Saturday, September 6, 2014

Seronok dapat berkhidmat untuk family tersayang.

     Semalam, family Pak Ndak datang singgah rumah mak sebelum teruskan perjalanan ke Kluang, Johor. Dorang ni rombongan pengantin perempuan. Ingat lagi tak majlis kawin yang aku gi tempoh hari? To Sungai Siput with love. Tengah2 sibuk dok borak tu, dengan tak semena-mena anak buah aku choking. Budak kecik ni, umo 5 tahun dia makan gula-gula bulat warna-warni tu dengan wrappernye skali. Suspen jap semua orang. Mak aku jerit, "Tonggeng budak tu tepuk dari belakang." Dalam hati aku .."Amboi mak, dah terer nampak. Lebih dari doctor kat sebelah ni ha. " Hehehe. Mak aku dah well-trained. Ni aku dah ajar die dulu ~ Cara selamatkan anak choking/ tercekik. 
     Mak aku surirumah. And dialah yang jaga anak-anak aku yang lasak tahap ... (korang sambung sendirilah). So, macam-macam yang aku exposekan kat mak so that mak tak gelabah. Hehe..mak jenis gelabah kalau ada emergency tapi sekarang no hal. In fact, kadang2 ada benda aku tak terpikir tapi mak aku yang ajar aku. Orang tua kan..lebih banyak pengalaman.
     At the same time, anak buah aku yang umo 3 tahun ni demam panas pulak. Dia takmo makan ubat. Mak aku apa lagi, "K.Ngah, ubat bontot (Supp Voren 12.5mg) ada lagi dalam peti ais kan?" Dia nak soh aku masukkanlah tu. Lepas tu mak tambah lagi, "Nak masukkan ubat tu kene baring mengiring. Bengkokkan kaki." Hehe...Mak..mak..
* Tulah 2 peristiwa semalam.
     Meh aku nak refresh korang dengan 3 lagi peristiwa emergency yang berlaku kat aku & family. Kalau korang bace ni, confirm korang 'tangkap leleh'.
1. Head injury - intracranial bleeding
2. Osteoporosis di awal 20-an
3. Acute dystonia

15 comments:

  1. nasub bauk ade doktor kat rumah kan akak . hehehe

    ReplyDelete
  2. Untungkan ada doktor dalam family.. semuanya boleh btindak awal kalau jadi apa2..

    ReplyDelete
  3. good job shikin.. aku pernah anak "choking" or tersedak susu masa baby seawal seminggu..kes susu ibu banyak sangat.. hafiy sampai cyanosed (biru) mukanya.. kebetuln sebelum bersalin baru amik course ACLS.. praktikkan kejap tang infant choking tu.. dalam panik tak tau dah ok ke tak teknik tu utk infant yang "choking" susu ibu.. alhamdulillah.. ok..

    ReplyDelete
  4. Wah mummy dah boleh jadi MA ni..he..he

    ReplyDelete
  5. Nak suruh anak jadi doktor jugak la..

    ReplyDelete
  6. kalau saya kat situ, kelam kabut dah

    ReplyDelete
  7. hahaha lepas ni mak akak boleh lah apply keje :D advance makcik tau. tapi CT rasa sepatutnya benda simple semua orang kena ambil tahu. ada anak ke tak ada anak pun kena ambil tahu. tambah general knowledge.

    ReplyDelete
  8. Wah, Dr. Mak in action. Mak Shikin mesti dah well-trained ni sbb nak handle hero-heron:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. ilmu yang ada dikongsi bersama.. dapat membantu yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  10. eheheeh..untung mak ada anak profession Dr ni..leh dpt ilmu sikit dan bantu waktu kecemasan

    ReplyDelete
  11. hahahhaa... baguslah macam tu kan. kita pun rasa bangga je dapat kongsi ilmu dengan mak sendiri. sama-sama sharing, apa salahnya. ^^,

    ReplyDelete
  12. Takpela akak doc kat hospital mak akak doc kat rumah :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~