Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Husband kerap sakit.

     Dalam tahun ni kerap betul husband aku berulang-alik ke Unit Kecemasan HTJS kerana pedih ulu hati. Macam biasa, dia dirawat sebagai 'sakit gastrik'. Awal-awal dulu makan ubat gastrik ok lah. Tapi, sekarang simptom (gejala) penyakit dia dah bertambah severe (teruk). Sampai sesak nafas & sakit dada. Dah macam sakit jantung aku tengok. Tapi, check jantung (ECG) ok je.
     Paling teruk time raya puasa tahun ni - he was admitted at Hospital Tanah Merah that time. Rafer sini ~ Kenangan Hari Raya 2014. Kat wad pun still sakit ulu hati.
     Dan hari ni, asben sakit lagi. 3 kali dia muntah. Dia mintak aku sapu minyak panas kat dada & belakang badan dia. Tangan aku urut tak kuat, so dia mintak aku urut guna siku. Adalah dengar angin keluar sikit. Lepas tu dia tido. Nampak tak larat. Anak-anak pulak bising. Lagi dia pening.
     Ni dah malam alhamdulillah nampak ok. Cuma 1 aku geram - aku nak refer dia for scope tapi dia takmo. Ishh..takut agaknya. Tapi aku tanya dia senyap je. Ermm...

Wednesday, November 26, 2014

Follow-up Kapt. Enche Mohd Salmi.

     Kesian pulak aku tengok asben aku ni. Dah macam ayam berak kapur dok kat umah. Sebelum ni, he used to be like a very busy man in the world. Handphone non-stop bunyi (ayat x logik, takkanlah non-stop kan. Hehe..) asik sana-sini kol cari dia.
     Sekarang dah hampir 2 bulan dia 'menternak badan' kat umah. Nasib berat taklah naik sangat maybe sebab dia banyak guna tenaga untuk berjalan dengan tongkat/ crutches. Mesti non-weight-bearing okey :) 29/11/14 hari tu dah pi temujanji kat Klinik Orthopedic, HTJS sampai silap-silap haribulan. Refer entri ni ~ Suda tukar ka?
    Masa XOA (X-Ray on arrival) tu memang tulang baru (callus) tak berapa nampak pun. So, tak boleh off backslab lagi. Walaupun asben aku cam patient lain yang degil sebab takmo ikut aku pi dressing kat klinik (aku x suka nak dressing dia sebab kalau aku buat dia asik kata sakit), tapi 1 perkara yang aku puji dia sebab dia betul-betul tak step atas lantai + tak bukak backslab dia + sanggup terhencut-hencut guna crutches kesana-kemari. Kalau patient memang selalu tak compliance tang ni.
    So, today is the 2nd appointment kat klinik pakar. Taktaulah apa nasib asben aku rini. Harap everything ok. Korang,  doakan asben aku ea:) Thanx.

* Hari ni aku kena bawak baby pi cucuk setahun setengah jugak. Mula-mula aku ingat nak amik timeslip pagi je time bawak follow-up asben. And hari lain ambik off petang untuk anak. Tapi, YM btau better aku bawak asben kat spital pagi, and anak ke kkia petang. Ermmm...sayangnye rugi 1 hari cuti. Lagipun ramai MO yang dah ambik cuti panjang bulan ni until next month. So, maybe better kalau sehari je aku takde di klinik dari half day x 2kali. Sobss..
~> Nampak tak tugas seorang ibu adalah lebih berat dari seorang bapa? Bukan aku sorang je yang macam ni, okey. Ibu-ibu lain pun sama. Seorang bapa just kena kerja je. Tapi, ibu kena kerja & uruskan anak-anak & also keperluan isi rumah. Well, aku tau not all of you guys yang macam ni. U are great if you are not that typical man.

Wednesday, October 29, 2014

Suda tukar ka?

28/10/14
8.00am

Refer entri ni kalau nak tau apa jadi kat asben aku 7/10 yang lepas..Husband accident ~ Deep L/W over Right Foot.
Hampir seminggu jugaklah aku jaga dia kat ward. Kenapa lama sangat? Sebab dia sustained open fracture, so kene bagi IV antibiotic (antibiotik ikut air) plus kene op (operate). Kira minggu ni dah PT 3/52 (post trauma 3 weeks). So, dah 'due' untuk TCA (appointment) dia.
      Dengan confidentnya aku btau in-charge yang asben aku appointment rini. Semalam aku dah snap gambar appointment card send wassap kat dia. Aku memang jenis camtu walaupun takde sape pernah mintak sebab aku tak suka sesape ingat aku tipu or ambik kesempatan. Aku suka bagi/mintak 'black & white'.
Appointment card - front & back.
Disebabkan TCA sebenar adalah 29/10/14 tapi kitorang dah ada kat kawasan Klinik Pakar ni,
apalagi..aku snap jugak gambar husband aku & wassap kat klinik bukti aku dah sampai HTJS.
Bukti mesti ada so that boleh protect myself.
Sampai camtu sekali strictnye kitorang tau.
     So, pukul 7.30am aku dah kluar rumah. Sampai kat HTJS aku pun drop husband kat entrance Klinik Pakar. Kat situ memang ada sorang PPK yang akan membantu kalau kita mintak tolong. Ada banyak wheelchair juga. Selesai drop, aku pun pi parking bertingkat (baru siap ni). Lepas parking, aku pun jalan semula arah Klinik Pakar. HTJS ni berbukit tau. Kalau lambat datang, alamatnye mendaki lah dari bawah. Memang mengah. Shuttle ada disediakan. Tapi, aku x sure jadual depa. Aku ni jenis x suka tunggu. Nak cepat je. So, kalau aku parking bawah pun, aku akan naik jalan kaki.

Sesampainya aku kat husband.....
Asben: Ayang..29.
Aku: Aaaaa...ape yang 29?
Asben: Appointment abang 29.
Aku: Laaa yeke?
** Macamana boleh x perasan pulak? Aku siap send wassap kat in-charge semalam tapi x perasan 29/10 tu the next day - bukan rini.

Sunday, October 19, 2014

Sedut internet.

     Korang kalau pakai wifi kan ada password. Pernah tak selalu guna wifi tu laju je..tapi at times halajunya decelerate pulak? Macam hangin jugak lah, kan? Korang rasa, kenapa?
      Pernah dengar tak orang 'sedut internet'? Kira macam 'hack' jugaklah, kan? Pernah kena, tak? Korang tau x macamana nak change password? Ehhh..kalau change password pun still boleh hack jugak kott. Haaa..korang tau x macamana nak block other user from using wifi korang? Kalau tau, please lah ajar aku. Macamana nak make 'not visible to others ea'? Sape hack aku? Ermmm..asben aku ler. Well, tak kesah korang nak kate ape. Aku kalau tang internet ni memang kedekut tahap gaban ok. Sebab aku kan selalu guna banyak. Dulu pakai 5G pun terbabas..(Tapi, sekarang xde lah sebanyak dulu). So, aku memang x bagi password. Jahat, kan? ** Tapi, adik aku..aku kasi. Cuma dah pesan jangan pepandai bagi password kat memember yang datang umah mak.
     Camne aku tau asben hack? Dia ada cakap dia guna wifi aku. Aku peliklah - sebab aku x penah bagi password kat dia. Pastu, aku tanyalah.."Abang hack wifi ayang ke?" So, turn up - dia ngaku 'tanpa rasa was-was gitew'. Kenapa aku boleh tanya soklan gitu? Sebab... sebab dia pernah hack semua message + email + FB message aku. Katanya ada software khas kalau x silap. Sekian.

Sunday, October 12, 2014

KEMBARADUGA DARAT/2008.

Terjumpa gambar masa tengah selim-melim....
6 tahun yang sudah :)
(Tahun ke-2 perkahwinan).


Thursday, October 9, 2014

Going for operation.

DOA: 7/10/14
(date of admission)
     Alhamdulillah di hari ke-3 asben aku dah dipanggil ke OT (operation theater) untuk prosedur Wound Debridement & Exploration & K-wire. Kenapa tak masuk Pvt Hospital je? Entahlah. Dia ada je Medical Card tapi tak pernah guna. Kenapa tak masuk Hospital ATM? Entahlah jugak - dia tak mau. Kenapa tak masuk first class kat GH tu? Aku baru mintak GL aku tadi. Baik betul Mizan, staff KK aku - dia siap hantarkan GL tu ke rumah mak aku. Aku ada banyak hal nak setel tadi, so tak sempat gi amek GL tu kat PKD. PKD tu kan tengah2 pekan. Pepaham:)
     Korang, doakan ye semoga everything goes smoothly + no serious complication + no need to go for another operation + can go back home early + quick recovery + foot can function normally afterwards. 
     Panjangnye permintaan aku. Overrr gitew :)

Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday.

12 - 7pm
Time to go back & rest.


Berat sangat ke 'Title' korang tu?

     Sape yang rasa dia orang yang aku maksudkan, please take note & please change, orait! Sape yang biasa baca entries or comments aku tentu tahu aku ni jenis 'direct' bab-bab berkaitan salahlaku or sivik ni. Bab-bab lain aku ok je, kan..kan..kan.. Aku ni baik sebenarnye,  except bab yang aku sebut kat atas, memang 'sorry naik lori' memang aku susah nak tolerate. Sebab aku bukan jenis macam tu. Tak kesahlah kau muda ke or tua dari aku - ko kenelah semaikan sifat respect kat orang lain. Jangan ingat ko ada 'Title' kat pangkal nama ko dah 'besar sangat', ok.
     Benda dah selalu jadi sebenarnye. Aku bagi contoh kisah semalam masa aku bawak husband ke Serdang (Sorry, aku bukan pi Selayang. Typo) Hospital ~ Husband accident. Asben aku kan on wheelchair. Die dah pulak besar. Susah gila aku nak tolak masuk bilik doktor. Nasib baik WC tu function well, so taklah tersekat2 aku nak tolak. Pintu bilik tu kan kecik..muat2 je. Ko, as doctor kalau nampak tak boleh nak tolong pegangkan pintu ke.  Apa berat sangat Title ko tu sampai tak boleh nak bangun dari kerusi? Helloooo, aku kat klinik aku even lagi ramai dari korang yang kerja syif masih boleh bangun pegangkan pintu untuk patient yang on WC, yang pakai tongkat, dll. Kalau patient tu buta ke aku siap panggil staf papah dia keluar. Dulu working hours kitorang kat hospital lagi lama, ok - kalau oncall sampai 36 Hours kitorang keje! Apelah sangat compare ngan korang.

PLEASE USE COMMON SENSE, OKEY!! Berapa banyak ok, daaaa?

Sambung balik...
Aku ni tengah terkial2 ni. Ada 2 doctor dalam tu tapi buat dek je. Aku nak pinjam kerusi untuk sendal pintu then baru nak tolak husband aku. Lepas tu Dr lelaki tu pandang semacam kat aku & kate lah aku kene jumpa Dr pompuan depan dia, bukan dia. Aku nak pinjam kerusi je kott. Dah pulak badan tegap tapi x reti2 nak tolong. Memang x gentleman langsung.

Sampai depan doc pompuan:
" Nanti you explain in Medical ye, sebab I pun MO (Medical Officer). "Owhh.." Aku cakap dengan penuh sopan. Nasib baik doctor lelaki tu tak menyampuk, kalau tak memang aku nak bahasakan macam ni - "Dah kenapa kalau aku doctor. Aku kan manusia. Patients lain pun manusia jugak!" Damn! Haaa..garang tak aku?

Take home message :
~ Buat kerja tu biar ikhlas. Bukan sebab makan gaji. Ko ingat HALAL KE GAJI KO KALAU kerja macam tu?

Tuesday, October 7, 2014

Husband accident - Deep laceration wound Right foot...

      Pagi ni masa baru nak bersiap-siap gi keje, tetiba aku dapat panggilan dari no. tak dikenali. Rupanya tu orang yang tolong husband aku. Kenapa dengan husband aku? Dia accident superbike dengan superbike lain + kete + bus. Dia tak sedarkan diri kejap - terkejut sebab bas betul2 depan muka dia. Kaki kene gilis dengan tayar bas. Rider superbike lagi sorang katenye teruk tak sedarkan diri. Mashaallah. Aku harap dia takde pape. Ada 2 orang pemandu prihatin kol aku. Second adalah driver kete yang involved sama dalam accident. Dia inform yang ambulance dah datang nak bawak husband aku ke Hospital Serdang. 
     Aku, ayah, & 2 orang adik aku (Anchik & Dik Wan, terus ke tempat kejadian - depan sikit dari R&R Serdang. Ayah tunggu kat motor. Sementara aku drive ke hospital (guna GPS - bukan tau jalan) dengan adik-adik aku. Alhamdulillah suami aku stable. Tapi kaki berdarah-darah + bengkak & jari last+second last terkulai. Diagnosis :-

1. Deep L/W right foot.
2. Open # distal phalanx Rt 5th toe with bone loss.
3.?Open #/ subluxation middle phalanx Rt 4th toe.
4. Close # head of 3rd metatarsal bone of Rt foot. 
5. Close # distal end Rt fibula.
6. Cerebral concussion. 
Dalam bahasa mudah..
Kaki kanan -> terkoyak, jari last & tengah patah, tulang jari second last lari. Tulang betis bahagian bawah pun patah.
* Diagnosis ke-4 & 5 tu tak perasan masa kat hospital. Dalam kete, masa ayah aku pulak drive, saje aku tengok lagi skali... Lorr, ade bonus.

Need admission to orthopaedic ward untuk operation (wound debridement & exploration). Lepas tu kena letak besi pulak lah (K-wire). Aku mintak tolong Doc sana arrange for transfer to HTJS. But I need to sign for AOR discharge since he is treated at yellow zone only.
     

Monday, September 22, 2014

Bahagia ku rasa.

     Sabtu seawal 8pg aku dah kena attend kursus (dekat je pun). Pukul 2ptg habis. Aku sebenarnye tak sabar nak tggu encik asben balik. Macam dah lama sangat tak jumpa. Padahal selasa ritu baru gi jalan2 ~ Jalan-jalan cari makan. Ingatnye nak bawak anak-anak jalan2 makan angin luar negeri (bukan luar negara ye:). Rupenye asben nak kene balik awal ke kem (Ahad pagi). Nak kene bertolak semula ke Trolak, Perak. Die kene uruskan latihan pegawai yang akan naik Leftenan-Kapten (jangan tanye lelebih, aku x brape faham kerja army ni eventhough dah banyak kali aku mintak asben explain). 
    Disebabkan masa yang terlalu singkat, kitorang lepak jelah umah mak cam biasa. Nak balik rumah pun entah knape aku tak larat sangat. Lama jugak aku tido lepas balik kursus tu - dalam 2jam kot (aku mana biasa tido siang.. Sebulan sekali ade lah kott).
     Dok rumah takde buat aktiviti pape. Tapi, aku rasa seronok sangat. Jarang asben aku layan anak-anak sebab selalu dia lebih tido - penat busy kat kem ada je keje katanye. Petang tu dia mandikan 3 budak tecik ni. Mama tolong pakaikan baju je. Terasa ringan sikit kerja mama. Bagi yang takde pengalaman mesti fikir apelah sangat nak mandikan budak, kan? HUhu...kalau nak rasa mencabar, meh try mandikan 3 hero yang sangat lasak ni. Dengan air 'banjir' sampai ke luar, 'air pancut' ke ceiling,  buih sabun sebesen & penuh kat lantai, air paip/sink/shower sume bukak sehabis boleh, aktiviti membasuh jamban tanpa diminta, dsb...hahaha..memang best.
     Usai Maghrib, Abe mintak papa ajar baca buku skolah alif,ba,ta dia. Mama dok tepi tengokkan si adik-adik yang selalu jadi tukang kacau. Abe dok atas riba papa. Sejuk hati mama tengok. Selalu dia dok atas mama je.
     Pagi Ahad, aku dengar riuh-rendah suara anak aku kat luar. Rupenye perati papa basuhkan kete mama. Kete mama tu memang sebulan skali baru basuh. Sebab x sempat nak bawak pi 'laundry'. Balik keje dah penat. Weekend pulak masa untuk buat semua kerja rumah yang di'qada'. Ermmm...
     Malamnya, papa tido dalam hutan bertemankan unggas-unggas. Kat rumah, entah kenapa Iri asik sebut pa-pa x renti (baru seminggu pandai sebut few words). Rindu agaknya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kami anak-beranak.
Kapt Enche Mohd Salmi.
Posted via Blogaway

Thursday, September 4, 2014

Dah tugas army.

Ajik: Mama...papa mana?
Aku: Papa keje.
Ajik: Papa keje kat mana?
Aku: Papa keje kat KL.
Bal...bla...bla...

     Dulu, tiap hari dia akan tanyakan soalan ni. Sekarang dah jarang. Hati ibu mana yang tak sebak kalau tiap hari anak tanya pasal papa, kan? Tapi, apakan daya rutin harian yang membataskan. Asben, walaupun dok KL yang sejengkal je tu tapi jarang kami dapat bersua muka memandangkan waktu kerja dia yang tak menentu. Slalu dah balik Seremban pun kene panggil balik kem. Before this ada gak dia balik tapi dalam kol 12am lah. Then, balik kem kol 4.30am. Still anak tak dapat jumpa papa dia. So, better dia stay kem jelah kan. Takde lah bahaya nak ulang-alik.
P/S: Sapa yang nak kawen army tu, fikir masak-masak dulu before decide. Yang understanding ok lah :)

KKD @ Istana Negara.

Salam ceria semua.
Saje nak share pic aktiviti en. asben memandangkan ada yang interested nak tau life kalau jadi wife seorang army. Well, ini adalah life en. asben yang sentiasa busy. But, please take note tugas army ni lain-lain ea depends pada tempat dia bertugas.

Kapt. Enche Mohd Salmi.
Pic taken @ dawn.
Pintu Gerbang Istana Negara.
So, inilah KKD a.k.a Kawalan Kehormatan Darjat.
Cantik, kan?

Tuesday, September 2, 2014

Plat no. kete.

5.20pm
Otw balik rumah ~

     Depan kete aku ada kete Sentra hitam plat PGU ****. This reminds me of something. Something yang buat life aku & husband sangat ceria satu ketika dulu. Mase tu belum ada anak. Nak tau ke? Hehe. But then, lama dah benda tu berlalu. Tak ingat bila kitorang dah stop gegila cenggitu.
     Nak tau ke? Actually kitorang suka baca plat number sume kete yang kitorang nampak kat jalan. Siap buat challenge ~ sape baca paling banyak dia menang. Hehe..Takde keje kan?  Aku akan baca ikut Medical term, hUsband pulak ikut army die lah. Cth: NBM - nil by mouth, BKA - below knee amputation, PGU - perforated gastric ulcer. Askar nyer x ingat pulak.
    Alah..slalunye mengarut je. Cth: DBB - debab, DBE - debe, WTH - what the hell (uhuks). Macam tu lah kitorang dulu. Sekarang.. seswai ke?

Wednesday, August 27, 2014

Askar & MH17.


17 Julai 2014:-
Tragedi pesawat MAS MH17 ditembak
di udara Ukraine.
Klik gambar untuk berita penuh.
* huhu..:(  *
NO COMMENT. 
Aku taktau nak kata ape..
Memang aku tumpang bersedih dengan apa yang terjadi. Tapi, berita (ke-2) di atas sedikit sebanyak membuat aku terkesan.
Pic raptai penerimaan jenazah MH 17 yg kedua.
Event Pada 28 ogos 14.
Tengah-tengah tu husband aku.
Mereka perwira negara..
Bertugas siang & malam ~ membuat latihan. Sudah bergerak ke KLIA seawal 4.00am untuk raptai (daily).
Sejak asben aku balik unit (Ranger),
kami dah jarang jumpa. Setiap minggu ada je tugasan yang nak kene selesaikan. Kami anak-beranak cuma dapat jumpa dia on Sat ATAU Sun je (about 24Hr je) eventhough dia dok KL je (masa keje dia cam DOKTOR ONCALL). Kalau balik pun, dia tidur je sebab everyday berapa jam sangatlah dia dapat rest.
Mungkin ramai yang memperlekehkan tugas tentera.. But, just look for real. They have NO LIFE! NO AT ALL!
Sobsss..

Thursday, August 7, 2014

Hari Raya ke-7.

     Cuti raya aku lama. Tapi, tak jalan kemana-mana sangat sebab asben n aku both feeling unwell. Semua plan aku lari tau. Tapi, Ahad lepas 3 Ogos aku gagahkan diri juga memandangkan sian mak aku tak berjalan raya. Ayah aku bukan suka sangat bab jalan rumah orang.
Dari kiri: asben, mak aku, aku.
      Masa ni raya umah sepupu aku, B.Din kat Saujana Impian, Kajang. Wife die, K.Liza kerja. Tinggal 2 anak dara dia je kat rumah layan kitorang. Yang sulung tu amek Medic. Kalau tak salah dah tahun 2.
Dari kiri (ikut bentuk U):
K.Inda, B.Faizal, Paksu, Faris Najmi, Adam Hadif (terlindung),
Maisara, Naim meriba Faiq Najwan, asben,
mak meriba Adam Ziqri. 
  Jom teruskan bergambar.
Bawah ni anak aku yang snap..tak yah upah photographer :D
Bermalasan di atas buaian.
Kalau ada 1 dalam rumah memang best ni.
Tapi, sayang duit & macam nyemakkan rumah.
Eh, ada budak botak enterprem.
Mai..mai..nasi Arab lauk kambing delivery.
Hehe..actually CEO Arab Malaysian Finance Berhad, K.Liza
(if not mistaken) baru balik keje & sempat gi beli food ni.
Aku tak join depa pun.
Ntah nape kepala aku pening n mual je sepanjang minggu.
Erkkkk..aku tau ape yang korang pikir.
No..no...no...jangan pk ke situ :p
Arrows tu tunjuk anak aku -
adam hadif (depan)
adam haziq (blkg).
3 beradik lagi tu sepupu yang paling rapat dengan dorang.
Anak kak sedara aku, K.Inda.
K.Inda ni staff nurse kat ICU, Hosp Putrajaya.
Kalau kate je nak jumpa budak-budak ni,
mesti depa senyum lebar sampai telinga.
Dah kitorang je dok nogori.
Sedara lain dok Perak.
Lepas perut semua dah kenyang..
Jadilah macam pacat..
Kami balik pukul 7pm.
(Aku je yang tak kenyang...uwaaaa).

Thursday, July 17, 2014

Majlis buka puasa di Kem Wardieburn.

~ Autopublish entry ~
Ini hanyalah entri selingan ..
Nampaknye sehati sejiwa dengan scallop @ the back..
(sama warna baju) 
Asben sape lah ni..
Dah pandai berselfie sekarang.
Tiru aku ler tu..

Wassap gambar food kat aku.
Gambar je ..food nye x bawak balik.
Sebab merempit ngan superbike kan...
Nasib baik aku tak terliur ape2. Kalau tak, jenuh cik abe nak carik.

Thursday, June 26, 2014

Lelaki vs Perempuan.

Lelaki & wanita menilai dunia yang sama dengan cara yang berbeza (ms. 153).
Kanak-kanak lelaki suka kepada benda, kanak-kanak perempuan suka kepada orang (ms. 153).
Kanak-kanak perempuan mahukan hubungan & kerjasama, manakala kanak-kanak lelaki mahukan kuasa & kedudukan (ms. 154).
Kanak-kanak lelaki bersaing, kanak-kanak perempuan bekerjasama (ms. 156).

Wanita menghargai hubungan,  lelaki menghargai kerja (ms. 161).
- Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja,  dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya.
- Wanita meninggalkan orang lelaki bukan kerana dia tidak gembira dengan apa yang diperoleh, tetapi kerana kemahuan emosinya tidak dipenuhi (ms.164).

Lelaki menyembunyikan emosi mereka (ms.166).
Lelaki benci pada nasihat (ms.167).
Apabila bercakap perihal hubungan seks, wanita perlukan sebab manakala lelaki hanya perlukan tempat (ms.235).
Wanita mahu melakukan hubungan seks yang kerap dengan lelaki yang dicintai. Lelaki hanya mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (ms.244).

Cinta: Mengapa lelaki jatuh cinta & Wanita putuskan cinta? (ms.277).
- Wanita sedar apabila cinta tidak wujud. Inilah sebabnya mereka lebih proaktif dalam mengakhiri perhubungan(ms.278).

* Sumber: Buku Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps.

Tuesday, June 17, 2014

Negligence..

Just imagine in a family...
There are papa + mama + kids.
Papa got his own hobby. 
And so with mama who got her own interest. 
Both are so engrossed in their own business.

What are left behind?
Yess.... of course the kids..
Can you tell me whether that person deserve to be called "papa", "mama" or "daddy", "mommy".
Just spent your 1 min & think this carefully! 

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day - Kapten Enche Mohd Salmi.

** Sempena Hari Bapa yang disambut pada hari ini **
Ini adalah Quotes yang aku copy from Google...sangat banyak yang aku jumpe.
Tapi, nape 5 ni je yang aku copy?
Sebab boleh dikatakan basically inilah kata-kata yang repeatedly aku sampaikan pada encik asben.
Bagi aku, whatever that we faced in the past haruslah dijadikan iktibar dalam kita mendidik anak-anak.
Walau teruk macamanepun masa kanak2 kita, takkan kita nak buat yang sama pada anak. Betul tak?
Buang yang keruh & ambil yang jernih.
Masa depan anak-anak adalah di tangan kita. 

Dari Kiri :
Adam Haziq (2nd)
Adam Hadif (1st)
Adam Ziqri (3rd)
Papa
Fathers, like mothers, are not born. Men grow into fathers and fathering is a very important stage in their development.
- David Gottesman -
 
Any fool can be a Father, but it takes a real man to be a Daddy!! 
- Philip Whitmore Snr -

The most important thing a father can do
for his children is to love their mother." 
- Unknown -

The father who does not teach his son his duties is equally guilty with the son who neglects them.
- Confucius -

Small boys become big men through the influence of big men who care about small boys.
- Unknown -

Wednesday, May 9, 2012

Penyatuan Dua Hati..

Seronok bila tengok gambar kawen sendiri..Kahwin bawah pedang. Suami mase tu Officer kat Wardieburn Camp Setapak. Actually, kami nikah pada 29Dec 2007. Masa tu aku masih Houseman..baru 2nd posting kat Medical (HTJS). Bersandingnya sgt lambat..Aug 2008. Gara2 kesibukan sebagai Houseman lh smpai jd camni. Honeymoon pon ntah ke mana.
 Masa hari bersanding takde sape yg doa tolak hujan..alamatnya..pelamin anganku musnahlah. Pelamin pulak x dok bawah khemah / bwh bumbung (ehem..ni idea ayah aku..). Mak andam pulak xbawak payung pengantin..terpaksalah pakai je mana2 payung yg ada..different colours plak tu.
Walau apepon..kami tetap bersanding dgn selamba & bersahaja. Saat nilah yg aku paling xsuka. Aku xsuka dok depan org & jadi perhatian. Kalau ikut hati..mmg nk dok seminit jer kt atas pelamin tu..tp apa plk org kate kan..

Saat potong kek..dugaan sekali lagi..kerana kek 2 tingkat yg ditempah xsempat diambil. Sibuk punya pasal sampai lupa..Bila teringat, kedai dh tutup..toke kedai dh gi KL plak. mmg dah nasib kne potong kek King's kegemaranku. ..(aku x minat secret recipe). Mujurlah ada adik2 yg non-stop tolong aku. Ringan jgk bebanku.

Ehem2..gambar ni ..phm2 sendiri. mesti censor..Bahaya utk mereka yg belom bernikah..hik3.