Showing posts with label Honda Stream. Show all posts
Showing posts with label Honda Stream. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Petrol bercampur air - Ada kaitan banjir? #Part2

4.30 ptg.
Isnin, 29/12/14.
Sambungan ~ Petrol bercampur air - Ada kaitan banjir?

     Meh aku cerita shortcut - Ritu kete aku rosak sebab aku 'diagnosed' air yang bercampur petrol adalah puncanya. Taktaulah misdiagnosed ke ape, sebab Pengusaha Petronas En. S tu kata depa dah check minyak dorang takde air masa kitorang wassap tadi. Tapi, dia akan tolong aku berkenaan masalah ni. Baik, kan?
     Seperti yang diminta, pukul 11pagi tadi aku pun pi lah repair kete kat Honda Servis Center.
Alamat: BAN LEE HENG MOTOR SB
               381, Oakland Industrial Park,
               Seremban.

     Ramai betul orang yang datang servis kereta. Dekat pukul 3ptg baru kete aku masuk station (suketi aku je guna term ni...). Tak kurang juga kete yang datang untuk repair cam aku.

     Total resit kali ni = RM153.35
Depa tukar Gear oil & Computer setting. Service Manager dia, En. Ramoo mintak aku drive tengok dalam 2 hari. Kalau ada masalah, datang check balik.
    So far, alhamdulillah drive ok. Cuma, symbol engine tu masih menyala. Luckily tak blinking. Plus, sensor minyak dah 'out'. Balik je aku terus call En. Ramoo & set new appointment. Harapan aku, cepat-cepatlah ok.

Tuesday, November 11, 2014

Double/triple parking.

Yang dalam circle tu kete aku.
     Inilah keadaan parking kat klinik aku yang aku rasa takde terjadi kat tempat korang. Ke.. ada jugak yang alami nasib sama cam kitorang? Kat klinik aku ni memang sempit. Sampai ada patient yang parking tepi-tepi jalan area luar klinik. And, ada juga patient yang ambik kesempatan parking tempat kami walaupun dah letak tanda dilarang masuk, kecuali staf. Pak guard taktau ada check ke takde. Ermmmm. Disebabkan keadaan ni, maka terjadilah few insidens yang tak diingini. Antaranya :
~ NCW 2**5 tercalar.
~ Purposedly done.
     Aku taktau samada boss ada plan nak wujudkan sticker untuk kakitangan klinik atau tak. Better ada lah,kan? To ease pak guard untuk identify mana satu kete kakitangan klinik. Ini idea aku & colleagues aku tapi takde sape kot yang sampaikan kat boss. Benda simple macam ni kadang malas nak besar-besarkan takut ada hal berbangkit di kemudian hari. Hari yang bos takde memang dia bagi MO park tempat dia. Aku mana pernah perasan bos ada ke takde. Tiap-tiap hari aku tau datang kerja.. buat kerja.. Tolong orang. Jangan ada orang susahkan aku. Tu je. Live a simple way:)

Tuesday, November 4, 2014

Road tax kereta NCW aku.

3/11/14

     Ini adalah continuation daripada kisah kat sini ~ Renew insurans kereta - pengalaman & cabaran.
Alhamdulillah hal insurans kereta tu dapat setel kat Etiqa tempohari. Tapi, road tax yang masih x setel. So, ingat hari ni nak mintak ayah tolong bayarkan kat jpj ke pejabat pos ke. Tapi rupanya kene guna geran asal/ original. Memang takde lah. Ermmmm..

8.00pg:
Kat klinik.
     Borak-borak lah dengan K.Ros kantin & Dr. Hasry. Depa kata boleh je pi ambil geran kereta tu di Maybank tempat kita buat loan tu. Cakap je nak ambil + tunjuk IC. Tapi, owner kereta je yang boleh ambil geran. Tak boleh wakilkan orang lain. Tiba-tiba Dr. Farah pulak datang. Rupanya dia pun buat pinjaman kereta kat Maybank. Selama ni dia tak face any problem pun. Dia just call bank & mintak depa setelkan both insurance & road tax,  then depa akan call bila siap. Memang sekejap je boleh siap.
1.15 tgh hari:
     Aku pun pi Maybank Rahang. Alhamdulillah senang je rupanya nak mintak geran asal. Pegawai tu tak tanya banyak pun. Siap boleh buatkan road tax macam yang kawan aku, Dr. Farah tu cerita. Pegawai bank ni pun confuse bilamasa dia confinement pulak & kenapa staf Maybank2 lain tu suruh aku pergi sana-sini. In addition, dia kata hal pinjaman kereta memang Maybank Rahang yang akan setelkan, bukan 3 lagi Maybank macam yang aku mention sebelum ni. Erghhh...fenin aku. Takpe lah, jadikan sebagai pedoman di masa depan je lah. Esok dah boleh datang ambik road tax & geran ni.

Take home message :
1. Masa nak renew road tax (in case berlainan tempat dengan renew insurance), jangan lupa bawa sijil /certificate insurans yang baru tu.
2. Better call bank yang korang buat loan tu je untuk renew both insurance kereta & road tax. Korang just kene bayar RM10 je untuk runner.
3. Jangan lupa simpan resit (untuk elakkan saman)- sekarang JPJ tengah sibuk buat road block sana-sini.

Friday, October 31, 2014

Renew car insurance ~ pengalaman & cabaran.

     Boleh x kalau aku nak salahkan pakcik ghimau ni? Aku x tau lah samada sistem maybank ni macam x brape nk standardized macam klinik2 kesihatan kat Malaysia ni ke(membuka pekung di dada pulak:) or aku ke yang tak faham? Tapi, aku dah tanya kepada yang berkenaan, and they are giving different answers, which are not convincing.
     Ape yang aku cuba sampaikan ni? Sorry tau if I made you all confuse. Actually aku buat hire purchase kete guna khidmat Maybank. Starting 1 year ago. Kete lama (NCD 7**7), aku guna loan kete Hong Leong Bank. Selama 4 tahun guna khidmat bank ni memang tip top takde problem. Senang je kalau nak renew insurance & roadtax. ** Tapi, dulu asben yang setelkan semua. Aku just prepare geran je, then dok jaga anak dalam kete while dia masuk HL bank tu.
     Start Sept/2013, aku tukar kete ke NCW ni. Aku beli kat NAZA, Rahang. NAZA buatkan insurance transfer (first time aku dengar term ni. Maklumkan xde basic in banking) - means insurance dari NCD pindah ke NCW ni. Betul tak explaination aku ni? Sape ada idea please share tau. So, ni dah setahun aku dah kene renew lah insurance & road tax kan. And, nak dijadikan cerita hangat lagi..rupenye road tax aku dah mati 24/9/14 - sapa yang baca ni please don't report pada JPJ tau. Sian kat aku. Refer SINI macamana aku dapat tau ~ Maybank tengah tunggu aku.
     So, kalau kat area aku tinggal the nearest Maybank adalah kat Rahang, tengah pekan, S2 & Senawang. First skali aku pi kat branch Senawang - kat Taipan. Sapa yang biasa kat sini pepahamlah. Memang crowded & sangat susah nak dapat Parking. Parking pulak suka telan duit - sampai aku pernah tampal notis kat meter parking tu. Jangan main-main..aku tulis dengan marker besar2 " Parking metre rosak, so jangan saman saya -NCW 2**5 ". Masa tu pegi spa, massage body la konon2nya. Lama kan, haruslah kene saman kalau x bagi warning tu.
     Panjang meleret aku cita..Ok, masa pi Maybank Senawang, service counter tu btau Pegawai dia confinement. Ada pegawai ganti tapi datang seminggu atau 2 minggu sekali. So, dia suggest aku pi Maybank yang tengah pekan which is lagi pening sebab sana memang susah dapat parking. Nearest parking lot adalah yang berbatu-Bata kerikil yang boleh rosakkan tayar kete korang & bayaran adalah RM3 untuk sejam pertama. Pernah aku parking 7min pun charge dia sama. So, aku tanya what if aku pi Maybank kat Rahang je? Same goes here- Pegawai confinement. Feninnn makcik. Nampak x kepala dah berpusing2. So, aku pun decide pi Maybank yang kat S2. Then, katanya Pegawai pi meeting. Tiada pengganti. What the fish! Aku xtau nak kata ape, depa buat aku pusing sana-sini. Habis petrol aku ok. Dah pulak seliter RM2.40 (ke RM2.30?). Aku pun balik ke klinik dengan hampa.
     Di hari yang lain, aku pi semula Maybank S2. Tanya same Q. Jawapannye, Pegawai takda. Kali ni aku dah maleh nak tanya mana pegawai tu. Kene culik kot. Uishh..caboiii sungguh. Ada 2 orang kat service counter. Suddenly depa soh aku terus pi Etiqa, belakang Columbia Asia Hospital. Aku terpaksa guna Mr. Google kusayang lah. Sorang kata," Lepas ni Maybank dah tak buat insurance renewal. Kene terus pi tempat insurance. " At the same time, sorang lagi nak cakap something tapi stop in the middle sebab she's kind of nak cakap benda berlainan. Peliksss sungguh kelakuan dorang ni. Aku pun jumpalah Etiqa tu lepas buat beberapa pusingan macam lari 4x100m tu. Lama aku tengok Pegawai tu tekan2 macam-macam kat keyboard PC dia. Muka yang initially manis dah tukar jadi berkerut2 pulak. Rupanya ada problem - insurance aku not being updated since last year. So, die photocopy covernote insurance + geran kete aku & mintak aku tunggu phone call dia. In the meantime dia nak tggu reply from HQ.
     Alhamdulillah kejap je dah reply - dalam 3 hari gitu. So, today I went back to Etiqa. Aku reached Etiqa at 1.00pm. Pegawai tu break pulak ~ 12.30-1.30pm. Aku malas nak pi mana so just lepak dalam kete sambil blogwalking. Pukul 1.35pm aku masuk Etiqa semula. Pegawai tu ingat aku,so takyah cerita from A-Z balik :) Masa tu dia dah buka 'kes' aku ( betul ke term ni? Kalau doc & polis kita sebut kes.) Ingatkan ok & will take short time je. Rupanya still ada problem. Pegawai tu masih perlu kol people here & there untuk completekan insurance renewal aku ni. Lame lepas tu baru siap. So, dia kata, "Done," & pass cert kat aku. "So, road tax I kene buat mana ye?" She said at myeg. Aiyyaaa..1 more thing unsettled.
***
Ini adalah trial menggunakan myeg sebelum ni :(

Thursday, October 16, 2014

Maybank tengah tunggu aku.

     Short entry sebab aku dah ngantuk. Ada lagi entry lain aku nak up kan tapi sok takut tak bangun pulak nak pi keje.
     Alkisahnya..
Hishhh alkisah bagai. Haha.. Konon nak 'cut short'. Aku baru pakai kete sekarang ni. Tak perasan dah masuk setawun. Macam biasa datang keje parking tepi kantin. Lunch time akak kantin main teka-teki teka-tekuk ngan aku.

Kak Ros: Doctor perasan tak apa-apa kat kete doctor?
Aku: (Dalam hati - Apekah??? Buat suspen je akak ni. Takkan kete aku kene calar lagi.) Related topic ~ NCW 2**5 tercalar. Kenapa kak??

Kak Ros: Road tax doctor dah mati 24/9. Tadi Ikhwan (lab staff) & Azfar (MA) nampak. Diorang yang bgtau saya.
Aku: Astaghfirullah. Kene keluar duit lagi lah niiii:) (Maybank, mu tunggu aku datang).

** Itulah kelemahan aku - tak peka bab roadtax insurance kete ni. Mujurlah staff2 aku baikhati tolong bgtau.

Friday, September 12, 2014

Purposedly done!

     About 1 week before Hari Merdeka tu, staff aku kata, adalah 1 patient ni ngamuk sebab aku double park depan kete dia. Masa aku datang pagi tu memang aku tak puas hati sebab parking penuh. Guard pulak aku taktau macamane dia buat keje habis semua kete patients pun dia biar masuk tempat staff. So, macam biasa aku double park je lah. Dah memang namanye parking staff. Semua staff tau kete aku. Kalau tak boleh kluar memang dorang cari aku. Biasanya pun kitorang semua akan double-triple park antara sesama kitorang.
     Pagi tu aku dah inform kat F, PRA klinik sebab dia slalu ada kat luar, "Kalau ada patients nak kluar, suruh dia masuk cari saya kat bilik MO." Bukan jauh sangat pun. Boleh aku bagi nasihat skali. Dekat2 tengahari F tanya, ada tak driver tu cari aku? "Takde pun." "Tadi, ada patient ngamuk kata Dr kurang ajar. Siap ambik gambar kete Dr." "Amboiiii. Tapi, baguslah. Glamour lah kalau viral kt laman sosial." Yaksss..
     Mase tu aku x check pun kete ada calar tak. Mana nak ingat. Aku tau pergi kerja-buat kerja-balik kerja. Ni baru nak perasan ada calar kiri-kanan kereta. Dituris dengan benda tajam (bukan depan-belakang..silap info).
Ni conversation aku & colleague
kat wassap group kitorang.
* Masa ni baru nak perasan.


Tuesday, September 9, 2014

Sayang kereta.


Bila korang letsk kunci,
cahaya kuning gambar engine (kott)
akan keluar.
Jangan terus start kereta.
Tunggu dalam seminit cahaya tu akan hilang. 
Bila dah hilang tu boleh lah start engine.
Ni pesanan dari pakcik aku.
Katenye, Kebanyakkan kete kan jenis computerized. So, mase lampu kuning tu menyala means kete tengah setting. So, kalau kita biasa start engine immediately,  engine akan 'terkejut'. So, tak lame dah rosak.

* Tu serba sikit yang aku tahu. Sape ada knowledge lebih, please share ngan kitorang.

Monday, July 21, 2014

NCW 2**5 tercalar.

Ada lagi kesan calar yang panjang, tapi line tu halus.
So, tak obvious sangat mehh..
Nampak tak kesan calar kat bumper kete aku. Haha..seiring kisah yang lepas, rupenye NCW pun kene tempias. Eh, ape aku merepek ni? Aku rase ni adalah perbuatan tak sengaja driver yang belum pro ketika mengeluarkan kete dari parking. Kitorang kalau kat klinik ni bukan setakat double parking..dah triple dah. And kereta aku dalam dilema kerana dok 'layer tengah'.
*Ada nada berlagak & mengada-ngada di situ. Ahaks..

Actually dah seminggu aku nampak kesan tu tapi aku biarkan sebab ingat kesan air lumpur. Patutlah ritu ade sorang rider ni die usha je kat bumper kete aku time stop kat traffic light. Semalam pulak, ayah & adik laki aku sound, "Kenape kete kau ni calar, Ngah?"
Dengan bangganya aku cakap, " Semestinye bukan perbuatan anak ayah yang pro ni." Okey, sila abaikan bab berlagak tu sebab aku memang berlagak kalau bab driving. Haha..

So, misi seterusnya ialah membeli Car Polish so that kete aku cantik balik.

#Pesanan penaja: Sila servis kereta anda sebelum memulakan perjalanan balik kampung di Hari Raya Aidilfitri nanti. (Aku pun belum ni..). Yang ni dah keluar topic. Hehe..

Wednesday, July 16, 2014

Orang lain pun pernah accident maa...

     Berikutan kisah lady driver Peugeot CDM 25 mengamuk after accident kecil di Kuantan tu..memang banyak lah viral di FB & media sosial lain. Banyak komen yang againts that lady. Tak kurang juga yang 'baking'. Ape2 pun tu sume hak individu asalkan x bertentangan dengan agama..x salah kan?

     Dek kerana cite panas tu jugak..aku adelah terimbau kisah2 lama mase aku belum 'pro' driving. Sekarang dah skillful jugaklah. Aku kalau drive kalah lelaki. Kat highway tak 170..150..Kat jalan biasa memang cilok-mencilok.. Tapi, aku tetap berhati-hati..bukan main redah je.

     Peristiwa dulu..ada yang aku langgar orang & ada yang orang langgar aku. Tapi, masing-masing tak emo. So, everything went smoothly. Takmo gadoh2 maa...Ape dapat?

Peristiwa ~:
1. Aku terlanggar orang kat traffic light sebab kaki aku terlepas dari pedal brek gara2 aku cari kasut kerja kat bawah seat.
2. Orang langgar aku mase sama-sama keluar parking. Same2 reverse, tapi aku kluar dulu. Die tak nampak kott.
3. Orang langgar aku kat traffic light. Mase tu aku dah bagi signal nak masuk kiri, tapi dia nak ke kanan x bagi signal.
4. Aku terlanggar orang sebab x perasan. Jalan keluar simpang tu sempit & membukit.
5. Aku best2 dok dalam kete kat parking. Tibe2 orang rempuh dari sisi..tepi aku plak tu. Sampai kete terangkat.
Banyak lagi.. Tapi makcik dah lupo plak..

Aku jenis.. kalau orang baik..aku orait&cool je. Tapi, kalau orang kurang ajar, memang ko salah pilih orang..[paham2].

Thursday, April 17, 2014

Tayarku pancit lagi...


Cube korang tengok ..sian tak kat aku?

Kalau nak tau..ini kali ke-3 tayar aku pancit sejak dari hujung Mac - hujung April.
First - tayar belakang kanan.
Second - tayar depan kiri.
Third (yang nii...) - tayar depan kanan.
Dua kali pancit mase aku relief. Yang ni mase kat klinik aku.

Yang ritu...ade screw kecik.
Nasib baik boleh tampal - tampal luar kalau xsilap RM5. Ayah aku jack sendiri kete aku & bawak tayar tu ke wokshop. Die berkeras nak wat sendiri. Bukan ape, die takut aku kene tipu ngan orang wokshop. Second time, ayah aku bawak tampal side dalam - RM20.

Kenapelah asik jadik camni ek? Padahal tayar aku tu baru lagi ...dalam 6 bulan rasenye.
Mungkin jugak sebab area jalan ke klinik tu banyak dilalui dek lori pasir. Kalau nak mengganti tayar tu abeslah RM250 X 3 = RM750. Maaaasakk..

Rase2nye adakah kerana aku kene survey sport rim yang canggih manggih ?
Errrrmmmmmmmmm............

Monday, October 14, 2013

NCW 2**5..Bersama nya seribu satu perasaan yang sukar dimengertikan..

10 Sept 2013:
Selesai sudah sain agreement kete kat bank…at last.
Penat suda ulang-alik ke NAZA. Semua aku nak kene uruskan sendiri. Kalau dari dulu aku kuat semangat..dh lame aku tkr kete baru. Ni tak..5 tahun pakai SAGA BLM baru dpt tkr. Konon nk tggu mtk tlg kapt uruskan..tapi hakikatnye aku yg follow-up most of the time. Yes it’s true that I’m the decision maker. Tapi aku kan lady..hal kete must get opinion from man. What I said is correct rite?
Most of d ladies who read this must be agree with me.

26 Sept 2013:
3.30pm - Sales Executive NAZA Ady Ferhad kol aku mtk dtg ke JPJ Senawang stat. Aku ni dh plk keje kat PD. SAGA kapt plk rembat gi KL. Aku mmg dh kelam-kabut tahap gaban..Camne nk gi JPJ ni? Kol cab..charge is RM50 PD-Senawang..well they giving discount at RM45. Aku try kol kapt many times asik xdpt…ten-si-on beb. Luckily at last dpt…& luckily his friends Dapi dpt anta aku ke jpj. Before 4.30pm sampai ler sane.  Mane plk Ady ni? Hoh tu pon.. Kitorg enter Blok Omega tgkt atas. Ramai tol org kat sane. Ni 2nd time aku gi sane bln ni..(ritu saje2 gi lepax…lepas tension.tgk org2 lain dgn urusan masing2). Setel sume..Dapi anta aku umah mak. Ady gi setel kat Maybank. 

Alamak..ECO bottle aku Tupperware Brands warna limited edition gitu
 tertinggal kat bilik Dr. Kala (aku mengganti die rini..)(datang Senin mmg dh lesap ler..)








7.00pm – Ancik anta aku balik umah. Kunci lak xde..tetinggl. Lantakler…Tunggu jer lah driver NAZA hntr kete aku smpai depan rumah. Ady bg aku few documents utk simpanan aku..siap terangkan ..tp rupenyer masuk telinga kanan kuar kiri. Penat kot..mmg aku x hengat ape die cakap.

27 Sept 2013:
          Jeng jeng jeng…tara.. Rini aku amek MC..x larat..Lagipun aku nk rest utk kumpul energy drive to Cameron Highlands petang nanti. Rest la sangat..meaning x rest pon. Xpenah ade istilah rest kot kalau aku dok umah.. Kan bagus kalau ada maid uruskan sume hal umah aku. Aku kalau nak jalan jauh lame gak lah packing..utk 4 org beb. Brg bdk2 ni jgn tertinggal..parah aku. List mmg dlm reminder SONY aku.tapi..sim card dlm smartphone pulok. Tukaq sat..
Mane nak cari cooler box segala bagai..sampai Zohor aku kat umah aku lagi..bapak aku spt biase akan mula hangin 1 badan. Sabo jelah.  Laki aku dh plk xde…spt biase..keje keje dan keje. Puas aku nk menghangkut barang2 dari tgkt atas ke bawah. Kalau sket xpe jugak. Cam comforter..yg ringan2 aku buat lemparan ke bawah je..X larat maaaa nk turun-naik tangga. Ketar lutut ni..Dah 3 series ler katakan.

4.30pm – aku dah siap parking kt umah mak.

 Brg sume dlm kete. Kuarkan baju anak2 je yg nak di pakai. Dah siap mandikan dorg..(adik2 lelaki aku tlg skali..) pakai baju. Aku bawak masuk kete..lepak2..tggu yang lain2 siap. Sejam jugak lah ..Takpe ..layan jer HOT FM…radio No1 di hatiku.
Ntah kol berapa baru bertolak.