Sunday, November 22, 2015

Cadar Ben 10.

Dulu aku pernah cerita pasal aku jahit langsir rumah aku & rumah yang aku sewakan kat ~
Langsir Raya 2015 - in process.
Jahit langsir di Jati Park, Nilai.

Masa tu plan nak jahit cadar jugak cuma takde masa.

Baru ni pergi Nagoya Textiles and beli kain cotton gambar kartun Ben 10. Harga = RM12.80 semeter. Bidang kain = 60".
Kalau nak jahit cadar, korang dah tak perlu nak ukur panjang cadar. Memadai ukur lebar je. Macam sekarang, aku nak jahit 2 cadar untuk katil single anak-anak aku beserta sarung bantal sedondon. So, 4.5m kain memang lebih dari cukup.

Siap gunting ( lurus je..).
Nak jahit tepi pulak.
Hasil jahitan. Alamak, mana sarung bantal Ben 10?
Actually aku x jadi jahit dengan kain kartun ni.
Aku plan nak keluar cari kain warna hijau plain pulak.

Saturday, November 21, 2015

Foot fracture.

Any patient yang mengalami kemalangan (motorvehicle accident@MVA, sports injury, workplace injury, etc) tak semestinya perlu melakukan XRay.

Bila 'wajib' buat XRay?
- Bila suspek ada crack (retak) / fracture (patah).

Apa yang boleh dilihat dalam Xray untuk kes macam ni?
- Untuk kes sebegini, kita boleh tengok tulang (Kalau tisu luka kita tak boleh lihat dalam XRay).

Kenapa para doktor selalu refuse /menolak apabila pesakit request buat XRay?
- Tiada indikasi.
  (Jika doktor suspek kes terseliuh, tak perlu buat XRay).
- Sinaran radiasi XRay adalah salah satu penyebab kanser.

Okey, faham ye semua?
Jom teliti gambar kat bawah ni samada ada berlaku fracture atau tidak..

Atas : AP view XRay Lt foot.
Bawah : Lateral view XRay Lt foot.
Nak buat diagnosis ni bukan setakat tengok filem XRay je boleh terus buat diagnosis. Kena relate dengan symptoms & signs yang ada pada pesakit terlebih dahulu, k. (Banyak lagi perkara lain yang perlu diketahui sebenarnya. So, jangan marah bila doktor banyak tanya soalan kerana doktor sedang berusaha membantu anda).

Untuk kes ni:
Pesakit mengadu sakit di bahagian ibu jari, jari kedua & jari ketiga kaki kiri.
Walaubagaimanapun kene clarify kawasan mana yang paling rasa sakit 
-> jari ke2 paling sakit + bengkak + tak boleh gerak.

So, dah tau kan tulang mana yang patah?

Untuk buat diagnosis pulak, kena tahu nama tulang terlibat.


Full diagnosis -> Closed undisplaced fracture proximal phalanx of 2nd toe left foot.

Friday, November 20, 2015

MALUS AMPHEX in Lahad Datu /2015.

Gambar kiriman dari suami nun jauh di perantauan Sabah & Sarawak..
.... Buat pengubat rindu di hati.





Semoga Allah cekalkan hatimu, sayang.

Thalassaemia screening - Part2.

Soalan dari rakan blogger, Siti Zulaikha:If Hb & MCH normal, but MCV low..Is it considered TRO Thalassaemia?
Thanx pada SZ sebab sudi berkunjung ke sini :)
Aku akan cuba menjawab soalan SZ sebaik mungkin. Please proceed below ...

Untuk memahami penerangan aku, better korang baca jugak 3 tajuk yang aku pernah up kan sebelum ni, so that takdelah korang kompius sangat.
2. Apa itu thalassaemia?
3. Anaemia

Dan lagi ... korang kena tau sel darah apa yang terlibat. Sila fokus pada sel darah merah sahaja.

Ini adalah gambarajah sel-sel darah yang melalui pembuluh darah (blood vessel).
*Sel-sel darah -> Red blood cell (RBC), White blood cell (WBC) & Platelet (Plt).
 Bawah ni pulak adalah gambarajah sel darah merah yang dah dibesarkan.
Warna merah -> Sel darah merah @ Red blood cell (RBC) @ erythrocytes.
* Sel darah merah berbentuk donat, cuma tiada lubang macam kuih tu :)
* Setiap sel darah merah mengandungi haemoglobin (Hb).
Dalam kotak -> Haemoglobin.
Warna biru -> Molekul oksigen (O2).
Fungsi Hb -> Mengikat molekul oksigen & mengangkutnya ke seluruh badan.
Ini penerangan ringkas berkenaan MCV, MCH & MCHC.

MCV, mean corpuscular volume = purata saiz sel darah merah.
- Kalau MCV low, meaning RBC tu small (called microcytes).
- Makin kecil sel darah merah, maka makin kurang hemoglobin (Hb) yang boleh fits dalam setiap sel. Maka, makin kurang O2 yang diangkut ke sel-sel dalam badan.

MCH, mean corpuscular hemoglobin = purata hemoglobin mass dalam setiap RBC (sel darah merah).

MCHC, mean corpuscular hemoglobin concentration. Kalau MCHC low maknanya RBC tu hypochromic @ paler than usual.

JAWAPAN:
- Biasanya kalau MCV low, MCH & MCHC akan turut low.
- Kalau Hb normal, tapi MCV low -> tetap ada kemungkinan pesakit mengalami thalassaemia minor/ trait.
- Plan seterusnya bergantung pada sejarah penyakit & pemeriksaan fizikal juga.
- Kalau MCV tak terlalu rendah, tak salah jika repeat FBC terlebih dahulu sebelum proceed to the next test such as FBP, Hb Analysis & DNA Analysis.
- Klinik atau hospital kerajaan hanya melakukan setiap ujian darah bergantung indikasi.
- Jika pesakit tiada masalah kewangan, secara personal saya syorkan anda straight away do all the other tests so that u all are able to get  early diagnosis.