Friday, December 26, 2014

DIY fridge magnet.

     Excited betul nak share post ni tau. Dari tajuk dah tau ape aku nak cite, kan? Okey, bloggers yang selalu berkunjung kat sini memang tau aku pernah tempah FM gambar aku kan? Aku edit sendiri gambar untuk FM itu ikut kepandaian sangatlah aku (aku manede basic benda2 cenggini).
 
     So, ade yang aku dah bagi sebagai hadiah top commentator - thanx tau u olzzz sebab sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni. Pssttt... actually FM tu banyak lagi. Memang ada yang aku nak prezen lagi. Malangnya masa tu membataskan (Tak sempat nak pi post office).

     Then, aku plan nak tempah FM lagi kan macam yang aku cerita sebelum ni. Aku dah design, tapi tak sempat tempah pun. Nak tempah-menempah ni memanglah senang - but, costly. Kalau nak murah kene tempah banyak2 (with same design) - dalam 100pcs gitu. Erkkk..nak buat apa bebanyak kan?

     So, dah lama aku cadang nak buat FM sendiri. Aku ada skodeng 2 blog ni & dorang bagi tutorial. * Tak ingat dah blog mana. Memang clear lah tutorial dorang tu. Cuma, aku tak tau tang mana dalam kedai buku nak cari benda-benda macam kat bawah ni. So, ni adalah kali ketiga aku berkunjung ke 3 bookshop baru dapat cari barang keperluan yang sesuai. Siap mesej2 dengan K.Farrah untuk SOS.
Silap pembaris pulak yang di snap:)
Warna hijau - side untuk perlekatan foto.
Hasil - 2 FM
Warna hitam - side yang akan melekat pada permukaan bermagnet lain (Cth: fridge).
Barang-barang yang diperlukan:
Wajib - Magnetic rubber sheet (RM13), Double-sided tape, foto, Cutter/ Gunting.
Optional - Cutting Mat (Decamax A4 size RM9), Pembaris besi.
* Aku beli kat Kedai Buku Popular & Seremban Book Centre (SBC).

Cara-cara:
- Buat design ikut kesukaan.
(Macam biasa aku just reti guna Picsart & FotoRus).
- Print out gambar (aku print kat kedai saiz 4R = RM1 sekeping).
- Potong gambar yang dah dicuci/ dah diprinted.
- Potong magnetic rubber sheet.
- Letak double-sided tape kat magnetic sheet.
- Lastly, lekatkan foto.
Siapppp....

Related topics:
- FM-to-be .
- FotoRus .
- Usaha menempah fridge magnet .
- Usaha menempah fridge magnet #2 .
- Maaf andai aku tak sempurna .
- Ole-ole Pulau Tioman .

49 comments:

  1. gigih! mananya gambar FM yg dah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 yang dah potong to dah siap.
      Blkg nya dah lekat dengan magnetic sheet.

      Delete
  2. kreatifnya!! :D
    lepas nie boleh buat FM banyak2. :)

    ReplyDelete
  3. mn FM yg dh siap? nak gak tgk cmne hehe

    ReplyDelete
  4. Magnetic rubber sheet tu SS beli kat Daiso... Harga baru 5 hengget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SBC tu mmg mahal.
      Sebelum ni saya survey yang online RM10. Kira yang SS jumpa lg murahlh. SS, belanjalah 1 kt saya. Hehe.

      Delete
    2. Ye, Shikin. Kalau di DAISO, RM5. Ada yang boleh terus print atas permukaan magnet tu lagi. Tapi, masalahnya kalau di DAISO, bergantung pada availability of stock. Nanti kalau nak buat banyak, kena cari magnet sheet yang lebih murah. Roughly harganya sekitar RM5. Akak rasa akak ada contact someone yang jual magnet sheet around that price. Nanti akak cari ye :)

      Delete
    3. K.Farrah, yesss..yess..nak.. Nak..
      Would be glad if u can find for me:)
      I wanna more magnet sheet.

      Delete
    4. kak farah nk jugak.. saya cari kt Daiso xdpt la...

      Delete
    5. Branch Daiso leh check kat web ni http://www.aeonretail.com.my/daiso/

      Delete
  5. bagus akak... dpt gak idea ni.. nk buat utk jd gift kndri pon boleh kan

    ReplyDelete
  6. Wah, Doc memang kreatif yer boleh buat fm sendiri ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak bagi yang ni kat Zumal.
      Tapi, macam x seswai pulak.
      Nanti saya buat design lain lah pulak kott..

      Delete
  7. thanks for sharing...simple je ek buatnya...nak potong tu senang tak?

    ReplyDelete
  8. bagus dan kreatif laa shikin.. rajin betul shikin buat ye.. nak 1 blh? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama berkobar2 nak buat, kak.
      Tapi, nak pi cuci gambar yang malas.

      Delete
    2. Insyaallah, kak eyda.
      Tapi maybe saya nak buat design lain dulu. Hehe.
      Setakat ni lom ada idea:)

      Delete
  9. macam ni rupanya buat fm sendiri. rajin betul. hehe

    ReplyDelete
  10. sis kreatif boleh laa buat diy fridge magnet. hihihi :)

    ReplyDelete
  11. Akak dah nampak dah cutting mat baru, Shikin :) Before bercuti lagi kan Shikin cari benda tu. Selamat ber-DIY! Lepas ni boleh buat dengan sticky notes/key-chain pula.

    Shikin, kalau nak tahan lebih lama. Akak sarankan guna Artgum Faber Castell untuk tampal gambar pada magnet sheet - boleh tengok sini Artgum
    Ataupun guna Mount Spray 3M (leh google gambarnya)
    Tampalan akan lebih kemas dan tahan lama. Dua-dua boleh jumpa di POPULAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, k.Farrah.
      Saya ikut suggestion akak beli Decamax. Thanks bagi idea guna Artgum tu. Saya memang xtau benda2 camni kalau tak diberitau.

      Delete
    2. wah kak farah memang tau habis... saya dh mula mncari barang2 utk diy... nk try buat fm lak nant..

      Delete
    3. Utk orang yg tak tau, Shikin dah kira hebat dah hihihi akak pun ikut pengalaman, trial & error. Artgum & mount spray tu belajar dr kawan2 yang suka buat kraf guna gambar :)

      @Zarul - selamat ber-DIY. Cubalah buat. Kosnya pun tak tinggi sangat :)

      Delete
  12. magnet rubber sheet tu...tak jumpa lagi huuu

    ReplyDelete
  13. wahh bes leh buat sendiri rupanya hehe. urmm tp nak g popular tu yg jauh lak dah hehe

    ReplyDelete
  14. dlm kesibukan kak shikin sebagai seorang doctor, seorang isteri dan seorang ibu.. sempat dan rajin jgk akak buat semua ni..

    ReplyDelete
  15. Wahhh! ni bagi idea kat saya nak buat sendiri untuk letak dalam goodie beg kawin nanti. Ok boleh cuba nihThanks doc:)

    ReplyDelete
  16. wow kalo sesenang inilah rupanya bolehlaaaaa semua gambar polaroid CT buat jadikan FM hehehe

    ReplyDelete
  17. Heh2.. lepas ni dah boleh berkraf dengan Kak Farrah.. ^_^

    ReplyDelete
  18. macam ni ja buat FM??..apa pun doktor mmg rajin..klu org malas tak jdi punya benda2 mcm ni..tahniah...harap dapat la satu pasai puji ndoc rajin..hihi

    ReplyDelete
  19. jimat tapi puas hati sebab sendiri bikin hihii

    ReplyDelete
  20. FM tu de jual kat pasaraya je?departmentt ape?alat tulis ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya ada kat bahagian alatulis.
      Tapi Popular kat Seremban ni asik xde stok je katenye.

      Delete
  21. Alahai rajinnyer Shikin... Anak2 Kak Lya kalau bab2 kreatif camni diaorg laju jugak nie...Umi dia tlg pantau hehehe

    ReplyDelete
  22. Super jimat kan mcm tu..blh wat present

    ReplyDelete
  23. Bagus perkongsian diy ni..mana tau ada mood rajin bleh gak try buat kan ^_^

    ReplyDelete
  24. aha..rupanya ada magnetic rubber sheet..kalau mcm tu sis JM nk try jugak lah buat FM sendiri buat rakan reader yg rajin tinggalkan komen tu

    ReplyDelete
  25. Kalau ade duet nak beli magnetic rubber sheet tu. Nak DIY jugak! hehe

    ReplyDelete
  26. nanti nak try jugak laa.. cambest je! hihi =D

    ReplyDelete
  27. kak shikin saya sedang nk mncuba buat ni... byk bnda nk kena tnya akak.. mcm mna nk contact akak.. fb online x...

    ReplyDelete
  28. baru baca pasal cara nak buat fridge magnet ni...hehehe

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~