Avena satiba oatmeal eliminates surface debris & moisturizes.
The 2 together and work to treat potential problematic conditions.
The formula helps to remove oiliness & prevents the appearance of black heads while leaving cooling effect after.
This is not just an instant "cover-up" product: without clogging or filling the pores, the silicone-free everyday facial mask will promise you results for your clearer skin.

Directions :
Apply enough amount of the mask over your face after toning.
Avoid direct eye areas.
Leave it for 10-15min to dry.
Rinse it off with clean water, followed by thorough toning & moisturizing.
Can be also used partially on problematic areas with excessive sebum secretion.

Enjoy glacial-night for beautifully awakened look of you, next morning!

Friday, April 8, 2016

Keputusan Ujian 1/2016 Enche Adam Hadif Bin Kapt. Enche Mohd Salmi.

Alhamdulillah keputusan Ujian 1 Abe dah keluar. Baru ujian Darjah 1 je pun tapi mamanya yang terlebih cemas. Macamnilah kalau dapat mama jenis 'hyperthyroid' & obsessive macam hakak ni.

Sebelum ujian memang paksa baca buku takmo langsung. Kartun lah yang dihadapnye dari celik mata...sampai pejam mata. Siap kene warning kalau kantoi ujian 1 salah dapat 2 rotan pun buat taktau je. Bila aku tanye, " Kalau dapat markah rendah macamana? ". Selamba je dia jawab, " Biarlah markah rendah. Tak ape. " Hamboiii...

Nasib baik oklah jugak dari jangkaan mama. Check online tengok-tengok dapat no 12/38 dalam kelas, dan no 13/142 dalam keseluruhan darjah 1.

Yang kantoi tu sebab tak lancar baca tulisan jawi, English (dia boleh kate, "Abe tak suka English. "), Sains soalan mengelirukan.

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Abe memang aku tak hantar pi tusyen.  Sian weiii...penat seharian dah dok skolah korang ingat masuk ke otak die kalau korang push lebih lagi? Bagi aku, korang sebagai parents kena luangkan masa dengan anak-anak - tiap hari check buku dia apa yang dia dah belajar & make sure die faham apa-apa kerja yang cikgu suruh buat kat skolah. And make sure korang ajar dia buat homework.

Aku..even cikgu dah tanda buku anak, tapi aku tengok ejaan dia salah & huruf kecik..huruf besar tunggang terbalik memang aku padam balik lepas tu aku ajar dia tulis semula cara yang betul. Cikgu pun manusia bukan perasan mana yang salah. Mana nak tanda buku, mana nak jaga perangai budak-budak sekolah yang hyperactive tu kan (termasuklah anak aku). So, jangan lepaskan tanggungjawab mendidik anak solely on teachers. Tu tanggungjawab kita sebenarnya.

Just a little sharing. Hope benefits all :)

Online Shopping - LAZADA.

Suka tak shopping?
Kalau nak tau, semua ni barang yang aku shopping online kat LAZADA.

Fuhhh...memang best sangat sebab macam-macam ada. Dan, penghantaran pun percuma even korang beli 1 item je. Ada few items je yang kene bayar tu pun tak mahal mana. So, memang best kan? LAZADA tak buat minimum purchase untuk dapat free postage pun sebab memang free.

Tapi, apa yang perlu korang ingat ialah - baca description setiap barang. Contohnya ukuran dimensi barang, saiz, berat, kalau beli kain baca jenis fabrik, tempoh masa penghantaran dll. Kalau barang oversea lambat jugaklah. Tapi, jangan risau selalunya LAZADA nyer barang sampai awal dari masa jangkaan penghantaran.

Kat bawah ni antara barang yang aku dah dapat. Setakat ni rasanya dah 30 barang kot aku beli. Ker lebih? Hehe..Susah kan kalau dah addicted ni. Time nak bayar credit card nanti baru 'tersedar dari lamunan'. Tapi senanglah tak payah susah2 buang masa keluar - nak bawak anak-anak lagi (aku ni dok sorang.. asben jauh. Anak-anak memang beyond control), nak cari parking bayar parking, selalu kena saman parking, berpanas (aku ni Puteri Lilin), nak pilih barang dah sekian, keluar nak kene iron baju tudung bagai...dll. Hehe, nampak kan mudahnya online shopping ni.

- Tablet casing Lenovo original + screen protector [yang lama dah hancur] RM19/pc
- Jam Mickey Mouse (untuk Abe) RM21
Cap [hitam]
- Ice bag [merah - corak whale yang comel] RM17.09
- Universal travel adapter [best dari aku punya yang lama] RM15
- Sandisk flash drive 8Gb RM12
- Wrist BP set RM47
- Facial massager [pink] RM27
- Skin & Lab Dr. Pore tightening Glacial Clay facial mask RM49 (Aku baca reviews memang positive so I should try right? And bagi aku memang facial mask ni berkesan. So, taknak ke cuba? Hehe..ayat menggoda.

Nanti kalau ada masa aku share items lain pulak ye. Tata titi tutu. Love you olzzz. 

Wednesday, April 6, 2016

Autogate Quotation ~ Part 2.

Dah jamu mata kat Autogate Quotation ~ Part 1?

So, maybe sape yang tengah berkira-kira nak buat autogate ni boleh dapat rough idea berkaitan kos kat sini.

Ni quotation dari First Autogate.
Atas: Gate jenis folding / lipat.
Bawah: Jenis motor.
Gate jenjs swing.
Ni contoh pengiraan untuk pagar yang lebarnya 11 kaki. Aku silap estimate.. Pagar aku 13' - means nak kene bayar lebih lagi.

Referring to this quotation,  aku what's app bertanyakan beberapa kedai lain pulak.  Sume lagi mahal dalam RM250-300. Yang ni maybe murah sikit sebab aku direct pi kedai. So, senang sikit discuss / main harga bila mata bertentang mata.
Harap boleh baca.

Tuesday, April 5, 2016

Homemade ice-cream.

Panas-panas ni sedap kalau dapat makan atau minum benda sejuk,kan? Tadi kebetulan pergi pasaraya terjumpa bekas buat aiskrim ni. Harga promosi RM5.90.

Tanpa melengahkan masa, aku capai aiskrim Tutti Frutti Magnolia (1.5L RM7.90 kalau tak silap) & air milo lebih breakfast dari fridge. Cedok aiskrim sikit (sukatan ikut suka korang tau) & masukkan dalam bekas aiskrim. Pastu tuang air milo. Milo ni aku buat tak manis. So, insyaallah tak kena potong kaki.

Abe bagi idea - "Lainkali mama buatlah aiskrim buah-buahan pulak. Mama letak pisang ke...). Wahh...bergeliga jugak pemikiran anak aku ni. So, next time maybe nak potong dadu pisang & blender pisang dengan fresh milk ke ok jugak, kan?.

Lagi, abe suggest buat aiskrim dragon fruit. Ermmm...kalau tang aiskrim tu punya banyak idea.

HP Deskjet F4280 cartridge CC640W (black).

Lama tak beli cartridge. Rase-rasenye my last purchase was more than a year ago.

Aku just pakai HP Deskjet F4280 All-In-One Printer. Beli masa preggy anak ke-2 rasenye. Sekarang anak ketiga pun dah 3 tahun. Cubelah korang buat congak2 (eh..betul kan congak @ calculation?) ye.

Bukan selalu print pun. Just guna untuk potostet photostat. So, beli ink hitam (CC640W) cukup. Harga masa tu around RM45-47.

Baru ni survey online harga RM70 plus. Paling murah kat Lelong.com RM52-62 tapi excluding postage. Mujur ada Pamoga tak beli. Sebab lepas tu aku jumpa kat AEON S2 harga memang RM62...and rebate RM5 sebab aku trade-in cartridge lama.
Bahagian yang seal dah terbuka (anak panah) dah tak diterima untuk trade-in.

Lame aku tak pakai printer ni sebab frustrated tiap kali aku pakai ink just bertahan at most 20 pages. Walhal sepatutnya ink tu untuk cetak 200 mukasurat. Rupenye kesilapan teknikal. Nyonya kedai komputer bagitau jangan kerap on+off printer. Sebab tiap kali on akan bazirkan ink - Nak explain lelebih tak reti. Biarkan je on beberapa jam sehari pun takpe bukan bazir elektrik sangat pun.

Apa yang hot?

Hehe..lama tak bersiaran.
Nak tengok tak topic apa yang hot kat blog aku yang tak berapa hot ni?
1. Terjerat cinta lelaki muda suami orang.
(Sape penah terkena..cer angkat tangan sikit. Harap jadi pengajaran pada kita semua lepas ni.)
2. Confirm ke suami korang takde skandal?
3. Kelulusan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 sessi persekolahan Tahun 2016.

Actually ada topics lain yang melebihi ranking ke2 & 3 kat atas...tapi malas nak screen capture sebab different page. Sowi sorry ye.