Showing posts with label patient. Show all posts
Showing posts with label patient. Show all posts

Friday, April 10, 2015

Herpes Zoster #3 - Postherpetic neuralgia.

Dalam entri INI aku ada cerita yang ruam penyakit Herpes Zoster ni selalunya akan ambil masa 2-4 minggu untuk sembuh kan?

Walaubagaimanapun, ada certain patients yang masih mengalami kesakitan pada bekas tempat yang ada ruam sebelum tu. Bukan sekejap tau - ada yang sakit selama berbulan, malahan bertahun.

Keadaan ni kita namakan Postherpetic neuralgia.
Maksud? Sakit pada urat (urat yang terlibat dengan masalah Herpes Zoster tu) kerana ' damage ' yang disebabkan oleh virus tu.

Pesakit sukar nak terima kenyataan ni sebab bagi dorang tak sepatutnya perkara macam tu terjadi - sebab ruam HZ tu dah lama hilang. Juga, sukar bagi doktor nak terangkan perkara macam ni.

So, what did I do to convince patient?
Biasanya, bila timbul masalah-masalah yang aku susah nak yakinkan patient, aku akan bagitau DIAGNOSIS PENYAKIT tu & ask them to Google. Most of the times aku akan Google depan patient & terus tunjuk + bacakan kat dorang. Then only they stop asking.

Aku tak suggest patient Google sendiri without proper explaination by any doctor because they need to be guided & directed first. Kalau tak, nanti korang akan jadi lagi confuse sebab ada macam-macam kat Google tu yang takde kaitan dengan penyakit korang tapi korang rasa ada kaitan (Banyak yang perlu di 'filter'). Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dah banyak berlaku patient Google & die pulak yang 'ajar' doktor. Ermmm...

Tak salah kalau pesakit mintak nasihat dari doktor berkaitan bahan bacaan/ rujukan dorang. Yang salah tu ialah bila patient cuba ajar doktor because they think it is that easy to come to a diagnosis. Sebenarnya, doktor need to summarise everything from patients' story + examination + test (if any). Banyak yang perlu dipertimbangkan walaupun pesakit datang sekadar batuk.

Tuesday, February 17, 2015

Orang Sulu lari sampai klinik aku.

Betul ke orang Sulu tak semuanya jahat? Well, aku x berani nak komen ape sebab aku tak pernah baik ngan dorang. Lagi pulak aku bukan pernah jejakkan kaki kat Sabah. Cuma yang aku tau, tentera kita masih ditugaskan untuk berkawal di kawasan perairan Sabah sebab masih ada pemberontak Sulu ni.

So, sape yang kata tentera tak buat keje tu tolong kerat lidah sendiri. Cakap pandai.. Cube letak ko kat sana, maunye sebaldi pun tak cukup tadah air mata ko sekarang ni. Ada bran?

Serius bangat...

Meh layan lawak sikit..

Minggu lepas ada Orang Sulu sesat kat Semenanjung. Tup..tup jumpa aku pulak tu.

Ape kes?

Heheh..patient aku sebenarnya.

Aku: Awak demam panas ni. Kerja ke rini?
Patient: Kerja, Dr.

Aku: Okeylah tak payah pergi kerja. Saya bagi MC harini & esok. Ehhh...nama awak ni... Awak orang mana?
Patient: Sabah.

Aku: Awak kaum ape?
Patient: Sulu.

Aku: Aaa-pe? Sulu yang jahat tu ke?
Patient: Bukan semua orang Sulu jahat,Dr.

Aku: Oyeke? Sorry, terperanjat saya tadi.

Erkkk..

Tuesday, February 10, 2015

Sila isi borang komplen.

Salam Selasa.

Seperti mana yang kita semua tau, di kebanyakkan tempat especially jabatan kerajaan memang ada disediakan Borang Maklumbalas Pelanggan. So, jika ada sebarang masalah atau cadangan penambahbaikan, boleh isi borang tu dan hantar kepada staf di kaunter yang dikhaskan.

Nasihat aku, jangan hanya suka komplen itu ini tapi takde usaha/inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian. * Kaki komplen ni biasanya orang yang sama je muka pun dah hapal.

Macam pagi semalam je aku dapat sorang patient yang banyak benda dia komplen x pueh hati. Mengadap dia je sampai setengah jam. Sedangkan patient kat luar ramai. Luckily semalam ramai doktor bertugas kat JPL.

Ikuti perbualan kami.
(Cehh..dah macam rancangan tv pulak.)

En. Azm:
- Why are 2 doctors sharing 1 tables? It's not privacy & not convenient to the patient.
- The doctors in KL said for some reason it's better to measure the blood pressure in the afternoon. I've done it n I noticed that my blood pressure reading went down drastically when i took the reading in the morning n repeat it in the afternoon.
- Bla..bla..bla..

Aku: Malas aku nak type jawapan aku yang panjang berjela tapi haram die tak dengar langsung. Haruslah speaking London Weight Management dengan Pesara Swasta ni. Aku ada cakap kat dia, " U seems uncomfortable coming to our clinic. So, I think that u can go back to the previous clinic. " Jumpa doktor mulut macam aku kan.. Memang jenis straight to the point.

Panjang sangat perbualan kami tapi korang takyah buang masa baca kerana ini akan mendatangkan aura negative.

Cuma point aku, jangan susahkan kakitangan kerajaan yang kerja kat tempat tu sebab bukan semua perkara di dalam bidang kuasa dorang.

Orang macam ni hanya menganiaya orang lain. Cth kat sini - menganiaya patient lain kerana terpaksa tunggu giliran dengan lama semata-mata kerana seorang pesakit yang banyak komplen macam ni.

Apa hukum menganiaya orang lain? Jawabler sendiri dihadapan Allah nanti.
(Bilamana hanya anggota badan yang berkata2, sedangkan mulut dah terkunci kelu).

Selingan :
Sebenarnya kalau nak kata menganiaya orang lain kat tempat kerja pun banyak. Cuma korang sedar dengan tidak je, atau dah tau tapi buat2 taktau. Cth paling senang: 'Mengula' (betul x spelling?). Jangan sampai rezeki tak berkat sudah lah. Cth lain amat dialu-alukan.

Thursday, February 5, 2015

Duhai anak remaja.

Kisah benar yang meruntun hatiku. Dan mungkin juga para ibu yang membaca cerita ni. Entahlah mungkin aku yang terlalu sensitif. Tapi, bagiku memang tak sepatutnya seorang anak berfikir begitu terhadap ibunya yang bersusah-payah membesarkannya sebab aku bukan seperti itu sewaktu aku sebaya dengan anak ini.

Anak ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lengkap berpakaian sekolah menengah dibawa oleh ibunya dalam lingkungan awal 40-an. Pakaian sangat kemas.  Dia anak bongsu dari 3 orang adik-beradik. Semuanya lelaki. Ibunya seorang yang free hair, berbaju sopan & nampak bergaya - menguruskan SPA di sebuah pasaraya kecil di Seremban.

Si anak tak berapa bersuara. Mak pula tukang cakap. Budak-budak zaman sekarang dah bisu agaknya. Yang ni memang aku tak berkenan - memang aku 'laser'kan aje.

Mak budak: Dr, anak saya sakit perut ...bla..bla..bla.. Lagi satu dia memang takda selera makan.
Aku: [Pelik] Takde selera makan? Bla..bla..bla.. (Budak lagi kot ...bukan orang tua..)

Mak budak: Ermmm..mungkin salah saya jugak. Sebab selalu sibuk [Pause] Ada kemungkinan faktor tu jugak sebagai penyebab kan Dr?
Aku: [Smell something wrong here - maybe relationship mom & son dah makin renggang sebab anak tu nampaknya macam muka masam & takmo tengok sangat kat mak dia].

Ermmm...mulalah aku nak bersyarah.

Aku: Adik, awak tak boleh salahkan mak awak 100%. Awak tau tak mak awak perlu kerja untuk bagi awak makan, bagi awak shopping baju? Kalau mak awak tak kerja, macamana awak nak dapat semua tu? Awak faham ke apa yang saya cakap ni? [Aku geram dengan anak2 yang tak reti pikirkan kesusahan mak pak ni. Ape, korang ingat duit tu jatuh dari langit tanpa kena usaha? Makanan yang korang makan tu toke pasaraya bagi free? Baju yang korang pakai tu pun boleh dapat free? Rumah Tuan Tanah bagi free jugak ke?]

Aku peduli apa, mak dia tak suruh cakap pun aku memang akan cakap jugak. Ko nak memberontak? Aku kasi pelempang sulung karang baru tau? [Heheh..garang kan aku?]

Mak budak: Ermm.. doktor. Mungkin saya penat sampai takde masa untuk dia.
Aku: Ye adik. Dengar tu. Awak kena faham, mak awak pun penat jugak. Mana nak jaga awak, abang-abang awak & diri dia sendiri lagi. Mak awak nak kena bangun awal jugak untuk uruskan semua benda.

Lama aku 'lecture' budak tu. Muka pun dah kelat. Ingatkan dah 'absorb'. Tibe-tibe..

Aku: Adik, nama awak ni Muhd ke Mohd? Kecik sangat tulisan awak ni.
[Bukan nak jawab soklan aku. Boleh pulak 'blame' mak die. Aku lempang jugak budak ni karang.]
Mak budak: Err..alamak. Mama lupelah ..U ke O. Apa ejaan nama awak, Adik?
Budak: Mak ni ...nama anak sendiri pun tak ingat !! [Dia seolah2 membentak tak puas hati dengan mak dia].

Aku: Alahh..normallah tu. Saya pun lupa ejaan nama anak saya [Dah memang aku lupe - yang no.3 Ziqri ke Zikri. Responsibility mak ni lebih besar dari bapak tau tak? Banyak perkara mak yang kena fikirkan. Ayah awak tentu tau semuanya setel je [Well, the last 1 is from my own experience. Thanx Allah sebab bagi aku kesusahan kerana dari situ aku mengerti kesusahan orang lain juga. Setiap yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena fikir & ambik iktibar]. [Kalaulah mak kau sakit, sapelah nak bagi kau makan adik oiii. ] [Sekali lagi aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan kerana aku begitu menghargai setiap kali mendapat walau sedikit kesenangan].

Mesti sakit lagi hati budak tu dengar jawapan aku. Huh adik-adik, Allah bagi akal fikiran kenapa korang tak gunakan sebaiknya? Kenapa aku .... dari Darjah 1 dah tau fikir betapa susahnya ayah aku sampai kena buat 2-3 kerja (pagi hari ni sampai pagi esoknye ) demi menyara keluarga kitorang? Dan betapa gigihnya mak menjaga & menyediakan makan pakai kitorang semasa ayah keluar bekerja?

Korang ni just tau nak happy, nak lepak ngan kawan, nak gadget, nak baju cantik... Tapi, dalam masa yang sama, korang nak salahkan mak bapak yang besarkan korang? Layak ke korang dapat title anak Soleh atau Solehah tu? Layak ke korang cium bau Syurga? Lu pikirlah sendiri !

Mungkin aku ni kasar dalam berkata-kata. Aku suka cakap direct. Dah korang lembsss sangat. So hambek ko sedas dua biar faham sikit.

Adik-adik,
Akhir sekali aku nak korang ingat.
Ingat ni sampai bila-bila okey ...
[Aku dah start nangis sekarang ....]

Besar manapun korang ...
Sejauh manapun korang tinggalkan Si Tua yang korang bencikan tu...
Di mata Si Tua tu KAU MASIH SI KECIL ...KAU MASIH BAYI ...
DAN DIA TAKKAN PERNAH LUPAKAN SAAT DIA MENGANDUNGKAN, MELAHIRKAN & MENATANG KAU BAGAI MINYAK YANG PENUH - KERANA ITU YANG AKU LAKUKAN SEKARANG. DAN PASTINYA DI MATA IBU-IBU LAIN JUGA.

Jangan lah kau sakiti Si Tua yang dulu gagah menggendongmu kerana sekarang kudratnya makin lemah dimamah usia. Sedang dia tak mengharapkan apa-apa cuma secebis kasihmu, Sayang.

- TAMAT -

Related topics:-
Developmental Milestone
Anak kerap terjaga malam?
Mama need to be strong & brave
I may not be the best mom in the world
I love it most when ..
Wordless Wednesday
Perjalanan balik kampung
Perjalanan pulang dari kampung
Kenangan Hari Raya 2014
Mini Giveaway 27#
Enche Adam ajar cikgu dia
Right time for toilet-training
Bukan kupinta
Sume anakku men'demam'
Malang tidak berbau
Adam Hadif naik komuter
Adam Hadif sits for exam. Owh really?
Jangan menangis, sayang
*****************************************************
Selingan:
Kawan2 bloggers sayam,
banyak sungguh hutang BW yang belum dilunaskan. Doakan yang terbaik waktu rehat ri Jumaat esok.
Petang pulak ada meeting - rasanya boleh 'sambil menyelam minum air kot'. Hehe..

Saturday, January 3, 2015

Klinik Kesihatan ada Perkhidmatan Ultrasound?

     Minggu ni aku oncall (oncall klinik xsama hospital tau). So, aku kena review all blood results daily. Penting untuk identify yang ada masalah & perlu urgent treatment.

30/12/14:
     Results Kidney Function sorang pakcik umo 58 tahun ni teruk sangat - urea 27 & creatinine 273 723. Dia ni ada gout - selalu datang klinik sejak 2012 untuk rawatan gout tu. Reading uric acid memang tak pernah kurang 600. Dah banyak painkiller (NSAIDs & Paracetamol) dia dah telan.
* Kalau nak compare - Creatinine lama just 151 (Ogos 2013).

2/1/14:
     Aku repeat test untuk pastikan tiada kesilapan. Korang rasa apa results pakcik ni? Ermmmm..lebihkurang sama je. Ujian kencing (UFEME) menunjukkan ada darah 2+ (patutnya tiada darah). So, aku discuss dengan bos - dia soh aku kol HTJS for urgent USG KUB (ultrasound kidney-ureter-bladder) untuk tengok samada ada obstruction tak. Pukul 1.30 aku kol (spoken to Radiology MO, Dr. Chong - Tup..tup..aku dapat terus appointment pukul 3.30pm).

## Aku terus kol Pakcik R DAN TERANGKAN DALAM BAHASA MUDAH (TAK GUNA MEDICAL TERM), "Pakcik, saya Dr. Shikin dari KK dot..dot..dot. Saya Dr yang rawat pakcik tadi. Saya nak mintak pakcik datang klinik & ambil form dari saya. Kemudian pakcik bawak form tu ke HTJS untuk buat scan."

Till 2.35pm:
     Tunggu punya tunggu tak mai mai jugak. Aku dah nak balik (post-call balik awal), so aku pesan kat staff aku apa yang patut. Aku pun pi surau dulu untuk solat sebelum balik. Lepas solat, aku dengar staff aku yang lain bercerita - Ada pakcik datang tanya, " Kat klinik ni ada buat ultrasound ke?" Staff aku kata, " Takda pakcik. Kat hospital ja buat tu." Adehhhh...miscommunication.

Take home message:
- Don't blame patient. They are unfamiliar with clinic procedures.
- Don't give too much information to patient, especially elderly at 1 time.
- Ask patient back to make sure they understand what should be done.

Related topics:
On-call .
Waktu operasi Klinik Kesihatan di Malaysia .
~ Gouty arthritis .
~ Banyak penyakit berpunca dari perut .
~ Anatomy abdomen .
~ Bukan hospital .
~ Ageing process #1.
~ Ageing process #2.
Keje goyang kaki .

Wednesday, December 31, 2014

Caj baru KK untuk pendatang asing & UNHCR.

     Bermula saat ini, pendatang asing & UNHCR adalah tidak terkecuali dari apa-apa bayaran semasa mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan (regardless of diagnosis). So what u guys think? Bagi aku, keputusan ini sangatlah relevan
1. Memandangkan kita sebagai rakyat Malaysia perlu diberi keutamaan & keistimewaan.
2. Dan lagi, kita perlu mengambilkira kos rawatan yang semakin meningkat dari hari ke hari so that rakyat tidak terbeban dengan kenaikan cukai yang lebih tinggi.

Sebagai contoh:-
Warga asing...
- Pendaftaran = RM23
- FBC (cth ujian darah) = RM24
- Chest XRay = RM33 untuk 1 view, RM50 untuk 2 view
- Wrist XRay = RM40 untuk 1 view, RM46 untuk 2 view.
- Bekalan ubat yang diberi adalah tidak melebihi 5 hari

Jadi, doktor kena tanya patient tu dulu sebelum decide for any procedure.

Related topic :
~ Warga asing /pelarian - tapi demand bukan main .

Wednesday, December 3, 2014

Salah faham lagi.

     As a doctor memang aku risau betul dengan 'pemikiran songsang' masyarakat kita ni. Aku tak pahamlah macamana depa ni boleh keluarkan macam-macam kenyataan yang berlawanan dengan penerangan doktor. Samada :-
- Dia salah tafsir kenyataan doktor, atau
- Dia suka sebar khabar angin (dah jadi hobby), atau
- Dia baca certain articles tapi x rujuk doctor & anggap die faham sangat apa yang dia baca tu, kemudian spread kat community.

Masyarakat sekeliling yang dengar tu boleh pulak percaya bulat-bulat pandangan mereka yang bukan kerja bahagian kesihatan ni (Well, aku pernah pulak jumpa sorang dua orang kesihatan ni sampaikan maklumat yang salah kat patient). To be safe, better korang rujuk doctor, k. Tahniah pada patients yang tampil bertanya/ mintak doctor explain pasal rumors ni.

Antaranya :
1. Tangan sebelah (unilateral) kebas & sakit - risaukan stroke (CVA).
Penerangan - orang stroke manede rasa sakit. Depa dah langsung tak rasa atau kurang deria sentuhan,k.

2. Sakit tangan kiri bawak ke belakang - risaukan sakit jantung.
Penerangan - Orang yang sakit jantung akan mula rasa sakit kat bahagian tengah dada /kiri dada. Kemudian baru sakit tu start menjalar ke tangan kiri/ rahang kiri. Takpun, rasa sesak sangat tak boleh nafas.

3. Insulin ada unsur babi.
Penerangan - Insulin kat KK/ Hospital kat Malaysia ni takde unsur babi ok. Patient yang on insulin tu silalah baca leaflet ubat kat dalam kotak u olzzz tu. Tak faham, please tanya.

4. Ambik 'ubat pam' asma (Bronchial Asthma) jadi gemuk.
Penerangan - Kalau setakat MDI Ventolin takde side effect gemuk. Kalau steroid (Cth: MDI budesonide) barulah ada side effect gemuk. Pepandai je Cik Limah, Cik Timah nak soh patient aku yang on MDI Ventolin stop treatment. Nasib baik patient ni tanya dulu kat aku.
* MDI a.k.a 'ubat pam'.

5. Nak mintak ubat cuci darah. Dulu doktor pernah bagi.
Penerangan - "Ubat antibiotic ke maksud doktor tu, pakcik? Masa tu pakcik demam kan? And doktor suspect bacterial infection, kan? Sekarang pakcik sihat kan?"
* Ingatkan nak mintak dialisis tadi.

6. Tak boleh makan nasi nanti kencing manis. Saya gantikan dengan mee, bihun, koew tiaw.
Penerangan - Sapa kata patient kencing manis tak boleh makan nasi? Dietitian takde pun cakap macam tu. Boleh makan nasi, tapi ikut suggested proportion lah. Segala jenis mee tu pun dalam kumpulan CHO (karbohidrat) sama macam nasi - So, samalah. Kena take lesser. Bukan semangkuk ye.

7. Saya makan glucosamine tapi lutut saya tak baik-baik pun.
Penerangan - Glucosamine tu supplement, bukan ubat. Nama pun supplement memang kena ambik continuesly. Bukan sebulan terus ok.

UPDATE (14/12/2014):
8. Aku: Makcik kena banyak makan kerang untuk tambah darah (hemoglobin).
Makcik: Tak boleh, makcik ada darah tinggi.
Aku: Makcik, makan kerang untuk 'tambah darah', takkan naikkan tekanan darah.

Banyak lagi salah faham yang timbul. Tapi, ni je yang aku mampu list down. Please spread to our community ye. Takmo ada misconception lagi. Moga beroleh pahala kerana menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

UPDATE [4/12/2014]
~ Dapatkan Buku Vaksin Untuk Bayi Anda, Mitos vs Realiti kat SINI.

Saturday, November 22, 2014

Saya memang dah tahu.

     Macam-macam reaksi saya terima hasil up kan entri Female Smoker. Mostly memang tak puas hati kenapalah nama je perempuan, dan ada yang bertudung pulak tu, tapi end up dengan smoking? Doesn't make sense, right? Ni nak share 1 more thing yang korang mesti terkejut beruk jugak.
     Korang yang dah berkahwin atau bakal berkahwin tentu tau yang korang kene buat HIV test sebelum berkahwin untuk dihantar ke Pejabat Agama, kan?
Related topics :
~ Ujian HIV.
~ Pre&Post Test Counseling HIV.

     Kebanyakkan results yang aku terima adalah NR, Non-Reactive (meaning negative). But ada somes yang positive. Keputusan ujian shouldn't be revealed to Pejabat Agama as it is CONFIDENTIAL! Tapi, pasangan dia kene tahu @ dengan kata lain WAJIB DIBERITAHU.

# Siapa yang perlu beritahu?
   ~> Dia sendiri.

# Macamana nak pastikan dia beritahu?
   ~> Doktor kene hold dulu borang ujian HIV Perkahwinan dia until dia bawa pasangan untuk sessi HIV kaunseling kat klinik. Nampak tak 'permainannya kat situ'? Not to say 'permainan', tapi kena licik sikit sebab kes macam ni kalau tak 'pegang' betul-betul memang habissss...the infection will be spread unnoticed.
     Aku bangkitkan kes ni sebab ada sorang patient aku memang dah known case HIV positive under follow-up Pakar. Dia nak kahwin. So aku kene bagi kaunseling lah. Semasa kaunseling, aku kena bagitau yang dia wajib bagitau pasangan. So, dia kata dia dah bagitau & pasangan dia redha - That lady tak kesah takde zuriat dengan dia because she is a widow & already had 3 children. He told me as if everything is a real story. I showed my concern & that I believed whatever he told me.... "BUT, I still need to see your partner. I need to follow the guidelines... Bla..bla..bla..". Nampak tak, Dr kene licik?
     Before we end up the conversation.....
" Dr, awalnya saya memang dah tau yang kawan saya menghidap HIV, tapi masa tu saya stress so saya fikir nak mati cepat. Saya ambik jarum suntikan dia & cucuk kat saya pulak." * He is actually an ex-drug abuser. Erkkk.. 

Thursday, November 20, 2014

Mr. Rude.

     A middle-aged man, an NGO brought in his client (I think so) for VCT (which we are not familiar with). He was seen by my colleague who is junior than me. He talked like an English man (not a single Malay word came out from his mouth). But, that doesn't matter much as I also talked in fluent English with some patients. The thing is, he required our sign (he brought a VCT receipt along) after did an HIV rapid test. But then, we won't sign blank receipt without confirming what is VCT all about.

Dr. G: Minta maaf, sebenarnya saya tak berapa faham VCT ni? Boleh encik cerita sikit tak?
Mr. Rude started to explain in an irritating manner (good & nice people won't do like that) - condemning , underestimating. Basically he has dissatisfaction with us, the doctors which we can't identify. All of sudden...

Mr. Rude: SOME DOCTORS ARE NOT MEANT TO BE DOCTORS..
Selamba badak je dia cakap cenggitu. Apa motif die tah, aku pun x faham. Tetiba je cakap macam tu. Buat aku menggelegak je.

Aku: What do you mean.. [aku quote ayat dia]?
He came out with some answers - still irritating. Tapi, aku dah lupa sebab aku geram. Kalau tak tujukan kat kitorang, tujukan kat siapa?

Aku: In this context, what do u mean?
Bermulalah sessi berbalas-balas pantun argument. Jangan ingat I can sit silently & pasrah. Kalau korang yang tak kuat semangat jumpa, confirm NANGIS macam sorang colleague aku baru ni.

Aku: You cannot say like that!
Mr. Rude: THIS IS FREE COUNTRY!
Dah pulak 1 habuk bahasa Melayu ko tak reti cakap. Lepas tu ko cakap macam ko kat US. Weiii...sedor sikit kita kat Malaysia. Pelik betul orang camni. Mungkin depa lahir masa bulan mengambang penuh kot.

7.30pm:
Aku wassap kat bos (wassap group). Boss (FMS) kind of terkilan jugaklah. Then, YM aku pulak tambah - Dia pernah kena interrogate macam polis dengan Mr. Rude ni. Rupenye sebelum ni dia asik condemn/kutuk sistem/settings Methadone Clinic kitorang. Boss ask the doctor in-charge of MMT/NSEP to find his contact number so that she can see this arrogant (like he is so good la..) man & sort out this problem. 

Wednesday, November 19, 2014

Warga asing /pelarian - tapi demand bukan main.

     Seorang patient lelaki Myanmar dari UNHCR datang klinik aku mintak enough supply untuk ubat-ubatan dia. Nak tau ubat apa? Semestinya ubat darah tinggi, kolesterol, cair darah dll yang kosnya memang tinggi jika dibeli sendiri. Tapi, kalau kat Klinik Kesihatan memang free lah. So, please appreciate ubat korang. Just kena bayar untuk pendaftaran je:
1. Orang Malaysia = RM1.
2. Warga asing = RM15.
3. UNHCR = RM7.50.

     Berbalik pada patients ni, dia sebenarnya under follow-up Klinik Kesihatan berhampiran. Aku tau ni lepas dia tunjuk photocopy slip ubat dari klinik berkenaan. Hamboi...hamboi... Guys, FYI...ubat-ubatan jenis di atas hanya akan diberi untuk tempoh 5 hari je untuk Non-Malaysian ok. Yang selebihnya kena beli sendiri kat farmasi luar. Kalau appointment 5 bulan, means 5 bulan lah kena beli ubat-ubatan tu. Aku pun explain apa yang patut, tapi dia siap cakap, " Saya mana ada duit mau beli luar. " Hamboi.. Hamboii lagi.. Teruklah kami as tax payer ni. Sekarang sebulan pun bayar cukai dah beratus-ratus, takkan nak kene bayar lebih lagi kottt. Dah pulak depa ni dah terlajak ramai kat Malaysia ni.

Rujuk entri Daddy Ziyyad ni jugak ye ~ Warga asing perlu bayar caj rawatan.

Tuesday, November 18, 2014

Alamak...censored!

     Seorang patient lelaki umur 25 tahun alami accident motor vs car last 1 week. Yang sakit Right wrist joint & Right knee. Dia dah pergi hospital,  Xray done both sites yang sakit tu tapi takde fracture. Treated as STI ~ soft tissue injury. Dapat MC 3 hari.
     Hari ni patient tu datang jumpa aku kat klinik sebab sakit sangat bahagian lutut. Wrist ok lah, tak masalah sangat. Masalahnye dia datang pakai seluar jeans which aku tak berkenan sangat kalau nak examine memang susah.

Aku: Saya nak check lutut awak.
H: Jap, Doktor.
Aku ingat dia nak tarik seluar jeans dia senseng ke atas. Tapi, mestilah susah kan. Rupenye dia terus londehkan seluar tu depan aku sambil duduk atas kerusi sampailah ke paras lutut. OMG, terkejut maaakkk....Nasib baik pakai shorts.
     Aku pun tekan-tekan tang lutut tu nak identify bahagian mana yang sakit. Lepas tu aku kene buat certain test untuk identify whether ada ligament injury. Tapi, disebabkan dia sakit tak boleh proceed. Kene bagi painkiller dulu then sambung MC. Lepas tu bagi appointment semula dengan harapan tak sakit dah sebab nak buat full examination. 

Friday, November 14, 2014

Budak prasekolah jatuh dari tingkat 2 @ Taman Tasik Jaya, Seremban.

13/11/14
8.00pg

     Semalam kecoh kat klinik bila ramai cikgu-cikgu kat luar (ruangan menunggu untuk pesakit luar) tengah bercakap-cakap pasal budak prasekolah jatuh dari bangunan sekolah. Masa tu tak pasti pulak jatuh dari tingkat 1 atau 2. Mase tu kitorang baru nak rehat lunch time. Kawan yang oncall, Dr. H attend budak ni. Katenye memang Open fracture right femur. Yang lain belum pasti masa tu sebab tak boleh buat Xray memandangkan kene precaution untuk spinal injury. Yang penting, stabilize kan patient. Dalam keadaan macam ni tak boleh kelam-kabut. Kena calm down. Tapi, yang dengar sok..sek..sok..sek..cikgu-cikgu kawan mak ni suruh hantar pi SALAM (Senawang Specialist Hospital). Dah pulak maknye tengah serabut, buatpe ditambah lagi serabut.
     Tiba-tiba pagi ni dapat berita penyebab budak tu jatuh. Cerita nya sama macam kat SINI.

Thursday, November 13, 2014

Minor stroke.

     A makcik was referred back to us from hospital for continuation of care after been stabilized for her minor stroke. She was given 'fast-lane number' as she is an elderly. The moment she entered my room, she began to grumble non-stop. Bla...bla...bla..

Makcik: Apa pasal lah kaunter ni bagi makcik no lambat? Lame dah makcik tunggu! Staf tu tak buat keje! Tido ke ape??? Bla..bla...bla..
I tried to pacify her but she still grumbling. So noisy interrupting my focus. So, aku dengan selamba cakap...

Aku: Makcik, makcik tak baik cakap staf saya tak buat kerja. Makcik tau tak no makcik ni dah tukar ke no. laluan pantas. Kira makcik tak tunggu lama macam orang lain. Tulah makcik, asik marah-marah tulah Allah bagi sakit macam ni kat makcik.

P/S: Terpulang nak cakap aku kuang aja ke ape. Memang aku perati ramai yang dapat sakit teruk2 ni sebab sebelum tu dorang jenis pembengis. 

Tuesday, November 11, 2014

Sekeping hati ibu.

     Pn. LZ dalam linkungan umur 56 tahun datang jumpa aku first time hari ni sebab dia alami kebas-kebas di tangan kiri. Dah 2-3 kali jadi tanpa sebarang sebab. Walhal, sebelum ni dia tiada sebarang penyakit hasil pemeriksaan berkala yang dia lakukan setiap 6 bulan -  setahun. Blood pressure pun normal. Periksa tangan pun normal. Dia pun jarang buat kerja berat.
     Lepas tu..ada tambahan simptom. Dia selalu sakit dada. Description dah macam heart disease pulak - tapi, further questioning tak nampak macam sakit jantung. Yang penting, kena buat ECG - Klik SINI. Tiada simptom atau signs heart disease. ECG came back as normal. Buat CXR walaupun tak nampak helpful pun - sebab patient described the  chest tightness & heaviness dah banyak kali jadi. CXR also normal. Hasil pemeriksaan seterusnya juga tiada menunjukkan sebarang masalah.
    At last, aku tanya whether she got any stress or she is preoccupied with something. At first she denied. But I don't give up easily. I began to rephrase my sentences. Then, she ask me..

Pn.LZ: Dr, kalau saya asyik terfikirkan sesuatu pun saya boleh jadi macam ni ke?
Aku: Yes, I do think u are having panic attack /anxiety. That's why u got all the symptoms.

Suddenly she started crying..
Pn. LZ: Saya asyik teringatkan anak perempuan saya. Dia baru kawin. Saya ibu, tapi dia dah ada suami. Saya tak bolehlah asik nak call dia sebab dia asik kata dia busy. Saya cuba tahan air mata ni, sebab saya tau apa kesannya kalau air mata ibu jatuh..

     I heard a lot more story from her. But, let it be a secret within me & her. My friends, hati ibu ni dah tersentuh. Mase cerita ni, saya pun tengah tahan air mata. Just imagine, suatu waktu dulu...
Ketika kau dilahirkan kat dunia, siapa yang paling gembira?  Yaaa..ibumu.
Saat kau sakit, siapa yang berjaga? Yaaaa...ibumu.
Saat kau berjaya, siapa yang kau kongsikan dahulu? Semestinya ibumu..
Kau berkongsi hampir segalanya dengan ibumu sehinggalah saat suamimu membawa kau ke 'dunia' yang jauh darinya. Ibu yang menyayangimu lebih dari jiwa raganya telah 'kehilanganmu'.

    Yup, sekarang aku dah berjujuran air mata. Tak sanggup mengenangkan nasib para ibu yang diperlakukan begitu. Sanggup nya kau lukai hati tua ibumu semata-mata kerana kesibukan kau dengan 'keluarga baru' & kerjayamu? Just think carefully.

Related topics :
~ Myocardial infarction.
~ Paru-paru berair.
~ Ageing process #1.
~ Ageing process #2.
~ Stress -> Panic Attack.

Saturday, November 8, 2014

Ramai cikgu sakit.

     Haaa...salah siapa cikgu jatuh sakit ni? Salah anak murid ke...atau cikgu besar (principal). Yoyo'o je aku ni. Saje buat tajuk camtu. Actually bukan maksudkan asal cikgu je...sakit. Asal sakit je...cikgu. No..no..no..xD. Just a coincidence petang kelmarin ramai cikgu yang tak sihat.
     Psstt..jangan marah ye cikgu2 kalau aku cakap..Cikgu perempuan yang tua2 ni area umo 40 plus dekat 50-an selalunya mesti berlagak. Kenapa ea? Rasa banyak sangat ilmu kott (Adoii, jawab sendiri pulak..). Ayat cliche, "Kalau bukan sebab cikgu, u all tak jadi doktor." Ada aku kesah? Haha..bikin panas pulak. Yang penting, cikgu2 yang betul-betul ajar< kelas aku dulu memang baik2. Selain tu je yang 'semacam garangnya'. Cikgu muda ok je. Jangan tiru gaya yang season ni sudah. Aaaa...ada cikgu senior dah mula marah ni. Haha..bukan semua lah. Kalau cikgu yang baca ni bukan orangnya, tak mengapa.
Related topic ~ Kenangan dengan cikgu.

Berbalik pada patients aku:

1. Vertigo
- Cikgu lelaki umo 40+. Lately kerja dia perlu menghadap computer berjam-jam. Then, dia tak rilex kan mata dia. U olzzz, jangan pandang cahaya terlalu lama,ok. Biasakan pandang jauh (senaman mata) selang every few minutes. Kalau x, kan dah nak 'tumbang' macam cikgu ni.
Klik SINI ~ Aku pun vertigo.

2. MS pain.
(MS = musculoskeletal/otot rangka).
- Cikgu yang sama atas ~ juga menaip continously. Sampai sakit otot2 kat bahu & belikat.
Related topic ~ Care your back.

3. TRO  HPT.
(To rule out hypertension /darah tinggi).
- Ni aku agak kes asik jerit marah budak. Pening jadi cikgu ni sebab budak-budak ni ada yang tak dengar cakap/mainkan cikgu/masalah disiplin/ takmo jadi pandai,dll. Pelik kan cikgu beriya nak ajar depa jadi pandai, tapi depa yang xmo? Menyesal kemudian tak berguna ye adik-adik. Akibat nya, cikgu tak capai sasaran. Then, kena marah dengan Guru Besar pulak.

4. Dyslipidaemia
- Cikgu ni pulak datang appointment sebab nak review results CVD screening (pemeriksaan keseluruhan bagi yang berumur 40 tahun ke atas). Tup2 ada masalah ni. Tapi, ni takde kaitan dengan anak murid :) * Kita sekapal tang ni.

Thursday, November 6, 2014

Awak muda lagi.

     Seorang ayah membawa anak lelaki nya umo 16 tahun jumpa aku.

Aku: Apa masalah adik?
Dia diam pulak. Muka nampak bermasalah. Dia ni nampak macam matured sikit dari usia - macam 19 tahun gitu.
Ayah: Tangan dia luka kena kaca, Dr. Show Dr your hand.
Si anak pun tunjuk. Tapi, tetap membisu.

Ayah: Why not you tell Dr the truth.
Ayah dia memang nampak educated. Umo area 58-60 tahun.
Aku dah suspen.
Aku: Kenapa, awak depressed ke?

Ayah: Yes, Dr. Because he lose his girlfriend. The girl threatened to leave because of some conflict.
Aku pun mula tanya macam-macam for diagnosis purpose & for counseling. Ayah nya bagitau the girl is 21 years old, which mean she is older than him. Zaman sekarang memang budak-budak remaja ni suka cari perempuan yang older than their age kot. Dah banyak terjadi. Teringat pulak kat Che Ta & Zain Saidin. Tapi, tu lainlah. Niii..masih skolah lagi. Duit nak dating pun mintak kat mak.

     Aku bukan nak aibkan family ni. Just nak share situasi remaja sekarang. Lagipun aku tak reveal personal details patient ni pun, kan? Kata si ayah, the girl's parents memang encourage the relationship. Si ayah ni nampak tak setuju tapi dia takdelah nak marah-marah sakan kat anak dia. Cuma ada nasihatkan anak dia.
    What should I said? Memang aku pun bukan baik mana untuk bagi nasihat. Tapi as an adult korang mesti nak cakap ini cinta monyet kan? Common thing is common. But, I won't say like that to him. I still need to respect his feeling, but at the same time I didn't say I agree with what he had been doing. How about you?

Wednesday, November 5, 2014

PSY.

     October dah berlalu. Hari ni dah masuk hari ke-5 di bulan November pun. Amacam hari ni? Semua ok? Sihat ke? Aku pagi2 harini dah kene jerkah dengan patient. Pakcik tu tak pasal-pasal ngamuk. Mulanya aku persilakan dia duduk kat kerusi tapi entah kenapa tak semena-mena dia marah-marah. Lepas tu mula mengamuk tak tentu pasal. Aku tanya apa pun dia marah. Macam mereng sikit pakcik ni. Mungkin psy (psychiatric) patient yang tak ambil rawatan. Dia marah aku tak henti-henti. Aku tanya kenapa dia marah pun dia takmo jawab tapi cakap benda lain. Entahlah..tak faham. Aku pun mulalah fed-up. Menahan marah sampai tangan aku ketar & jantung berdegup laju. At last....
Memang tak boleh jadi ni...

Aku: Pakcik! Saya taknak tengok pakcik! Pakcik pergi jumpa Dr sebelah.
* Sebelum tu aku dah inform colleague aku, Dr. Azwan.

     Kes ke-2 jadi kat kawan aku tak lama lepas aku kena. Dia dok sorang kat bilik 6 masa tu. Aku pulak dok berdua dengan Dr. Liyana kat bilik 8. Patient pregnant anak first. Alahan mengandung. Asik datang ambik MC. Last week jumpa aku - aku dah cakap urine check up dia normal, she's not dehydrated at all. And BP, PR all normal. Tapi, dia mintak MC 2 hari. Aku cakap dia tak layak pun untuk MC. Tapi, aku tetap akan bagi atas sebab kesian.

Aku: Saya ada 3 anak ok. And everytime saya pregnant saya pun alahan teruk. Tapi saya tak ambik MC pun (maksud aku MC kerajaan. Adalah sekali-sekala ambik MC swasta sebab confirm dapat kan.) Saya ambik cuti tahun & cuti tanpa gaji selama 2 bulan ok.

     Ritu dia mai dengan asben. Rini mai dengan bapak pulak. Bapak dia boleh pulak tengking2 colleague aku yang junior dari aku! Kalau aku perasan tadi memang dah kene 'bahasakan' ni! Sukahati nak marah doktor... Tunggu dia datang lagi sekali taulah aku nak lecture dia & bapak dia skali. Kalau awal-awal lagi tak sanggup, lainkali jangan pregnant..

# Aku & doctors kat sini punyalah berbudi bahasa, tapi patients buat macam ni..
Kalau korang, apa korang rasa?

Wednesday, October 29, 2014

Ter'on-call'.

24/10/14
     Kat klinik aku memang takda orang yang oncall after office hour. Kalau setakat oncall lunch time tu ade lah. Tapi, memandangkan ada segelintir patient yang walaupun dah teruk tetap takmo datang klinik tapi tunggu keadaan yang sangat-sangat teruk baru lah nak datang klinik...and, kalau datang tu pun mesti time dah hujung-hujung..maka aku n Haji (MA aku yang superb best) ter'on-callah' hingga pukul 5.40ptg.
     Actually macam ni, En. F ni umo 45tahun, menghidap darah tinggi. Masa dia datang jumpa aku katenye mata dia dah 4 hari blur, tak berapa nampak. Di hari ke-4 rini, memang dah sangat-sangat blur. Tapi, dia siap boleh memandu dari Nilai ke Seremban untuk lawat anak dia yang dok asrama sini. Bahaya kan?
     So, apa korang tengah fikir? Mesti sama cam aku, kan? Aku terus ambik manual BP set dan pump sampai 200mmHg. Aku release pump tu, tapi aku tak dapat reading. Kenapa ek aku pump sampai 200? Aku try sekali lagi..tapi kali ni sampai 220 pulak. Tetap tak dapat reading. So, aku mintak change tangan. Tetap sama. Tapi, aku dengar sayup-sayup bunyi tu di takat 80 & 50, which makes the reading 80/50mmHg. Repeat 2 times - reading same. Ambil darah FBC - everything ok except platelet 85. Tapi, dia tak demam pun & hematocrit normal. So bukan denggi. Put on IV drip ('gantung air') & call ambulance dari hospital. Hopefully everything ok.

Related topics :
~ Sfigmomanometer.
~ Check BP kat tangan kanan ke tangan kiri?
~ BP check-up.

Monday, October 27, 2014

Salah ubat.

     Korang pernah dengar pasal hypothyroidism & hyperthyroidism tak? Haaa..macam pernah ehhh? Ehh apasal ada hypo & hyper pulak ye? Ingatkan hypos tu untuk kurang gula je ye?
Related topics:-
~ Hyperthyroidism - jangan lupa rawatan.
~ http://drshikinzainal.blogspot.com/search?q=hyperthyroidism

     Okey..digest sikit2 ye. Aku tak berniat nak story in details. Memadai korang tau  yang ubat thyroid ni berbeza untuk 2 keadaan di atas. Rawatan:
- Untuk hyperthyroidism ialah Carbimazole /Camazole.
- Untuk hypothyroidism ialah L-thyroxine.
     Sepanjang rawatan thyroid, patient akan kerap diambil darah untuk ujian hormon thyroid ni. Hormone ni akan naik-turun tau. Tapi, tak bermakna kena interchange antara 2 ubat ni. Ubat masih sama, cuma doc akan buat dosage adjustment je.
     Nak dijadikan cerita, adalah sorang makcik ni -dia hyperthyroidism tapi allergy dengan ubat Camazole. So, dia pi tanya farmasi samada depa ada ubat thyroid lain? She didn't showed medication that she's taking all this while. Pekerja farmasi pulak aku taktau macamane punya cerita..takde pemantauan Pharmacist ke ape..dia pi bagi ubat L-thyroxine kat patient aku. Tindakan 'terlajak bijak'. Bila patient mai klinik, hormon thyroid (T4) dia dah naik sampai dekat 100. OMK!

Sunday, October 26, 2014

Contact lenses pelik.

     Sekarang dah macam-macam jenis  contact lenses terjual kat pasaran kan? Macam-macam warna aku tengok. Tapi, aku tak pernah try & malaslah nak try sebab nak kena jaga betul2 kan. Kalau x hygienic or tak handle betul2 tak pasal-pasal kena keratitis nanti. Adusss...sakitnyee.. Sebab nak cantik, lain hal pula yang jadi.
     Baru ni, aku check sorang budak pompuan 18 tahun kot untuk medical check-up. Kenelah check top-to-toe kan? Masa nak check mata - ape ke lain benar mata dia ni? Nak kata mix macam pure Malay pulak. Hitam semacam je.
CREDIT to Google.
Contact lenses dia yang jenis 'black out' tu.
Hitam legap... 
Kalau macam ni biasalah aku tengok.
Aku: Awak pakai contact lenses ke?
Patient: Ye, Dr.
Aku: OK.
* Menahan gelak dalam hati je.