Saturday, November 29, 2014

Jangkitan kuman paru-paru.

     Selalu kan dok dengar orang sebut pasal jangkitan kuman paru-paru? Tapi, tau ke macamana rupa benda alah ni? Jom usha gambar kat bawah ni.
     Camne cara nak tengok X-Ray? Nampak tak huruf 'R' on top of the X-Ray? Itu menandakan bahagian kanan badan. Then, nampak tak area yang aku buat circle kat chest X-Ray tu? Opacity (putih yang nampak tebal tu) over Right MZ & LZ (middle & lower zone paru-paru kanan). Itulah kawasan paru-paru yang ada kuman.
     Pesakit aku ni lelaki umo 40 plus. Dia ni single, non-smoker & got no high risk behavior (cth: cucuk dadah, main perempuan). Macam OKU sikit sebab dia 'loading' sikit - ni bukan ngutuk, just describe. Datang pulak sorang-sorang (well, adik dia just drop dia kat klinik). Banyak kali aku explain condition dia & our plan for him pun dia still x faham.
     Masalah utama dia ialah, dah 4 bulan dia batuk berkahak kuning tebal (thick yellowish sputum). Ritu dah get admitted kat HTJS for 2 weeks. Completed 3 course of antibiotics. Tapi, after 6/52 (6 weeks) treatment & jumpa aku, batuk dia still x improved + SOB (sesak nafas). CXR pulak still teruk (gambar atas). Bunyi paru-paru dia memang tak bagus lah.
     Aku consult FMS, boss aku. Plan is to refer Chest Clinic. Impression: UNRESOLVED PNEUMONIA. 

49 comments:

  1. Kesian...mungkin xder yg monitor sakit dia kat rumah kot..

    ReplyDelete
  2. Behind every patient there is a story, history, family situation..macam yg nazeck tulis sebelum2 ni,,it's not just about treating a disease..healing process involves everything around the patient as well..

    That's why I was not meant to be a doctor kot..sebab saya senang emotionally attach..nasib baik application saya nak ambik medic kat UK tak lepas.ada hikmahnya hehehe

    ReplyDelete
  3. salam doc,
    lamanya 4 bulan tu..family mcm tak kisah ke?

    ReplyDelete
  4. agak mebahaya ke masalah tu? kekadang ad jgk kn kahak disebbkn resdung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya, takut merebak bahagian lungs yang lain2, lungs abscess, pleural empyema (nanah kat lapisan paru-paru), respiratory distress yang mana akan sebab kesukaran bernafas. Boleh bawak maut juga kalau dah ada komplikasi. Biasanya tak ada masalah.

      Delete
    2. ouh. .thanks utk prkongsian. . :D

      Delete
  5. macam tu rupanya tengok x-ray pesakit ni.. saya ni tengok memang nampak sama je la...

    unresolved pneumonia? maksudnya?

    p/s : saya klik2 nuff2 akak sekali ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Amy.
      Maksudnya kuman paru-paru tu belum ok lagi walaupun lepas proper treatment.

      Delete
    2. oh, kiranya amek berapa lama lak nak elok? ke memang lambat dia pnya masa nak sembuh tu?

      Delete
  6. Selalunya jangkitan kuman paru2 nih sebab apa shikin? Macam mana kita nak tau kita dah terkena jangkitan kuman kat paru2 nih..

    Harap dia cepat sembuh laa.. tetiba teringat kat kawan2 dan anak2 kawan2 yang pernah mengalaminya..

    ReplyDelete
  7. serius jugak penyakit dia. moga dia tabah hadapi.

    ReplyDelete
  8. tengok gambar xray dada camni, ingat arwah abah kita...arwah abah kita meninggal kanser paru2... hehehe

    ReplyDelete
  9. wana memang penah dengar jangkitan kuman pada paru-paru ni..agak2 bahaya tak kalau jangkitan ni berpanjangan?

    ReplyDelete
  10. terima kasih Dr baru tahu cmna nak tgk xrayy

    ReplyDelete
  11. bahaya tak jangkitan paru-paru begini Dr shikin?

    ReplyDelete
  12. bila batuk lama tak baik-baik, mesti doktor akan suggest buat pemeriksaan kan takut ada jangkitan di paru2

    ReplyDelete
  13. Anak sulung saya masa umur 4 tahun dulu pun pernah kena pneumonia. Bila bernafas ada bunyi yang tak menyenangkan. Bila X-ray tengok paru-paru warna sedikit hitam. Nasib baik lepas dapat treatment dan antibiotik dari klinik dia sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Arwah ayah pergi sebab pneumonia ni la..punca asal kegagalan buah pinggang..kna jngkitan paru2 msa kt ward..jd ada kebarangkalian risiko jangkitan paru2 bole kna kt pesakit buah pinggang..tui x doc..saja tnya untuk knowledge :-)

    ReplyDelete
  15. tq coz followback akak..harap pesakit tu boleh baik..:)
    happy weekend:)

    ReplyDelete
  16. dia pn hidup sorg xde org nk tgk2.. kesiannya

    ReplyDelete
  17. bagus info begini kan, at least dapat jugak tahu sedikit basic pasal paru2..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  18. Sian dia...dtg sorg2...kalu apa2 terjd kt dia....

    ReplyDelete
  19. Salam doc...

    Doc btugas di hukm ke...?baru2 ni sy dduk wad di hukm 10 ari doc...

    Btw sy folow doc...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum

    haah sgt panik, pernah sekali anak hampir kena.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  21. knor follow juga.. tq berkunjung kt blog knor

    ReplyDelete
  22. bahayanyee.. tapi dah lama kot, family dia xkisah or xsedar ek? ish. xblh ambk mudah ni cmni

    ReplyDelete
  23. aaa, dia jenis lembap sikit ek kak. Sabar betul akak layan patient mcm ni.

    ReplyDelete
  24. Arwah nenek akak pernah kena jangkitan paru2. Bile doktor ketuk nak dengar bunyi paru2 memang macam bergema+ada bunyi liquid. Then, kena tebuk lubang sikit kat belakang untuk keluarkan cecair. Kes sama macam ni ke Shikin atau akak ingat2 lupa & got mixed up ;)

    ReplyDelete
  25. Thanks for info doc...nway kesian dia..semoga cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  26. adik saya dulu ada jangkitan kuman dekat salur jantung dia rasanya..huu alhamdulillah dia dah recover..huuuu sedih juga

    ReplyDelete
  27. keciannya... sis pnyakit paru2 nie disebabkan apa..apa punca2 ja...

    ReplyDelete
  28. Terima kasih ats perkongsian ini ya Shikin..

    ReplyDelete
  29. apa puncanya eh..jika bukan dari smooking dan benda2 terlarang tu

    ReplyDelete
  30. Sejak zumal kat hospital jumpa orang yang pelbagai jenis sakit. Takut la...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum... Salam perkenalan Doktor.. Anak akak juga baru ja sembuh dari jangkitan kuman.. tapi bukan kat paru2.. kat otak.. sampai dia koma dekat 2 bulan.... hati ibu mana yg tak sedih.. sekarang dia dah sembuh.. cuma masih tak dapat jln sendiri lagi....

    ReplyDelete
  32. Banyaknye jargon medical. Ku gagahi untuk faham..

    ReplyDelete
  33. Kalau batuk-batuk yang berlarutan lama-lama sangat pun boleh jadi salah satu simptom jangkitan kuman ini juga ke? My MIL lama sangat batuk...tapi sebab susah sgt nak g klinik...so tak tahu penyebabnya..

    ReplyDelete
  34. Sllu sbb ape ni kak jgkitan... dia xisap rokok sume tu kan.. tp lame kott 4 bulan pon still xsmbuh jugak.. dah kene tahan wad lg tuu... smoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  35. 4 bulan? lama tuu.. memang teruk la smpai kahak kuning. kesiannya

    ReplyDelete
  36. kesiannya, bertabahlah pesakit tu.. semoga diberi kekuatan dan kesembuhan...

    ReplyDelete
  37. bukan tibi ke doktor?
    hehe...memandai aje saya ni
    bukan apa, ada pengalaman tibi dan pneumonia
    dua2 mempunyai simptom hampir serupa

    ReplyDelete
  38. kesiannya datang seorang, tak de peneman.. moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  39. Saya pernah kena sakit ni sampai kena tahad wad selama seminggu. Tak tahulah macam mana boleh kena.

    ReplyDelete
  40. Masa cekebon kena jangkitan paru2 mac lalu, xray dia sebijik cam ni. Akak dah pernah tengok kat blog Shikin,..so tak terkejut sangat. Si cekengahla panik ingat paru2 Cekebon mengecut kena makan ;)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~