Showing posts with label Jaundis. Show all posts
Showing posts with label Jaundis. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Severe NNJ.

U olzz biasa dengar kan baby kena ‘kuning’ ?
Condition ni kita sebut sebagai ‘neonatal jaundice ’ (NNJ).
(Refer tajuk INI jugak)
Ape beza?
Neonate – newborn hingga 1 bulan.
Infant – 1 bulan hingga 1 tahun.
Toddler – 1 tahun hingga 4 tahun.

Lepas bayi lahir , pihak hospital akan memberi 1 surat berwarna pink (notifikasi kelahiran) yang mana suami/ ahli keluarga terdekat perlu sampaikan kepada klinik terdekat dengan rumah.
Notifikasi ini penting untuk Jururawat Masyarakat (JM) kerana susulan dari itu mereka akan membuat lawatan rumah (LR) untuk check ibu & anak.
 Most husband/ family members hantar notifikasi ni lambat.
(I think kalau u olzzz x dapat sangat nak hantar awal..
at least call klinik terdekat supaya mereka aware yang ibu dah selamat bersalin)
Kalau takde masalah takpe..
Tapi, kalau u olzzz nak tau …banyak kematian ibu & anak dalam tempoh 44 hari berpantang ni  berpunca kerana penyakit tu lambat dikesan.
Cth : NNJ.
Jadi, perlu ada kerjasama orang ramai dengan pihak kesihatan. 
JM tu bukan nak kacau u olzzz..malahan mereka nak tolong.
Nampak macam simple je – just LR – tapi, bila dah jadi kematian, jenuh mereka nak menjawab dalam meeting tau walaupun bukan berpunca dari mereka.
Meeting dengan FMS, Dr. Norasiah.
At PKD (4/7/14, 8.30am)
 Berbalik pada NNJ  …...
Kalau u olzzz Google, memang banyak sangat penyebab NNJ ni..
Bukan semua baby yang jaundice ada penyakit.
In fact, lebih 60% bayi yang normal akan jaundice.
Selalunya physiological jaundice lah …

 Macamane dengan Severe NNJ pulak?
Dalam mesyuarat peringkat Daerah …..toooottt
(Setakat meeting dalam 3 daerah yang aku pernah attend)….
Most of the Severe NNJ are caused by underfeeding – we called this as ‘ Breastfeeding Jaundice ’.
(Breast Milk Jaundice lain pulak tau.)
Apa yang penting, susukan anak secukupnya.
Ideally, secara breastfeeding.
Tapi, kalau dah terdesak tu … top-up lah dengan formula milk.
Tapi, pandai2lah ..jangan sampai ‘nipple confusion’.
Sementara tu boleh EBM (Express breast milk /pam susu)
Apa yang saya cuba tekankan ialah .. Hydration !
(Cukup air dalam badan baby).
Tapi, jangan bagi air kosong pulak ye – sebab tak membantu pun.
 Sekian.

## Semua entri pepagi buta (8.30am) adalah autopublish.
     Tak sompek ..

Thursday, July 10, 2014

Level jaundis.

Aku taktau samada parents tau tak kalau peratikan dari badan baby sebenarnye dah boleh agak jaundis baby tu teruk or tak teruk.

Baiklah..
Jaundis ni turun dari atas ke bawah tau.
(Cephalocaudal). 
Kalau nampak kat muka je memang baru sikit lah.
Kalau dah sampai perut tu dah kire sederhana - kene jaga2.
Kalau dah kat tapak tangan & tapak kaki tu memang dah teruk sangat (severe NNJ) - ni dah paras kene ET, exchange transfusion (tukar darah).
Azab ooo houseman yang nak buat ET tu - kene buat manually. Ko mengadap lah baby tu ea. Hehe..
 
Penilaian jaundis pada bayi (Peraturan Kramer)
Kepala & leher -: 68-135 micromol/L OR 4-8 mg/dL
Bahagian tubuh atas pusat -: 85-204 OR 5-12
Bahagian tubuh & peha (bawah pusat) -: 136-272 OR 8-16
Lengan & bhgn bawah kaki -: 187-306 OR 11-18
Tapak tangan & kaki -: >306 OR >18
 
Whatever it is, jangan percaya sangat dengan mata u olzzz. Tu hanya estimation saja. Sebab, bila kite amek TSB kadang2 x sama. " Pandangan mata selalu menipu. "

Wednesday, July 9, 2014

Bayi & Jaundis.

Sekarang terlalu ramai baby kene jaundis :(
Ape sebenarnye jaundis ?
Kalau nampak mata & kulit baby kuning tu means jaundis lah tu.

 
Apa yang sebabkan jaundis ni ?
Okey.. Setiap masa badan kita ni akan hasilkan darah baru &hapuskan darah lama.
Bilirubin akan terhasil dari pemecahan sel darah merah.
Kuning tu disebabkan oleh warna bilirubin.
Ada 2 jenis bilirubin –
Bilirubin tak terkonjugasi akan ditukar kepada bilirubin terkonjugasi di dalam hati.
Lepas tu, bilirubin terkonjugasi ni akan dibuang melalui najis & urin.

 
 But then, hati baby kan tak berapa mature lagi.
Kalau kilang kecik …means, nak proses pun lambat arr sikit kan …
Jadi, bilirubin tak terkonjugasi tu boleh tinggi dalam badan.
Then, bilirubin tu deposited (melekat) kat kulit & mata.
That’s explain right ?
 
 
Bahaya tak jaundis ni ?
Kalau bilirubin tinggi dalam badan boleh sebabkan :
  • Pekak (SNHL)
  • Kecederaan otak – boleh sebabkan cacat ye u olzzz…
  • (CP -Cerebral Palsy& intelektual impairment)
  • Kematian bayi

 
*** Beware dengan jaundis ni ye sebab mase kami buat Bengkel LINUS (budak2 sekolah yang slow learner) we all dapati most of budak yang ketinggalan dalam pelajaran ni pernah ada masalah jaundis yang teruk jugaklah mase dorang baby.