Showing posts with label Lovely Readers. Show all posts
Showing posts with label Lovely Readers. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Lovely Readers Jan/2015.

Nak tau siapa yang rajin drop comment kat blog aku? Jom skodeng senarai nama kat bawah ye :) Wink..wink..kenyit mata sikit.

Bawah ni actually senarai Jan 1-31. Bukan hingga Mac. Jumlah ni dari temporary reset tau. 
Actually aku buat 70 senarai Lovely Readers tapi aku x publish sume kat sini sebab ramai kan:) tak muat. Nanti rajin2 korang scroll lah kat blog tau. Alasan orang malas sebenarnya. Saje buat list panjang2 sebab seronok tengok ramai yang singgah komen.

Thanx guys rajin singgah blog aku. Komen membina amat dialu2kan untuk tujuan improve isi blog. Kalau ada masalah perubatan x faham, email aku tau - shikin1401@gmail.com. Sape yang ada no phone aku better wassap (aku prefer what's app). Aku try jawab yang termampu tau. Ada yang aku consult FMS aku ( Family Medicine Specialist). Kalau lambat reply or up entri tu sorry ea.

Silent readers?  Sapa agaknye ye. Yang aku tau 2 orang ni je. Thanx Bro A & Kak S. Hehe..dorang tau ke short form nama dorang ni?

Tanpa u olzzz tak mungkin PV aku menaik seperti diletak 'baking powder' kat kek. Ayat merepek pukul 4.57pg.
Aku start blogging main2:-
2012 - 26 entri.
2013 - 53 entri.

Aktif blogging start Mei/2014. Jumlah entri hingga Dis/2014 - 729. Alhamdulillah setakat malam ni PV aku dah cecah 146 382. Thanx again guys. Terharu..

Selingan :
Dapat sijil Penghargaan dari Cik Mimie yang comel. Tenkiyu..suka2. Nak kena frame ni.

Thursday, January 1, 2015

Lovely Readers Dec/14.

    Seperti biasa aku memang suka keluarkan entri top commentators bulanan. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua readers samada yang tersenarai /tidak & juga buat silent readers. Seperti yang dijanjikan, aku berhasrat nak bagi sedikit penghargaan buat readers yang comment more than 150 in Nov & Dec this year.
1. Cik Sal - 345 comments
2. Zarulfarhana - 174 comments
3. K. Izzeyda - 159 comments.
4. K. Farrah - 130 comments.
5. Arz  Moha - 118 comments. 
6. Iola - 107 comments. 
7. CT Humairah - 96 comments. 
     Ni bukan nak 'pancing readers' tau. Memang secara azali nya aku suka bagi hadiah kat orang:) Dah 3 jam aku dok packing + wrapping hadiah. Penat juga. Tapi, apepun hati puassss:)
Shiseido face mask tu untuk ->
pemenang GA anjuran Safirul.
Hadiah untuk GA anjuran Iola & Kamamimi takde kat sini- Dah wrap tapi tak jumpa pulak.
     Ada hadiah yang sedikit berbeza - harap maaf. Cth: Friendship FM tu segan nak bagi kat Zumal & Arz Moha so lainkali bila dah buat FM baru aku akan pos. Insyaallah.
     Harap Lovely Readers Dec/14 yang belum pernah pm details boleh pm kat FB Nazeck Zenal - Full name, Full address, Contact no selewat-lewatnya Khamis minggu depan. Nak details Zumal & Anies jugak tau sebab pernah jadi top 10 commentator sebelum ni tapi belum bagi hadiah (refer SINI dan SINI). Aku boleh pos hadiah pada hari Jumaat je disebabkan kekangan kerja.
     Kat sini aku nak mintak maaf jugak sebab lepas ni mungkin aku plan nak bagi hadiah untuk top 3 je. Harap korang tak kecik hati. Bukan aku kedekut, tapi aku tak sempat nak uruskan. Aku kena tumpukan lebih masa untuk anak-anak since aku rasa aku dah mula abaikan dorang semenjak 2 menjak ni. Aku tau korang mesti pikir ikut sukehati akulah nak bagi hadiah ke takmo ke. Tapi, aku tetap nak inform atas beberapa faktor yang aku rasakan perlu. Maafkan aku ye.

**MAAF, SAYA CHECK GUNA PC - BARU DAPAT DETAILS YANG DIHANTAR. RUPANYA TAK MASUK 'INBOX', TAPI MASUK KAT 'OTHER'.

Related topics:
~ Lovely Readers Nov/14.
~ Pengeposan barang guna Pos Laju.
~ Pos Malaysia - Tetipah tetipu.
~ Bubble Wrap Specialist.

Monday, December 1, 2014

Lovely Readers Nov/14.

     Terima kasih yang tidak terhingga pada para pengomen tegar blog drshikinzainal.blogspot.com. Jasa kalian tak dapat dilupakan. Di kesempatan ni nak bagitau, insyaallah ada sedikit saguhati untuk kalian nanti. Yang tertangguh nak bagi ritu akan diberi bersama nanti. Tapi, tungguuuuu...bulan Jan. Aku akan combine Lovely Readers Nov + Dec. Jadi Combo gitew. Pengomen yang drop 150 comments ke atas akan dapat hadiah special lah sikit. Tak lah mahal, tapi special dari aku. Muah...muah...(untuk perempuan je) untuk u olzzz.

* Nak bersiap pi kerja pulak ni. Hehe..
Related topics:
Lovely Readers Sept/14.
~ Lovely Readers Oct/14.

Sunday, November 30, 2014

FotoRus.

     Korang pernah dengar tak apps ni? Selalu orang edit gambar guna Photoshop & Photoscape kan? Please correct me if i am wrong. Aku memang x pernah guna 2 apps ni. Yang aku biasa guna -> PicsArt.
     La ni, bertambah2 happy taktau nak gambarkan camana bila ada apps lain untuk edit gambar cantik-cantik tau. Touching tak? Ke ke menyampah? Sebab over pulak kan...
     Mana aku dapat tau ni? Adik aku, Dewi yang bagitau (Nama sebenar -> Noordewi. She's a physic & Addmath teacher). Nak tengok hasil penggunaan apps ni? Refer sini tau ~ FM-to-be. Actually ini aku edit guna combination PicsArt + FotoRus. Cantik tak?

Footnote :
* Aku sedang berusaha memasukkan semua url blog yang rajin komen ke Bloglist ke-2 aku ~> Adorable Nov. Bagi nama yang belum tersenarai aku mintak maaf. Will update from time to time. Kalau tak hapdet2 jugak tu bolehlah remind aku ea.

FM-to-be.

30/11/2014
(last day for this month).
1.30am:

     Selamat tido semua. Erkkk..cam tak seswai je greeting ni kan? Ermmm..accept je boleh ke? Hehe..Aku je yang tak tido lagi kot. Ker masih ada yang bersengkang mata macam aku? Rini aku tak berapa sempat jalan-jalan blog korang. Nak up new entry pun tak sempat. Banyak pulak aktiviti hari ni yang perlu dibuat. Malam ni pulak aku ada misi lain. Nak tau ke?
     Korang ingat lagi tak entri ni ~ Usaha menempah fridge magnet #2. Then, kalau korang baca entri ni ~ Maaf andai aku tak sempurna, tentu korang tau sape yang aku plan nak bagi FM ni kan? Alhamdulillah sebanyak 10 envelope berisi hadiah /penghargaan dari aku dah pun selamat dipos seminggu awal dari tarikh yang aku janjikan. Terima kasih pada rakan bloggers sekalian sebab susah-susah je up kan entri untuk hadiah yang tak seberapa tu. Harap sudi terima:)
     Tapi, ada janji yang belum tertunai. Perasaan kat footnote entri tersebut ada aku nyatakan, "Lovely Readers yang pernah muncul satu kali di carta pun akan dapat hadiah. Tapi, tu kemudian sikit - tak sempat nak senaraikan kat sini ". Itu janji aku, so aku kena tunaikan. Tapi, ambil masa lama sebab aku nak tempah FM lain pula.

Hasil malam ni.
Taraaaaaa.....

** Harap korang sabar menunggu sebab aku mungkin bagi bulan Januari nanti. Initially aku nak bagi once masuk bulan Dec ni. Tapi, disebabkan aku nak pi berjalan-jalan (cuti panjang tuu..) bulan Dec ni & aku plan nak combine Top Commentators Nov + Dec macam yang aku combine Aug + Sept + Oct. So, announcement nya selepas 31 DEC 2014. Tungguuuu...

Sunday, November 9, 2014

Maaf andai aku tak sempurna.

     Hehe..macam tajuk novel pulak kan. Ape aku buat 4 jam yang lepas? Nak tau? Tengok bawah ni..
     Ni lah hadiah yang bakal dipos kepada top commentators aku. Tu lah pasal aku kata maaf andai aku tak sempurna. Ni lah yang aku termampu. Tau kan ape ni? Hadiah ni merangkumi 3 bulan punya Lovely Readers ~ Aug-Sept-Oct. Bulan July dah dapat hadiah sebab masa tu buat Top Commentators Giveaway.
     Mereka yang komen total 180 komen ke atas akan dapat 2pcs barang ni. Total komen 90-179 pula akan dapat 1pc. Semuanya akan dapat FM yang aku tempah ritu (Nasib baik semua pompuan. Takkan nak bagi kat lelaki kan.) Refer SINI ~ Usaha menempah fridge magnet #2.
     So, jom tengok sape yang aku maksudkan?

Akif Imtiyaz ~ 268 komen.
Jari Manis ~ 260 komen.
FAMF-Tower ~ 243 komen.
Hikayat Seorang Budak ~ 228 komen.
Amy J ~ 220 komen.
Ros-reeza ~ 187 komen.
Mind Meld ~ 157 komen.
Maria Firdz ~ 145 komen.
Izzeyda Diary's ~ 145 komen.
Mila Hilas ~ 93 komen.

P/S:
- 10 nama di atas bolehlah bagi address. (jika belum pernah bagi) pada/sebelum Khamis, 27Nov 2014. Saya dapat pos Jumaat,28Nov tu je. Kalau lambat, saya tetap akan bagi..tapi, lambatlah. Takmo janji tarikh, ok:)
~> pm kat FB Nazeck Zenal.

- Lovely Readers yang pernah muncul satu kali di carta pun akan dapat hadiah. Tapi, tu kemudian sikit - tak sempat nak senaraikan kat sini.

Monday, November 3, 2014

Lovely Readers Oct/14.

     Baru balik kerja ni. Teringat pulak belum update senarai top commentator bulan lepas. Alhamdulillah masih ada yang sudi menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ni. Yang sedihnya ada 3 orang bloggers yang biasa bertandang ke blog aku (kalau x silap) dah tak menjengah lagi. Di mana silapnya? Mungkin cara penulisan aku membosankan atau tak menepati ciri-ciri yang mereka cari. Kalau macam tu aku tak kisah. Harap bukan sebab ada yang terasa atau berkecil hati dengan aku, sudah. Aku sudah beberapa kali berkunjung ke blog yang dimaksudkan tapi nampaknya tiada sebarang response positive. Apapun, aku mintak maaf andai ada silap aku kat mana2 sebab aku tak pernah purposely sindir atau mengata mana-mana bloggers selama aku menulis.
     Harapan aku, moga ukhuwwah yang terjalin berkekalan.
Related topics:
Lovely Readers Sept/14.

Wednesday, October 22, 2014

Usaha menempah fridge magnet #2.

     Ingat lagi x aku cite pasal aku nak tempah FM kat sini ~ Usaha menempah fridge magnet. Well, perkara ni x selesai lagi sebenarnye. Aku kan x reti design. So, the procedure is ~ u pay first, then u will get the artwork. Takpelah, kan. So aku akur. I was thinking depa akan give out at least 3 artworks for me to choose. But it was my mistake jugak because i didn't clarify. U guys see lah what has happened?
So, this is their final touch.
1 design je depa bagi.
Bila aku kata x berminat.... Please bagi lah design lain.
Dia x bagi pun...
     Dengan hati yang sedikit keciwa. Cewahhh..jiwang karat pulak kannn..Aku pun mencuba buat design sendiri. Below is the end result. Ini je yang termampu aku buat.
Design FM by Dr. Shikin @ Nazeck.
     Aku plan nak bagi FM ni pada top commentator aku starting bulan July,Aug Sept. Aku harap FM ni jadi seperti yang aku nak. Order 50pcs je dulu. Kalau puas hati, nanti nak order lain:)


Saturday, October 18, 2014

Usaha menempah fridge magnet.

     Aku tengah dalam usaha menempah FM (fridge magnet) ni. Ada je masa..aku terus balas2 email dengan syarikat yang buat FM ni. Quotation dah dapat untuk saiz & jumlah pieces yang aku nak. Tapi masalahnye, aku tak reti nak design & aku tak reti macam mana nak describe design yang aku nak. Actually dah lama aku survey pasal FM ni & tanya2 kat yang advertise tapi depa tak layan. Sibuk sangat kot? Ke banyak gila tempahan sampai riban2 sorang? So, bila aku tanya rege kalau tempah 50-100pcs depa tak layan. Tak faham aku..ermmm.
     Tapi takpe syarikat yang 1 ni bagus. Nampak dah well-developed tapi still layan aku. Cer tengok replies dari syarikat ni kat bawah.
Ni aku salah type... Mase tu ngantuk.
Pi tanya 500-100pcs gamaknye..
Saiz: besar kad kredit.
500pcs - RM1.28/pc.
1k pcs - RM0.88/pc.
Kalau....
50pcs - RM2.30/pc.
100pcs - RM1.70/pc.
Ni bila aku tanya macam mana dengan design?
Tapi, sampai la ni belum dapat design tu pulak. Ke kena bayar dulu baru depa tunjuk design? Sapa ada experience share lah ngan aku..:)

Wednesday, October 8, 2014

Lovely Readers September/14.

Salam semua,
     Semoga menjadi tatapan di hari Rabu nan indah. Aku tak dapat berkata panjang kerana banyak yang difikirkan especially tentang insiden semalam.
** Terima kasih yang tidak terhingga pada semua readers yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini. Tanpa kalian, tak mungkin aku akan terus aktif di alam maya ni. Terkadang rasa nak rehat dari blogging tapi rasa rindu pada kalian especially yang slalu bagi komen yang membina, mencuit hati, dll. Thanks for making me smile when I'm in sorrow. Thanks a thousand :)
Related topic:

Sunday, September 7, 2014

Feeling proud #2.

     Hehe..saje je nak abadikan momen2 indah ni kat blog aku. Rase ada lagi ni. Tapi mungkin tak perasan (ek eleh..perasan jer lebih Shikin ni kan?). Kalau sesapa yang aku dah lama tak jengah tu sowi tau. Aku pun cam blogger lain jugak sekarang suka 'komen pukal' [tiru ayat CT Humairah ni. Ahaksss..]. Sebab tak sempat kan nak terjah satu-satu - amik masa. So, kita datang bom lah. Get ready korang!!!!
Blog Akif Imtiyaz.
Blog Yun Sing.
Blog Rosreeza.
Blog Budak.
Blog Norniwanie.
Blog Sal Bee Yah.
Blog Jari Manis.
Blog Raudzah.

Friday, September 5, 2014

Pengebom blog.

Jom tengok siapa yang dimaksudkan. Jeng..jeng..jeng..

1. Kak JM (Jari Manis).
31/8/14 - 27 comments dari Kak JM.
 2. Kak Lya (Akif Imtiyaz).
5/9/14 - 37 comments dari Kak Lya.
3. Maria Firdz. 
5/9/14 - 23 comments dari Maria Firdz. 
Dorang ni kalau sekali bertandang, confirm termengah-mengah aku nak baca comments dorang. Hehe...tengoklah buktinya macam kat atas ni. So, apalagi, jom terjah blog dorang pulak. Just klik je images above, k:)

Lovely Readers August/14.

Sejuta kali sayang kat Top Commentators August untuk blog aku.
Keep in touch alwitz ya'.
Aku ada terfikir nak bagi cenderahati sikit tapi dah sebulan aku fikir takde idea apa nak hadiahkan kat korang. Insyaallah..kalau ada rezeki tu tak ke mana. Bagi yang tak tersenarai janganlah lepas ni takmo singgah blog aku pulak tau. Tanpa readers, siapalah bloggers picisan cam aku ni.
Ermmm...apsal saiz tak sama pulak ni.
P/S- Bukan niatku. Ni sebab tak pandai nak adjust.
Thanx a lotzzzz.. muah muah muah...

Saturday, August 2, 2014

Top Commentators July Nurashikin ZA a.k.a NAZECK.

     Berikut adalah rakan-rakan bloggers yang rajin singgah & komen kat blog aku yang tak seberapa ni. Harap ukhuwwah kita terus berkekalan sampai bila-bila. Thanx u olzzz. 


Bagi yang tak sempat claim duit raya ritu..
boleh refer SINI untuk cara claim 
(second chance :)
Yun Sing pun akan dapat hadiah comel.
Tapi, before 11.59mlm ni je tau. 
* Harap sudi terima hadiah yang tak seberapa ni.
* Yang lain akan jadi bloglist. Sorry tau x cukup budget nak bagi hadiah.

Jom sama-sama blogwalking kat blog dorang. 

1. ros_reeza (145)
2. Yun Sing (82)
3. nor nazliana (64)
4. Maria Firdz (60)
5. Farrah MF (48)
6. azman Arsad (46)
7. Amy J (44)
8. Syuhada Salleh (42)

Friday, July 25, 2014

Duit raya untuk kamu.

Salam.

Bersempena Syawal yang hampir tiba..
saya ingin memohon maaf andai ada yang terguris hati sepanjang berkenalan dengan saya di alam maya ni. Memang tiada sekelumit niat pun untuk menyakiti hati sesiapa sepanjang saya berblogging. Saya hanya seorang yang sempoi, tapi kadangkala saya agak serius dalam certain issues...which make some people feeling uneasy with me.. I guess. Harap tak simpan lama2 nanti jadi abscess kene I&D (incision & drainage). Haha.
Di kesempatan ni sebenarnya.. saya nak bagi duit raya kat bloggers yang tak jemu2 drop comments kat blog saya.
Jadi, Top 5 Lovely Readers yang beragama Islam seperti kat bawah ni boleh tuntut... hehe.. RM5 bagi setiap orang anak mereka sebagai duit raya dari saya.
Harap sudi terima.
*Boleh bagi nama anak2 (yang masih sekolah) kat ruang komen ye.
* Drop nama sebelum 6pagi esok.
*Then, wassap saya 017-3841198 bagi akaun no & nama bank & account holder name.
* Yang xde anak or anak dah abes sekolah menengah, bagi nama sendiri je :)
Love you, guys.

Wednesday, July 2, 2014

Feeling proud.

;) Rase bangga cikeeett bila nama ada dalam senarai blog lain.
Walaupun bukan nama aku sorang...
tapi aku tetap mngade-ngade nak buat 1 entri macam ni..
Buat memori aku jer pun..
Sebab aku ni seorang yang pelupa.

Blog Maria Firdz
Blog Nazliana
Blog Miss November
** Patutnye gambar aku kat bawah.
Malu pulak aku cam beza langit dengan bumi je ngan Fatin Liyana Asri.


Blog Santai - RDZ Z
Blog Mamaniza.com










Thanx pada semua.
Harap all bloggers sudi-sudilah drop comments kat blog aku
yang baru setawun jagung ni..
Tanpa korang, siapalah aku..
Luvssss,
- Shikin @ Cikin @ Nazeck -