Tuesday, December 16, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 1.

     Kitorang sampai kat Kuala Lumpur International Airport, KLIA2 jam 0500. Jadual penerbangan (departure) adalah pada jam 0800. Kitorang taknak kelam-kabut. Biarlah menunggu lama sikit asalkan everything smooth. Cuma biasalah, bila bawak anak-anak kecik memang dorang cepat bosan. Lebih2 lagi baby adik aku (10 bulan) - dia rimas berpegang sepanjang masa.
     Macam biasa KLIA & KLIA2 ni memang busy gila - crowded. Kene hati2 takut anak kene kidnap pulak nanti. Tapi, aku ada prepare baby harness @ baby keeper - beli yang paling murah secara online. RM17 per piece.
Ajik dah tido.
Aku dah pakaikan baby harness kat dia.
Aku beli pattern Batman. Refer gambar kat related topic bawah ni.
* Orang Vietnam siap mintak jual baby harness ni kat dorang.
     Kat KLIA2 ni memang kawalannya sangat ketat - kaunter check-in, Imegresen, Kastam. Nak pergi luar negara punya pasal - memang banyak pemeriksaan dibuat. Adik aku tak lepas yang kastam - banyak liquid-based (bukan terhad aerosol-based je,k) yang dia bawak tapi dia letak dalam backpack. Patutnya dalam baggage - pi bahagian kargo. Habislah pencuci muka & shampoo yang penuh sebotol dia baru beli. Lighter rokok dia tak ambik pulak. Ermmmm..macam 'something' je.
Travel Itinerary yang UPDATED.
Beza dengan yang lama:-
1. Time balik dah tambahkan baggage lagi 40kg.
(20kg kat ayah, 20kg kat adik aku).
* Setiap 20kg = RM44.

2. Tambah food pegi & balik.
(5 set untuk pergi & 5 set untuk balik)
Invoice yang dah update.
1. Baggage 20kg pergi + 60kg balik
= 4 (baggage 20kg) x RM44
= RM176.

2. Food prices :
- Nasi lemak = RM18
- Macaroni & cheese = RM15
(Ada meetball, kit kat, air kotak ribena).
- Nasi ayam = RM12
Total 10set food kitorang = RM126.
Ni contoh Boarding Pass.
- Lepas check-in akan dapat BP ni.
- Ayah, Dik Wan & anak-anak aku berjaya check-in, kecuali aku & Dewi sebab kitorang dua-dua book dengan infant.
* Adik aku, Dewi guna itinerary lain.
* Aku pulak kena remove infant dari system sebab aku tak jadi bawak Iri.
     Kitorang menunggu di balai berlepas pukul 7.40pg. Boarding pukul 8.00pg. Alhamdulillah everything as scheduled. Penerbangan kitorang makan masa 1j 55min. So, pukul 9.55pg we olzzz safely arrived kat Tan Son Nhat International Airport. Waktu Vietnam sejam awal dari Malaysia. So, mase tu adalah 8.55pg waktu Vietnam. Sekali lagi kitorang diperiksa. Tapi, kat sini 'loose' sikit. Airport ni pun tak besar mana & tak crowded. Takde lah lenguh kaki macam kat KLIA2.
     Masa ni si Abe nak pi toilet pulak. Semua toilet duduk - dia mana suka. Siap tanya kenapa aku bawak dia masuk ladies. Then, as expected memang toilet tu xde paip. Cuma flush je. Kalau toilet yang macam KLCC tu ok sikit. Toilet kat airport ok & bersih.

TO BE CONTINUED...

Related topics :
~ Best ke melancong ke Vietnam?
~ Keunikan Ho Chi Minh, Vietnam vs Malaysia.
~ Buat passport & tukar IC baru.
~ Baby keeper.

53 comments:

  1. seronoknya jalan jalan luar negara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time ni.
      Tapi, rasa2 taknak pi dah lain kali sebab takut naik flight.
      Takat dalam Malaysia ok lagi kot kalau kurang sejam.

      Delete
  2. kena bawa botol kosong di tandas airport vietnam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak pi beli air botol dah.
      Hehe..Lagipun, air dah kene 'rampas' kat KLIA2.

      Delete
  3. Tu diaaaaa... Story HCM sudah mariii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..malu lah dengan otai traveller.

      Delete
    2. SS sendiri masa memula pegi HCM ni pakai agent... Ni DSZ dah kire otai laa nih sebab pegi sendiri... Siap bawak family lagi... Satu langkah yang berani... Thumb up!

      Delete
    3. pheww SS si otai traveller hehe. ana ni mana pon tarak pigi lagi :D

      Delete
  4. tu dia smpai ternganga dia tdo hihi

    ReplyDelete
  5. wah wah wahhhh bestnya ke hcm! haha. saya aritu okay je lepas je walaupun bwk byk liquid. tapi sgt kagum dgn security passport malaysia! terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. msti pegawai yg check tu tergoda dgn kehenseman hang kot ajim hahaha

      Delete
  6. Bestnya pergi Vietnam doktor. :) Sejak peristiwa MH370 berlaku, saya nak pergi Langkawi dan Sabah naik kapal terbang punya la payah gila kat Imegresen dan Kastam tu. Macam macam hal dia mintak. Berkali kali patah balik sebab nak scan baran padahal laptop je pun. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Ketat juga kawalan klia2 ya kak, x sampai lgi lya Airport baru ni..

    ReplyDelete
  8. Wah..terujanya baca cite jalan2..seronok kan bila dapat bejalan2 walaupun memenatkan..pengalaman tu sangat beharga :)

    ReplyDelete
  9. bab x de air tu , ramai traveller dah pesan klu pi oversea , better bwk air mineral bila masuk toilet ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyeke? Hehe taktau.
      Tak terjah blog travellers habis2 lagi ni..

      Delete
  10. selamat kembali ke Malaysia Dr shikin..
    saya pulak baru nak mula bercuti.. bank sudah masuk bonus..
    hahaha.. bawak family balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung mana, azman?
      Bank dah masuk bonus?
      Bonus dari mana?

      Delete
  11. best tu best p luar negara..tapi satu ja...gayat naik flight..ingat nak p vietnam nnti ikut jalan darat je la..ikut thailand..selamat..huhu

    ReplyDelete
  12. tq share experience..sy plak yang excited bc nih..cepat2 update part 2 plak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are welcome, LZ.
      Insyaallah esok pagi part2.
      Thanks.
      * Lama tak singgah blog awak.
      Nanti akak terjah ea. Insyaallah.

      Delete
  13. Replies
    1. Terbayang kalau flight kena tembak macam MH17. Atau terhempas.. Nauzubillahiminzaalik.

      Delete
  14. Selamat kembali Doc.. amboi! hero tu tido sampai ternganga, tak sedar diri...

    ReplyDelete
  15. mula2 belajar nak terbang, kelmkabut sangat... sebab pertama kali terbang dengan kawan2 dan cikgu, disebabkan kitaorang ni duduk luar bndar, cikgu terangkan langkah apa yg nak buat dulu... lepas tu semua org berterabur urus diri sendiri, tapi, pengalaman tu lah yg berharga... :) bila dah tahu segala, senang je rupanya..hhaaahaa, budak sekolah lah katakan :)

    ReplyDelete
  16. Welcome back doc..kita plan nak gi lagi dua minggu..he..he

    ReplyDelete
  17. tu laa dilema msk toilet kt negara org...sgt2 x selesa kan?

    ReplyDelete
  18. alahai..kesian ajik hhuhu lentok habis

    ReplyDelete
  19. ajik tido ternaganga..hihi... blogger travel slalu pesan kena bawak air mineral kalau nak ke toilet mne2 kat oversea..hihi..

    ReplyDelete
  20. dah balik Malaysia ye kak.. tak sabar nak tahu cerita seterusnya..

    ReplyDelete
  21. As'salam inshaAllah akan kembali baca ni ya..di luar rumah ..

    ReplyDelete
  22. tido lena betul hero tuh.. betul, takut kan nak naik flight kuar dari malaysia.. ermm nasib laa bab barang liquid kna rampas.. kalau nak abis ok lagi, yang baru tuh sayang jer..

    ReplyDelete
  23. lepas ni kena bawak botol mineral kosong..isi air paip masa nak masuk toilet..tp vietnam bersih kan...cuma sesetengah tempat je...

    ReplyDelete
  24. Welcome back to Malaysia...Seronoknya visit negara orang. Tapi walaupun hujan emas di negeri orang hujan batu jugak yang kita suka kan??

    ReplyDelete
  25. Selamat pergi selamat balik ya Shikin..Happy holiday dear..

    ReplyDelete
  26. masih teringit-ingat kat vietnam best sgt,makanan kat sana
    sedap2kan...

    ReplyDelete
  27. Baby keeper yg Shikin beli tu murahnya :)

    ReplyDelete
  28. Penat si Ajik tu menunggu sampai ternganga die.. hee

    ReplyDelete
  29. macam macam ya kareanh kastam. saya belum ada pengalaman ke luar negara. huhu entah bila. nak naik flight belum berani

    ReplyDelete
  30. Habis part 1 jom sambung part 2

    ReplyDelete
  31. uishh mcm2 gak kerenah pegawai kastam? ana baca pengalaman2 org mcm2 gak depa kena hadap..

    ReplyDelete
  32. okay. amek masa cuti rehatkan minda gitu. hehe

    ReplyDelete
  33. samelah sini pon akk, toilet dia semua duduk, and xde air...kitorang masa mula2 sampai sini, kitorang isi air dalam botol air, bawak masuk dlm toilet...hahahahhaah....tpi kalau airport frankfurt best, ade surau... :D

    ReplyDelete
  34. Comey Ajik tido. Pasni akak lak buat bisnes jual baby keeper tu kat org vietnam. Hehe.

    ReplyDelete
  35. Salah satu sebab juga saya belum ke luar negara sebab anak masih kecik. Takut nak kena dukung sepanjang perjalanan....tapi sekarang cik Puteri dah bersungguh jalan boleh la lepas ni

    ReplyDelete
  36. ajik tu kepenatan sangat tu
    saya belum penah berpeluang naik kapal terbang =)

    ReplyDelete
  37. itudiaaa kak syikin menghilang ke vetnam rupaanya. tabah sungguh akak travel dengan anak-anak.. tabik tabik..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~