Showing posts with label Nilai. Show all posts
Showing posts with label Nilai. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Contoh 'Tenancy Agreement'.

Salam semua,
     Ada sesape cari contoh tenancy agreement? Boleh je tengok contoh aku nyer ni. Aku dulu pun cari kat internet. Start je aku sewakan rumah tahun 2010 terus aku cari.
* ni lepas adjust ikut yang aku nak.
m/s 5/9
Agreement ni cover banyak aspect.
Please read all the details yang aku dah type tu.
m/s 6/9
m/s 7/9
m/s 8/9
     Korang, sekarang ni banyak kes .....
- orang sewa rumah lari tengah malam tak bayar sewa (jadi kat ayah aku & kejiranan aku)
- yang rosakkan harta benda penyewa sesuka hati
- yang bergaduh dengan jiran setaman..siap kene pulau pun buat dek (teruk tau sebab kaki gaduh)
- dan banyak lagi yang korang x jangka.
So, protect yourselves & your properties.

* Agreement ni aku buat ada 9 pages.
Yang selebihnya adalah butiran personal & details property + bayaran.

* Dah siap sain-menyain, bawa ke Lembaga Hasil nanti dorang cop Stamp Duty (kalau x salah). Bayaran depends pada jenis rumah + tempoh perjanjian. Cth aku nyer~ 2-sty terrace house, perjanjian 2 tahun..dalam RM60. Siap ni, dah kira legal so papehal boleh bawak court in case anything bad happened. 

Wednesday, August 13, 2014

Open House rumah sepupu.

     Alhamdulillah dah rasa sihat semula. So, apalagi..jom jalan raya. Actually ni open house rumah kakak sepupu aku, K.Inda. Kitorang berdua ni kalau jumpa tak habis2 asik cerita pasal klinik & hospital je.
     Open house start kol 3pm. Hajatnye nak datang awal konon nak menolong. Tapi, takdelah btau niat tu. Errmmm..alih-alih pukul 3.30pm baru sampai. Aku datang dengan adik aku & anak-anak. Mak & ayah naik kete lain. Sampai je biasalah mak-mak ni...ingat suap makan anak dulu baru perut sendiri.
Semua food k.Inda masak sendiri dengan bantuan
Cik Bibi, maksu kitorang.
Everything ada atas meja belah kanan tepi tangga.
Aku ni..xtaulah terhandle ke kalau nak buat open house kat rumah sendiri. Kalau nak order semua memang banyak pakai duit.
Sempat snap gambar from back je.
Tuan rumah yang bertudung merah - geram aku
tengok jubah gown die..cantiks.
Tapi, tak sempat tanye beli mane.
(Ek eleh..macamlah aku pandai pakai jubah kenn.)
Yang tudung purple mak aku.
Yang kat sink, Aliya..anak buah K.Inda & aku.
2 heroes mama.
Hero lagi sorang dok leka main kat luar rumah.
Die tu tak kira budak-budak mana tak kenal pun dia boleh buat kawan. Tak sama macam Adam Hadif.
Inilah nasi kerabu yang dimasak oleh orang Perak.
Same sedap tau macam Klate punye.
Tapi, puas cari bunga kantan kat Nilai memang takde.
Nasib baik yang jiran mak aku tanam ada sikit so dia bagi.
Ni kek birthday Faiq Najmi, anak ke-2 K.inda.
Anak kami masing-masing 3 orang.
Anak 1st dia dah 7tahun. Tapi anak 2nd & 3rd dia sama umur anak 1st & 2nd aku.
     Makin lama tetamu makin ramai sampai terpaksa makan kat porch. Alhamdulillah tercapai jugak hajat aku nak menolong time ni. Kena belajar-belajar jugak. Senang kalau nak buat open house sendiri :)

Friday, April 25, 2014

Tilam & katil baru.

     Tak lame lagi aku dah nak start sewakan balik rumah aku yang kat area Nilai.
Area ni memang hot beb. Bagi kengkawan yang memang plan nak beli properties, belilah kat sini. Memang untung sesangat. Aku letak je iklan kat pintu - 'Rumah Untuk Sewa'.. menderu2 mesej masuk inbox & whassap aku. Siap tanye, " Akak takde rumah lain nak sewakan ke? "
Kalau aku kayaaa...Hari-hari Hari Raya (tetibe aku ternyanyi lagu ni pulak kaan...).
Ya Allah, kau murahkanlah rezekiku..
     Kiri kanan rumah yang aku beli ni juga disewakan untuk students USIM muslimah - RM1000 sebulan. Katenye not furnished (budak2 ni lah yang kate...). Aku pun memang plan nak sewakan kat students jugak. Tapi, aku ni strict..memang aku dah pesan kat dorang. Rumah aku..macamane canteksss mase dorang masuk, aku nak kecantikan tu dikekalkan time dorang kluar. 1 bijik paku pun x boleh melekat kat dinding umah aku.  Semua tu dah tertype dalam Tenancy Agreement yang aku buat - dorang kene bace->faham->sain->aku matikan setem kat Lembaga Hasil Dalam Negeri. So, bende tu dah jadi legal.* Bayaran tu ade calculation - depends jenis bangunan & tempoh agreement. Yang dulu, kalau x salah aku kene RM60 (rumah teres 2 tingkat, bagi tempoh 2 tahun). Alhamdulillah, penyewa dulu memang jaga rumah aku tip-top. Payment sewa bulanan pun tip-top (kene bayar sebelum 7hb setiap bulan). Aku mintak dorang transfer je. Pastu aku checklah kat Maybank2U. #Thumbs up to Ketua Rumah - Najihah (dah lost phone no die. Baik & lemah-lembut orangnye.)

Haaa...ni baru nak masuk topic.....
     Actually nye, aku plan nak beli tilam jerrr..
Tapi, tetibe aku tersemangat lebey sudaaa. So, dengan katil skali aku hangkut dari Ban Siong Furniture & Electric. Located lepas traffic light, nampak Caltex belah kiri & Shell belah kanan. Berurusan dengan Auntie Chin (011-10873303). Aku taknak beli yang besi sebab tak cantik. Ehhh...aku ke yang nak duduk eh?
Ni gambar album :
Pul-out bed.
1 set = RM450.
Aku beli 2set x RM450 = RM900.
* Kalau single bed (pattern sama) - RM280.
Double-decker bed.
1 set = RM750.
Aku beli 3set x RM750 = RM2250.
Tilam Rebon Super Dream.
1 = RM380.
Beli 11 dapat diskaun RM190 sebijik.
Memang beza gile beb..
Inilah katil yang dah Berjaya dipasang.
ALHAMDULILLAH...Kualiti as promised.
Memang pueh hati sebab sejibik yang digambarkan.
Ada 2 jenis tilam yang best kat Ban Siong .
Yang RM250 & RM380.
Beli 11 - discount jadi RM150 & RM190.

So, total aku swipe = RM5520. Foooohhh...berpeluh jugak kan?
1. Katil - RM2250 + 900 + 280 = RM3430.
2. Tilam - RM2090

# Diharap entri aku ni dapat membantu those yang nak menyewakan rumah mereka.
Daaaaaaaa...:)

Wednesday, April 16, 2014

Jahit langsir di Jati Park, Nilai.

Semalam aku post pasal mesin jahit TOYOTA aku kan? Kowrang perasan tak?
Ni 2nd activity aku dengan mesin jahit yang sangat kusayang tu...

Di sepetang yang dah start hujan renyai2, ku tetap nekad berkunjung ke Nilai 3. Sini kire ‘syurga membeli-belah’ jugaklah. Kedai kat sini mostly jual :

1.       Barang wat hantaran kawen.
2.       Kain ela wat langsir.
3.       Kain ela wat baju kurung/melayu.etc.
4.       Carpet.
5.       Perabot jati.

Hajat aku hanya 1…membeli kain nak jait langsir. Plan asal – gi rumah sewa aku kat Jati Park, Nilai utk ukur tingkap. But x sempat, so terus straight jer menonong ke Nilai 3. Siap bawak langsir rumah aku yg kat  Taman Warisan Puteri buat contoh. Tapi, aku agak2 langsir rumah sewa aku tu saiznye kocik sket. Tapi, lantakler…nak cepat punye passal…sementara ‘askar2 kenit’ dlm kete tu Xmeragam.

Aku nampak je 1 kedai ni terus masuk (aku kan malas survey..). Budak kedai tu pun friendly nampaknye.. So, ON jelah. Hajat nak beli yg semeter RM10 ke bawah, tapi mostly kain nmpk cm x ok (berbulu). So, hamek jelah yg RM15/meter. “Akak nak kite jait ke?” “Takpelah dik, akak xsempat nak amek ukuran. Takde diskaun ke, dik?” “Kalau akak jait sendri, kite bagi RM12/meter. Akak nak brape meter?” “Akak xsurelah.” Die tolong kirekan untuk aku setelah aku bagi detail bilangan kepingan curtain yg aku perlukan – sumenye 29meter. Uuuiii banyak jugak. Ingatkan 20meter dah cukup.

 Lepas selesai gunting kain tu..Beli ni pulak :

1.       Cangkuk langsir (besi) –sekotak RM36 (die bagi RM30..dah mmg tu rege die aku rase..)

2.       Tape putih – yg nak jait bahagian atas langsir. (Segulung 100m RM38. Aku beli 25m je x60sen semester.)

3.       Benang – ermm..sejibik kedai jait pun xde kat Nilai 3. Katenye ade kat Taman Semarak (kat mane la pulak tu?)

Actually, aku dah lame tawar hati nak sewakan rumah ni. Sebulan aku ‘sedekah’ RM900 kat RHB sejak dari May 2013. Ade banyak bende nak repair…bende mudah2 je pun. Tapi, sume tu keje yang memerlukan kemahiran & tenaga lelaki. Apekan dayaku…

Alhamdulillah ade seseorang yg sudi menolong aku. Kalau die bace entri ni..aku nak die tau yang pertolongan die sangat besar maknanye dalam hidup aku. Dielah yang menolong & encourage aku untuk sewakan semula rumah tu sebab katenye rugi kalau aku jual. Tafsiran die & aku mungkin berbeza…tapi aku mmg IKHLAS nak die tau yang aku takkan lupekan JASA BAIK die sampai bile2. Thanx for CARING ..I do think this is the most suitable word for you.  After all..memang xde org yang penah tanye aku ape dah jadi pada rumah sewa tu..(Selama ni..memang aku menanggung segalanya sendiri..)

 Ni aku dah semangat balik. Siap datang every weekend jenguk umah. Siap tido sane last week (tak penah2nye tido sane sepanjang aku beli umah tu..). Tiap kali datang aku cuci umah.

And now, sampai semangat nak menjahit langsir pulak…

Kain untuk jait langsir

Bilik dapur

Dapur
Taraaaaaaaaa....Dah siap digantung.
Cantik tak?

Langsir yang dah siap pasang di 3 buah bilik kt tgkat atas.

Sunday, April 13, 2014

Burger Abang Burn, Nilai.


Ini adalah supper yang unhealthy...Sila jangan ikut, okey?
Ni adalah selepas penat berhempas-pulas mengemas rumah aku kat Nilai...dan aku dah hypoglycaemic tahap gaban. Estimated dextrostix adalah 2-3mmol/L.
Huh...kalau turun 1, alamat ke spital ye Tuan/Puan/Dato/Datin/Tan Sri etc. Heheh...

Kitorang menyinggah kat ???xsure name... Tapi nampak mcm Medan Selera. Aku xpk dah...asalkan aku dapat maqon. Dan disebabkan aku suke Western Food..aku ajak asben dok kat kedai Burger Abang Burn ni.

Kiri - Burger kambing asben.
(Yang bulat2 kat atas tu bukan sotong goreng tepung yee...tapi kentang)
Kanan - Burger ayam aku.
Rege boleh tahan...tak hengat pulak dalam RM8-10.
B.A.B kat tempat len xsure sedap ke tak... Yang ni? Ermmm...xsedap sgt la babe. X koww.
Mmg xboleh lawan BurgerBytes Senawang. Ececeh...rase mcm nak gi ler pulak. Tibe2 terkecur ayaq lioq ni. Tahan...tahaaaannn...
Takpelah...asal kenyang dah kire baik kan? Rezekiiii...
# Alhamdulillah.