Saturday, November 30, 2013

Nasi Arab Damsyik

Ermmm...asik makan luar je. Nampak sangat aku ni 'rajin sangat masak'.
Bukan ape..tekak ni macam-macam teringin nak makan. Itu nak..ini nak. Macam orang mengandung yang tengah mengidam pulak ek.
Okey Shikin...jangan membebel panjang ye...
Straight to the point...
Actually nak share je pada sesape yang suke makan ala2 arab boleh datang sini.
Restoran Nasi Arab Damsyik...
Restoran ni dah makin besar dari sehari ke sehari.
Kalau malam2 memang cantik sangat dengan lampu-lampu yang colourful sekelilingnya. Siap ada pokok2 kurma yang ditanam...nampak cam pokok real. Real ke? Nak kene tanye tuan kedai ni. Heheh..
Kitorang makan kat luar. Kalau kat dalam makan secara bersila (x kesah lah nak bersimpuh ker kan..). Nasib baik kitorang keluar rumah cepat2 lepas maghrib. Tak lama lepas kitorang sampai...customer lain pulak beramai2 datang. Kereta2 memang bersusun-susun lah kat tepi jalan. Disebabkan kitorang among customer yag terawal...dapatlah parking paling dekat..
Harga food kat sini pun kire average jugak aku rase ngan kedai2 lain yang seumpamanya. Kitorang order 2 set nasi arab je & sejag air... Shai (x hegat spelling.. Ni air teh letak daun pudina. Cold ade..hot pon ade. Aku suke air ni..best) . Haziq (anak second aku) makan sikit pulak nasi arab ni. Kenyang kot. Tapi mmg betul pun...makan sikit dah kenyang. X habis pun.
Okey kowrang...selamat mencuba!

Friday, November 29, 2013

Jangan ngorat.....aku dah kawen anak 3.

Hah...banyak betul bende nak post rini ekk...
Macam mengade-ngade pulak yang ni pon aku nak pos kan?
Aku tengah gelak lagi ni..
Tadi cite kat MO lain pon aku gelak non-stop.

Actually aku tengah rehat skarang ni : 11.15-12.15pm.
Karang aku sambung balik sampai 2.30pm. Pastu...aku balik 3.30pm gitew.

Camni, tadi sorang chinese guy ni, 25 years old masuk bilik aku..good looking lah jugak..
Dia nak tunjuk ubat yang die makan -tab sulpiride.
Ahhaaa..ni ubat PSY ni (psychiatry).

Aku : You follow-up untuk 'jiwa' dekat mane?
Pt    : Dulu HTJ, tapi sudah tukar sini.
Aku : Tapi belum daftar kan? U ada bawak itu surat tak? (aku maksudkan referral letter...possibly die ni          decentralised pt).
Pt    : Tapi, itu surat sudah hilang...

* Die ni bercakap sambil tersenyum-senyum je dari awal sampai sekarang. Ishhh..tudung aku senget ke hape..sampai die senyum sengih2 giteww..

Aku : Takpe, i bagi memo u hantar ke PSY Clinic tau (aku nak copy referral letter tu. Kalau mintak by            phone leceh...ntah sampai ke tak...Lagipon pt pon ade transport nak gi sane.)

Sambil aku tulis memo...
Pt   : Dr, u tinggal mane..?
Aku : Aishhh...i nak tulis jap karang salah...
Siap aku tulis die tanye lagi. Ingatkan dah lupe..rupenye tanye jugak..
Aku : Kenape tanye? U nak datang rumah I ker? (aku tanye sambil gelak gitew. Uikkkss...dah kenape             aku tanye soklan camtu pulak. Cam pelik jer. Bengong ke ape aku ni? )
Pt    : Dr, I ajak u keluar minum boleh? Minum teh...
Aku : Haaaa...
Pt    : Alah...bolehlah, Dr. kluar minum je.
Aku : (glup..) Haaa...tak boleh.
Pt    : kenape?
Aku : Nanti husband I marah.
Terus die pergi. Tak lame tu datang balik...
Pt    : Dr, ade envelope tak nak letak surat ni?
Aku : x ade...xpe, hantar mcm tu je...

TRO Retinal Detachment.

Amek ko...Heh..ape pulak kan? Amek aku ler....
Tulah...pagi2 dah yoyo o gelak gitu..
Dapat URGENT CASE dah!

Pn. R (ramai pulak pt name mula R harini, ken?), umo 72.
Known case DM, HPT & dyslipidaemia - on Rx & f/up under KK PD.

She C/O reduced vision over Lt eye over few months, but worsening over this 2 weeks time.
Associated with floaters & curtain falling.
On examination : Is able to see flashes of light only (even finger movement pon dah x nampak).
Fundoscopy : unable to visualize fundus due to mature cataract.
I straight away called MO Oncall Ophthal Clinic, HTJS - S/T Dr. Punitha.. & she asked patient to go stat (ASAP) to their clinic for further assessment. If RD - for admission.

Pt    : Makcik pegi esok boleh x, Dr?
Aku : Makcik,  esok klinik pakar tutup. Makcik pegi hari ni lah ye. Tadi datang naik bas ke orang hantar?
Pt    : Anak makcik hantar naik kereta.
Aku  : Kalau camtu boleh lah pegi ye. Tapi jangan sampai pukul 12pm...dah dekat nak tutup klinik. Kalau betul RD, boleh sebabkan buta tau, makcik..

Pesanan untuk semua...kalau mata tiba2 terus tak nampak atau nampak cahaya je...jangan lambat2 gi klinik ye..bahaya tau..

Simple jerrr...

Salam 1 Malaysia...
Hahahahhhhh...
Aku ni..suke sangat gelak. Teruk kan?
Memang tak patut.
Actually, pagi-pagi ni aku dah dapat macam2 jenis pt.
.
1. Case 1 : An uncle complaint of having foul-smelling urine for few months. No dysuria, no haematuria, no fever, etc.
Aku : uncle, you ada makan petai ke ape2 food yang banyak bau?
Pt    : Aku suka makan petai. Memang selalu makan. Anak aku pon suke makan petai...".
Buat jelah UFEME kan? Result normal. So, tau ler jawapannye kan...:-)

2. Case 2 : En. R, umo 50,
Pt    : Dr, tangan saya sakitlah. Dari semalam...
Aku : Ada buat ape sebelum tu?
Pt    : Saya mesin rumput..
Aku : Takkan mesin rumput sampai sakit tangan?
Pt    : Sebab getaran, doktor...
Aku: Tak biasa mesin rumput ke?
Pt   : Ni first time doktor. Selalu pekerja saya yang buat..

* See...actually aku memang dah tau the root cause tapi aku nak pt sendiri bgtau tau sebab ape die dapat sakit cenggitu. Because kalau aku yang explain...pt akan keep asking. " Yeke Dr? Yeke Dr? " Eventhough dowrang dah tau jawapannye...Kalau kite pon...kite akan tanye camtu, kan? Because it just happen naturally..

Tuesday, November 26, 2013

Don't simply increase your patient's medications dosage - PART2

Ramai patients DM yang datang klinik akan puasa semasa datang hari appointment. Betul tak? Ini tak perlu. Unless doktor atau nurse dah pesan minta u puasa bila datang next visit. makan je macam biasa sebab kita nak assess whether u are overeating based on your reflo/ dextrostix on that day. I kept telling patient to answer my every questions dengan jujur because kalau die tipu/ adjust jawapan dia..kesan tu akan terkena pada dia & bukan doktor. We are here to help you - so please cooperate.

Bagi MO pula jangan terus naikkan dose OHA/ insulin patient sebelum you find the ROOT CAUSE why is the patient's reflo on that day / or FBS week earlier tinggi..

Soalan penting kene tanye:-

1. Compliance - pt makan ubat ke tak?
2. Pengambilan ubat (betul ke dos yang die ambil) - berapa biji makan? berapa kali sehari? makan sebelum ke selepas ke or tunggu 20-30 minit ke? berapa unit insulin yang die inject? Die inject sebelum makan or lepas makan or sebelum tidur?
3. Tolerating medications or not - tanye die ade experience side effects from medications yang die ambil tak? Then assess whether tu memang effects dari ubat or something else. kalau pt tak boleh tolerate ubat..die takkan makan ubat tu..so sugar control die memang akan teruk.
4. Hypoglycaemic attack - ade tak die kene hypo - kalau ye berapa kali..pukul berapa slalu kene? adakah die hypo sebab tak makan or dah makan pon hypo?
5. Assess simptom hyperglycaemia - nocturia etc dah kurang ke ..
6. Diet - diet die macam mane? ada missed meal ke ? regular meal intake ke?
7. Assess depressive simptom.
8. Get to know their social background - macam dok serumah ramai ke..dengan cucu ke?
9. Cara inject insulin - kawasan cucuk..jarum berapa kali guna? takut dah tumpul..
10.Assess patient's awareness regarding their illness..& how to improve their sugar control.

Banyak lagi Qs nak tanye tapi lupe pulak..Ni semua dari experience aku jerrr. Sape ade lebih..tak salah kita share. Pt makin hari makin ramai..tapi kalau dah biasa tanye..memang cepat jerr..

Ape yang aku try nak emphasize kat sini..jangan nampak je sugar high terus nak salahkan patient ..or terus nak increase ubat. Educate pt jugak - pt ni bile nak makan banyak2 ubat dorang dah kompius (imagine korang yang jadi patient..). Ada patient yang educated - yang ni senang jer..korang tak payah explain banyak2..suruh je die cite macam mane die control sugar die. Penat jugak kan kalau sume pt nak kene tanye? Hehe.. Lepas sorang ..sorang masuk. Non-stop.. Slalu jugak aku dapat headache sebab PRESSURE-OF-TALK.

Tu jelah kot. Harap you all dapat benefit.

Don't simply increase your patient's medications dosage - PART1

Penyakit diabetes Type II bukan asing lagi bagi kita semua bukan?
Penyakit ini disebabkan oleh pelbagai faktor (faktor boleh ubah & tak boleh ubah).

Ramai pesakit menyalahkan faktor keturunan sebagai penyebab mereka menghidap Diabetes Type II sedangkan faktor gaya hidup tidak sihat yang mereka amalkan merupakan penyumbang lebih besar.
Gaya hidup tak sihat tu tak lain adalah pemakanan tidak sihat (tinggi gula tinggi carbohydrate)..tidak aktif (Actually patut bersenam 30 min sehari 3 hari seminggu. Tapi bagi yang nak kurus kene 5 hari seminggu.)..merokok..consume alcohol. Stressful lifestyle pon same k.

Camne faktor2 ni menyumbang kepada DM Type II?

1. Basically..pengambilan gula yang tinggi dalam makanan dalam masa yang panjang akan menyebabkan glucose intoxicity yang seterusnya akan damage your beta-cells in your pancreas to produce your insulin hormones. Hormone insulin ni bertanggungjawab menukarkan gula kepada energy..so kalau insulin yang diperlukan tak cukup..gula tak ditukar ke energy..so you akan dapati your sugar remains high dalam darah and you mudah penat coz tak cukup energy.

2. Apa2 pemakanan tak sihat..smoking..alcohol..stress..pollution pula akan menghasilkan free radicals in your body & menyebabkan your healthy cells tak stable dan mudah damage. Same thing happened to your hormone (all hormones in the body actually). Kalau hormon u dah rosak camne die nak function well kan?

3. Then kalau u banyak fat (at your tummy buttock or elsewhere)..fat ni akan sebabkan your insulin hormone (and other hormones also) resistance. Dalam bahasa mudah resistance tu bermaksud insulin u dah kurang response.

Camne doktor diagnose u dah kene DM Type II ?

Diagnosa DM Type II perlukan pengambilan darah & bukan urin.
Bacaan yang reliable (paling diguna pakai) adalah dari FBS + venous blood.
** Sila rujuk doktor di klinik berdekatan untuk maklumat lanjut. Complicated sket nak cite...
Diagnosa bergantung whether u ada simptom or not & mungkin memerlukan REPEAT FBS / OGTT.

Walaubagaimanapun kalau pesakit DAH MAKAN (means TAK PUASA) + CAPILLARY BLOOD
(diambil di jari selepas 2 jam waktu makan) dah berbelas2 + ADA SIMPTOM2 HYPERGLYCAEMIA - u memang dah jelas boleh didiagnos DM. And I akan straight away start OHA /ODA for you.

Some pt we advise on lifestyle modifications & tak straight away start on treatment. Then kite review back about 3 months later.

*** TREATMENT MUST BE INDIVIDUALISED...because each and one patient memang tak same. So how can u treat different patients with different background dengan cara yang sama?

OHA - Oral hyperglycaemic agent.
ODA - Oral diabetic agent.
Dua2 ni ubat makan kencing manis (tablet).

FBS - Fasting Blood sugar /darah puasa
OGTT - Oral glucose tolerance test.
             (puasa malam->ambil darah pagi->lepas tu nurse beri minum air gula-> ambil    
             semula darah lepas 2 jam minum air gula).
Venous blood      - darah yang kebiasaannya di ambil di lengan (antecubital fossa).
Reflo/ Dextrostix - darah yang diambil di kapilari (ambil di hujung jari). 

Fotogenic vs fotogedik

At 6.20am:
Baru lepas tidokan anak (die jage dari 5.00am tadi). Actually b4 that banyak kali dengar die nangis tapi husband aku yang bangun...aku tak boleh nak buka mate do. 
Hari ni chill sket (siap blogging) sebab kursus kat PROSTAR, KK PD. 

See the above pic? Saje letak effect..bagi tak nampak real face. Aku tak faham kenape...bila aku diri depan cermin..aku tengok..canteks gak lah aku ni (bukan perasan..tapi u ols...siapa lagi nak puji lelebih kalau bukan diri sendiri. Betul tak?). Tapi, yang tak bestnye..bila aku snap gambar je AUTOMATIC MUKA AKU BERUBAH BURUK. Tu yang aku tak paham . Maybe need help from professional photographer kot..(ahaks...memang gedik lah aku ni..). Tapi, memang tak disangkal lagi..patients pon puji.."Sekarang doctor nampak cantik lah."..(Tak tahan..sekali lagi tahap gedik yang tinggi..). Actually, memanglah tak cantik mane..Tapi, kalau compare orang nye dengan gambarnye..memang hampeh amat.

Bile aku tanye asben..
Shikin : Bang, nape bila amek gambar..muke ayang tak fotogenik?
(macamlah asben aku tau the reason why, kan? tapi..nak tanye jugak..kan)

Jawapan die yang aku nak gelak & takkan boleh lupe sampai bile2..

Salmi: Ayang tu fotogedik..bukan fotogenik...
Gambar kat atas ni ok sket kot..Taklah buruk sangat, kan ?
Aku memang kene amek gambar sipi2 kot baru 'menjadi'. 
Kalau amek dedepan mungkin kene 'sumpahan' kot.so jadi buruksss sangat.

Monday, November 25, 2013

Birthday FMS, Dr. Mariam Abdul Manap.

22.11.2013, 4.30pm :

Was celebrating FMS 's birthday..
At Bilik 12 (merangkap bilik FMS yang aku slalu buat macam bilik sendiri bila FMS not around....kui kui kui...Sori ye, boss...takde pilihan lain).

SELAMAT HARI LAHIR, DR. MARIAM.
- Dr. Mariam memang the best. Even tengah malam kalau MO call pon die angkat fon, kalau die on MC ker cuti ke ....pun die angkat fon bile MO consult case. Memang tak mengecewakan . Thanx, boss.

* 14.11.13 baru je birthday anak sulungku, Enche Adam Hadif yang ke-4 tahun.
* 21.11.13 pula birthday Dr. Fadzillah, our senior MO (she's in-charge of our JPL @ OPD) - we all buat surprise for her on that day. Tak sempat edit gambar sebab nak kene bluetooth dr phone Dr. Nadia.

Ni sebenarnye nak menunjukkan betapa heaven nye suasana at our clinic kerana bilangan MOs yang bertambah adalah lebih dari 2x ganda biasa...


Dari kiri: Dr. Shazwan, Dr. Puvan, Dr. Nadia, Dr. Nurul Nadia, Dr. Alina, Dr. Ramneet, Dr. Jualina, Dr. Shikin ZA (aku ler tu..), Dr. Munira, Dr. Rosni (Yang ni YM KK Lukut).
Depan, dari kiri: Dr. Mariam (FMS), Dr. Shikin Kassim (YM KK PD).

Jangan marah tau..I candid pic u ol..
Jangan risau..still cantik kan? 
The most important thing is.. u ol memang 'happening'....

** Few MOs were not here 
Dr. Fadzillah, Dr. Irda, Dr. Karthik, Dr. Anand, Dr. Nurul Farihah, Dr. Rahmah, Dr.Ho, Dr. Loh, & Dr. Nadira...


Sorry if I missed any of you, guys.

Terlalu ramai colleague sampai cannot remember who is not around.
Pity to Dr. Anand because x sempat amek gambar mase sessi potong kek. He is actually looking for lighter sebab nak nyalakan lilin ....Tapi, tak sorang pon in clinic yang ada lighter.

Ermmm..betul ke xde yang smoking? 
Macam tak caye je..

Thursday, November 14, 2013

Perasan model gitew..

Ni dalam bilik air dapur..sempat bergambar lagi.. time dah balik keje tp maintain comel. Comel ler sangat..ahaks..

Khamis 26/9/2013 : Ni kat bilik 16.. Bilik Dr. Kala - aku ganti die kat NCD rini..Die kene setel SIQ. 
Nilah hari di mana aku rushing ke JPJ senawang & hari ECO Bottle aku hilang. Sob..sob..
Ni plk Bilik 15..Bilik Dr. Nadia..ganti die bercuti. Ni sementara tggu patient x muncul2 lagi. Lepas tu..berduyun2 non-stop..hamek ko..Dr. Shikin.

Ni plk bergambar dgn anak2 aku : adam hadif (4 year) & adam haziq (2 year). Berposing mengalahkan
mama ye.

Wednesday, November 13, 2013

Sukand's Food STATI0N

Kalau you ols come to PD...dont forget singgah kat Sukand tau. Food kat sini memang sedap2 belaka. Harga pon reasonable. Customer memang sentiasa ramai je kat sini. And service not bad lah...cepat, mesra pelanggan. Worker pon ramai. Kedai ni open...located dalam pekan PD dekat dengan roundabout. Hari biasa not sure pulak open till what time. Tapi on Friday.. 1 pm dah tutup.


Ni kaunter air. Kaunter food len pulak.
Eventho crowded..tp tempat ni teratur..

Aku ni jarang lunch. Tapi, kalau keluar makan aku lebih suka datang sini. Sekarang husband aku pon slalu datang sini. Food kat sini memang menepati selera kitorang kot....

Antara food yang kitorang suka order :-
1. Nasi ayam - biasa/black pepper/ mushroom
2. Bubur nasi... (kalau compare dengan yg kat Pappa Rich yang mahal tu..yang ni lagi sedap gilerr)
3. Mee sup (ada fishball, fishcake, crab stick, sayur, ayam dll)
4. Bakso (ni i try rase Dr. Alina nyer..ermm mg sodap. Lenkali nak belilah..)

Biase suke minum air barli..buat sejuk badan. Tapi,sekarang asik order air kelapa laut longan. Tadi pulak try sirap bandung.


My fevret : Air kelapa laut longan (kiri). Bawah tu rasa cam jelly2.
Sirap bandung pon sodap..(combination dengan susu sejat & gula melaka)


Lepas ni dah tak dapat kluar lunch dengan asben.
Is wearing Bush Jacket - LO (Liason Officer) komandan hari ni. 
 

Tuesday, November 12, 2013

Lady doctor.

Ermmm...slalu sangat patient make request.
Selagi boleh layan memang kite akan layan.
Tapi, kalau dah berderet2 no dekat2...1028...1031..1033....(padahal ada 5 bilik yang bukak...memang x patut. 1 of the reason jadi cmni sebab ramai female patient request jumpe female doc)...

Macam semalam got 1 lady complaint having fever, cough, runny nose.
Ok lah..bile examine..just URTI.
Lepas tu she just kept quiet..
Aku : Auntie, ade ape problem lain?
Pt : ...(just geleng kepala)...
Aku : So, kenapa auntie minta jumpe doc perempuan ?
 Pt : [ silent ]
Aku : Auntie, next time kalau takde masalah privacy/ masalah perempuan... u boleh jumpe any doctor.  Doctor lelaki pon boleh. [sigh].

Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Perpisahan Komandan Institut Pengurusan Tentera Darat

9 NOV 2013:
We are at The Royale Bintang having mesnight.

Parking kat sini murah je -Rm2 per entry.

Actually we should be here by 8pm. Tapi, camne pulak kan..sebab nak solat maghrib dulu.
So, 8 lebih jugak lah baru sampai. Lagipon as scheduled ketibaan Komandan Md.
Din & wife ( Pn. Salina is on 8.45pm. )

Sesampai sane..semua pegawai & wives dah berkumpul kat lobby.
Macam biaselah semua baju ladies memang lip lap..cecantik belaka. Aku pakai cotton je..tu pun dah pakai sekali gi keje baru ni. Tak sempat nak beli baju tu. Ok jugaklah ade manik jugak..huhu.

Pagi tadi ada aktiviti BAKAT - bacaan yassin, tazkirah, ucapan Pengerusi Bakat, Pn. Salina yang nak berpindah ke MINDEF mengikut suami. Lepas tu..serah menyerah tugas dengan Pengerusi BAKAT baru ( Pn.Wati ). Bakal Komandan baru (Kol Rafizi) ni dah berkhidmat dalam ATM selama 33 tahun..(aku pon blom lahir lagi masa tu...)
Dah berpindah-randah selama 17kali. K. Wati tu cikgu...dah berpindah sekolah selama 13 tahun. Memang salute lah dgn dorang ni. Dengan nak mengangkut anak-anak seramai 7 orang. (aku cam tak mampu jer nak jadi cam dorang..huhu..). Tulah nasib isteri tentera...terpaksa mengikut suami.
Suami aku pon bakal berpindah keluar -dah report duty 1 nov..tapi secara formalnya akan ke sana 18 nov kerana ada tugas yang perlu diselesaikan dulu before balik unit
(tu pon nasib baik..actually at first dapat berita die kene transfer Perlis). Aku rase
Komandan ade tolong lah...tapi, die tak btau pon. Officially mmg x boleh kot.

Back to BAKAT, aku rase terharu bila k.Salina panggil aku depan semua orang & btau yang akulah penyelamat anak die (aku yg treat anak die baru ni...Severe AEBA....admit ICU. Yelah..tu dah mmg tugas aku..mmg x sampai hati tgk so aku pon accompany die dalam ambulance). Seb baik die dapat seat for PMR (dalam wad lah..). Nak menitik jugak air mate aku bile akak crite that time die & komandan were so busy sampai anak dorg terabai. Anak die 3 orang..sume pon aku kenal.


LOL Ajutan dah pandai bergambar sekarang...
Cantik tak tudung GLITTER aku?
Dah lame teringin..tapi takkan nak beli pakai time keje. Buang tebiat ke hape?
Ni main cos aku - katenye salmon tp rase x mcm salmon pon. Tapi lemon sauce tu mmg best..
Ni main cos Kapt...beef dgn black pepper sauce. Best jugak.. 
Ni moist choc cake...so yummy (aku kan hantu kek..so memang pantang nampak kek lah).
Coffee time...ade pralines. Tapi x sempat snap.
Ni cenderahati untuk Kapt yg bakal transfer out.
On silver plat tu ade name die..kalau enlarge baru nampak..

AMOK

Aku dah ngantuk ni..tapi tak kira..nak update blog jugak.
Even secoet pon aku nak lepaskan jugak apa yang terbuku di hati..
Sekarang ni..macam2 perasaan bercampur-baur..mixed feeling - geram ada..sedih..marah..terkilan dengan sikap patient yang tak bertimbang-rasa..terancam pon ada.

Actually dah lama tak jadi peristiwa macam malam ni kat aku..Rupenye terjadi lagi.

Macam ni..malam ni actually Dr. Shazwan yang buat Extended Hours. Tapi die x dapat..coz anak dia fever. So dia jual kat aku. Extended Hours ni start 5-9 pm. Tapi should be 8.30pm dah tutup kaunter. Kalau tak...pukul 9pm tu tak habis lah lagi ...betul tak? Tapi ikut budi bicara..kalau patient tak ramai..kita terima jer. Kitorang pihak kesihatan ni bukanlah kejam sangat. Kadang2 kol 9pm tu pun
( patut time dah tutup kaunter) ada lagi yang doktor terima.

Tapi hari ni..sebelum solat Maghrib ..baru ada around 10 pt jerr..
Lepas 7.30pm seperti biasa ..menderu2 pt datang. Dorang ni macam tak tahu doktor malam sorang je (yang datang tu pun 'regular customer'..takkan tak tau....). Paling tak paham tu..tengah azan maghrib ni..yang si Muslim ni terlenggang-lenggok berjalan..-NO COMMENT. Sila paham sendiri. Dah pulak bawak anak kecik..waktu2 syaitan (@set**) tengah berkeliaran kan...

Tepat 8.30pm :

Aku (bersuara lantang) : K. Raja ..tutup kaunter sekarang! Saya balik pukul 9. Sekarang pon dah ramai patient. Pukul berapa nak balik ?
Mase tu ada satu family (seramai 5 orang) yang sakit tengah tunggu nak daftar. So K.Raja accept je lah. Atas meja aku pulak ada 17 kad pt yang belum terima consultation. Aku OK jer mase tu. Ape nak buat..tengok pelan2 lah kan? Takkan nak tengok pt dengan rushing kan? Tapi...adelah satu makcik ni..

Makcik & anak : Doktor..tak boleh ke terima 1 lagi kes ? (Memang muka tak pueh hati gile)
Aku : Memang tak boleh..Cube tengok ade berapa kad atas meja saya ni! Semua ni belum tengok lagi. Saya balik pukul 9pm ( Dalam hati aku..makcik..kau x nampak ke berapa ramai patient kat Ruangan Menunggu tu? Janganlah nak pentingkan diri sendiri je! KAU INGAT KAU SORANG JE ADE ANAK ? AKU TAKDE ANAK KE? KALAU WAKTU KEJE AKU SAMPAI PUKUL 9..MEANS PUKUL 9 LAH. NI PON BELUM TENTU PUKUL 9 AKU BOLEH HABIS TREAT PT.) So die just go..Nak cakap ape lagi kan..Aku pon dah x larat. Pt non-stop.

# FYI .. MASE AKU KLUAR KERJA 6.30 AM...ANAK2 AKU TENGAH TIDO LAGI..NI AKU SAMPAI RUMAH KOL 10.30MLM..DORANG SEMUA DAH TIDO..ESOK SEBELUM GI KEJE BELUM TENTU AKU DAPAT JUMPE DORANG LAGI!

Total patient yang aku tengok 60 ORANG.
( Just imagine...5.00-7.30 pm = 10 orang....7.30-9.30 pm = 50 orang).

Okey..lepas makcik tu...datanglah sorang Indian guy ni...lingkungan 40 tahun lebih.
Aku : Ye kenape? (Yang dok tercegat depan pintu tu kenape? dah takde kerusi nak duduk ke kan?)
Bapak budak (Indian guy) : ***** (ntah ape die cakap..Yang aku dengar..anak & accident)
Aku : Kalau accident terus pergi hospital. Kita malam2 takde XRay.
Bapak budak : Ape accident? Demam lah ...(dengan nada yang sangat kurang ajar) . (eh..tadi sape suruh kau mumbling..manelah aku nak dengar. Suara pt kat luar tu pun dah cukup kuat). Tak boleh ke terima satu pt lagi?
Aku : (sekali lagi aku tunjuk kad yang berlambak2 atas meja...& ni lah sorang lagi pt yang mmg nak kene buat Vision Test). Saya balik pukul 9..sekarang pon ramai lagi pt belum tengok. U boleh pergi hospital..sane bukak 24hours.
Bapak budak : (die mmg still x puas hati. siap menuding2 kat aku...sambil cakap) . Ape ni...kate mesra rakyat...(sambil memblah kan dirinya).
Aku : OK...kalau saya tengok...u kene bayar saya lebih!
Bapak budak : Boleh...(mase tu dia dah jauh..tapi kitorang masing2 jerit tinggikan sore)
Aku : Berapa u nak bayar?
Bapak budak : Terus blah sambil bla...bla..bla...(entah ape die membebel)

Kat belakang die...ade 4 FAMILY LAGI YANG NAK MINTAK DAFTAR...TAPI SUME MEMBLAHKAN DIRI LEPAS TENGOK DOKTOR MENJERIT DALAM KLINIK.

U ols...paham tak kat sini..selagi doktor belum berambus dari klinik..selagi tu sorang demi sorang pt datang tanya..." DOKTOR...TAK BOLEH TERIMA 1 PATIENT LAGI KE?"
# BAGI U OLS MMG LAH 1..TAPI..KALAU 10 ORANG YANG TANYE THAT SAME Q.. 1 X 10 BUKAN KE 10? UNDERSTAND OR NOT?

Then ...kalau u ols kene balik keje pukul 5 or 6 pm..U ols nak volunteer balik sejam lepas tu ke? Dalam 100 pekerja..takkan ade sampai 10 orang berani jawab YA. Unless kalau kerja atas meja x siap..tu lain cerita lah kan?

And kalau u ols nak tau..malam ni I went back at 9.46pm (time aku punch)... Sebab 3 pt yang last2 amek neb..so aku kene review balik. So..esok jangan sape ade buat hal..sebab sekarang pon aku tak tido lagi..baby aku tgh meragam..Becoz as usual PASTI AKU AKAN BAD TEMPERED THE NEXT DAY...

Tapi...yang aku happy sangat..asben aku datang kol 6 pm bawak mee goreng mamak kat aku yang tak lunch hari ni. We had dinner sesame. Lepas tu die balik ofis sambung keje. Then kol 9pm die datang balik teman aku kat klinik. Sampai terlelap2 kat kusi. I LOVE YOU FOREVER..HOPEFULLY KASIH SAYANG KITA YANG TELAH BERTAUT SEMULA NI AKAN KEKAL & TAK DAPAT DILERAIKAN OLEH SESIAPEPON KECUALI DENGAN TAKDIR ALLAH.

Thursday, November 7, 2013

Surat chenta..

          Haa...banyak tak referral letter yang aku tulis? Bukan surat cinta...saje main2. Tengah bersemangat waja ni..so, baik tulis terus. Kalau dah malas...seminggu (hari Jumaat) baru aku tulis tau..AMPUN MAAF ye di atas kelewatan.
         Under Daerah Port Dickson ni ada few Klinik Kesihatan - KKPD, KK Lukut, KK Bukit Pelanduk, KK Pasir Panjang & KK Linggi. KK Lukut tu yang paling baru dibina. Sekarang kan dah makin banyak kemudahan KK kat sesebuah kawasan sebab kerajaan nak memudahkan rakyat. Kesianlah kalau yang duduk jauh - takde transports sendiri, kene naik bas..bertukar2 bas pulak tu, ade yang kene naik taxi...sbb bas tak lalu kawasan rumah dorg..so tambang mmg kene tekan lah kan, ade pulak yang slalu defaulter sbb nak datang tu ikut date appointment jiran. Tapi yang aku tak pahamnye..ramai jugak pt yang dok area lain (means..under coverage KK lain)..nak jugak datang KK kitorang. Alasannya..susah nak panjat KK Lukut tu atas bukit lah (kalau orang tua tu acceptable lagi...ni yang muda badan kerempeng pon bagi alasan x logik ni... ), takde doktor lah, takde Pakar lah, dah biasa datang KK PD lah.. Macam2 alasan. Kalau kat KK kami xcukup MO..memang matilah.
         OK...back to crite surat rujukan tu..
Kalau tulis awal-awal pon or lambat seminggu pun tak de beza u ols. Dolu2 nak senang...terus tulis surat depan patient..then, bagi kat tangan dorang terus so that dorang sendiri pergi hospital untuk dapatkan date. ...(aku lerr yang suke wat camni..sbb senang bile patient terus tau date appt dorg. Takdelah die datang klinik banyak kali asking about about their suppose-to-be appt). Tapi, sekarang memang hosp dah x bagi wat cenggitu. Kami kat KK ni akan kumpul surat tu & despatch ke hospital. Then, hosp bagi date. Dapat date...kitorang tak terus call pt...dalam 2 minggu before appointmet baru PPK call pt. Bukan ape..kalau bagi awal2 confirm byk surat yang hilang sebab biasalah manusia kan cepat lupa. ..(mmg dah banyak jadi tau..). Appt kat hosp ni pulak mmg lambat sgt. Cth: appt jumpe Skin specialist..paling awal Feb/ 2014.  Mmg ramai sangat pt yg mintak refer govt hosp, (Klinik under PD yang nak merefer pun byk kan..)so HARAP BERSABAR menunggu turn anda. Pakar district hospital tu pon x ramai..ada yang visiting specialist je. And yang lawaknye, ada penyakit patient yang dah sembuh sendiri sebelum dapat tarikh appt. Yag paling susah kalau nak refer Medical. Even bukan acute case pon kene S/T Medical MO. Dorang akan bagi certain plan seperti blood investigations atau USG, etc sebelum jumpe patient. Then, dorang sendiri yag akan bagi date. (Memang patut camni pon.)
           Dulu, district hosp tak banyak, kan? So, semua pon refer GH (HTJS). Sekarang... MO beranilah refer GH. ... kalau nak kene marah ngan Pakar sane. Pt yg insist nak gi GH jugak...aku memang tanak amek risiko...so aku tulis je..PATIENT REQUEST TO...whatever yang dorang request.  Tapi kalau walk-in case boleh gi HTJS - contoh, corneal ulcer, ruptured TM, non-healing OM, etc.Yang tak boleh tahan..kalau dah ada date appt tp patient nak earlier appt. Memang tak lah. Ape kitorang boleh buat, kan? Bukan kitorang yang bagi date,  ye tak.. Hal macam ni mmg beyond our control ok.. So, pt kene amek surat dorag bawak sendiri kt hosp & request date on their own.. Mase tu u ols boleh ler tinjau2 buku appt klinik pakar tu samada FULL ke tak..(in case u ols x percaya...).

Tadi igt nak type sikit je..rupenye dah pnjg berjela. Nampaknye...memang banyak isu regarding rujukan ke Klinik Pakar ni.
# TM - tympanic membrane/ ear drum
    OM- otitis media
    S/T - spoken to

Wednesday, November 6, 2013

Bagi saya MC 2 hari...Bagi saya 3 hari..

Amboi2...ingat ni kat kedai makan ke? Main order2 pulak ye..
It's like you want to have..2 pinggan nasi goreng..or 3 pinggan koew tiaw basah pulak..

First case :
Young lady age 30/ 4 months post LSCS.
Came with husband.
She complaint of pain at op site for 2 days duration.
Had H/O heavylifting ..well she's working in hotel (started working at 2 months postnatal). There is no fever. No PVB/ haematuria.
Vital signs normal. Per abdomen pon takde pape - No wound breakdown / soft / no underneath collection. Of course tender sikit lah.

Pt mintak MC.. " Dr bagi saya MC 2 hari ye. Hari ni & esok. " Amboi...elok2 aku nak bagi sehari..karang langsung tak bagi. Aku cakap ler..." You need light duty. Nanti I write to your boss. " Eh..die x hirau langsung aku nak bagi light duty 2 bulan tu. Yang die heran nak MC 2 hari . Abes tu..hari ke-3 cemane? Cube korang pikirkan utk aku? (malas aku nak pikir dah utk org camni..)

Second case :
Mr. S/53/ Indian Muslim.
PTD4 - alleged MB skidded.
Sustained multiple A/W over left buttock & left foot.
Today datang nak sambung MC..padahal bukan ada terkoyak ker...patah ke..Saje malas nak keje lah tu. Keje Guard je pon...bukan kat Shell ke hape yang nak kene angkat tong gas beberat.
(Dalam hati - kalau malas nak keje..berenti je lah)
" Doktor bagi saya MC 3 hari! "  "Amboi!! 3 hari tu.." Spontan je aku sound dedepan uncle tu. Kuang asam betol..Ingat aku balaci ko ke hape...
Tengah2 aku sound tu..boss die kol. Amboi..pandai die kelentong boss die cakap Dr sini soh die datang appointment. Takde sape pon bagi die appt. Bagi boss yang bace entri aku ni...beware dgn your employee ye. Mmg x boleh pakai ... Die siap btau boss die MC 3 hari. Aku tulis MC pon belom lagi..patutnye sehari jerr MC yang layak untuk die. Tengah die bz jawab fon tu.." Uncle...sy bagi u MC 2 hari je! " Siap ulang 3 kali bagi boss die dengar. Amek ko. Mase tu aku dengar boss die nak cari pekerja lain. Tulah..elok2 dapat keje..nak ponteng kan...Sekarang dah tak payah keje..Dok lah kat rumah puas2 kan?

*** Pada sesape yang tak puas hati dgn entri aku x ape. Aku ni mmg jenis STRAIGHT-TO-THE-POINT gitu. Tak sukelah beralas2 segala bagai ni.. Biar jelas & nyata.

# LSCS - lower segment caesarean section
   PTD - post-trauma day
   MB - motorbike
   A/W - abrasion wound
   H/O - history of
    PVB - pervaginal bleeding

Stress ->Panic Attack.

Pernah tak rase sakit dada and/or susah nafas?
Padahal anda bukanlah pesakit bronchial asthma (BA), sakit jantung (IHD),  atau hyperthyroidism....
Then, simptom/ gejala ni anda slalu rase bila anda alami stress...
Ini bermaksud anda dah kene Anxiety (kegelisahan) atau Panic attack.
Ada yang lagi teruk sampai tremor (tangan mengeletar) & palpitation (pt aware pada degupan jantung yang laju)...
Kalau nak confirm betul tak anda kene Panic Attack,  boleh lah datang klinik kesihatan dan jawab soalan tertentu supaya kami boleh buat DASS (Depression,  anxiety, Stress scale)..Pada masa yang sama kite memang akan periksa vital signs (BP, PR, temperature), examine paru-paru, kardiovaskular (CVS) & sistem lain jika perlu. Dan mungkin perlu lakukan ECG & blood investigations (especially TFT -thyroid function test).
Penting untuk anda tahu status kesihatan anda, samada physical symptom yang anda alami tu is a manifestation of physical illness or mental illness..becoz the intervention is different.


Saringan Minda Sihat.
Soal Selidik DASS.
Kat box ni kami akan tulis skor Stres /Anzieti / Kemurungan anda samada - normal/ ringan/ sederhana/ teruk/ sangat teruk. Kalau dPt 2 skor last tu ...confirm kami akan refer stat to FMS or Psychiatrist HPD.

           Bulan lepas adelah sorang student Politeknik PD ni jumpe aku. Muka memang nampak tak tenang..gelisah je. Dia mengadu susah nafas & sakit dada hampir setiap hari, selama 2 minggu. Kadang2 jantung berdegup laju. Sebelum ni dia memang takde apa2 penyakit - NKMI (no known medical illness). 
           Futher history & physical examination memang not suggestive of any physical illness. Bagi aku, tak perlu pun buat ECG. TFT pun nampak tak perlu. Aku tanya samada dia stress of anything tapi die takmo jawab. " Takpelah, you pegi buat DASS dulu. Then  I will review your score. And later on baru I decide on what to proceed".
           Student tu pon pegilah Bilik Intervensi...jawab soalan2 DASS. Skor Anxiety dia ialah - Sangat teruk. Rupenye, setelah dicungkil oleh SN Sham, die mengaku tonton video " Tentang Kematian"..Then, die bagitau yang tanda2 kematian tu dah ada pada die & sekarang die sedang menghitung hari dia akan mati. Sudah 2 minggu berlalu & kini tinggal 2 minggu lagi untuk dia hidup. Sekarang pon dia dah ada visual hallucination -di mana dia ada nmpk lelaki berjubah putih melintas laju depan die & kemudian hilang.
So far, takde suicidal ideation /attempt.
Nasib baik....fooooooohhhh..

Dalam kes ni, memang kene refer Pakar cepat. So, aku jumpa FMS to discuss case. FMS mmg bagi early appointment kat die. Taktau ape khabar budak tu sekarang. Mase 'sakit' tu die tgh seat exam kat Poli. Nanti FMS balik aku tanye...(sekarang FMS tgh cuti panjang sebab mak die sakit)...


***Lagi satu ... kalau the same patient datang your clinic with C/O (complaint of) Headache...memanjang headache jerr gitu.. Then u dah ruled out Hypertension /migraine/ or whatever...tp sume pon didn't suit Dx utk your pt...please don't forget TRO stress. Becoz nowadays lots of people facing macam2 stress..dari budak sekolah - sampailah orang dah pencen. Order lah DASS for this kind of pt. Kalau u dpt tackle the stressor..confirm tak yah susah2 nak order CT Brain or MRI ke hape...They just want you to listen to their problem & help them accordingly. So please please & please REMEMBER DASS when you face this kind of problems. (others ade yang datang dengan Generalised Bodyache..and/or Headache). Still you need to order DASS for them. THANK YOU.

***Aku memang slalu alami Panic Attack sebab aku ni kan cepat stress.

Tuesday, November 5, 2013

At BurgerBytes, Senawang.

Saturday, 2/11/13.
9.00pm.
     Kami berempat beranak ronda2 ....riki tempat makan. Abe dah tido, so kitorang tinggalkan die ngan mak. Perut masing2 dh berkeroncong ni. Pusing2 kat Taipan, Senawang cam x best je. Cik asben ni ajak makan sate...ermmm x selera plk rasenyer. Dah slalu sangat makan sate. So, kitorang ronda2 kat Avenue, S2 pulak. Mmg byk tempat makan sane..tp mostly restoran Cina. Bistro byk jgk..Tapi x penah seumur hidup aku jejak kaki kat Bistro...macam x seswai jerr. Huh..nak cari tempat makan pon susah...So, kitorang pusing balik kat Senawang. Jumpelah BurgerBytes ni....nearby dengan restoran Nasi Arab Damsyik.  Food kat sini ok jgk lah..- ade burger · pizza · pasta.
Address:
No 33, Lorong Kekwa 11/3,
Taman Guru Melayu Senawang,
70450 Seremban, NSDK.
Hp: 012-9788830
     Kedai skrg mmg kene order kat kaunter ek? Aku xtau pulak....sbb x penah experience camni.
     Tapi, of course lg senang coz x yah nak tunggu lame utk waiter amek ode.
Tuan kedai pon senang..customer order, terus bayar. Takde kes orang lari lepas maqon (Eh..ade ker? Bukan aku ler..Tak baik wat cenggitu tau). 
Patty yang mengeyangkan. Kalau rase2 x kuat makan...baik share.





     Aku order Patty (beef). Macam x kenyang je bila tengok cume 2 ketul daging & sedikit sayur dalam hot plate tu. 
Lapar sangat ni..Makan x tengok kiri kanan dah.
     Startlah makan..ngan budak bulat ni...adusss baru makan 1/2 je patty tu tapi dah x larat nak abeskan. Cik asben order grilled chicken burger (plus chicken ham)...xde pic sbb mase tu phone dah habis bateri. 
Ermmmm burger die lagi best...plus mayonaisse die sedap sangat (seswai sgt dgn aku yang high kolesterol ni). Mmg wajib habiskan... sbb so yummy.
This boy sape2 pun akan cakap, "Like father, Like son".
     Balik tu..kitorang round2 kat Taman AST pulak. Gedik betul asben aku ni. Kowrang tau x Taman AST tu tmpat ape? Tempat langgan bapuk! Bapak ayam bersepah2 kat luar2 kedai. Hisshhhh takut aku. Die pulak saje bawak slow2...Sampai bapuk2 kat situ usha die balik..Dorang cam nak datang dah. Hah..hambek ko. Nasib baik tak kene terkam. (kalau kene terkam..aku tinggal je die kat situ. Haha...). Dulu pon mase xde anak di bawak aku round tgk bapuk. Aku ikut je.. Tapi, uwekkkk..x selera aku." Dahlah..jom balik ! Boleh mati selera I , ok! "

      Pastu round jap kat Pekan Seremban. Bawak Haziq tgk lampu2. Die mmg suke sangat...budak2 mmg camtu kan? Stop jap kat Dataran Seremban tu. Ramai jgk budak2 muda berpeleseran. Anak2 dara yg mcm budak sekolah pon ade. Hisshhh...kowrang ni x reti balik rumah ke dah malam2 ni? Mase tu dah pukul 11pm tau..dok melepak lagi kat luar.
Asben beli air jap..hilangkan dahaga. 
Die mmg camtu...pegi mane2 ntah brape kali beli air je kejenye. 
Dah penat...kitorang pon balik...coz esok nak jalan2 lagi. Kene charge battery dulu..

************                         ********                     ************

Gambar ni aku baru edit.
This is burger that we ordered on 2nd visit.
(But I think this 1 is different from the 1st one).





Saturday, November 2, 2013

Macam kaya sangat...

Gambar hiasan
Aku ni suke sangat 'bersedekah'....tp, bersedekah yang bukan pada tempatnye. Confuse kan dgn statement aku ni?
Macam ni...mase baru start keje dulu (in 2007)..aku dah start sedekah RM2300 kat satu syarikat ni. Al-kisah aku baru balik keje..singgah lah kat Ocean (1 pasaraya yg paling dekat ngan rumah)..Baru kluar kete, sorang bdk pompuan ni tegur aku..mintak aku gores kertas kat tgn die (byk aku tgk kertas tu kt tangan die..)- gores dan menang. Tup..tup...aku kire orang bertuah ...boleh dapat hadiah best harga riban2. Kalau aku bertuah lagi..aku boleh menang kete. Tp, kene follow die balik office. Aku ni mmg ala2 berani. So, gi lah ofis dorg kat S2. Ramai betul bdk2 lelaki kat sane..dlm 10 org kot. Aku doa je harap xde ape2 yg buruk jadi. Kt sane, dtg bdk A ni..die kate kalau aku nak proceed...kene bayar RM2300. Konon2 berbaloi2 sbb hadiah2 barang elektrik yg aku akan dapat lebih kurang RM7000 & kononnye aku stand a chance to win BMW ler...whatever.. Aku draw tp x menang kete pon.

Second time, 
Sorang sedare aku nak join business ngan orang yg die baru kenal. Tapi, bagi aku x convinced pon. Die x cukup modal..RM5000. Die ajak aku share half. Aku kesian..so bagi ler jugak RM2500. Lepas tu, kitorang gigit kuku sbb dah kene tipu.

Third time, 
aku 'sedekah' mase aku dok kat Bahau. (Tahun 2009)Aku baru jer kluarkan duit..RM2000. Ntah nak watpe duit tu mase tu..x hengat. Dok jalan2 kat Kiara Square, Bahau...ade lah budak2 promoter ni panggil aku tengok barang electric dorg..Electrofast ke hape ntah ...x penah dengar. Cong punye cong..at last aku pon beli. Rm2000 aku pon melayang. (Skrg, bile aku compare barang2 electric tu dgn brand lain...mmg kire mahal tu. x berbaloi langsung. Bengong aku ni..)

Tawun yang sama, aku saje nak try free trial facial kat NYSS..New York Skin Solution. Mase tu NYSS xde kat Seremban. Sanggup tu pegi sampai kat Mid Valley.  Before facial, die scanmuke aku. Abes facial, igt nk balik je..rupenye Consultant die plk jumpe aku. Terangkan aku kene amek few sessions lagi so that muke aku akan betul2 cantik cam dlm TV tu. For me, i should have at least 20 sessions & total utk tu ialah RM9600. "Owh..mahalnye. Tak boleh discount ke." Lps discount, dapat RM7800 (Senang sgt pulak dpt discount..mcm kene cong je..). Actually, aku refuse byk kali..tp, dorg ni pandai 'ayat' sampai kite swipe credit card kite. Huhu...masak. After about 5 sessions, die kate aku kene minum collagen pulak + use their special serum (sebotol kecik..10mL rasenye..RM180.Kene pakai daily). Total serum tu je RM5400 utk sebulan. Collagen berape ribu x hengat..dah lame sgt. Aku mtk byr half dulu..abes duit aku kalau nak bayar for 1 month supply. Sampai 10 session aku dah chow.. x sempat nk gi. Sampai skrg dorg kol aku utk datang complete the treatment, tp aku x gi. Credit card HSBC yg aku swipe untuk NYSS pon aku dah terminate (lepas aku abes bayar hutang..).

2011, aku 'sedekah' lagi..mase tu aku baru dpt refund dari LHDN..RM1500. Dah MO..ingatkan dh bijak.. Rupenye tak. Budak jual majalah datang klinik pon aku langgan...(lps die berjaya 'ayat' aku). Katenye, in order to get a cheaper price for magazines that I chose, aku wajib langgan Newsweek dulu. So, die kire2 depan aku..Wahhh..nmpk murah. Aku pon sain..byr RM1500 for 3 years. Setiap tahun aku boleh pulak claim RM500 tu dari cukai (utk 3 tahun). After few months, I noticed that price majalah tu is actually murah...harga yg die calculate depan aku tu is actually harga majalah SE..special edition. Erggghhh..geram nyer..pandai ko yer budak.

Ermm...cukuplah . Hope this will be a good lesson for everyone.
(Actually ade lagi few times aku tertipu..tp nk wat cemane dah nasib badan. Uwaaaaaaaaaaa...)
Tapi, 1 yang aku x blh accept...duit yg aku dapat..wherever it comes from..is like a curse to me..because it just lost like that. Dan sekarang aku just pakai credit cards (Public & Maybank) aku untuk certain things je. Bukan swipe sesuke hati cam dolu-dolu..

Friday, November 1, 2013

"Pegi privatelah !!"

Bile baca topic ni..mesti korang ingat aku or other doctors yang cakap mcm ni kt pt kan?
Guys...it actually happened the other way round.

Sebelum aku cite...aku nak gelak dgn terbahak2 dulu....Hahahaaaaaaaa..
One day, about a year ago..got 1 elderly chinese lady masuk bilik aku.
Aku : Ye auntie [nama]..ape sakit hari ni ?
** Instead of asking like that..actually better/should ask this way.. Encik/Puan, ape boleh saya bantu? Or what can I do for you today? Tapi, pt often looking back at me..with weird stare when I did asked like that. So, I was just thought that may not be a proper way in asking about their illness. So, Dr. Shikin..just forget it ! Yeah..forget it! (But, to some extent mmg kene ask that way..becoz some of the patients come not only during illness. Nowadays, they are more aware on doing CVD screening ..or they do come for Medical Check-up, for review blood results or sputum AFB, C&S results. Some only come to seek for opinion/ sugesstion on supplement they should take..)

Panjang pulak membebel..
Ok, back to the story..
Once dah tanya cenggitu...berjela-jelalah masalah yang keluar. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Pulak tu, cerita tu diulang lagi..dan lagi..dan lagi...Alamak, bile auntie ni nak stop ni? Kad patient dah makin bertimbun dalam bilik aku. Aku try stop kan byk kali..tp, x berjaya. Aku dh explain pykt die ...bla..bla..bla...bla....
And at last...

Aku : Auntie, you ada apa masalah lagi mau beritau saya ke? Itu pt dekat luar sudah ramai ma..sudah lama tunggu.. Nanti, diorang masuk...diorang confirm marah saya ma..bukan you..

Auntie : Bising2 pegi privatelah !!

Aku : Errkkk... (Alolo...sedap betul die cakap camtu. Rase2 nye sape yg kene gi private kat sini?)
You all..dekat private hospital tu janganlah berani cakap lame2..every air liur doktor yang kluar tu you all kene bayar tau..(consultation).

- See...now u ols tau kan..knape lame sgt doktor tu tgk sensorang patient. Kalau sehari jumpe 3 orang camni pon dah boleh ruin the doctor's day tau..especially yang low stress threshold cam aku ni. Tapi, x dinafikan, mmg ade certain patient yang mmg kene tengok in details. It depends...
- Paling x boleh tahan..patient yang suke ajak berborak.. " Doktor org mane? Tggal mane? Dah kawin? Anak berapa? Dulu grad mane? Suami keje ape? " ... and so on & so forth.....Kalau pt x ramai tu ok lagi. Tapi, mase2 ni lah kitorg nak buat surat rujukan lah, medical report, discuss case dgn FMS through phone (jgn igt kitorg tgh berborak kt phone ek..X penahnye wat camtu.. Bergayut ngan Pakar @ FMS adelah)
For Sputum AFB x3, FBC,  ESR.

Dah 2 Jumaat aku dok dalam Bilik 12 ni. Pakar aku cuti..mak die sakit. So aku lego jelah bilik die..Bukan ape..senang aku nak assess bebudak slow learner tu.. (kene melompat2 ngan bebudak ni tau tak mase assess tu..berdiri sebelah kaki sambil tutup mata etc)