Monday, December 29, 2014

Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh - 12/12/14 (Day 3) #2.

Ni jelah gambar terbaik yang kitorang dapat snap.
Lorong-lorong sini memang gelap.
Just depends on cahaya dari kedai-kedai.
Kedai My Sang:
     Aku beli baju kurung Pahang siap - RM28 sepasang. Kain ok je, tak nipis & taklah keras kejung. Compare dengan kain yang berkualiti baik sikit dari ni - RM90 sepasang masa aku beli kat Kenanga Wholesale City (KWC), KL (Kalau borong 10 pasang, baru dapat RM65-70 sepasang).

Jubah cotton - RM33. Aku pilih bunga corak besar. Saiz S tak seswai untuk aku - muat2 je bila aku pakai (berat 40-41kg, tinggi 153cm). Saiz M lebih selesa.

* Sesiapa nak tempah baju kurung, boleh tanya mana-mana kedai kain sebab ramai yang ambik tempahan. RM50/sepasang - pagi hantar, malam siap.
     Kat luar kedai beli souvenirs lagi - fridge magnet (1 set ada 10FM) = RM5. Ada yang jual RM7 (kualiti sama). Most kedai jual FM /keychain yang sama pattern - pattern tudung saji, baju, empat segi (semua made of kayu).

Ok, dah masa nak tido ....
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1

16 comments:

  1. cepat betul siap.. hantar pagi malam siap...

    ReplyDelete
  2. tukang jahitnya memang mahir + pakar, dan kebanyakkan jahitannya halus dan sedap dipakai... tapi, murah betullah.... klau nk buat business tu leh beli borong dan juan semula.... masyuk...

    ReplyDelete
  3. Memang servis tailoring diorang macam tu kan. Adik akak sambil gi lawat wife dia yg tengah study, siap buat suit kat sana. Tak sampai 2 hari siap. Murah lak tu. Banyak ke Shikin borong kain di sana?

    ReplyDelete
  4. Shopping sakan la ..Orang pomnpuan kalau dah g sana mmg rambang mata kan Shikin..Semua nak di borongnya hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah murahnya..best la kalau dapat shopping sana ;)

    ReplyDelete
  6. ya Allah kak...murah murah huuuuu seronok nya

    ReplyDelete
  7. Cepatnya siap... bertungkus lumus tailor dia..

    Hampir tak perasan kan arrow di dalam gambaq tu.. hehe

    ReplyDelete
  8. aha.kedai My Sang..kedai my pilihan..sis beli kain dan jahit jubah di kedai ni..

    ReplyDelete
  9. murah giler baju kurung pahang siap harga camtuh... bestnya....

    ReplyDelete
  10. Wahhh giler murah ni! Hantar malam terus siap? makk aii terbaik lah servis.

    ReplyDelete
  11. Ohh lupa nak cakap. Ben thanh dan macam ben10 hehehe

    Pronounce cane kak? Ben tan? Ben ten?

    ReplyDelete
  12. saya dengar dekat sini sangat murah!

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~