Wednesday, July 9, 2014

Kajian Pengetahuan HIV / AIDS.

Petang Jumaat, 4/7/14 aku attend meeting ni–
Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS di kalangan remaja 16 – 20 tahun di sekolah-sekolah di Daerah …….tooootttt..
(Saje censored sebab benda-benda kecik macam ni pun karang jadi issue)

But then … tujuan aku up entri ialah sebab aku nak share topic ni dengan u guys jugak sebab aku tau masih banyak kekompiusan yang berlegar-legar dalam minda u olzzz regarding HIV/ AIDS ni. Right?

 First of all, u olzzz mesti tau difference between HIV & AIDS.

HIV – Adalah nama sejenis RNA virus yang menyebabkan tahap ketahanan badan terhadap penyakit menurun.
Image Google. 
AIDS – Adalah apabila seseorang yang dah dijangkiti HIV mendapat opportunistic diseases [klik SINI]
( Ni adalah ringkasan sahaja ..bukan formal definition pun..just nak bagi brief idea kat u olzz.)

Cara jangkitan :
  • Melalui darah – Awas kalau ada luka kat kulit ye.
  • Melalui sexual – homosex & heterosexual.
  •     (sebab ia merebak melalui air mani & cecair faraj)
  • Sharing needles di kalangan IVDU.
  • Mother to child transmission.
 Jangkitan HIV tak berlaku melalui :
  • Sentuhan
  • Berkongsi makanan & peralatan seperti pinggan-mangkuk.
  • Berkongsi bilik
  • Gigitan nyamuk
*****          *****          *****          *****          *****
Penjelasan :

1.
Kat Malaysia ni, kalau dulu-dulu….
Cara sebaran melalui sharing needles adalah sangat tinggi compared to sexual transmission.
Tapi, sekarang dah terbalik ye … sexual transmission is more than secara sharing needles.
Pendapat aku mungkin sebab ‘ woman sex worker’ & MSM dah makin berleluasa .
And, when u have multiple sexual partners..lagi tinggilah risiko jangkitan HIV terhadap u.
** Sekarang dah tak guna istilah ‘prostitutes’ ye u olzzz (dah upgrade ..pffft)

 2.
Penggunaan condom boleh kurangkan risiko jangkitan.
Eventhough patient dah on OCP or IUCD, still kene guna condom.

3.
Around year 2009, kerajaan dah introduce program NSEP di kalangan IVDU.
Program ni bukan nak galakkan orang menagih dadah, tapi 1 method untuk kurangkan jangkitan HIV di kalangan IVDU.

 4.
Jangkitan ibu kepada anak boleh berlaku melalui 3 cara:
  • Semasa mengandung.
  • Semasa melahirkan.
  • Melalui pemberian susu ibu.
 5.
Orang yang dijangkiti HIV boleh kelihatan sihat.
-          Sebab masa tu virus masih dalam tempoh pengeraman (incubation period) & antibody (CD4) masih di paras normal. Sebarang ujian terhadap HIV yang dibuat pada masa ini selalunya akan menunjukkan keputusan FALSE NEGATIVE. So, kene repeat semula dalam tempoh 6 minggu – 3 bulan bermula dari exposure (pendedahan).

6.
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV.

** MSM - m.an having sex with man
     IVDU - intravenous drug user (suntikan)
     NSEP - needle syringe exchange programme

Related topic:  Stigma.

Harap membantu.

15 comments:

  1. Aslmkm Dr nak tanya. jika darah pesakit terkena kulit kita yg tdk terbuka, blh berlaku jangkitan x? Contoh jika kita bantu pesakit AIDS yg kemalangan tanpa pkai glove.

    ReplyDelete
  2. enjoy reading your writing doc...i am newbie..hope we can be frenz..salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  3. makin kronik penyakit ni kan shikin..lagi dah sekarang MSM (saya panggil gay je) dah ramai, orang berzina pun ramai.moga kita dilindungi dari musibah ni.amin..

    ReplyDelete
  4. yg mn lbh merbahaya...AIDS or cancer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 bahaya. Tapi, kalau cancer slalu lambat dikesan. Kerana peringkat awal biasanya pesakit takde gejala/simptom spesifik.

      Delete
  5. menakutkan penyakit ni. moga kita semua dijauhi..

    ReplyDelete
  6. Ramai yang tak yakin mengenai jangkitan tu. That is why those yang diagnosed dipinggirkan...

    ReplyDelete
  7. oo baru tahu..tahu yang basic je sebelum ni. thank u Dr shikin

    ReplyDelete
  8. best ni info yg bagus utk semua org..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~