Thursday, March 10, 2016

Autogate quotation - Part 1.

Huhu susah betul nak mintak quotations. Kalau just what's app/mesej tak ramai yang bagi response. Tapi 1 kedai ni - First Autogate memang aku puji. Orang nya (nama dia Mrs Christine) sangat peramah & cepat je reply setiap what's app aku. And Chris siap call aku lagi tau.

8/3/16 - aku cuti. Tapi, masa aku terhad sebab banyak sangat hal aku nak setel. Aku what's app ramai orang untuk:
1. Quotation autogate. 
2. Buat blinds kat kitchen.
3. Dobi - carpet cleaning. 
4. Plumber - problem tangki air.
5. Wax & polish car.

5pm - Aku pergi First Autogate. Chris bagi penerangan yang teliti/ details tentang jenis autogate.

FYI, korang boleh je pakai gate sedia ada & just letak motor. Tapi, bagi yang nak pagar baru boleh teruskan pembacaan kat bawah.

Gate:
1. Pilihan samada swing/ folding/sliding.
* Kesesuaian depends lebar pagar.
2. Nak buat semua steel/ frame je steel & tengah-tengah aluminium. 
- Steel tu setahu aku biasanya wrought iron. 
- Steel tu boleh buat powder coating supaya lebih tahan lama dari jadi berkarat.
- Ada orang tambah tempered glass.
* Kaca ni aku takmolah. Kalau budak pecahkan tak ke naya.
- Kalau overall steel lebih murah. Tapi, masalahnya berat yang akan ditampung oleh motor lebih compared tu steel frame + aluminium. So, pepaham je lah..kalau heavy duty apa akan jadi.

3. Pilih jenis motor.
- Ada macam-macam brand ikut pekedai.
- Kalau area Seremban ni, most yang aku jumpa orang buat gate lain, orang yang pasang motor untuk gate lain. So, kene deal dengan 2 orang. Tapi, First Autogate ni dia buat dua2 so senang cerita sekali payment. 

Bawah ni antara gambar yang aku mintak dari Chris. Nampak nak sama je pun kan. Tapi, suka hati aku lah kan aku yang minat gate macam ni. Haha..





Nanti aku sambung lagi...
Nak siapkan presentation Dengue Infection untuk CME doctors esok.
Bye-bye.

Monday, March 7, 2016

Saka turun kat anak - Part 3.

Kat SINI aku dah janji nak buat sambungan cerita, kan?
     Berkat doa pada Allah, tetiba Paksu aku 'muncul' untuk membantu. Paksu mintak gambar & full name Ajik untuk what's app kat Ustaz Hambali - ustaz boleh 'scan' gambar samada ada 'benda' mengganggu tak. Tup tup adaaa... 5 pulak tu. Mashaallah. Dan ustaz kata aku pun ada..so perlu berubat sekali.
     Barang untuk berubat:
- Air zamzam 2 botol.
- Kurma Ajwa 10 biji.
- Limau nipis 10 biji.
     Tempat berubat kat 1 surau kat Senawang, start pukul 10 malam. Sebelum pukul 10 tu Ustaz Hambali ada kat surau lain untuk ajar agama.
     Ramai juga orang yang datang berubat.
     Tiba turn aku, ustaz tak suruh aku duduk atas kerusi depan dia. Tapi, ustaz panggil ayah, suruh ayah duduk. Ustaz bagitau yang ayah ada saka...saka tu turun kat aku...dan lepas tu turun kat anak aku. Ada 5 saka. Malam tu Ustaz buang saka kami bertiga.
     The next day lepas Maghrib kitorang mandi air limau nipis yang Ustaz dah ubatkan - 3 consecutive days buat ni. Alhamdulillah Ajik immediately sihat melompat macam biasa. And dia dah mula makan macam-macam. Maybe sebab lapar ritu muntah xrenti.
     1 more thing, ustaz pesan kena baca Manzil 3 kali sehari selama 6 bulan untuk elak saka tu datang balik.
- Lepas Subuh.
- Lepas Maghrib.
- Sebelum tidur.
Insyaallah terhindar dari gangguan jin, syaitan & makhluk halus.

Saturday, March 5, 2016

Saka turun kat anak - Part 2.

Ini sambungan dari Saka turun kat anak.
      Mesti ada orang yang persoalkan, " Eh.. doktor pun percaya benda-benda tahyul ke? " Ermmm...memang ramai yang tak percaya benda-benda ghaib ni kan? Tapi, aku sebagai Umat Islam percaya bahawa dunia yang kita huni ada makhluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar kita (melainkan mereka yang Allah kurniakan Anugerah je yang nampak ) tinggal sama-sama dengan kita. Semua makhluk di dunia ini termasuk yang ghaib adalah di bawah kekuasaan Allah.
     Dulu masa anak pertama aku, Abe demam panas berpanjangan macam ni pun memang rawatan moden / sains tak dapat pulihkan dia. Masa tu aku menyewa kat Port Dickson. 3 kali aku berubat secara perubatan Islam.
     Kali pertama: Ada 2 roh lelaki ikut dia. Tiap hari pukul 12 tengah malam je die startlah menangis non-stop. Masa tu aku berubat dengan Pak Imam kat rumah mak kat Seremban alhamdulillah ok. 2 malam tido umah mak dia tak nangis. Tapi, malam seterusnya bila balik PD kejadian yang sama berulang.
     Kali ke-2: Aku berubat dengan sorang makcik kat area PD. Die guna air tawar bacaan surah-surah tertentu & dia akan buatkan solat hajat sekali. Air tu buat minum & spray kat kawasan sekeliling dalam rumah. Alhamdulillah terus takde gangguan.
     Kali ke-3: Abe dapat prolong fever lagi. Kali ni mak & ayah aku bawak dia jumpa sorang makcik kat kampung nenek aku kat Jelebu. Katanya ada Pontianak mengganggu Abe. Allahuakbar...banyak betul gangguan makhluk halus. Dan, berkat keyakinan & kebergantungan pada Allah swt alhamdulillah Abe immediately sihat. Dan alhamdulillah sampai sekarang takde apa-apa gangguan kat Abe lagi.

Nanti sambung cerita Ajik ye..