Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts
Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Dinner with my boys #1.

18/11/14
6.00pm

     Pagi-pagi tadi aku pesan kat mak mintak tolong siapkan budak-budak ni petang so that once aku balik boleh terus bawak depa keluar. Selalu kalau nak makan-makan kat Seremban memang Jusco (AEON) jelah pilihan paling mudah & selamat untuk aku bawak anak-anak outing. Aku suka parking kat bawah je bukan parking bertingkat kalau asben aku xde sama. Sebab area ni open.

    Dah lebih sebulan tak bawak budak ni keluar. Hari Ahad baru ni aku janji nak bawak tapi cancel disebabkan asben aku takde rumah. Anak-anak aku ni request nak makan kek lagi. Padahal, baru je makan kek Jumaat lepas (sempena birthday Abe). So, pilihan yang ada cuma Secret Recipe. So, here we are for dinner treats.
Menu kami:-
1. Prawn macaroni with cheese - RM17.50
2. Caribbean style fish fillet - RM19.50
3. Walnut brownies.
4. Strawberry yogurt - RM8.80

P/S:
* Kalau setakat anak-anak kecik 2-3 orang, tak perlu order bebanyak. Just 1 main course & 1 desert cukup. Aku order air yogurt strawberry untuk depa. Asik minum je sampai aku yang nak kena sental makanan. Depa bukan makan pun. Konon menangis & merajuk nak cake, tapi aiskrim tu je yang dia makan. Cake yang lebih aku tapau. Dah bayar maaa...

Related topics:
~ Shopping di Sogo, KL.
~ Belanja mak makan.

Monday, September 1, 2014

Belanja mak makan.

At R&R Tapah, 31/8/2014 :
     Berenti untuk solat Jamak Maghrib & Isya'. R&R Tapah ni memang tak pernah lengang. Surau die pun memang patut direnovate sebab kecik sangat. Padahal Muslim & Muslimah yang berenti solat punyalah ramai.
     Selesai solat Maghrib, aku perasan perut dah mula berkeroncong. Food court penuh sesak. Susah nak bawak anak-anak aku yang betul2 lasak ni. So, kenelah cari tempat yang kosong sikit. Then, jumpe Secret Recipe - tak pernah makan sini. Setakat beli kek ada lah sebelum ni. So, nak try lah. Di samping tu nak belanja mak, sebab mak memang susah kalau nak diajak berjalan / soping2. Setakat nak ajak kluar makan pun mak taknak.
Macam biasa, kalau mama malas nak layan -
Tok dia akan jadi 'mangsa' melayan dia.
Tak kuasa mama nak melayan kalau merajuk
tak makan pujuk :p
Fried rice with satay.
Mak malu-malu kalau tang amek gambar. 
      Seronok dapat belanja mak. Tapi, cucu dia pulak mengada buat hal nak merajuk itu ini. "Biarlah,mak. Tak payah nak layan. Kita makan je." Garang kan mama dia?
Mama welfie dengan Ajik.
Selalu dengan Abe, tapi kali ni dia xde mood.
Tak boleh layan, nanti makin menjadi...
      Yang bulat sorang ni paling senang bab makan. Sumbat je apa-apa kat mulut..memang dia tak tolak.
Chicken Parmigiana.
    Ni food mama, tak reti lah mama nak sebut. Aku gi mana2 pun kalau nak order,  memang aku ikut sedap mulut aku je nak sebut. Asalkan perut aku kenyang. Order ni, lepas tu share dengan Ajik. Salad dia mama sental habis - suka sebab fresh & ada perahan lemon.

Tuesday, July 22, 2014

Shopping di Sogo, KL.

Ramai yang tau kan banyak bende aku belum prepare untuk raya, including pakaian raya Adams (klik SINI). Sebab aku banyak drop comments pasal persiapan raya aku kat blog lain. 
So, semalam sekali lagi aku turun KL dengan komuter (dulu dengan AH).

Sampai KL Sentral je dah kol 7.10pm. Tempat makan yang kosong kat Secret Recipe. So, terjah je. Asal boleh..
Air sirap (paling kanan) & air mineral (paling kiri)
are FOC buat berbuka. Sebab air yang ordered belum sampai.
# Kalau tau ada free, x ode air lain tadi. Teruknyeee..
Noodle semangkuk besar - share lah. Apalagi ?
- Vietnamese beef noodle soup.
- Fish & chips.


Lasagne.
 
Kat kaki lima PERTAMA.
Seperti biasa, tempat parking motor secara berjemaah.
SOGO..aku datang.
Sape yang dah lame nak beli handbag Sembonia
tapi sayang nak keluar duit ratus-ratus cam aku?
Baik korang terjah SOGO sekarang.
Berlambak Sembonia murah.
Senang cari baju jalan budak-budak kat SOGO
ni sebab 1 brand dorang put 1 separated place.
Tapi, bila dah banyak2 tu korang akan
jadi pening lalat jugaklah. Tu belum lagi bawak anak.
Dah habis shopping, konon nak sambung kat Jalan TAR pulak. Tapi, dua-dua dah penat & ngantuk. Jalan Basking jap. Lepas tu, balik kem asben semula & ambik kete untuk shoot balik Seremban. 

Sunday, April 20, 2014

Safwan & Chocolate banana cake.

Last minute plan.
Celebrating birthday adik aku, Safwan yang ke? Korang kire arrr - Tahun 1988.
Yang ke-26 kan?

Kitorang x plan pun. In fact, kalau kitorg plan ape-ape pun, slalu x menjadi.
So, ni baru tau adik aku balik umah so kitorg gi survey kek.
Kek kat Kings -1kg tiramisu RM78.
Kat 'Resipi Rahsia' sebiji Banana Chocolate Cake besaq ni RM82..mahal sikit. Tapi pueh ati, babe. Campur ngan govt tax - jadi arr RM86.
Ade rezeki lebih..blanje arr adik2. Bagi sumeorang hepi..kan best.
Lagipun dah lame tak buat makan-makan camni ngan family.

* Buat adik-adik K.Ngah yang lain, ni kire celebrate birthday sumeorang jugak tau.
   Jangan terasa tau. Lenkali ade rezeki lebey K.Ngah blanje lagi..

Wednesday, May 9, 2012

Penyatuan Dua Hati..

Seronok bila tengok gambar kawen sendiri..Kahwin bawah pedang. Suami mase tu Officer kat Wardieburn Camp Setapak. Actually, kami nikah pada 29Dec 2007. Masa tu aku masih Houseman..baru 2nd posting kat Medical (HTJS). Bersandingnya sgt lambat..Aug 2008. Gara2 kesibukan sebagai Houseman lh smpai jd camni. Honeymoon pon ntah ke mana.
 Masa hari bersanding takde sape yg doa tolak hujan..alamatnya..pelamin anganku musnahlah. Pelamin pulak x dok bawah khemah / bwh bumbung (ehem..ni idea ayah aku..). Mak andam pulak xbawak payung pengantin..terpaksalah pakai je mana2 payung yg ada..different colours plak tu.
Walau apepon..kami tetap bersanding dgn selamba & bersahaja. Saat nilah yg aku paling xsuka. Aku xsuka dok depan org & jadi perhatian. Kalau ikut hati..mmg nk dok seminit jer kt atas pelamin tu..tp apa plk org kate kan..

Saat potong kek..dugaan sekali lagi..kerana kek 2 tingkat yg ditempah xsempat diambil. Sibuk punya pasal sampai lupa..Bila teringat, kedai dh tutup..toke kedai dh gi KL plak. mmg dah nasib kne potong kek King's kegemaranku. ..(aku x minat secret recipe). Mujurlah ada adik2 yg non-stop tolong aku. Ringan jgk bebanku.

Ehem2..gambar ni ..phm2 sendiri. mesti censor..Bahaya utk mereka yg belom bernikah..hik3.