Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Origami haiwan.

6ptg.
Sebaik pulang dari kerja.
Belum tukar baju kerja lagi :D

Sambil belek-belek phone, terlintas nak buat origami untuk Abe. Takmo buat untuk Ajik & Iri sebab anak bertuah 2 orang ni selalu jadi tukang koyak.

Search punya search - jumpa website ni..
http://www.dreamstime.com
Banyak contoh cara nak buat origami kat sini. Aku cuba 4 - alhamdulillah hasil macam kat bawah.
Origami kucing.
Guna kertas keras bercorak.
Origami arnab, swan, penguin.
Guna A4 putih jerr.
Better guna kertas yang depan & belakangnya berlainan warna.
Bukan main seronok abe. Siap warnakan setiap origami yang mama buat.

Selamat mencuba.

Saturday, January 10, 2015

DAISO, Japan di Palm Mall, Seremban.

      At last, sampai juga aku ke sini - Daiso, Palm Mall. Aku pergi sensorang je semalam - senang. Sebab aku nak cepat. Bukan nak pi jalan-jalan nyoping tapi sebab cari barang yang tak jumpa-jumpa. Ramai yang tau apa yang aku tercari-cari bagai nak rak tu. Hehe. Boleh refer entri tu kat SINI.
Entrance.
Alamak, ahkak ni terenterprem ler pulak.

 NOW OPEN.
Everything at RM5.
- Kitchen
- Living
- Health & Beauty
- Gift
- Toys & Party
- Stationery
- DIY
- Apparel
- Gardening
- Pets
- Electronic

     Amacam, banyak tak? Mau berpinar mata aku tengok hokey :D Big thanks pada semua rakan bloggers yang tak jemu-jemu bagi info kat mana aku boleh cari magnet rubber sheet ni. 
Sebilangan barang yang buat mata aku juling kejap.
K.Farrah @ FAMF-Tower, saya jumpa Cork Craft jugak macam akak nyer tu tapi saya tak beli sebab mana
reti nak buat board macam akak.
Tapi, saya beli Craft Punch tau - gambar bunga.
Harap tak rosak lah benda tu sebab ada banyak tangan yang menggodeknya semalam :D
     Aku borong 6 keping A4 Magnet Sheet ni tau. Tamak gitew - kalau dah jumpa barang yang aku suka. 1000x LIKES. Aku memang macam tu kalau korang nak tau - 'tomaqun'. Hehe ...malu pulak pi cerita. Kalau boleh, aku nak melompat dah kat Daiso tu sebab terlampau excited jumpa berlian magnet sheet ni, tapi karang tak pasal-pasal aku kene ikat bawak pi Klinik Psikiatri, HTJS pulak. Tak pasal doktor sendiri yang 'masuk dalam' :D.

Monday, September 15, 2014

Variasi kek.

     Sapa yang rajin celebrate birthday anak sila angkat sebelah tangan tinggi-tinggi. Sapa yang rajin tempah kek angkat dua2 belah tangan tinggi-tinggi.. xD Dah-dah turun balik.
     Siang tadi masa Abe belek-belek buku Mickey Mouse dia jumpa kek macam bawah ni:
"Mama, Abe suka lah kek Car ni.
Tapi, birthday Abe dah lepas (14 Nov)"
"Kek ni memang cantik. Harga pun mahal ni.
Mama rasa, mesti dalam Rm200."
* Tu birthday tawun lepas. Seb baik tak perasan xD.
Kalau nak cari idea untuk tempah kek atau nak jamu mata tengok kek cantik-cantik boleh refer sini (dapat info ni dari buku Abe.)
Macam-macam lagi ada kat website ni. 
Ni snap gambar dalam mag.

Moist chocolate cake.

     Petang semalam saje bawak anak-anak round pekan. Duduk dalam kete je. Tak keluar pun. Saje bawak depa lalu kat 1 roundabout ni sebab ada fountain situ. Abe suka tengok air pancut tu. Heboh dia, "Mama, air patut..air patut!" Ajik tu pelat. Hampir semua perkataan dia orang lain tak faham. Tok dia pun tak faham. Haha. Ada sesape yang facing same problem cam aku ke? Meh lah share. Aku dalam dilema lagi samada nak refer speech therapist (saranan Pediatrician.)
     Penat pusing-pusing, kitorang pun baliklah. Tapi, sempat menyinggah kat Petronas sebab banyak dapat order. "Mama, Abe nak air kotak coklat. " "Mama, Ati (Ajik) nak air toya (soya)." Kat dalan Kedai Mesra tu pulak nampak kek ni. Walaupun harga dah naik seringgit tapi Mama tetap beli sebab kami 4 beranak ni 'hantu kek'.
Siap ada wrapping special.
That's why kot harganya mahal compare biasa.
Selalu kat mana-mana pun aku beli just RM5
(rasa & packaging standard).
Rupa di dalam.
* Rasenye tak perlu buat wrapping kat luar tu kott sebab aku nak makan kek dia je bukan nak makan kertas tu. Haha..ayat nak makan penampau.

Pencil case ~ hand-made.

     Sekali lagi aku menggunakan khidmat Mesin jahit TOYOTA tersayang. Kali ni buat pencil case pulak. Pssttt..actually bekas letak pensel warna Abe (kotak nyer dah 'ranap') hasiltangan Ajik.
Luar - kain cotton polka-dot purple.
Dalam - kain cotton plain warna green apple.
Kali ni letak butang colourful yang beli kat
CG Handicraft, Seremban.
* Sila abaikan kecomotan jahitan sebab
tukang jahit ni tak pernah berguru dengan sesiapa.
Hehe..
Entri berkaitan ~ Pouch smartphone.

Saturday, September 13, 2014

Aktiviti menarik buat si manja.

     Abe ada buku-buku bacaan (macamlah dia pandai bace. Hehe..) yang dalamnya ada banyak aktiviti menarik. Dia kalau dah buat sekali, memang tak boleh padam dah. Punyelah dia tekan mata pensel dia macam nak terkoyak buku. Sayang kan? Bila adik-adik dah besar dah tak boleh buat aktiviti sama.
     Mujur 1 day aku terbaca kat blog Kak Farrah supaya buat macam bawah ni:
1. Masukkan kertas aktiviti dalam fail plastik.
2. Buat aktiviti guna marker pen ~ just conteng kat plastik je.
Fail plastik - RM1.90.
Contoh aktiviti - bulatkan hadiah untuk papa.
Cth aktiviti lain
- Mencari laluan sebenar.
Cth aktiviti - Mencari barang tersembunyi.
Siap tunjuk gambar marker whiteboard yang aku beli
- dah siap, boleh erase balik.
     Syok kan, macam-macam aktiviti berunsur latihan kecekapan minda (betul kan?) yang anak-anak boleh buat. Thanx for the idea, K.Farrah.

Pouch smartphone.

     Someone kat rumah mak pakai pouch pink. Cantik kan? Rasa nak buat sendiri. Sebab kat rumah aku pun still banyak kain cotton + span yang belum digunakan. Setakat nak beli macam membazir je.
Ni lah pouch pink tu
- Gambar dari atas.
Gambar dari depan. 
     So, aku pun bawak 3 boys aku balik rumah. Lagi pun dah rindu kat rumah plus semangat yang berkobar-kobar untuk menjahit. Rumah memang teramatlah bersawang. Lepas vacuum rumah, aku pun start menjahit guna Mesin jahit TOYOTA tersayang. 
Tengoklah hasil yang tak seberapa kat bawah ni. Hehe.
Lady bug tu ganti manik.
Nampak tak macam nak tercabut?
Lepas ni nak gam dgn glue gun - cari tak jumpa pulak :(
LUAR - kain cotton bunga.
DALAM - kain cotton plain merah.
* Memang tak berseni lgsg. Asal boleh guna je:)

Saturday, August 9, 2014

Hasil kraf Su Ami.

Su Ami ~ adalah nama kedai kepunyaaan ahli-ahli kraf 5 sekeluarga dari Vietnam.
Hasil kraf yang kecil molek ni guna benang kait. Memang nampak rumit nak buat kan?that's why harganya pun best.


https://www.etsy.com/shop/SuAmi
Ni figure monkey ~ RM158.36
Ada banyak lagi figure comel tau..
Jom jamu mata kat website ni ~
https://www.etsy.com/shop/SuAmi
https://www.etsy.com/shop/SuAmi
Klik IMAGE to redirect you to the website.


Friday, June 27, 2014

BENTO: Menu Popular Jepun.

U olzzz penah ke dengan word 'Bento'?
Aku kire firstimer lah..
Harap dapat attract budak-budak ni makan:)
Ialah set makanan
(biasanya nasi+lauk+sayuran)
yang dihiasi pelbagai corak.
Dah jadi ikutan seluruh dunia - tapi depa dah ubah guna roti, kek, sandwich,  dll menu sihat.

Jenis-jenis bento :
~ Makunouchi bento.
~ Kouraku bento.
~ Kiben bento.
~ Kyaraben/ charaben bento
(most popular)

Tuesday, June 24, 2014

My Milk Toof.

Hey guys,
If you want something different to be shared with your kiddos.. 
U should show them these.
Very... Very cute..

My Milk Toof: 
The Adventures Of Ickle And Lardee.
(Sumber: mymilktoof.blogspot. com)
 
U sure enjoy them.

Monday, June 23, 2014

Ujian Personaliti: Uji Kepekaan.

Mase layan AH dengan buku 'Taman Ria Disney' dia petang semalam, macam-macam aktiviti aku tengok ade dalam tu.
So, aku nak share ni ngan u olzzz. 
Kacang je kott :D..

Soalan1:
Camne nak masukkan sekor zirafah ke dalam peti sejuk?
Soalan2:
Camne u olzzz masukkan sekor gajah ke dalam peti sejuk?
Soalan3: 
Raja singa sedang mengadakan jamuan Di Raja. Semua haiwan hadir, kecuali sekor. Haiwan ape?
Soalan4: 
U olzzz terpaksa seberangi sungai yang xde jambatan. Tapi, dlm sungai tu ada sekawan buaya. Apa cara u olzzz utk ke tebing seberang?


************************************
Jawapan :
1. Buka peti sejuk, masukkan zirafah & tutup pintu. 
2. Buka peti sejuk, keluarkan zirafah,  masukkan gajah & tutup pintu. 
3. Gajah, sebab still dalam peti sejuk.
4. U olzzz swim je..sebab semua buaya kan hadir jamuan Di Raja. 

Tuesday, June 17, 2014

For the past 14 years..

14 tahun lalu..tahun 2000.
Aku masih bergelar pelajar sekolah menengah. Tahun nak seat for SPM.
- We named our batch as Fivers Y2K. 
Dalam pada sibuk dah dekat nak exam..sempat lagi buat notebook comel untuk di passkan kat kengkawan. Zaman tengah berkreatif la ni. Hampir setiap orang kot buat ni. Nanti kawan2 akan tulis memory indah sepanjang perkenalan kami in that book.

Aku ni jenis yang sayang barang. And, buku ni sebagai satu contoh. Walaupun dah bertahun, masih baik dalam simpanan aku. Mane2 aku pindah, aku akan bawak sama macam buku2 aku yang lain. 
Cover depan buku aku.
Kiri: Untuk coretan puteri.
Kanan: Untuk coretan putera.

Cover belakang.

Muka depan - ada gambar aku.

Muka depan jugak (another page).
Below are some of the examples hasil kreativiti gegirl. Yang boboy aku x tunjuk sebab x cntik sgt. Haha..
Cth 1.

Cth 2.
All these were written by different friends.

Cth 3.
Walaupun umo dah 31 tahun, tapi kdg2 aku rase macam budak skolah lagi. Daah sumeorg pun kate kalau dorang xtau aku ni doktor, dorang ingat aku ni budak belum abes blaja..Ade yang tanye samada aku baru grad?
# Am not a girl, not yet a woman 
- Britney Spears #
(Nyanyi lagu ni bila perasan..) 

Sunday, June 15, 2014

Modify Configure Image.

 Salam hujung minggu semua..
Actually dah lama nak make correction pada gambar kat header ni.
Memang tak niat nak tukar gambar sebab xde gambar yang menarik.
Tujuan tukar sebab nak bagi obvious 
URL Blog aku...
senang korang nak tengok kan :D  
Okeylah,
Esok dah nak keja.
Kene get ready pada kemungkinan kebanjiran pesakit ...
takot ramai yang demam
- Demam Bola.

P/S : Demam Bola tak dapat MC!

Saturday, June 14, 2014

Oistein.com


Ini adalah continuation dari topic kat bawah :-
Draw with Oistein Kristiansenn [KLIK SINI]

https://oistein.com/en
< Klik Page>
 
Semoga bergumbira melukis ... :D
 


Draw with Oistein Kristiansen

Pernah tak tengok rancangan Astro ni?
Memang best sangat sebab mat saleh ni amatlah kreatif. Anak aku, si Abe pun suke. Kalau tengok, sampai terlopong. 
Mat saleh ni punye drawing kalau kita ikut x susah mane pun. Tapi, kalau aku sendiri nak hasilkan idea macam die memang x jadi ler jawabnye.

Okeyy...ni rancangan mase petang tadi kalau korang nak ikut..
1. Lukis dengan pensil.

2. Ikut dengan marker pen.
3. Gunting. 

4. Lekat kertas kat belakang kartun.

5. Masuk kat jari.
Boleh jadi puppet.

Saturday, May 3, 2014

CG Handicraft, Seremban.

Benang, pelbagai jenis button, flannel (kot name die..)

Kanan - ni kain yang dibeli di kedai opposite.
DekAt Rm50 abes utk 8 lai kain ni
(each - 1meter)
Kiri - Bahan2/alatan menjahit yang baru dibeli

Rm15.90 tu fibre yang nak sumbat dalam bantal or kusyen (1kg).
Rm6.90 tu span jahit - harga ikut thickness (yang ni paling nipih..6mm).
Die akan tunjuk sample size kat kowrang.
Memang dah siap seplastik2 - rasenye 1m panjang.

Ni sebenarnye adalah 2nd trial menjait.
Jait bunga babe - baby aku memang suke sangat sebab bile die angkat flower ni,
petals die jatuh kat muka baby aku. Tu yang die seronok.
Selain flower ni..aku jait anak ikan, mama ikan, set sarung tilam baby aku, sarung kusyen.
Seronok betul menjait sampai tak ingat nak basuh kain yang sebakul dalam bilik.

hehehe...