Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Kurangkan garam.

     Siapa taktau yang pengambilan garam berlebihan boleh sebabkan Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)? Kene tahu tau because this is basic. One more, kalau makan daging merah (daging lembu/ kambing/ kerbau dsb) confirm patient yang memang dah known case hypertension ni rasa pening & bila check confirm bacaan tekanan darah 'melambung-lambung'.

     Berapa kuantiti garam yang kita perlukan sehari?
Pengambilan garam perlu dihadkan kepada 2400mg sehari.
* Nama lain garam ialah :
- Sodium, ATAU
- Natrium.
(Cuba tengok ni pada label kandungan makanan. Ada tulis sana kan?)
Garam ni memang ada dalam kebanyakkan makanan yang diproses macam kat bawah ni. So, beware tau ...
Tau tak yang ni ?
1 sudu makan kicap cair = 1250mg sodium.
1 sudu makan sos tiram = 750mg sodium.
1 sudu makan sos tomato = 150g sodium.
** So, kalau makan sos kat KFC tu biarlah berpada-pada ye :)
     Apa kebaikan kalau kita hadkan pengambilan garam ni?Okey, ini adalah benefits yang kita dapat selepas 4 minggu :;
Tekanan darah (BP) turun sebanyak 5mmHg.
Risiko stroke menurun sebanyak 20%.
Risiko sakit jantung menurun sebanyak 18%.

Sajian sayur & buah yang diperlukan sehari.

     Kita makan sayur & buah setiap hari. Tapi, kita taktau samada kuantiti sayur & buah tu cukup atau tak, kan? Ok, meh tengok guidelines ni.
Berapakah sajian yang diperlukan?
5-10 Sajian sehari.
Apakah pulak yang dikatakan 1 sajian sayur atau buah tu?
Apakah 1 sajian sayur?
1 sajian sayur bersamaan :-
- 3 sudu makan
ATAU
- 1 senduk.
Apakah 1 sajian buah?
1 sajian buah bersamaan :-
- 1 biji buah sebesar penumbuk
ATAU
- potongan buah ikut ukuran sudu besar
(panjang & lebar buah sama dengan panjang & lebar sudu).
Macamana nak capai 5 - 10 sajian sehari?
Okey, rujuk gambar Pinggan Sihat kat bawah ni sebagai contoh...
Dalam 1 pinggan :-
1 sajian buah & 2 sajian sayur-sayuran.
Jadi, kalau ambil bilangan sajian yang sama untuk :-
lunch & dinner,
maka dah dapat 6 sajian sayur & buah untuk 1 hari.
Muka kepenatan lepas balik dari kursus bersama dietitian.
Pehhh ...penat konon.

Thursday, September 11, 2014

Progesteron.

     Hormon progesteron -> dapat memupuk perasaan keibubapaan. Ia menggalakkan wanita menjalankan peranannya membesarkan anak dengan berjaya.

1. Melihat bayi -> progesterone dalam badan wanita dibebaskan.
Bayi mempunyai tangan+kaki yang pendek, torso gempal, kepala+mata yang besar.
(Reaction kepada bentuk ini begitu kuat).

2. Melihat beruang -> same reaction.
3. Anak patung kurus - berlainan bentuk.
Maka, progesteron tak dibebaskan.

That's why permainan 'bear' & anak-anak haiwan laris dijual kepada kaum perempuan .

Wednesday, September 10, 2014

Lelaki mendengar seperti patung.

- Lelaki akan mendengar dengan kekal berwajah selamba & tidak menunjukkan sebarang emosi.
- Topeng emosi yang ditunjukkan oleh lelaki membuatkan mereka merasa mereka mampu mengawal keadaan.
- But, this doesn't mean lelaki takde emosi. Imbasan otak menunjukkan kekuatan emosi lelaki sama seperti wanita.
Berikut adalah ekspresi lelaki
dalam masa 10saat ketika
dia sedang mendengar.
Looks funny, right?
Rujuk sini juga ~ Bagaimana wanita mendengar?

Bagaimana wanita mendengar?

Berikut adalah ekspresi wanita
dalam masa 10saat :-
- ketika dia sedang mendengar.
- Ketika memberi tindak balas kepada
  emosi orang yang bercakap.
- Wajah wanita menggambarkan emosi yang dirasakan temannya yang sedang bercerita.
- Wanita dapat memahami apa yang disampaikan melalui intonasi suara & body gestures orang yang bercakap.
- Most lelaki takde kelebihan ni.
Bagaimana pula lelaki mendengar?

Monday, September 8, 2014

Positive attitudes & Positive expectations.

"We are what we think."
     Thoughts are therefore powerful weapons. How is that so? Everything starts with a thought. Thoughts lead to Words, Words lead to Actions, Action lead to Habits, Habits lead to Character, and Character leads to Destiny.
     Positive attitudes can be acquired (diperoleh). Seseorang akan rasa 'down' kalau dia expect something bad is about to happen. Feeling tu mungkin akan jadi teruk hinggakan seseorang tu dapat 'depression'.
Sumber entry & quote ni adalah dari
buku karangan millionaire Dr. S.F. Wong.
* Dulu aku pernah jumpa dia.
     Berfikiran positive ni is actually the basis of good health, freedom from stress, success in relationships, at work, everything. Cuba korang tengok orang yang sikit2 nak marah...sikit2 nak ngamuk...rambut dia cepat beruban kan. And kulit pun nampak berkedut cepat berbanding orang yang cool yang seumo ngan dorang. Tengok macam K.Ton.."Comel tak, K.Ton?". Ehhh..ni dah tahap merepek.
Amanda - anak buahku sayang.

So, take home message?
"Lu pikirlah sendiri!" [Nabil, Rajalawak]. Kui..kui..kui..

Wednesday, September 3, 2014

Otak wanita.

Otak wanita sememangnya diatur bagi melakukan pelbagai tugas. Wanita dapat melakukan beberapa perkara yang tidak berkaitan pada 1 masa kerana otaknya sentiasa aktif & tidak berehat.

Cth:
1. Wanita dapat berborak di telefon & at the same time boleh mencuba resipi yang baru.
2. Wanita dapat bersolek sambil driving. * Aku le tuu..
3. Wanita boleh mendengar radio & juga bercakap kat hp.

Senang kata - multitasking lah. Lelaki jangan jeles hokey:)

Lelaki hanya dapat melakukan 1 perkara pada 1 masa.

Mengapa?
Hasil kajian:
Berpendapat yang otak lelaki bersifat khusus. Ia terbahagi dengan jelas. Saraf-saraf penyambung hemisfera kanan & kiri nya kurang dari wanita.

That's why...
1. Lelaki menutup radio kereta apabila berhenti membaca arah di papan tanda jalan.
2. Lelaki memperlahankan suara tv bila telefon berdering.
3. Lelaki tidak mendengar apa yang wanita katakan ketika dia sedang baca suratkhabar.
* Apabila dilihat imbasan otak semasa lelaki membaca, kita lihat gambaran yang dia bagaikan tidak mendengar.
4. Wanita dipersalahkan apabila lelaki terlepas simpang di jalan hanya kerana diajak bersembang.
5. Sekiranya lelaki sedang bercukur & kita bercakap dengannya, dia mendapat luka.

Ada wanita pernah memberitahu, apabila dia berasa marah kepada suaminya, dia sengaja bercakap ketika suaminya sedang menukul paku!
Good idea. Hehe..

Misteri mentega yang hilang.

Sambungan entri ni ~ Semuanya masuk akal.
Pernah tak korang berhadapan dengan lelaki yang mencari barang samada di dalam fridge atau almari tapi dorang tetap x jumpa barang yang dorang cari? Tak kirelah sapa orang tu: ayah, suami, saudara lelaki.
Cth: Seorang lelaki yang mencari mentega dalam fridge.

Hasil kajian:
Menunjukkan otak lelaki sebenarnya mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A. Apabila tulisan mentega tu menghadap arah lain, dia takkan nampak benda tu. That's why lelaki terpaksa pusingkan kepala dorang bagi melihat (kekiri&kekanan, dari atas & ke bawah).
Kesimpulan:
1. Kehidupan wanita menjadi kurang tertekan apabila mereka faham kesulitan lelaki melihat benda pada jarak dekat.

2. Lelaki juga akan menjadi kurang tertekan jika dia percaya akan kata2 wanita bahawa barang yang dicari ada di dalam fridge, dsb & terus mencari.
(Olahan buku Why men don't listen and women can't read maps.)

Tuesday, September 2, 2014

Semuanya masuk akal.

" Isteri saya nampak sehelai rambut perang yang melekat pada baju saya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memarkir kereta. "

Biasa tak dengan situasi yang seakan-akan sama di atas?

Penjelasan :
1. Kebanyakkannya wanita mempunyai penglihatan periferi yang mampu mencapai 180 darjah.
- That's why wanita boleh melihat orang lain tanpa menggerakkan kepalanya. Mereka seakan-akan mampu melihat apa yang berlaku si belakang mereka.
- Wanita juga mampu lihat hampir semua isi kandungan peti sejuk tanpa menggerakkan kepala.
2. Kemahiran spatial atau ruang dimiliki lelaki.
- That's why mereka dapat mengagak jarak di antara belakang kereta & dinding garaj ketika kereta bergerak.

3. Lelaki mempunyai penglihatan seperti teropong.
- That's why lelaki dapat mencari dengan mudah kedai rokok yang berbatu-batu jauhnya, tetapi tidak pernah menjumpai barang yang mereka cari di dalam fridge,  almari ataupun laci.
(Olahan buku Why men don't listen and women can't read maps.)

Wednesday, August 27, 2014

Askar & MH17.


17 Julai 2014:-
Tragedi pesawat MAS MH17 ditembak
di udara Ukraine.
Klik gambar untuk berita penuh.
* huhu..:(  *
NO COMMENT. 
Aku taktau nak kata ape..
Memang aku tumpang bersedih dengan apa yang terjadi. Tapi, berita (ke-2) di atas sedikit sebanyak membuat aku terkesan.
Pic raptai penerimaan jenazah MH 17 yg kedua.
Event Pada 28 ogos 14.
Tengah-tengah tu husband aku.
Mereka perwira negara..
Bertugas siang & malam ~ membuat latihan. Sudah bergerak ke KLIA seawal 4.00am untuk raptai (daily).
Sejak asben aku balik unit (Ranger),
kami dah jarang jumpa. Setiap minggu ada je tugasan yang nak kene selesaikan. Kami anak-beranak cuma dapat jumpa dia on Sat ATAU Sun je (about 24Hr je) eventhough dia dok KL je (masa keje dia cam DOKTOR ONCALL). Kalau balik pun, dia tidur je sebab everyday berapa jam sangatlah dia dapat rest.
Mungkin ramai yang memperlekehkan tugas tentera.. But, just look for real. They have NO LIFE! NO AT ALL!
Sobsss..

Wednesday, August 13, 2014

Be positive.

     Dulu aku memang orang yang sangat-sangat NEGATIVE. Banyak benda aku tak boleh terima, especially kalau orang cuba nak ajar aku perkara berkaitan bidang aku. Cth: Kalau lecturer nak ajar aku cara diagnose penyakit..or engineer ajar aku cara nak treat patient. Kalau aku pulak ajar pegawai tentera cara nak command prebet ape dorang rasa? Atau aku ajar kontraktor cara nak buat plan bangunan..korang rasa patut ke? U get the point?
     Mase dulu memang aku boleh melenting. Tapi sekarang, aku dah boleh control. Ye lah, kita makin hari makin tua. Takkan nak buat perangai macam budak kan? Lagipun aku banyak belajar to be POSITIVE masa aku attend kelas2 AMWAY dulu.
     Korang perasan tak..orang yang berjaya semuanya berfikiran positive? Walau kena kutuk hebat macamana pun tetap maintain COOL. Kalau kita preoccupied with BAD FEELINGS, kita akan cepat letih & akan jauh dari KEJAYAAN. FMS aku pun ada pesan, "Awak imagine je wire dia dah putus." Thanx, boss for teaching me of being cool & smart.
     Orang ada mulut..biarkan mereka cakap apa saja. Fitnah kamu, hina kamu, kutuk kamu. Mulut orang takde filter. Tapi ingatlah, di sana (akhirat) nanti, mulut ni dah terkunci & tak boleh berkata-kata lagi.
Cherish your day.
Why bother with CRAZY people because they will drive you crazy too.
When you have done your best,
Let Allah do the rest.
Sumber: En. Google. 

Me - in sorrow?

My true life story..
I've done these.
I've experienced this.
People did all these to me + blame me.
But, I always did this when am at workplace.
Because I knew this.
But this 1 gave me a great challenge :D
Please la..I need to finish my last words.
Sumber image - En. Google

Monday, August 11, 2014

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57.

FWD: Untuk saudara ku Melayu yang dikasihi...

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

Wednesday, July 2, 2014

You can't win an argument.

;)
Quote :
"...I have come to the conclusion that there is only 1 way under high heaven TO GET THE BEST OF AN ARGUMENT - AND THAT IS TO AVOID IT. "

You can't win an argument.
You can't because if you lose it, you lose it; and if you win it, you lose it.
Why?
Well, suppose you triumph over the other man.
Then what? You will feel fine.
But, what about him?
You have made him feel inferior. You have hurt his pride. He will resent your triumph.
And - ???
In an article in Bits and Pieces..
some suggestions are made on HOW TO KEEP THE DISAGREEMENT FROM BECOMING AN ARGUMENT:
> Welcome the disagreement.
> Distrust your first istinctive impression.
> Control your temper.
> Listen first.
> Look for areas of agreement.
> Be honest.
> Promise to think over your opponents' ideas & study them carefully.
> Thank your opponent sincerely for their interest.
> Postpone action - to give both sides time to think through the problem.

Sunday, June 29, 2014

He who can do this has the whole world with him. He who cannot walks a lonely way.

;)
Why talk about what we want?
That is childish. Absured. Of course, you are interested in what you want. You are eternally interested in it. Tapi, orang lain tak interested pun.
Sumeorang pun same : WE ARE INTERESTED IN WHAT WE WANT.
So, hanya 1 jalan untuk pengaruhi orang lain adalah dengan bercakap apa yang mereka mahu  & tunjukkan pada mereka bagaimana mendapatkannya.
Cth 1:
You don’t want your children to smoke – Don’t preach at them & don’t talk about what you want. But show them that cigarettes may keep them from winning in basketball.
Cth2:
1 hari seorang bapa & anaknya nak masukkan seekor anak lembu ke dalam kandang tapi anak lembu tu taknak. Jadi, si bapa pun tolak anak lembu tu, sementara si anak menariknya. Tapi, anak lembu keraskan kaki tetap taknak masuk kandang.
SEBENARNYA DORANG NI BUAT COMMON MISTAKES – OF THINKING ONLY OF WHAT THEY WANTED. Dan anak lembu pun buat benda yang same iaitu THINKING ONLY WHAT HE WANTED.
Seorang pembantu perempuan nampak kejadian tu. Dan die ada calf sense. SHE THOUGHT OF WHAT THE CALF WANTED – jadi die pun masukkan jari dalam mulut anak lembu & biarkan ia hisap sambil perlahan-lahan masukkan anak lembu ke kandang.
Cth3:
Seorang bapa baru pulang dari kerja & mendapati anaknya meraung-raung di dalam rumah sebab takmo start kindergarten the next day. Pada mulanya, bapa dah nak naik berang & nak paksa si anak supaya pergi tadika jugak. Tapi, bila dipikirkan..cara tu tak membantu pun. So, bapa duduk & mula berfikir, “ If I were Adam, apa yang akan buat aku excited nak pergi tadika?” Si bapa & ibu mula list down sume bende menarik yang mungkin akan buat Adam excited. So, dorang mulakan dengan FINGER-PAINTING sambil berseronok-seronok. Adam pulak mula mengintai. Lepas tu mula merayu untuk join dorang. “ Oh, no! You have to go to kindergarten first to learn how to finger-paint.” Lepas tu bagitaulah semua keseronokan yang dia akan dapat di kindergarten.
**  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **   **  **  **  **  **  **  **  **  **
 Cukuplah 3 contoh kan?
Sumber: Buku How To Win Friends & Influence People –m/s 32-35
(selepas diolah & dibahasa melayukan olehku – cerita dia meleret, so aku dan ‘concise’kan).
**  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **
TOMORROW YOU MAY WANT TO PERSUADE SOMEBODY TO DO SOMETHING.
Before you speak, pause & ask yourself: “ How can I make this person want to do it?”


Thursday, June 26, 2014

Lelaki vs Perempuan.

Lelaki & wanita menilai dunia yang sama dengan cara yang berbeza (ms. 153).
Kanak-kanak lelaki suka kepada benda, kanak-kanak perempuan suka kepada orang (ms. 153).
Kanak-kanak perempuan mahukan hubungan & kerjasama, manakala kanak-kanak lelaki mahukan kuasa & kedudukan (ms. 154).
Kanak-kanak lelaki bersaing, kanak-kanak perempuan bekerjasama (ms. 156).

Wanita menghargai hubungan,  lelaki menghargai kerja (ms. 161).
- Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja,  dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya.
- Wanita meninggalkan orang lelaki bukan kerana dia tidak gembira dengan apa yang diperoleh, tetapi kerana kemahuan emosinya tidak dipenuhi (ms.164).

Lelaki menyembunyikan emosi mereka (ms.166).
Lelaki benci pada nasihat (ms.167).
Apabila bercakap perihal hubungan seks, wanita perlukan sebab manakala lelaki hanya perlukan tempat (ms.235).
Wanita mahu melakukan hubungan seks yang kerap dengan lelaki yang dicintai. Lelaki hanya mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (ms.244).

Cinta: Mengapa lelaki jatuh cinta & Wanita putuskan cinta? (ms.277).
- Wanita sedar apabila cinta tidak wujud. Inilah sebabnya mereka lebih proaktif dalam mengakhiri perhubungan(ms.278).

* Sumber: Buku Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps.

Friday, June 13, 2014

Vaksin untuk bayi ada unsur babi?

Sebagai umat Islam, memang sudah menjadi kewajiban untuk kita meneliti setiap perkara dalam kehidupan harian kita agar tidak bercampur dengan perkara yang haram.
Ini bukan hanya terbatas pada aspek pemakanan. Bahkan pada amalan Perubatan juga. Antara isu yang menjadi perdebatan doktor & pesakit adalah berkaitan vaksin & insulin yang dikatakan dari unsur babi (porcine). Bagi saya, tidak salah berdebat..tapi, biarlah secara professional & berasas. Jangan dengar cakap orang sana-sini tanpa kaji sumbernya kerana takut mendatangkan fitnah. 

Saya baru order ni dari pakar saya semalam.
Baru sempat bace 2 pages tentang insulin.
Alhamdulillah.. Buku ini akan mengupas isu Mitos & Realiti Vaksin untuk bayi anda.

P/S - Tolong jangan sempitkan pemikiran anda.

Monday, June 9, 2014

Mengapa wanita bercakap ketika tertekan?

Apabila tertekan, tegang ataupun marah :

1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.

  • Wanita akan bercakap ,selalunya tanpa henti.
  • Dia berterusan bercakap kepada sesiapa yang mahu mendengar.
  • Dia mampu bercakap perihal masalahnya dengan teman-temannya selama berjam-jam dengan memberikan laporan terperinci.
  • Dia bercakap perihal hal semasa, masalah dahulu, masalah akan datang & masalah yang tiada jalan penyelesaian.
  • Dia tidak mengharapkan cadangan penyelesaian kerana dia hanya mahukan ketenangan & kelegaan ketika dia bercakap.
  • Percakapannya tidak berstruktur.

Bagi orang lelaki :
MENDENGAR SAHAJA wanita bercakap perihal masalahnya adalah kerja yang sukar dilakukan. Ini kerana dia SEPATUTNYA MENYELESAIKAN MASALAH  yang sedang diceritakan. Dia TIDAK MAHU SEKADAR MENDENGAR, dia MAHU BERTINDAK! Kata-kata dari mulut lelaki seperti, “Itu hal kecik je,” akan buat wanita berang. Wanita berasa yang dia tidak dipedulikan kerana temannya itu tidak mahu mendengar.

Bagi teman perempuan lain : 
Mereka mula membuat BEDAH SIASAT ke atas masalah yang dihadapi. Tiada penyelesaian yang dicapai.

Pengajaran berguna bagi setiap lelaki :
Apabila bersama wanita yang sedang marah, jangan cadangkan apa-apa penyelesaian. Wanita hanya mahu didengar. Hanya PERLU TUNJUKKAN YANG DIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN oleh wanita terebut. Gunakan bunyi-bunyi dan pergerakan yang memberikan tanda dia mendengar. (Konsep ini agak janggal bagi lelaki kerana dia hanya bercakap apabila dia ada perkara yang mahu dicadangkan.)   

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 169-170)
** Selepas aku olah.

Saturday, June 7, 2014

Kehebatan Sentuhan

Sentuhan mampu menyelamatkan nyawa.

Kajian :
1.      Ke atas bayi 10minggu – 6 bulan -> bayi yang dibelai ibunya jarang diserang selesema, muntah & cirit-birit compared yang tak dibelai.

2.      Ke atas wanita yang mengalami tekanan perasaan –> kadar pemulihan meningkat sejajar kekerapan mereka didakap & berapa lama mereka didakap.

3.      Kajian ke atas pembesaran anak-anak & keganasan  -> masyarakat yang jarang memberi pelukan mesra kepada anak-anak mempunyai kadar kenayah yang tinggi dalam kalangan orang dewasanya (Ahli antropologi, James Prescott).

4.      Ke atas anak tikus -> Anak tikus yang sentiasa dibelai ibunya mempunyai otak yang lebih besar & lebih cerdas compared yang tak dibelai.
5.   Ke atas monyet -> anak-anak monyet yang tidak mendapat belaian ibunya mengalami tekanan, sakit & akhirnya mati. Perkara yang sama juga diperhatikan berlaku ke atas kanak-kanak yang terbiar (Harlow & Zimmerman).

Pengajaran daripada kajian?
      -          Bagi mengambil hati perempuan , usap & belailah mereka tetapi jangan pula sentuh mereka 
              dengan rakus.

-          Dalam membentuk anak-anak supaya membesar dengan mental yang sihat, dakaplah     mereka dengan kerap.

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 34-37)
** Selepas aku olah.