Thursday, December 11, 2014

Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 2.

Autopublish entry.
Sambung dari Ustaz Tahfiz sepak budak #Episod 1.

     So, aku pun jalan laju2 ke arah Pakcik R yang tengah berdiri kat rumah nearby surau (* Dari location dia berdiri tu memang takkan nampak kalau budak kena 'dera').

Aku: Assalamualaikum. Pakcik, nak bagitau ni, tadi saya nampak Ustaz S rotan budak teruk. Saya kira sampai dekat 20x. Dengar bunyi dia rotan sampai rumah mak. Pakcik, budak tu kecik, biasalah.. Takkan sampai rotan teruk macam tu & sampai angkat kaki sepak-sepak budak tu. Saya ni dulu sekolah agama! SMAP Kajang. Macamtu ke cara Rasulullah pukul? Tak, kan? Lagipun Rasulullah pukul bukan untuk menyakitkan atau mencederakan. Rasulullah pukul untuk bagi kesan kat hati! Ni bukan sekali dia buat budak-budak tu tau, pakcik. Dah banyak kali mak saya nampak. Saya doktor. Saya kerja kerajaan (Macam xde kaitan lah pulak. Sebenarnya aku nak tekankan badan kerajaan lain very close' dengan kitorang). Sekali lagi saya nampak dia buat macam ni, saya akan terus buat report kat Jabatan Kebajikan. Pakcik tolong bgtau dia ya, " Sekali je lagi saya nampak, saya terus laporkan pada Kebajikan!" Ustaz apa macam ni?! Baik tak payah jadi ustazlah! Assalamualaikum.

     Sebelum tu Pakcik R ada clarify dengan aku samada lelaki yang aku maksudkan tu yang pakai baju hitam? Memang confirm dialah orangnya! * Masa bercakap tadi memang suara aku vibrating sebab tahan marah.
     Masa tu, si S tu (takde maknanya nak panggil ustad) dah nak pi keluar dengan sorang pakcik lain. S tu taklah tua sangat. Entah2 aku lagi tua.
     Lepas tu, aku tunggu je ayah balik sebab nak mengadu. Mak start cakap dengan ayah dulu. Ayah aku senyap je menunjukkan dia tengah berfikir. Tak lama tu ayah kol Hj. Z. Hj. Z ni kira orang yang berpengaruh jugaklah dalam tabligh tu. And he is senior than S. Ayah aku bgtau Hj. Z yang aku nampak S belasah budak. Then, dia pass phone kat aku. Apalagi, aku pun ceritalah from A-Z. Ayat last aku, "Hj, pada pendapat saya, kalau dia nak jadi ustaz tu biarlah ikhlas. Kalau tak, berenti je. Cari kerja lain. Ini saya cakap dari hati saya."
     Actually gang tabligh tu selama ni semua ok je, kecuali S tu. Inilah yang dikatakan, 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.'

Cerita ni belum habis lagi.
Tunggu sambungan seterusnya di #Episod 3.
   
Untuk Melaporkan Penderaan Kanak-kanak, boleh rujuk SINI.

42 comments:

  1. Hehehe alamak ingat dah habisss ada lagi sambungannya..Kena tunggu lagi la ni ..Hahahha ..Moga si S tu dapat pengajaran yang etimpal hendaknyerr

    ReplyDelete
  2. Sabar jer la ngan manusia camni ... Tu yang kita tgk ..yang kita tak tgk apa citer pulak ..

    ReplyDelete
  3. Huh...memang tak boleh dibiarkan....

    ReplyDelete
  4. betul, kerana salah seorang yang buat perangai tak elok.. abis orang lain kena sama..

    ReplyDelete
  5. tu dia...pelik-pelik..huuu waiting for next episode huu

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak dengar sambungan cerita..

    ReplyDelete
  7. Eh! Menyirap pulak darah ni membaca entry ni...
    * Tetiba...

    ReplyDelete
  8. ingatkan dah habes tadi. hihi. apa kesudahan ustaz ni

    ReplyDelete
  9. mmg x layak dipanggil ustaz..ustaz atas dasar sbb belaja je bukan btl2 memahami ape yg dia belaja.jht btl.

    ReplyDelete
  10. Ish.. ni la kita panggil ikut perasaan ja.. klu kes mcm ni mmg kna report.

    AKU DAN KAMU

    ReplyDelete
  11. Aik ada episod 3 ye Doc... Ape Ustaz tu buat lagi gamaknyer ^-^

    ReplyDelete
  12. tak patut betul. mencemarkan imej ustaz yang lain.

    ReplyDelete
  13. apa budak tu cerita sebenarnya? takkan dengar dari yg hanya mengagak saja... kena dengar cerita dari budak tu... apa pula explaination dari S tu? kenapa dia buat begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x dapat cam muka sebab semua lebihkurang sama besar.

      Delete
  14. betul jugak kata doktor tu, apa2 pon tunggu episod seterusnya.

    ReplyDelete
  15. budak tahfiz tu anak2 yatim ke atau dihantar oleh ibu bapa ke situ kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..saya pun nak tanya soalan yang sama macam budak.

      Delete
    2. Makpak hantar.
      Recently ada budak jatuh, suspect patah tangan tapi dia hantar jumpa tok moh je.
      Belajar agama tapi percaya tok moh..peliks.
      Dia tak inform makpak budak tu pun (bak kata ayah saya yang selalu melayan budak-budak ni).

      Delete
    3. aikk percaya plak tok moh?? aiyoo.. ke takut nak bawak pegi spital..nanti dye kena suspek.. ishh... geram je rase..

      Delete
  16. betul la kalau nk hd ustaz kena la ikhlas sbb kita nk sebarkan ajran agama sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gang tabligh sini 90% 'orang berada'.
      Kete semua besar2, termasuklah S ni.

      Delete
  17. benda yang tak elok yang kita nampak mesti kena cegah. Penderaan tak sepatutnya berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenis pantang kalau orang takde sivik ni cepat aje saya nak sound.
      Kalau saya lelaki, dah lama saya tumbuk aje.

      Delete
  18. kes terpaksa jadi ustaz kat situ kot.. tu yang hangin tu... nexttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'lam.
      Orang 'loaded' ni tapi makpak soh kot (anak mamak S ni, pak dia tabligh jugak).

      Delete
  19. Bagus Shikin ambil tindakan begitu. Bagi akak pendekatan the so-called ustaz tu salah. Nak mendidik memang kena pukul (kalau pakai diplomasi je tak jalan gak), tapi biarlah kena dengan cara. Tunjal-tunjal kepala, sepak terajang tu semua dah jatuh kategori dera dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepantangan saya kalau main tang kepala + sepak skali ni memang saya takkan diam.

      Delete
  20. 'ustaz' S tu geng tabligh rupanya...beliau perlu lebih byk belajar dan muhasabah diri lagi..ilmu masih cetek tu

    ReplyDelete
  21. maknanya S tu jadi ustaz sbb nak cari mkn bkn nak mendidik ... tak de keikhlasan pun !

    ReplyDelete
  22. kalau dah nampak, harus dicegah.. takut berpanjangan lagi kan...

    ReplyDelete
  23. betul sangat tindakan dr tu..kalau tak, sampai bila pun ustaz tu akan buat perkara yang sama pada pelajar lain

    ReplyDelete
  24. patutnye org tabligh lagi banyak ilmu dari kita.. nie sebabkan dye sorg habis semua yg lain org cop tak elok..

    ReplyDelete
  25. Hehehe..ada sambungan lagi.
    Betul tu, kerana nila setitik habis susu sebelanga.

    ReplyDelete
  26. saya maish belum dapat tangkap kenapa dia pukul budak tu

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~