Thursday, July 24, 2014

Kita serupa - laceration at forehead.

~ Autopublish entry ~
2 Jumaat lepas.. MA panggil aku masuk Treatment Room sebab ada sorang budak Darjah 1 jatuh kat sekolah & berdarah kat kepala. MA kate maybe kene jait.
Dahi 'terbelah'.
"Allahhuakbar. Harap2 takyah jahit. Sebab aku kesian kalau budak kecik nak kene jahit."
Aku attend budak tu segera. Dari jauh, nampak dah baju dia berlumuran darah. Mase tu cikgu yang bawak die. Nampak air mata berlinang kat pipi.
Aku: Macamane boleh jatuh ni..kawan tolak ye?
Die angguk kepala.
Kenapa kawan tolak? Gaduh ke?
Tapi, aku x rase die gaduh pun. Budak ni kecik je..halus je.. nampak tak nakal.

Murid: Tak..dia lari2.. Lepas tu terus tolak.
Alahai, sama ngan cerita aku.

Mase tu aku Darjah 2 Kenari.. aku main kejar2 ngan kawan2 aku, termasuklah ada sorang budak laki gemuk, nama dia Fairuz. Mase tu ade sebatang pokok yang daunnye lebar & boleh melekat kat baju. Mase tu, tibe si Fairuz ni kejar aku sambil cuba nak lekatkan daun tu kat belakang pinafore aku. Ape lagi..terus je aku jatuh terperosok & dahi aku cium bucu pintu kelas aku. Darah berlumuran kat baju. And aku dah macam nak pitam. Cikgu kesayangan aku, cikgu Hapipah lah yang bawak aku balik rumah. Ada luka terbelah sikit kat dahi kiri, sama macam budak ni kedudukannya. Tapi, alhamdulillah tak perlu jait. Imam depan rumah aku just ambil sarang labah-labah & baca2 ayat Quran then lekat kat dahi aku.
Bile aku tengok budak ni..same je badan 'halus' macam aku dulu. Luka kat dahi die pun superficial & no active bleeding. So, selamat..

22 comments:

  1. Ngerinya...
    Itulah doc. walau tak sengaja tapi bila dah terjadi macam tu tak boleh kata apa.

    ReplyDelete
  2. nice :) jalan jalan ramadhan hari ini..hehe

    ReplyDelete
  3. mmg kesian klo jahit2 dh jahit x bius kan?? anak buah sy penah kena umo 3tahun...kat kepala.

    ReplyDelete
  4. ala ciannya..harap adik tu kuat ye.mesti 'kuat' macam dr.shikin.. ;p

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, xpayah jahit... nanti dahi berbekas klo jahit!

    ReplyDelete
  6. Anak saya ari tu kawan tolak ... Jatuh kena bucu meja ... Sebaik tak dalam ...


    Anda di tag ... Jom join ...

    http://jombercontest.blogspot.com/2014/07/segar-bersama-fresh-care-dan-safe-care.html

    ReplyDelete
  7. Kita pun ada tanda kat forehead...boleh tahan nakal masa kecil..he..he

    ReplyDelete
  8. Kesiannya...

    Singgah sini.Bila nak umumkan pemenang? :)

    ReplyDelete
  9. Alaa kesiannya...nak raya ni pulak dahi luka ye adik

    ReplyDelete
  10. Kejadian macam ini merisaukan saya, terfikir bila dah masuk sekolah nanti macam mana. Kesian budak-budak luka. Kena Tawakkal selalu dan doa banyak-banyak

    ReplyDelete
  11. kesian kalau budak-budak kena jahit luka..

    ReplyDelete
  12. Huhu.. dulu kat sekolah rendah pun banyak kes camni -,- masa darjah 4 ada sorang kawan kena kat tangan.. kena jahit.. :/

    ReplyDelete
  13. Ada seorang doktor lelaki ni, serius dia tak berani nak jahit luka di bahagian kaki Cik Oren. Masa tu umur around 4 yrs old. Hihi. Dia just sapu ubat & guna sejenis spray.

    ReplyDelete
  14. Ish,...seriau pulak baca pasal terbelah dahi ni. Akak ni jenis 'kuat' berdepan dgn darah huhu

    ReplyDelete
  15. adeehhhh sm cite ms sekolah dulu...lari2 then msk longkang...dahi berdarah..blk berjahit

    ReplyDelete
  16. Hehe... Sy mmg pnh berjahit gak dahi kes rempit nek basikal..hehe

    ReplyDelete
  17. huhuuu, sakit tu... tengok org kena jahit... sya plak yg over... macam ngilu.. huhuuu

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~