Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, February 27, 2015

Trip to Cameron Highland.

Percutian keluarga di Cameron Highlands.
Bersempena Cuti Chinese New Year.
* Berjam-jam nak update entri ni sebab WIFI YES aku macam siput pulang petang di pukul 2-4.30pagi.

Jumaat, 18/2/2015.
11malam.
Bertolak dari rumah kat Seremban - EMS sebagai pak supir. Berhenti rehat kat R&R Rawang - konon sekejap, rupenye membuta sampai Subuh. Alang-alang terus Solat Subuh ikut turn sebab anak tido lagi dalam kete.

Sabtu, 19/2/2015.
7pagi.
Aku sambung drive (PLUS Highway) & exit Tol Simpang Pulai. Trafik berjalan lancar walaupun kereta banyak jugaklah. Lepas tu lalu jalan naik bukit & berselekoh-selekoh. Dalam halfway aku rasa cam tak larat dah so mintak EMS continue drive - lalu Tringkap, then Brinchang. Destinasi ke puncak di Brinchang tercapai. Hoyehh ....

Tempat dilawati -
1. Strawberry Souvenir Centre.
Atas - Pintu masuk.
Bawah kiri - Bermacam-macam pokok bunga yang cantik & menawan hati.
Aku tak beli sebab tak terjaga - nanti mati pulak pokok tu.
Bawah kanan -  Abe bergambar depan rak coklat, jem, teh dll. Sempat grab 1 coklat strawberi je.
2. Taman Rama-Rama / Butterfly Farm
Parking sangat terhad. Biasalah kat Cameron memang kawasannya sempit. Nasib baik EMS dapat parking depan kedai (kereta silver belah kiri tu kete aku). Aku keluar dengan Abe & Ajik. Iri tido dengan pak supir dalam kete. 
1. Ticket Counter - Bayaran ..
Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2.
Pintu masuk - ada anak tangga tinggi menurun ke bawah.
2 & 3. Depan kedai :
Aneka jenis kaktus - comel2, eeeee geram tengok.
Bunga (taktau nama) -  ni real tau, bukan plastik.
4. 'Kaktus gemuk' - bak kata Abe.
Bergambar dalam taman / farm.
1. Bunga kekwa yang kembang mekar - sooo colourful.
2. Masuk dalam sangkar rama-rama.
Banyak betul rama-rama berterbangan - cer perati betul2.
AMARAN - Tak boleh tangkap. Tapi, ada je yang buat ni :(
3. Rama-rama semua cantik & jinak-jinak. 'Tak lari' eventhough kita snap pic dekat2.
4. Juga ada macam-macam haiwan & serangga lain dalam kurungan kaca. Cth: - Spider, beetle, mengkarung, ular, landak dll. Suggested place to visit untuk anak-anak yang sukakan flora & fauna.

3. Green Farm

Terletak opposite to Butterfly Farm.
Aku tak nampak pulak farm nye kat mane. Huhu.
Ada pokok-pokok dalam pasu - tapi tak begitu menarik.

Bahagian ni je yang nampak menarik.
Suka sangat si Abe & Ajik. Siap tanya nama pokok setiap satu - erkkk...macamlah mama tau. Yang paling mencuit hati dia - " Ada cili gemuklah, mama. " Pastu die gelak-gelak sebab suka.
Aku tak sempat snap pic sebab awasi anak-anak.
Kedai ni cam tak berapa selamat sebab kalau anak jatuh kat tangga boleh tergolek terus ke jalanraya. 

4. Sorry sangat aku tak ingat name tempat ni.
(Puas Google pun tak jumpa. Ada sesape tau tak?)
Tempat ni penuh dengan bunga2 yang cantik. Sekali lagi nak kena jawab soklan bertubi2 Abe & Ajik. Hehehe.


Yang tak bestnya, toke kedai pi letak mainan token ni. Anak aku tak kesah tak masukkan token, tapi masalahnya dorang asik turun-naik benda tu - aku risaulah ada apa2 injury karang. Huhu.
Nampak nor kebuluran. Ada small bakery dalam kedai.
Gambar last - Nampak tak sebalik jaring tu ada apa? Ada mak & anak-anak itik plastik tengah berenang2 dalam air. Langsung takmo tengok benda lain dok leka mengadap sang itik ;p

5. Kedai souvenir.
(Sebelah kedai no.4)
Penuh pilihan souvenir yang menarik kat sini.
' Aksi ngangkung ' Hehehe...
Macam biasa, mama akan beli anak patung je sebab tahan lama - Angry Birds merah & biru, plus Minion.
Kalau beli mainan lain memang cepat rosak - tak sempat 24jam.
Careful bawak anak-anak sebab banyak barang 'fragile' dalam ni.
Harga dapat 'less'.

6. Hasil tuaian shopping.
Dibeli dari - Night Market/ Pasar Malam di Brinchang , Kedai tepi jalan OTW menurun balik jalan selekoh2.
Night Market :
Sempat beli keychain2 yang comel untuk rakan bloggers - tak sure lagi nak buat GA/Segmen dll.
Fridge magnet banyak tapi kalau beli, nanti kantoi pulak bila guna rate pos biasa (ada yang tak faham ke :p ?)
Tak lupe T-shirt putih (sesuai dipakai time2 panas ni).
T Kanak2 Saiz S & M - RM5, Saiz L & XL - RM8.
T Dewasa - putih  RM10, berwarna RM18 (kalo xsilap).

Kedai hasil rotan & buluh (tepi jalan menurun balik) :
Macam2 ada - nyiru, bakul, bangku, rak bertingkat, alat muzik, perhiasan dll. Made by Orang Asli.
Aku beli 3 pistol kayu - RM10/pc untuk 3 anok jate.
# My new buchuk - Bantal bear pakai topi stoberi.
1 for me, another 1 for someone - sape ea? Tengahari nanti aku akan poskan kat sorang akak blogger tu :)
# Baju tido hitam corak stoberi x6 pasang untuk anak + anak buah.
(Cth baju - macam yang Iri pakai tu).
Sekian sahaja entri kali ni. Ni kali ke-3 aku ke CH. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat sini tapi aku sorang memang tak sempat bawak anak2 (kekangan masa & tenaga).

Tiba masa aku drive balik. Highway jem gila. Aku stop kat R&R Tapah untuk mandikan anak-anak dan makan kat Restoran Pak Tam.

Then, stop kat R&R ? (amnesia pulak) untuk solat Jamak Ta'khir Asar&Zuhur. Then, makan kat KFC.
Entri perjalanan pulang kat SINI.

Saturday, January 10, 2015

DAISO, Japan di Palm Mall, Seremban.

      At last, sampai juga aku ke sini - Daiso, Palm Mall. Aku pergi sensorang je semalam - senang. Sebab aku nak cepat. Bukan nak pi jalan-jalan nyoping tapi sebab cari barang yang tak jumpa-jumpa. Ramai yang tau apa yang aku tercari-cari bagai nak rak tu. Hehe. Boleh refer entri tu kat SINI.
Entrance.
Alamak, ahkak ni terenterprem ler pulak.

 NOW OPEN.
Everything at RM5.
- Kitchen
- Living
- Health & Beauty
- Gift
- Toys & Party
- Stationery
- DIY
- Apparel
- Gardening
- Pets
- Electronic

     Amacam, banyak tak? Mau berpinar mata aku tengok hokey :D Big thanks pada semua rakan bloggers yang tak jemu-jemu bagi info kat mana aku boleh cari magnet rubber sheet ni. 
Sebilangan barang yang buat mata aku juling kejap.
K.Farrah @ FAMF-Tower, saya jumpa Cork Craft jugak macam akak nyer tu tapi saya tak beli sebab mana
reti nak buat board macam akak.
Tapi, saya beli Craft Punch tau - gambar bunga.
Harap tak rosak lah benda tu sebab ada banyak tangan yang menggodeknya semalam :D
     Aku borong 6 keping A4 Magnet Sheet ni tau. Tamak gitew - kalau dah jumpa barang yang aku suka. 1000x LIKES. Aku memang macam tu kalau korang nak tau - 'tomaqun'. Hehe ...malu pulak pi cerita. Kalau boleh, aku nak melompat dah kat Daiso tu sebab terlampau excited jumpa berlian magnet sheet ni, tapi karang tak pasal-pasal aku kene ikat bawak pi Klinik Psikiatri, HTJS pulak. Tak pasal doktor sendiri yang 'masuk dalam' :D.

Monday, January 5, 2015

AEON , Seremban 2 - Part 2.

Ahad, 4/1/2015.
AEON (formerly known as Jaya Jusco), Seremban 2.

     Tadi pi kenduri Cik Salmah, ex-neighbour mak & merangkap patient aku.
Siapa Batman yang akan terpilih ke peringkat akhir?
    Lepas tu bawak anak jalan-jalan kat Jusco. Hajat utama nak cari magnetic sheet tapi fail lagi - puas cari kat Popular Bookshop, MPH & bahagian stationary AEON. Pekerja dalam kedai pun semua tak tau benda hape tu. Susah betul nak carik benda alah ni kat Seremban. Semalam pun ada cari kat SINI tetap takde rezeki.
     Jalan-jalan lagi dalam tu... jumpa macam-macam peralatan dapur (bermacam jenis mixer & blender). Rasa nak je sambar 1. Anak pun mintak beli. Nak snap gambar, tapi malu pulak sebab depa letak tepi cashier. 3 items ni je yang berjaya di'snap'.
Ice Shaver - RM89.90
Fruits Ice Maker - RM159.90
     Then, jumpa Booth Fancy Pantsy ni pulak. Depa jual skirts - semuanya cantik-cantik. Harga around RM50-78. Aku beli satu dengan corak bermotifkan flora. Kain very soft. Penjual kat booth tiga-tiga peramah.
Bermacam-macam corak skirt ada dijual kat sini.
Sape agaknya yang sudi nak belanja aku ek?
Sila angkat tangan laju-laju. He2.

      Jalan depan sikit jumpa booth yang jual durian crepe pulak. Ada Happy Hour Durian Crepe.
Durian Crepe - 4pcs RM10.
Memang sedap sangat sebab aku memang suka makan durian..
Chocolate Indulgence Cake - ni request dari Abe.
Dia buat muka mintak simpati, so mama terpaksalah beli walaupun semalam pun baru beli 2 bekas.
1 = RM10
2= RM15
     Siap dapat belon sorang satu. Dah macam kembar 3 dah anak-anak aku ni. Pi mana-mana mesti orang pandang lama-lama. Yang bertanya tu usah cakaplah - Malay, Chinese, Indian :) #Feeling blessed.

Related topics:
- Mr. DIY, Tesco Seremban 2.
- AEON, Seremban 2 - Part 2.
- DIY fridge magnet.
- Silap tengok harga.
- Dinner with my boys.
- Jamuan Hari Raya di lorong gelap.
- Apa makna CINTA? Apa makna SAYANG?
- Konflik interpersonal.

Sunday, January 4, 2015

Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

Sabtu, 3/1/2015.
Mr. DIY, Tesco Seremban 2.

     Mula-mula pi Kedai Gambar H.P.T kat Jalan Tuanku Munawir, Seremban dulu. Nak cuci gambar 4R untuk dibuat fridge magnet. Kalau cuci sekeping gambar saiz 4R- RM1. Semalam aku cuci 10 keping = RM6 (save RM4). * Kedai yang nearby rumah tak terima cuci gambar yang diedit sebab katanya mesin dorang kecik, nanti gambar yang aku edit boleh terpotong.
ATAS: Gambar 4R yang siap dicuci.
BAWAH: Gambar yang siap dipotong. Tinggal nak lekat kat magnet rubber sheet.

     Destinasi seterusnya - Mr. DIY kat Tesco S2. Kedainya besarlah jugak. Ruang nak jalan selesa. Tapi, masa aku datang tu tengah nak extend kedai. Jadi, banyak barang yang berselerak. Pekerja-pekerjanya okeylah - ada few yang tolong aku cari magnetic sheet walaupun dorang tak berapa familiar  dengan benda alah tu. Jenuh juga aku try nak carik. Siap pusing 1 kedai tapi tak rezeki. Magnet sheet yang aku jumpa ritu mahal pulak. Takmo dah beli kat sana. # Refer entri INI . Ikutkan kata Scdha Sein & K.Farrah FAMF-Tower, kalau kat Daiso cuma RM5. Kat Seremban ni macam takde Daiso je aku rasa.
3 anok jate - memang lebih suka dok dalam trolley dari berjalan di atas kaki sendiri. Katenye penat kalau berjalan.
Mama & Ajik,si pemalu.
Saje dia buat muka macam tu.
Antara hasil yang 'berjaya' dibawak balik:
- Suit cover = RM3.90
- Washing bag = RM1.20
- Bekas plastik berpenutup = RM2.30
- Bekas tin = RM1.30““““““““““““““““`“````
Iri dok atas washing bag.
- Senang nak basuh tudung & baju sulam/bermanik dalam washing machine.
So, dapat minimize kerosakan.
Bekas plastik pulak senang untuk bawak travel.
- Boleh jadikan container sudu/garpu atau toothbrush/toothpaste.
Boleh jugak jadikan bekas pen.

Tuesday, December 30, 2014

Beg & kain cotton Vietnam murah - 13/12/14 (Day 4) #2.

Shopping lagi....
Terapi minda :)
Ben Than Daytime Market :
     Market ni dalam bangunan. Setau aku, ada 4 pintu masuk - North, South, East, West. Banyak sangat lorong dalam ni. Boleh hilang anak kalau tak jaga betul-betul. Kedai rapat-rapat menyebabkan keadaan panas. Ventilation not so good.
     Pelbagai barangan dijual dalam ni - pakaian, tudung, kasut, kain ela, cenderahati, dll. Misi aku - cari KAIN COTTON! So, aku tak kesah sangat yang lelain tu. Aku cari kedai 209 seperti yang k.JM suggest kat blog dia masa dia pi Vietnam, tapi tak jumpa. Adik aku btau ada 1 lagi kedai kain cotton murah. At last jumpa kedai kat atas ni. Kain cotton dia sampai nak cecah ceiling. Corak-corak semua mavles. Aku beli banyak - sepasang Japanese cotton RM23. Murah gille. Kalau kat N.Sembilan tak kurang RM50 atau 60 (kain aku dah basuh, tak kecut pun).

Address:
Kedai 480-526-528-530-532
Thuy Duo Fashion
Western Door, Gate 4 Section II,
Ben Thanh Market.
WhatsApp Pe. Lin: 0909 712 634
Email: Pelin1110@gmail.com

- Kiri atas: Yang baju oren, seluar track 3/4 adik bongsu aku, Z.
- Hijau tu Deuter aku - muat 7kg untuk masukkan dalam cabin.
- Kanan atas: Kat kedai beg.
- Kanan bawah: Kat Coop Mart - mencari pampers. 
     Kat sini pulak beli backpack Deuter - VND 220.000. Dan sebab abe nak skolah, mama belikan beg North Face - VND 120.000. Tahun lepas papa belikan Deuter made in Thailand :)
     Misi seterusnya ialah mencari pampers. Aku salah bajet kuantiti pampers so x cukup. Tanya few Vietnamese semua taktau apa tu 'pampers' or 'diapers'. Aku macam tak percaya je. Kedai runcit pun susah nak jumpa. Yang ada, rupe bentuk macam 7eleven tapi tak jual pampers. Nasib baik terfikir nak tanya recep kat hotel kitorang tggl. Tapi dia pun tak faham soklan. Kebetulan anak buah aku pakai pampers - terpaksa selak panties dia untuk tunjuk rupa bentuk pampers tu. Kes naya betoi. Tau tak dorang panggil pampers ' tayai-yembek' (ejaan depa memang definitely lain, tapi, sebutan lebihkurang macam ni lah). Dia bagi address supermarket so that bolehlah kitorang tunjuk kat taxi driver - so sampailah kitorang kat Coop Mart ni. Banyak je pampers kat sini. Cuma brand tu limited - Setakat yang aku jumpa: Mommy Poko & Huggies Dry.
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.

Monday, December 29, 2014

Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh - 12/12/14 (Day 3) #2.

Ni jelah gambar terbaik yang kitorang dapat snap.
Lorong-lorong sini memang gelap.
Just depends on cahaya dari kedai-kedai.
Kedai My Sang:
     Aku beli baju kurung Pahang siap - RM28 sepasang. Kain ok je, tak nipis & taklah keras kejung. Compare dengan kain yang berkualiti baik sikit dari ni - RM90 sepasang masa aku beli kat Kenanga Wholesale City (KWC), KL (Kalau borong 10 pasang, baru dapat RM65-70 sepasang).

Jubah cotton - RM33. Aku pilih bunga corak besar. Saiz S tak seswai untuk aku - muat2 je bila aku pakai (berat 40-41kg, tinggi 153cm). Saiz M lebih selesa.

* Sesiapa nak tempah baju kurung, boleh tanya mana-mana kedai kain sebab ramai yang ambik tempahan. RM50/sepasang - pagi hantar, malam siap.
     Kat luar kedai beli souvenirs lagi - fridge magnet (1 set ada 10FM) = RM5. Ada yang jual RM7 (kualiti sama). Most kedai jual FM /keychain yang sama pattern - pattern tudung saji, baju, empat segi (semua made of kayu).

Ok, dah masa nak tido ....
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1

Thursday, September 25, 2014

Double payment sebab page loading.

     Semalam aku happy sangat sebab 2 barang yang aku order online dah dihantar oleh encik poslaju - dari Nile.com.my & Vitamart (Lelong.com) Tapi, harini... Aikkk...kenapa dapat benda yang sama - dari Vitamart? Tak mungkin diorang salah send. Terus aku check online banking aku. Rupanya memang aku bayar item sama 2 kali. 1 guna debit card, & 1 lagi guna credit card. Bila aku recall balik, baru aku teringat, aku memang click payment banyak kali kat page Lelong.com. Punyelah susah nak bayar masa tu. Asik 'hang' je. Tiap kali aku click memang lama sangat loading. But, dia appear as 'unsuccessful payment' on screen. At last, sekali je yang dapat 'successful payment'. Then, kene check email untuk confirm order & transaction, etc. So, xde problem. Masa tu wifi aku memang xde problem. Full bar. No blinking.
     Lepas dah puas hati, aku shopping kat Nile pulak. Dah lama x shopping online sebenarnye. That's why macam gian semacam je aku ni. Alhamdulillah skali click je payment kat Nile terus successful.
     So, apa dah jadi sebenarnye? Rini, aku memang dah gelabah. 1 barang tu RM119 (x masuk postage). So, aku try bukak Gmail semula. Baru aku perasan, aku terima 2 order no. Arghhh....tensionnn..Aku terus call Lelong.com tanya samada aku boleh return barang & minta refund duit aku? Jawapannye - CANNOT! Habis duit aku...HANGUS!! BURN!!

Dah sampai ~ nile.com.my

     Dah lama aku plan nak shopping samada kat Nile atau Zalora sebab ramai yang review tentang barang yang dorang beli kat sana. Katanya, kualiti barang same as shown & mentioned. Lagi yang best kat Nile ialah every stuff dia murah-murah. * Dah banyak kali aku singgah sini & banyak stuff yang aku berkenan. Senang kata ~ geram. Ermmm..rasa nak grab semua.
Ni lah webpage Nile.com.my
Nampak best kan?
Category barang:-
Fashion - woman/man
Books
Beauty care
Electronics
Creative lifestyle
Sports
Child care
Mobile accessories
     Kali ni aku nekad nak beli...
Aku order - Ahad, 21/9/14 (7pm)
Bayaran - bank transfer.
Belian RM100 ke atas - postage FOC.
Ni mode of payment yang acceptable &
Mode of delivery. 
You have successfully submitted your payment notification.
Bla...bla..bla...
Please click here to view your order. 
Check customer info tu tau..jangan salah add pulak.
Check list products yang korang beli jugak tau
* Barang yang not available pun akan masuk list
tau, tapi akan diletak tanda ni ->***
Ni progress order aku.
Tracking code given..
Bestnya...
23/9/14 (2 days later),
Barang aku dah sampai :) Cuba teka apa aku beli? Paling penting nak cakap, service Nile mmg ohsemlah & barang yang dapat sume good condition. Thanks Nile:)

Wednesday, September 17, 2014

JJCM - Jalan-jalan cari makan.

Selasa, 16/9/14
2pm
Undecided plan -
     At first nak pegi Terminal 1, Seremban. Dah lama berhajat nak beli kasut tapi malas betul nak masuk pekan (pepaham..). Tapi bila dah nak bertolak, papa ajak pi Alamanda.

     Sampai di Alamanda, macam biasa susah nak dapat parking. Takda ape yang menarik sangat pun. Just pusing2 dalam tu. Masuk Nichi ada diskaun 50% for second buy. Baju mostly RM79 above. Takde yang berkenan pun sebab mostly jenis kain chiffon & jenis sleeveless yang kene pakai inner. So, continue round lagi. Ingat nak beli Makcik @ Auntie Anne's tapi beratur panjang sangat - cancelled. Abe nak Dunkin Donut (macamlah dia makan..seperti biasa hanya teringin je). Kalau nak, baik beli Big Apple (aku lebih suka BA compared to DD).
Doughnut Big Apple 6 = RM13.50.
Air Chatime tu first time aku beli :-
- Cocoa Latte RM5.90 (regular)
- Red Bean Pearl Milk Tea RM7.90 (large)
* Small xde tau.
     Dalam pukul 5pm kitorang balik. Macam biasa...kitorang akan tersesat mencari pintu kitorang masuk tadi..* Nampak sangat jarang datang sini.
Otw balik: Selfie cam biasa.
Iri still demam :( berbalik-balik tapi x sepanas sebelum ni.
Dah tertido kepenatan.
Ajik - sangat comot.
     Ni kitorang round-round area Bangi. Dah lama tak macam ni sebab papa selalunya jarang balik rumah (stay KL kat kem). Budak-budak kemain seronok.
Ni kat Seksyen 5 BB Bangi (if not mistaken)
- Tunggu papa beli rojak.
Ada kuah rojak tapi kitorang x campurkan
risau tumpah dalam kete.
Bangi Steakhouse -
Papa ajak datang sini lain masa.
     Alhamdulillah trafik lancar walaupun slow sikit. Dekat pukul 7mlm sampailah kami kat rumah.

Monday, September 8, 2014

LENOVO Tab A7-30.

Bagi sesiapa yang tengah survey tab untuk diri sendiri or anak-anak, ni aku nak share sikit berkenaan LENOVO Tab A7-30.

- Harga RM700.
- Beli sekarang dapat FREE cover original + screen protector.
- Warranty sama macam phone lain - 1 year.
* INFO Penjagaan bateri:-
- jangan charge sepanjang malam (masa korang tido) &
- jangan charge sambil guna (Cth: sambil main game).
(Gadget baru beli korang tau kan kene charge 8jam dulu. Ni confirm korang tau :)
- Afterwards kalau nak charge:-
-- Don't exceed 2hrs for hp.
-- Don't exceed 3hrs for tab.
(Thanx adik kedai yang sangat peramah & sangat membantu in terms
of giving all the infos. Beliau lelaki berbangsa India, tapi 'salng'
bahasa Cina sebab beliau anak angkat orang Cina.)
* Harga sama macam Samsung Tab3.
Tapi untuk phone & tab memang mana-mana pekedai selalu suggest LENOVO than SAMSUNG sebab processor dia sama macam PC. Means lagi best. Then, laju kalau budak nak main game (quad-core processor) compare dengan Samsung yang dual-core processor (senang 'hang' masa main game).

- Berat :  327gm.
- Speaker kuat & ada 2 (kat sisi) vs Samsung ada 1 je (kat belakang).
- Camera kat depan & belakang vs Samsung kat belakang je.
Camne nak tau tab/ phone tu original atau tak?

1. Ada pelekat SIRIM kat belakang gadget tu.
2. Nombor IMEI pada gadget sama dengan kat luar kotak.
* kalau takut kene tipu jugak, type ni kat gadget yang korang beli tu *#06#
- Akan kluar no IMEI yang sama.

Sunday, September 7, 2014

Silap tengok harga.

     Semalam aku drive bawak tiga-tiga anak aku gi Jusco S2 (tak suka nak sebut AEON). Sampai2 terus gi makan le. Aku memang dah janji nak bawa Abe makan mee hijau (tak ingat nama) kat Johny's sebab dia suka mee tu. Alih-alih semalam dia tanya, "Mee apa yang Mama order ni. Tak sedap pun." Elleh..tapi lepas tu makan jugak. Aku pulak cam biasa order Pineapple Fried Rice - habis licin aku makan. Lapar betul. Lepas tu jalan-jalan lah jamu mata. Stop kat sini..
Terpesona dengan macaroon yang colourful tu.
Sebelum ni tak pernah beli.
Pernah makan pun yang melekat atas birthday kek.
Dah clear tulis situ 1 for RM4.00.
Aku mintak 8 dan hulurkan RM8.00 kat penjual tu.
Dia confuse (semestinya dia confuse..) & cakap, "RM32."
"Ooppss...sorry." Dengan muka tak boleh blah aku hulur note
RM50 (lepas aku tengok balik harga tu).
Erkkkk...habis duit aku macam tu je.
Apsal SILAP BACA ni?
     Lepas tu masuk pasaraya nampak kek atas tu pulak. Tekak aku semalam macam orang pegnen pulak. Itu nak..ini nak. Kek tu beli 1 - RM10, beli 3 - RM25. Dah balik rumah, rasa yang layer putih tu semata-mata krim (marjerin kot..). Ingatkan cheese. Aku anggap ni mahal dari Secret Recipe. Sebab saiz dia kecik sikit dari SR & rasa Velvet Cake tu kalau Secret Recipe jauh lebih sedap. * Semua yang manis-manis ni.
Abe sibuk membelek kad-kad kartun yang comel-comel tu.
Lepas tu Ajik pulak mengikut.
Pekerja Jusco tu perati je dari jauh.
Aku x perasan pun masa tu.
Time upload ni baru perasan.
Iri pulak 'selamat' sebab dok dalam trolley.
Kalau letak bawah, habis dia pun sama
nak explore semua.
Dia dok geram bear yang berderet kat atas tu!
Aikk...tiba-tiba papa muncul? Ni baru sampai dari KL terus ke Jusco.
Penjual tu ajak duduk test Massage Pillow dia.
So, duduklah jap merasa.
Okeylah dah penat. Jom balik. Ntah hape-hape je 'hasil' hari ni.


Saturday, September 6, 2014

Semua depa nak try.

2 hari berbeza.
Tapi, tempat yang sama - Seremban Prima.
Cer tengok, seronok kemain.
Kebanyakkan permainan ni just need 2 tokens.
2 tokens = RM1.
8/6/2014
Mama, Papa, Abe, Ajik, Iri.
Naik sesame bertiga.
Papa observe dari tepi je.
"Mama..mama, ni kapal Kapten Hook."
* Abe mase kecik bukan main takut naik benda alah ni
sebab dia kan bergegar.
4/9/2014
Mama & 2 Adams.
Sebaik Mama balik dari kerja.
"Mama, jom kita makan kat Chicken Rice Shop."
"Betul ke ni? Tapi kita pegi beli barang dulu lah."
"Olrite."
*Aku Tanya ni sebab anak aku tu bukan kuat makan. Teringin je lebih.
* Lepas tu nampak pulak mainan ni lagi skali.
Habis semua depa nak try. Pokailah mama macam ni.
Tengoklah deretan mainan ni.
Semua nak dicuba dek 2 beradik ni.
Ni yang terenterframe je..actually ada banyak lagi.