Sunday, August 28, 2016

Persediaan uniform sekolah.


Alhamdulillah selesai menyediakan uniform sekolah abe, ajik & yiyi untuk seminggu (Susunan ikut jadual waktu pemakaian ke sekolah). Cuma seluar sekolah takde sini... di jemuran kat balkoni lepas meng'garment steamer' kan tadi. Cara aku, lepas basuh, uniform sekolah semua aku stimkan dulu dengan Morgan Garment Steamer then baru jemur & lepas tu angkat terus masuk almari. Sebab kalau kain yang basah bila stim kedut lebih cepat hilang compared to kain yang dah kering.

Abe ada 3 set uniform + 2 set baju sukan cukup untuk 5 hari sekolah.
Cuma ajik & yiyi ada 2 set uniform (hijau-biru) + 1 set baju sukan (warna coklat) so ada hari yang nak kene repeat baju sama. Takpelah..sebab nak beli banyak2 macam membazir.

Okey, baju-baju sekolah ni semua dah disangkut dengan spender & tali pinggang da siap pasang. * Tapi tali pinggang pulak tinggal 1 sebab abe suka tanggalkan dari seluar sekolah masa mandi kat transit lepas tu tertinggal (budak-budak lelaki memang tak berapa cermat & selalu hilangkan barang-barang. Sobss).

Yang penting, senang kan? Everything siap for school tomorrow...

Lagi 1, nampak tak 3 tapwe aiskrim at the bottom tu? Tu bekas spender ye..siap dengan nama memasing supaya mama tak tertukar spender dorang kan lebihkurang same size. Hehe..Jimat kan recycle bekas aiskrim jerr..

Till then, bubbye.
Have a good day great mommies.

**Macam nilah hidup mama yang OCD (yang selalu papa nye tak faham) ~ everything MUST BE SYSTEMATIC kalau somebody cuba ubah the system, memang mama akan fenin.
** Systematic ye bukan Ubat Gigi Systema.

Related topic:
- Anak kecil ~ tips cepat ke sekolah.

Wednesday, August 24, 2016

Tuesday, August 23, 2016

Doktor merangkap tukang cat.

Haa..u olzzz jgn ingat ahkak takleh mengecat ye. Kalau tak percaya, cubalah tengok hasilnya :)

Hallway - sebelum dicat.
Keserabutan rumah semasa proses mengecat.
Hallway - siap cat.
Different colour dari ruang makan.

Peralatan mengecat memang dah ada dalam rumah. Cuma cat je tak de masa nak beli. Hajat hati nak guna Dunlop atau Jotun ~ biar mahal asalkan tahan lama. Tapi malas pulak nak pergi beli sampai kat pekan Seremban atau Seremban 2 tu...buang masa je.

So, beli je kat kedai cat nearby rumah. Cat yang boleh dikatakan murah. Cat Sankora 7L satu tong baru ~RM37 (aku beli warna Isabella & Blue Moon kalau xsilap). Warna ala-ala biru nila ialah cat Sissons 7L RM50+. Cat Sankora tu memang cantik sangat 'tepek' kat dinding. Cuma Sissons (tak tunjuk kat sini) tu nampak 'bertampuk' sikit ~ maybe sebab orang tak professional mengecat warna yang pekat (dark colour).

Why painting myself?
1. Tak berani nak bawak masuk orang tak kenal dok lama2 dalam rumah (aku kan sensorang).
2. Dah plan nak upah staf tapi orangnya busy 24hours.
At last cat lah sendiri.

Capai tangga...panjat...roll lah berus kat wall sorang-sorang kan..
Alhamdulillah hasil memuaskan hati sendiri.

*Anak minta cat bilik dia pulak. Entah bila nak sambung mengecat taktahulah.
*Tangan pedih & melecet sikit. Almaklumlah tangan pompuan kan..

Huhu..okey.
Nak sambung rehat ye. Bubbye u olzzz. 

Aplikasi myTNB.

Taktau u olzzz aware tak pasal apps myTNB ni? App ni boleh dapat kat Play Store.




Dalam 2 bulan lepas my neighbors ada What's App pasal benda ni disebabkan ramai yang pelik bil TNB tak sampai2 rumah. Last bil aku dapat was in June.

Disebabkan risau banyak tunggakan so aku bayar je ikut purata biasa bil bulanan pada 17/8/2016 yang lepas. Esoknye, 18/8/2016 dapat bil dalam mailbox. Mak oiiii tokojot aku nengok RM264... Nasib baiklah untuk tempoh 50hari. Tapi, kira lebih dari purata bil yang biasa.

Rupa-rupanya jiran-jiran aku lagi banyak ~ ada yang RM400..ada yang RM540.

Cepat-cepat je aku download apps ni senang nak tengok atau semak bil in the future.

Monday, August 22, 2016

Enche Adam kerap termenung?

Alhamdulillah berkesempatan berjumpa cikgu sekolah abe masa hantar die pergi ke sekolah last week. Cepat atau lambat ke tempat kerja, aku tetap akan hantar die 'mendaki bukit' sekolahnya sampai ke perhimpunan. Bukan kerana nak ajar dia jadi anak manja. Tapi, kerana masa yang terlalu singkat yang aku mampu luangkan bersama abe & adik2nya setiap hari.

Aku akan 'angkut' tiga2 anak sekali. Kenapa tak hantar pergi tadika dulu? Kenapa sanggup nak berulang-alik?
1. Sebab itu permintaan adik-adik abe.
2. Sebab itu yang menggembirakan hati mereka.
3. Sama alasan di atas.

Bila tiba-tiba cikgu kelas cakap Enche Adam kerap termenung dalam kelas..aku terfikir. Di mana silapnya?
- Adakah kerana aku terlalu garang?
- Adakah kerana dia rindukan papa yang jarang dia dapat jumpa?
- Adakah kerana kasih-sayang aku kurang tak seperti yang dia harapkan?
- Adakah dia ada masalah di sekolah?

Budak-budak..tambahan pula lelaki, dia jarang nak bercerita berbanding budak perempuan. Lagi satu, budak-budak 'tend to make comparison'/ bandingkan dengan apa yang dia nampak di sekelilingnya. Cth: Kenapa mama kawan saya boleh..... Kenapa mama tak [ buat perkara yang sama? ].

*Kerisauan hati seorang mama.

Wednesday, August 17, 2016

Rechargeable mini LED Torch @LAZADA

Okey...teruja x dengar torch light ada USB charge? Ke aku je yang baru dengar?

Ermm...barang kat klinik semua HARUS beli sendiri ye. Nak tunggu peruntukan? Teruk jugalah.

So, memandangkan aku memang shopper online tegar Refer SINI ...search punye search, jumpalah torch light mini yang comel ni. Panjangnye lebihkurang proximal phalanx thumb aku (hehe..cari sendiri). Harga just RM17.78, pos FOC je.

Bawah ni tengah caj dengan 4 Port USB charger yang aku beli kat LAZADA juga. Boleh refer entri INI.
Meaning, boleh caj sekali 4 gadget ye. Tak payah nak banyak-banyak charger, just sambung USB cable/wire korang je. Paling best kalau tengah-tengah terdesak ramai2 nak charge (cth: masa kenduri, sedara-mara ramai) tapi tak cukup soket kat dinding pulak kan... then bolehlah share.

Monday, August 15, 2016

Easy spray mop @ LAZADA.

Sejak awal tahun 2016 ni aku memang dah kemaruk dengan LAZADA. Refer entri INI. Till now memang almost every single things beli kat Lazada tau.

Banyak barang yang very useful nak share ngan u olzz tapi xde masa nak cite. Sobss.

Sementara tunggu nak jemput anak back from school ni bolehlah cite sikit pasal.... 

Easy Spray Mop.
#warna hijau lime memang my fevret.
#murah je RM35. Kat kedai sume RM60 ke atas.

Aku kan x boleh tengok rumah bersepah or banyak habuk. Tapi tak sempatlah nak mop slalu dengan cara konvensional. Pakai mop ni senang je ~ tak sampai 1 jam setel mengemop whole rumah ; both tingkat atas & bawah...no need nak hangkut baldi atau perah2 mop sampai tangan dah kasar.

Aku just letak floor shine kat dalam bekas tu & spray aje mane tempat aku nak mop. Lepas tu microfibre pads tu aku campak je basuh dalam washing machine. Ritu dapat 1 pad free so senang nak gantikan. Alahh...pad sahaja pun ada jual korang 'search' aje.

Selamat menyoping ye.
#Berjaya menggoda 2 colleague membeli item yang sama. Stok mak-mak memang camni..nak barang yang memudahkan kerja.
#Tengah tunggu delivery robotic vacuum. Tak sabarnye....

He.... exactly like me!

Live like-a-single-mom memang banyak cabaran & dugaan. One of it is to find the better way in raising the children. Banyak kali juga hilang sabar especially bila mental & fizikal penat, and aku da try the best untuk buat dorang happy tapi aku rasa dorang tak appreciate langsung mama dorang ni. Tapi, apakan daya...dorang just insan kecil which i sometimes called them 'baby2 besa mama'.

Aku hanya sorang diri. Tapi, alhamdulillah mak ayah masih ada dok kampung yg jaraknya tak sampai 30km. Dorang lah yang selalu jagakan anak kalau aku keje weekend or kalau ada yang xsihat. But then, aku kene ulang-alik kg tiap hari & pagi2 esoknya dah kena siapkan anak2 yang lain ke sekolah.

Adakala anak 1st aku paham. Die baru 7tahun tapi bila die hulurkan bantuan memang tak sangka dia mampu buat semua tu untuk mama dia ni. Tapi, adakalanya die protes juga especially bila adik2 buat hal. Die jarang nangis (tapi sekarang dah kerap pulak nangis maybe sebab aku dah jarang luangkan masa dengan dia which affects him mentally). Hadif - yang mempunyai matlamat. That's why dalam certain perkara bila dia cakap die nak..means die nak n aku kene tunaikan. Selalunya berkaitan pelajaran & hal2 sekolah. Kalau tak, muka & suara die akan berubah sedih buat aku rasa bersalah & nak nangis.

Anak 2nd macam most people merungut..memang macam2 hal die buat. Die paling buat mama hilang sabar. Die suka memberontak. Die paling 'ganas' - kalau 'buat orang' memang tak pikir ape main belasah sukahati dia saja. Dari kecik memang dah nampak. Tapi, dalam hati dia ni ada taman. Nak tegur dia tak boleh cara kasar. Kena peluk die selalu n cakap die budak baik. N budak baik tak buat macam tu. Die akan terus dengar, tapi tak lama lepas tu die buat hal lagi. Lepas tu mama peluk lagi..and so on & so forth. Habis tu mama terus tak dapat buat keja lain teruslah mama tambah stress...

Anak 3rd - Kalau die buat salah.. ko cakap ape jerr, ko tegur ape pun..die buat taktau je. Macam ko cakap sorang2 or ko cakal ngan dinding. And, die selalu salahkan abang2 die atas setiap kesalahan yang dia buat. Sikit pun die takkan ngaku. " Yiyi tak buat, Ajik yang buat!" Cara die cakap memang confident. Sian abang2 kene marah. Tapi, bila lepas tu mama nampak sendiri evidence apa2 yang die buat..barulah mama tau selama ni memang die pandai main trick kotor. Haishhh...macam2 hal.

Anakkk oooo anakkk...

Malam ni, lepas siapkan goody bag birthday Ajik & Yiyi...mama rasa really surprised. Mama tot anak2 tido 'merata alam'. Mama tak larat sangat sekarang ni macam2 perkara tak sempat nak manage. Penangan kesibukan kat klinik bawak penat tu ke rumah.

Tapi...
Tengoklah...
Dorang siapkan sendiri tempat tidur. Sejibik cara mama buat tiap malam.
Ni mesti kerja Abe, anak 1st. Tapi, dengan kerjasama adik2 juga. Kalau tak, taklah sekemas ni.

Sayang anak2 soleh..anak2 syurga mama.