Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Word verification membebankan.

    Sepanjang hari ni dari siang ke malam aku dok blogwalking je. Penat pun penatlah. Yang penting puas. Tapi, dalam dok seronok-seronok drop komen tu aku jumpalah dalam lebihkurang 6 blog yang guna word verification ni. Tang WV ni memang den lomah. Aku selalu je fail identify huruf ape. Ngeee...takkan korang nak kate aku robot pulak, kan?
     Ermmm..disebabkan kehadiran WV ni membuatkan mood BW aku untuk blog tersebut otomatik terhenti di kotak di atas sahaja. Aku rasa mood readers lain pun macam tu. Setakat guna nombor aku ok lagi. So? Pilihan terletak di tangan korang:)
     Tak tau cara nak delete word verification? Ada ramai yang buat tutorial tentang ni. Korang browse je. Basically buat camni. Pergi kat sini..
Settings>Posts & Comments>Show word verification? - So, pilih 'NO'. Setel.

Friday, November 14, 2014

Shoooohhh kau cencorot.

     Kengkononnya aku tak sempat BW rini sebab nak tidoq awal. Tapi, jiwa blogger ni tetap sama kan? Mesti nak BW kalau x, tak sah hidup. Anak-anak semua dah nyenyak tido. Taktaulah pukul berapa nak terjaga tu. Ni pun tengah teman mak buat kuih keria (cehhh...teman konon. Alasan je sebenarnya..). Sambil tu layan mak borak. Si cencorot ni buat bising macam biasa. Kalau malam memang jelaslah cot..cet..cot..cet..bunyi dia memandangkan keadaan sekeliling yang sunyi.
Taraaa...ini hasilnya.
Esok mak goreng. Maaaakkk jugak ye.
[Updated at 12.20am]
     Tetiba mak cakap - cuba kau cari "Cara nak halau cencorot". Cencorot ni selalu keluarkan bau yang sangat busuk tau. Tapi aku xreti nak describe busuk tu macamana tapi menusuk ke hidung sampai aku akan pening. I hate the smell!! Aku rase itu method of protection dia. Aku pun google lah tapi x ketemu hajat di hati. Sape ada idea atau opinion nak share. Ermmm...kalau aku letak kapur barus kat laluan cencorot ru mujarab tak? Tapi, macam aku pulak yang x sanggup.

Sunday, August 24, 2014

Kurangkan Lemak.

Doctor selalu membebel pasal kurangkan fat intake kan?
Betul tak, korang?
 
So, apa itu lemak?
Apakah jenis-jenis lemak?
Apa pulak fungsi lemak?

Okey..
Lemak ada 2 jenis:

1. Lemak tepu
- Sejenis lemak yang akan menjadi  beku & keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Cth: daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi, aiskrim.

2. Lemak tak tepu
- Sejenis lemak yang lembut & cair pada suhu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.
Terdapat 2 jenis lemak tak tepu.

Lemak mono tak tepu
Most kekacang
Minyak zaitun
Minyak kanola
Minyak biji bunga matahari
Minyak bijan

Lemak poli tak tepu
Minyak kacang soya
Minyak bijan
Minyak jagung
Beberapa jenis ikan seperti salmon atau tuna

Apa pula kesannya kalau lemak ni kita ambil SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan:
Berlebihan berat badan
Meningkatkan paras kolesterol dalam darah
Meningkatkan risiko :
- Penyakit jantung
- Diabetes (kencing manis)
- Beberapa jenis penyakit kanser

Ada tak tips untuk kurangkan pengambilan lemak?
- Kurangkan pengambilan makanan berminyak & bergoreng.
- Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayuran.
- Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu rendah lemak.
- Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak & buang lemak yang ada sebelum memasak.
- Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis & krim.
- Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti : membakar, merebus, mengukus atau memanggang daripada menggoreng.
- Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
 

Friday, August 15, 2014

Tips senang blogwalking.

~ Autopublish entry ~
     U olzzz, suddenly aku dapat idea ni.
Add blog u olzzz kat HOMESCREEN aku.
Rasa lagi senang aku nak blogwalking sekarang.
     Selama ni aku memang main hapal je link blog u olzzz. Tapi, dah makin ramai kawan alam maya ni rasa dah tak terhapal (ececeh..macam ramai sangat). Cuma kalau dah tak muat kat homescreen, mana pulak nak letak ea? Aku tau ramai yang BOOKMARK. Initially aku pun bookmark, tapi mane tah hilang yang dah bookmark tu. 
     Harap membantu.

Friday, August 1, 2014

Tips mudah 'unpack' baju bagi yang berkeluarga.

Kalau balik kampung jauh-jauh, memang aku bawak banyak gile baju. Nak-nak anak ramai ni. Memang tak cukup satu beg. Papa lebih selesa guna backpack besar die.

Aku ada 2 luggage :
- Yang besar untuk letak baju 3 hero.
- Yang sederhana, letak baju mama.
Mase balik kampung, baju yang dibawa sume bersih. So, tak jadi masalah.
Bila balik rumah semula, dah ada :
# baju-baju kotor yang tak sempat basuh.
# baju-baju yang dah basuh tapi tak sempat kering.

So, masing-masing akan diletak dalam plastik berasingan. Then, akan dimasukkan dalam luggage saiz sederhana.
Baju2 bersih pulak akan dimuatkan dalam luggage besar.
* Aku jenis tak suka banyak-banyak beg kecik or plastik-plastik kecik dok asing-asing kalau balik kampung. Semua mesti kemas & teratur.
Pandangan luar.
 Taraaaaa...
Pandangan dalam.
Sekejap je nak kosongkan ni.
Haaa..tu yang besar dah masuk 'parking'
Senang kan nak setel?
Take few minutes je.
* Ok bye, nak sambung laundry pulak.

Tips kempiskan perut.

Haaa..tengah buatpe tu?
Melantak ye? Jage-jage nanti perut buncit atau boroi dah tak comey. Nanti partner lari. Hehe.

Makan biar bersederhana. Kalau WHR (waist-hip-ratio) dah meningkat, risiko penyakit kardiovaskular pun akan meningkat. Lagipun, susah wife atau husband nak peluk nanti bounce balik. Gurau je..jangan marah tau:)

So, nak buat cemane untuk kempis balik?
- Jogging /briskwalking 30min sehari x 5 hari seminggu?
- Senamrobik?
- Sit-up?
- Strict diet?
Alah..susah..takde mase..hari hujan..
Banyak alasan ye..(yang mengata ni pun sama:)

So, apalagi? Pakai je bengkung/ binder/ corset selama mana yang korang tahan..
Macam orang dalam pantang tu.
Beli yang murah je. Tak perlu sampai RM200 or RM1+++. Infrared segala bagai. Aku beli 1 set (3 pieces) RM99 je.
Ni cam yang aku pakai mase dalam pantang.
Gambar korset aku tak dapat search brand. Dah lupa.
Ikut teori aku, kalau korang rajin berbengkung, perut korang akan sentiasa ditekan. So, perut susah nak 'kembang'. And, korang tak cepat rasa lapar. (Tapi, kene cuba kawal nafsu makan jugak). Maybe lemak terbakar jugak kott sebab banyak sweating. Teori aku je ni. Alhamdulillah menjadi kat aku. Memang slim. Kalau lemak yang dah lama deposited, maka nak kempis pun sangat lama. Apa yang penting, rajin..rajin & rajin pakai. Insyaallah berjaya. Jangat mudah putus asa okey.

Tips penjagaan handbag on-the-go.

Ladies memang tak lepas dari mengepit handbag (betul ke wording aku ni?).

Kalau nak tau mana anak dara atau mak budak pun boleh tengok dari jenis handbag yang dipilih. Hehe.. Anak dara tak suka handbag besar-besar..dorang pilih yang comel2 je, asal boleh letak handphone, purse, tisu, bedak, lipstick.
Mak budak macam aku..confirm handbag yang gedabak sebab banyak ruang so banyak barang boleh isi. Beratnye bukan main..3 kilo kott. Kui3.
Musim2-musim raya ni lagi lah..
Papa akan tumpang sampul duit raya.
Wet wipes anak memang wajib sebab dorang ni makan macam-macam. So memang comot je. Dan bla..bla..bla..lagi.

Tapi, masalah akan timbul mane nak letak beg besar-besar ni time dalam kete? Kalau peronyok je..alahai sayang. Baru beli dah rosak, kan? Lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh. Dengan 3 anak jate yang lasak asik memijak segala barang yang ada..
So, senang je. Cer tengok bawah ni..
Senang beli plastik sebundle letak dalam laci dashboard.
Ambik 1 dan masukkan handbag korang dalam tu.
Maka, kadar kerosakannya akan berkurang.
(Plastic extra boleh guna kalau nak letak:
- baju kotor anak waktu ganti dalam kete.
- pampers kotor.
- Tadah kalau anak nak muntah.
Memang multifunction :)

1 more thing, nampak tak botol susu yang bersusun tu?
Aku letak dalam bakul.
(Beli kat The Store RM3.90, ada banyak saiz lagi)
Sangat berguna!
Takde lah sepah sane-sini susah nak cari kalau dah jatuh bawah seat kete.

Haa..korang nampak 3 hero ni?
Pantang lepa memang ke depan lah semuanya.
Macam iklan Grand Livina.
Hoh..tu memang pijak beg mama lah tu.
Tapi takpe, kadar kerosakan taklah teruk sangat.
Lame nyimpan tu baru dapat satu.
Haha..just kidding. 

Thursday, June 26, 2014

Strategi berjaya (versi Shikin:)

Ada banyak jalan nak capai kejayaan.
Bagi mereka yang dah berjaya di bidang masing-masing tentulah lebih arif. So, apakata kita kongsi pengalaman kat sini..
Pengalaman aku tak luas mane..
Tapi, aku still nak berkongsi apa yang patut.

Okey, mari buka minda..
Bukan semua orang dilahirkan genius.
Kebanyakkannya kena berusaha baru berjaya. Ade orang hanya usaha sedikit tapi boleh berjaya. Yang lain pulak kene usaha bermati-matian baru berjaya. Tak kurang juga yang dah usaha, tapi give-up cepat sangat bila tak berjaya dengan apa yang dicita. Kene rajinlah.. And jangan cepat mengalah. Mungkin juga rezeki kita bukan kat situ. Perancangan Allah x siapa yang tahu. Cth: Cita-cita nak jadi YB tapi tak termakbul. Ce pk, maybe kalau jadi YB..ko makan duit rakyat. Haaa...nampak x? Allah dah pelihara kowrang dari dosa.

Aku yang macamane?
Aku ni memang x genius langsung arr.
Tapi, aku seorang yang rajin study jugak lah..Sejak dari sekolah rendah aku asik mengadap buku je. Tapi, bila dah masuk boarding school aku jadi makin malas. Sebab ape? Kat boarding school,  pembelajarannya sangat cepat (memang jauh beza dgn skolah biasa). So, aku tak dapat catch-up. Then, jadi x minat nak blaja sebab dah ketinggalan. Time monthly test memang aku slalu corot. Tapi, aku jenis tak putus asa. Aku suka compete. Aku akan observe setiap kawan aku -mencari kelebihan dorang & kelemahan aku. Memang benda ni will take times. 1 more thing, aku train diri aku untuk sentiasa mengambil iktibar dari setiap kegagalan yang aku hadapi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Kalau korang pernah baca entri2 aku sebelum ni..mesti korang perasan,  hidup aku penuh dengan slogan.

So, what's next? 
Lepas fasa meng'observe'.. Aku dapatlah Strategi yang aku nak. Strategy tu yang aku guna sampai aku kerja sekarang.
-> Carilah yang pakar!!
Setiap orang ada kepakaran masing-masing kan? Nak blaja ni tak boleh segan-segan. Tebalkan muka tu. Macam aku, mase sekolah menengah.. Siapa bijak Maths& Add Maths, aku cari dia. Macam tu jugak dengan subjects lain macam Fizik, Chem dll. Aku jumpe orang lain2. Alhamdulillah dorang ni tak kedekut ilmu. Sampailah aku kat Matriks.. Kat university.. memang aku guna strategi yang sama. Alhamdulillah aku berjaya - PMR 9As..SPM 8A3B...Matriks 4.00. Kawan2 lain pun x semua dapat straight A's. Medic je aku bengong sikit sebab asik nak enjoy je.. Haha..Tapi, alhamdulillah Long case & Short case aku pass. Dapat A lagi tu. Maybe sebab soft skill aku kott. Memang Prof aku tekankan yang soft skills tu penting bila kita berhadapan dengan patients.
# Sekadar berkongsi #

Thursday, May 29, 2014

Tips to build confidence.

I feel important to bring out this topic after i read on some entry saying that they have lack of self-confidence.
Okey...but, whatever yang u olzzz will read afterwards are basically from my own experience.. Xde 'cedok-cedok' ok.
Ni opinion aku je...… & am not an expertist, okey.

Actually aku yang dulu [Tegar lah pulak] pun asalnya sorang yang bersifat INFERIOR. And aku slalu cari jalan nak jadi sorang yang CONFIDENT. Mase sekolah x ketara sangat inferior aku ni. Tapi, bila dah start housemanship..aku slalu gugup bila nak jawab soalan pakar tentang pesakit & penyakit kat hospital. Kat hospital banyak kes emergency & aku sangat stress..especially bila aku takde mase untuk tido. Tapi, bila aku dah pindah ke klinik kesihatan,  aku dapat kerja dengan lebih baik & pantas (aku tengok patient sangat cepat..tapi, rapi ok, bukan touch&go). Pengalaman bekerja di hospital sebenarnye banyak mengajar aku and in fact, pengalaman bekerja di 7 buah klinik kesihatan pun banyak memberi pengalaman & pengajaran kat aku. Ape yang aku nak share:

1. To be a confidence person..first you have to be somebody.
2. To be somebody, first you had to have certain level of knowledge & also skill.
3. It's better if you can sharpen your English language.
- Tak payah 'master' pun. Cakap je 'manglish' cam aku. Aku orait je. Orang lain pun 'rojak pasemboq' tau.
4. You have to show off a bit that you are also good during conversation with your colleagues.
5. Cakap banyak. Don't be so timid.
* Ko ingat colleagues ko yang banyak cakap tu banyak ilmu sangat ke? Dorang tu cakap banyak. Ampu bos banyak. Tapi, habuk tarak. Bukan aku nak ajar korang jadi macam diorang tu..It's good if u can be better than them.
6. Appreciate yourself - realize your own values.
7. Jangan malu belajar dengan orang yang lebih pandai dari korang.

Setiap points yang aku bagi ni sepatutnye aku kene elaborate more so that korang akan understand more. Cume aku worry if korang dah boring sebab dah berjela aku membebel ni.

Saturday, May 10, 2014

Masak bubur anak cara mudah.

Segan pulak aku nak ceriter pasal nak buat bubur anak jer pun.
Bagi ibu-ibu yang dah handal , topic ni pasti nampak kelakar kat mata korang kan.
Aim aku sebenarnye nak berkongsi ngan ibu2 muda….especially yang bekerja & baru ada sorang anak.
Nape aku nak share dengan dowrang?
Sebab most of them xsempat nak buat bubur for whatever reason – xde mase, leceh, malas, no idea nak masak ape. So, dorang just beli yang yang segera yang pasti x berkhasiat. ..banyak perasa tambahan. (Tulah pasal perkembangan otak anak terganggu).
I was once like them…mase baru dapat sorang anak. Macam-macam perisa nestum aku beli mase tu. At last, ape jadi? Bile budak dah setawun gitew …mase die dah patut makan macam-macam food like ayam, ikan, daging, sayur, etc..die ‘tolak mentah-mentah’. Then, komplikasinya adalah kurang zat + anaemia (kurang Hb). Anak aku turun 9.8 g/dL. Rendah la weii.. Keadaan ni akan menyebabkan imuniti badan menjadi rendah & consequence die adalah anak senang sakit. Datang klinik memanjang demam. Bile check FBC, kompom Hb low.
Korang yang banyak experience ni tolonglah mak-mak muda ni. Jangan arr biar dorang terkial-kial.
Anak seken & no tigo memang den dah okey (elehh…macam arr aku pandai cakap nogori..) Hahahaaa…
Tapi hari cuti jerr pun aku masak bubur ni. Pemalas punye Shikin. Sebab hari keje pukul 6.30 baru aku bangun. Ape cerr kan? Hek eleh..kalau bangun kol 5.30 pagi pun ..’rajin sangat’ kan.
 Well, back to the point.
Sila refer gambarajah di bawah (gitew) untuk memasak bubur yang pantas tetapi sedap & x bunuh vitamin di dalamnye.
First of all - ambik beras (saje nak promote bekas beras Tupperware)

Secondly - Aku akan basuh beras dalam bekas bertapis ni - sebab cepat (beras xde tumpah2 kalau nak cepat)

3rd - Aku jerang nasi wat bubur dulu.

4th - Aku panggang lauknye yang aku dah perap macam kat gambar 5th.
Cara ni menyedapkan rase. Xdelah cam rebus dengan beras je kan..

(No. 5 - Nilah ayam yang dipotong kecik. Ni aku perap dengan McCormick Oregano + sedikit garam.)

6th - Ni boleh potong sayur. Gune gunting kan senang - macam gunting Yong Tau Fu.
Masuk sayur ni last skali sebab nak elak vitamin dari mati kalau masak lama sgt kan.

7th - ni Bubur yang dah siap nak blender. Letak ayam tadi skali dalam tu.
Aku ikut mak aku..kitorang suke pakai blender kering sebab blender besar tu susah nak korek-korek kalau setakat nak blender sikit2 ni.
Jeng..jeng..jeng..Nilah gambar bubur yang siap diblender.
Sangat berkhasiat untuk anak.

  • ·   Hb = haemoglobin.
    •    (Normal range berbeza mengikut umur kanak-kanak . Orang tuo punyo samo. Sila rujuk Doktor yang merawat).

**** sELamaT mEncUba ****