Showing posts with label DASS. Show all posts
Showing posts with label DASS. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Awak muda lagi.

     Seorang ayah membawa anak lelaki nya umo 16 tahun jumpa aku.

Aku: Apa masalah adik?
Dia diam pulak. Muka nampak bermasalah. Dia ni nampak macam matured sikit dari usia - macam 19 tahun gitu.
Ayah: Tangan dia luka kena kaca, Dr. Show Dr your hand.
Si anak pun tunjuk. Tapi, tetap membisu.

Ayah: Why not you tell Dr the truth.
Ayah dia memang nampak educated. Umo area 58-60 tahun.
Aku dah suspen.
Aku: Kenapa, awak depressed ke?

Ayah: Yes, Dr. Because he lose his girlfriend. The girl threatened to leave because of some conflict.
Aku pun mula tanya macam-macam for diagnosis purpose & for counseling. Ayah nya bagitau the girl is 21 years old, which mean she is older than him. Zaman sekarang memang budak-budak remaja ni suka cari perempuan yang older than their age kot. Dah banyak terjadi. Teringat pulak kat Che Ta & Zain Saidin. Tapi, tu lainlah. Niii..masih skolah lagi. Duit nak dating pun mintak kat mak.

     Aku bukan nak aibkan family ni. Just nak share situasi remaja sekarang. Lagipun aku tak reveal personal details patient ni pun, kan? Kata si ayah, the girl's parents memang encourage the relationship. Si ayah ni nampak tak setuju tapi dia takdelah nak marah-marah sakan kat anak dia. Cuma ada nasihatkan anak dia.
    What should I said? Memang aku pun bukan baik mana untuk bagi nasihat. Tapi as an adult korang mesti nak cakap ini cinta monyet kan? Common thing is common. But, I won't say like that to him. I still need to respect his feeling, but at the same time I didn't say I agree with what he had been doing. How about you?

Wednesday, September 17, 2014

Kenangan dengan cikgu.

     Start buat Liebster award ni, datang pulak idea nak cerita kenangan pahit manis sepanjang bergelar budak sekolah rendah & menengah dulu. Bawah ni antara kenangan yang aku susah nak lupa (banyak yang aku x ingat sebab aku ni ada 'short-term memory loss').

Masa...
Darjah 4 (1994) -
1. Cikgu KH tampar muka aku kuat gila sebab aku lupa bawak buku scrap, walhal aku dah siapkan. Memang sakit betul. Aku menangis bercurahan air mata sampai semua gegirl kelas aku datang kerumun & pujuk aku.

 2. Cikgu Janet - guru kelas aku yang 'montel' & garang. Mula-mula aku takut gak lah dengan dia. Tapi, aku tak sangka dia sayang aku. Taknah pun kene marah dengan dia. Tapi, orang lain kena.

3. Cikgu Mat Nor (dah arwah) - seorang guru PJK yang berbadan besar tinggi. Juga sangat garang. Masa tu aku & kawan-kawan sekelas tengah buat larian kat padang sekolah. Tiba-tiba dia panggil & marah sebab kitorang tak tuck-in T-shirt sukan. Sorang2 kena hentak dengan kayu hoki kat kepala. * Aku x suka tuck-in sebab nampak sexy.

Darjah 5 (1995) -
1. Cikgu Math pelatih (perempuan) marah aku tulis no sembilan macam ni ->9 (ni pun salah?).

2. Cikgu tu jugak suruh aku berdiri atas kerusi masa belajar sebab aku baca buku cerita time dia tengah ngajar.

Darjah 6 (1996) -
Teacher H yang sangat baik (pakaian dia -jubah + tudung labuh). Semua anak murid sayang dia sebab dia baik sangat. Dia pernah puji tulisan aku cantik. Siap mintak aku tuliskan kat Sijil PAFA.

Sorang lagi cikgu yang paling aku sayang ialah...
Cikgu Hapipah - Dia guru kelas aku masa Tahap 1 (Darjah 1-3). Dia selalu hantar aku balik rumah sebab aku selalu nak pitam & pernah berdarah kat dahi ~ Laceration at forehead.

Form 1 (1996) -
1. Pernah kene rotan kat belakang dengan cikgu Malik (cikgu pjk merangkap cikgu disiplin) sebab sedap tido dalam kelas masa prep malam. Kawan-kawan lain sibuk dok studi.

2. Rindu Teacher Dayang - cikgu pelatih yang kecik molek berasal dari Sarawak. Dia sangat-sangat baik.

Form2 (1997) -
Kitorang lari lintang-pukang melompat atas katil bila ustazah Quran & Sunnah, merangkap warden naik dorm buat spot check samada kitorang dah tido ke belum. Masa tu kitorang tgh berkumpul atas carpet, tengah2 dorm sebab sambut birthday kawan. Aku panjat katil double decker tangan belum basuh, tapi terus terlelap. Bila dah ok, kawan aku bawak mangkuk air untuk basuhkan tangan aku.

Form 4 (1999) -
1. Kene 'tangkap' sebab tiru sain HEM ~ Kami tertangkap Senasib dengan 3 orang kawan yang lain (sedorm). Bukan kitorang yang buat pun. Kena paksa keluar beli barang dengan akak Ketua Dorm. Dialah yang buat signature tu.

2. Teacher F buat 'public reading' surat yang aku tulis minta supaya kalau boleh kurangkan aktiviti keceriaan kelas. Aku risau bila dia asik discuss ttg keceriaan kelas (ada pertandingan among classes). Nanti masa kitorang nak belajar berkurang.

Form 5 (2000) -
* Ni paling aku tak boleh lupa sampai sekarang.
Teacher Rahimaton - cikgu BI kelas lain merangkap cikgu SPBT tampar + tonyoh2 muka aku depan semua budak kelas aku...sampai tudung aku macam nak tercabut sebab aku tak wrap buku text pinjaman. Dia tau tak aku tak cukup duit untuk beli plastic wrap? Nak makan pun aku xde duit. (Aku asal orang susah). Selalu je aku puasa. Nasib baik ada boipren (haaaaa....apekah?) yang belanja aku roti 50sen hampir tiap-tiap hari (baikhati dia).
* Lenkali tanya lah dulu sebelum bertindak melulu.

** PMS kot cikgu2 perempuan ni. Marah macam singa & tak gunakan akal yang waras. Nak marah & pukul tu ikutlah sunnah Nabi - especially tak boleh pukul bahagian muka nanti budak tambah degil. Ni lah jadi - memang aku jadi degil.

Tuesday, September 9, 2014

Konflik interpersonal.

     Aku sama macam kebanyakkan ibu-ibu lain memang sayang sangat kat anak-anak aku. Tapi, walau sayang kata orang kena tangan-tangankan jugak. Jangan terover sangat sayang sampai tak boleh jentik sikit pun kalau anak melawan. And, jangan pulak terover menghukum sampai rotan berbirat kat badan.
Ajik selalu tertidur lepas penat main-main.
Abe pulak susah nak tido siang. Tapi,
dia paling awal tidur bila malam.
* Anak-anak ada karakter masing-masing
yang perlu ibubapa pelajari :)
     Tapi, kadangkala perbuatan & pertuturan tak seiring dengan hati. Walau hati sedar hakikat anak-anak masih mentah & perlukan bimbingan & tunjuk ajar orang dewasa, tapi kadangkala amarah menghantui melebihi rasional.

Perbualan aku masa jumpa GP:
     "Dr. Shimah, kenapa ya sekarang ni saya selalu je rasa nak marah kat anak-anak saya?" Dr. Shimah ni tau aku doctor. "Ada konflik dalam diri lah tu." Aku nampak dia kesat air mata masa tu. [Maafkan saya,kak. Tak bermaksud buat akak sedih.] Aku tau serba-sikit masalah dia. Tapi, aku x setabah dia. "Doa banyak-banyak kat Allah."
Selalunya patients yang depression
akan mintak ni dari doktor. 
     Dia prescribed aku dengan alprazolam ~ ubat penenang. Boleh bagi tido kalau ada insomnia. Aku kalau boleh taknak amek ubat ni sebab ade kesan addiction. Rujuk entri ni ~ Depression.
* "Tuhan, ampunkan dosa hambamu ini andai aku tersalah atau aku sengaja. Sesungguhnya aku hamba yang lemah lagi tidak berdaya."

Friday, August 22, 2014

Depression.

     Ramai yang selalu tertukar antara stress & depressed.
Okey maksud stress dah pun aku explain dalam entri ni ~ Kenali & Tangani Stress. So, sekarang aku nak explain apa itu depression a.k.a kemurungan pula.

Major Depressive Episode
Ini adalah reference for
Diagnostic Criteria. 
Five (or more) of the following symptoms have been present during the same 2 weeks period & represent a change from previous functioning; at least 1 of the symptoms is either depressed mood OR loss of interest/ pleasure.
1. Depressed mood most of the day.
2. Markedly diminished interest/ pleasure in all/ almost all activities,
most of the day.
3. Significant weight loss (when not dieting) OR weight gain,
OR
Decrease OR increase in appetite.
4. Insomnia OR hypersomnia.
5. Psychomotor agitation OR retardation.
6. Fatigue or loss of energy.
7. Feeling of worthlessness OR excessive/inappropriate guilt.
8. Diminished ability to think/ concentrate, OR indecisiveness.
9. Recurrent thoughts of death,
recurrent suicidal ideation without a specific plan, OR
a suicide attempt, OR
a specific plan for committing suicide.
** And, any of these symptoms occur NEARLY EVERY DAY.
Yang ni tak perlu teranglah..
nanti u olzzz pening.
Boleh baca ni kalau interested.

Thursday, August 21, 2014

Kenali & tangani stress.

Definisi:

- Stress ialah tindak balas fizikal, emosi & mental kepada perubahan.
- Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan & hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.
- Related topics ~ Stress -> Panic Attack.

Kenapa anda stress?

Diri sendiri – kecewa
Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dsb
Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dsb
Komuniti – bertengkar dengan jiran
Kesesakan lalulintas
Persekitaran yang tidak selesa
Tragedi
Menunggu lama

 Tanda-tanda stress:

 1. Fizikal
Kering mulut
Jantung berdegup kencang
Hilang selera makan
Sukar tidur
Sakit kepala
Cepat letih
Lenguh-lenguh badan

2. Emosi
Gelisah
Cepat marah
Lemah semangat

3. Tingkah laku
Suka menengking
Bertindak secara impulsif
Cuba jauhkan diri
Merokok berlebihan
Makan berlebihan
Menyalahguna dadah

4. Fikiran
Bimbang
Kurang daya tumpuan
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri

 Apa yang harus dilakukan apabila anda marah?

Bertenang…Tarik nafas & lepas perlahan-lahan
Kenal pasti punca anda marah
Mendapat nasihat orang lain
Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
Membiasakan diri memaafkan & menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

 Amalkan 10B:

Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata : Relakslah…
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat & mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

Sumber:
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

Friday, August 15, 2014

Shikin loading...

~ Autopublish entry ~
     Aku EL kelmarin angkara stress keterlaluan. Memang tak boleh blah perasaan dalaman aku yang wondering apasal korang (orang terlibat) nak salahkan aku?
     Hari ni aku gagahkan diri datang kerja. Pepagi aku dah order Nescafe suam K.Ros (akak kantin kat klinik aku). Kalau aku rasa otak aku cam kureng, memang aku suka minum a cup of Nescafe. Tapi, tak selalu lah. Datang-datang pulak patients punya ramai sampai tak muat-muat parking. So, berbaloi aku order Nescafe.
     Alhamdulillah Allah tolong aku. Walaupun aku ada masalah, tapi aku boleh bertindak realistic, jalankan tanggungjawab dengan berhemah tika merawat pesakit, and yang penting tak marah-marah. Apasal nak marah orang lain pulak kan? Yang salah tu orang lain.
* Aku tahap geram rasa nak hempuk-hempuk je orang yang tak pasal nak mengata aku tu kalau dorang ada depan muka aku sekarang! Kalau korang, rasa FAIR tak orang marah korang post kat FB something yang korang tak puas hati..tapi tu cerita tawun lepas. Tapi, tup..tup..dorang beramai-ramai pakat kutuk korang kat wall FB dorang? Siap carut B*B* lagi tu. 
     Alhamdulillah kesibukan kerja buat aku lupa benda tu. Tapi, aku cam loading sikit hari ni.

Dr. Peresh: Shikin, you dah makan?
Aku: Ermmmm..(dah few second baru aku jawab) ermm dahh..
(aku memang taktau cemana aku boleh tak hengat samada aku dah makan lom.)
Dr. Peresh: Shikin loading hari ni (sambil bercakap kat Dr. Azwan).

Wednesday, November 6, 2013

Stress ->Panic Attack.

Pernah tak rase sakit dada and/or susah nafas?
Padahal anda bukanlah pesakit bronchial asthma (BA), sakit jantung (IHD),  atau hyperthyroidism....
Then, simptom/ gejala ni anda slalu rase bila anda alami stress...
Ini bermaksud anda dah kene Anxiety (kegelisahan) atau Panic attack.
Ada yang lagi teruk sampai tremor (tangan mengeletar) & palpitation (pt aware pada degupan jantung yang laju)...
Kalau nak confirm betul tak anda kene Panic Attack,  boleh lah datang klinik kesihatan dan jawab soalan tertentu supaya kami boleh buat DASS (Depression,  anxiety, Stress scale)..Pada masa yang sama kite memang akan periksa vital signs (BP, PR, temperature), examine paru-paru, kardiovaskular (CVS) & sistem lain jika perlu. Dan mungkin perlu lakukan ECG & blood investigations (especially TFT -thyroid function test).
Penting untuk anda tahu status kesihatan anda, samada physical symptom yang anda alami tu is a manifestation of physical illness or mental illness..becoz the intervention is different.


Saringan Minda Sihat.
Soal Selidik DASS.
Kat box ni kami akan tulis skor Stres /Anzieti / Kemurungan anda samada - normal/ ringan/ sederhana/ teruk/ sangat teruk. Kalau dPt 2 skor last tu ...confirm kami akan refer stat to FMS or Psychiatrist HPD.

           Bulan lepas adelah sorang student Politeknik PD ni jumpe aku. Muka memang nampak tak tenang..gelisah je. Dia mengadu susah nafas & sakit dada hampir setiap hari, selama 2 minggu. Kadang2 jantung berdegup laju. Sebelum ni dia memang takde apa2 penyakit - NKMI (no known medical illness). 
           Futher history & physical examination memang not suggestive of any physical illness. Bagi aku, tak perlu pun buat ECG. TFT pun nampak tak perlu. Aku tanya samada dia stress of anything tapi die takmo jawab. " Takpelah, you pegi buat DASS dulu. Then  I will review your score. And later on baru I decide on what to proceed".
           Student tu pon pegilah Bilik Intervensi...jawab soalan2 DASS. Skor Anxiety dia ialah - Sangat teruk. Rupenye, setelah dicungkil oleh SN Sham, die mengaku tonton video " Tentang Kematian"..Then, die bagitau yang tanda2 kematian tu dah ada pada die & sekarang die sedang menghitung hari dia akan mati. Sudah 2 minggu berlalu & kini tinggal 2 minggu lagi untuk dia hidup. Sekarang pon dia dah ada visual hallucination -di mana dia ada nmpk lelaki berjubah putih melintas laju depan die & kemudian hilang.
So far, takde suicidal ideation /attempt.
Nasib baik....fooooooohhhh..

Dalam kes ni, memang kene refer Pakar cepat. So, aku jumpa FMS to discuss case. FMS mmg bagi early appointment kat die. Taktau ape khabar budak tu sekarang. Mase 'sakit' tu die tgh seat exam kat Poli. Nanti FMS balik aku tanye...(sekarang FMS tgh cuti panjang sebab mak die sakit)...


***Lagi satu ... kalau the same patient datang your clinic with C/O (complaint of) Headache...memanjang headache jerr gitu.. Then u dah ruled out Hypertension /migraine/ or whatever...tp sume pon didn't suit Dx utk your pt...please don't forget TRO stress. Becoz nowadays lots of people facing macam2 stress..dari budak sekolah - sampailah orang dah pencen. Order lah DASS for this kind of pt. Kalau u dpt tackle the stressor..confirm tak yah susah2 nak order CT Brain or MRI ke hape...They just want you to listen to their problem & help them accordingly. So please please & please REMEMBER DASS when you face this kind of problems. (others ade yang datang dengan Generalised Bodyache..and/or Headache). Still you need to order DASS for them. THANK YOU.

***Aku memang slalu alami Panic Attack sebab aku ni kan cepat stress.