Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, February 27, 2015

Trip to Cameron Highland.

Percutian keluarga di Cameron Highlands.
Bersempena Cuti Chinese New Year.
* Berjam-jam nak update entri ni sebab WIFI YES aku macam siput pulang petang di pukul 2-4.30pagi.

Jumaat, 18/2/2015.
11malam.
Bertolak dari rumah kat Seremban - EMS sebagai pak supir. Berhenti rehat kat R&R Rawang - konon sekejap, rupenye membuta sampai Subuh. Alang-alang terus Solat Subuh ikut turn sebab anak tido lagi dalam kete.

Sabtu, 19/2/2015.
7pagi.
Aku sambung drive (PLUS Highway) & exit Tol Simpang Pulai. Trafik berjalan lancar walaupun kereta banyak jugaklah. Lepas tu lalu jalan naik bukit & berselekoh-selekoh. Dalam halfway aku rasa cam tak larat dah so mintak EMS continue drive - lalu Tringkap, then Brinchang. Destinasi ke puncak di Brinchang tercapai. Hoyehh ....

Tempat dilawati -
1. Strawberry Souvenir Centre.
Atas - Pintu masuk.
Bawah kiri - Bermacam-macam pokok bunga yang cantik & menawan hati.
Aku tak beli sebab tak terjaga - nanti mati pulak pokok tu.
Bawah kanan -  Abe bergambar depan rak coklat, jem, teh dll. Sempat grab 1 coklat strawberi je.
2. Taman Rama-Rama / Butterfly Farm
Parking sangat terhad. Biasalah kat Cameron memang kawasannya sempit. Nasib baik EMS dapat parking depan kedai (kereta silver belah kiri tu kete aku). Aku keluar dengan Abe & Ajik. Iri tido dengan pak supir dalam kete. 
1. Ticket Counter - Bayaran ..
Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2.
Pintu masuk - ada anak tangga tinggi menurun ke bawah.
2 & 3. Depan kedai :
Aneka jenis kaktus - comel2, eeeee geram tengok.
Bunga (taktau nama) -  ni real tau, bukan plastik.
4. 'Kaktus gemuk' - bak kata Abe.
Bergambar dalam taman / farm.
1. Bunga kekwa yang kembang mekar - sooo colourful.
2. Masuk dalam sangkar rama-rama.
Banyak betul rama-rama berterbangan - cer perati betul2.
AMARAN - Tak boleh tangkap. Tapi, ada je yang buat ni :(
3. Rama-rama semua cantik & jinak-jinak. 'Tak lari' eventhough kita snap pic dekat2.
4. Juga ada macam-macam haiwan & serangga lain dalam kurungan kaca. Cth: - Spider, beetle, mengkarung, ular, landak dll. Suggested place to visit untuk anak-anak yang sukakan flora & fauna.

3. Green Farm

Terletak opposite to Butterfly Farm.
Aku tak nampak pulak farm nye kat mane. Huhu.
Ada pokok-pokok dalam pasu - tapi tak begitu menarik.

Bahagian ni je yang nampak menarik.
Suka sangat si Abe & Ajik. Siap tanya nama pokok setiap satu - erkkk...macamlah mama tau. Yang paling mencuit hati dia - " Ada cili gemuklah, mama. " Pastu die gelak-gelak sebab suka.
Aku tak sempat snap pic sebab awasi anak-anak.
Kedai ni cam tak berapa selamat sebab kalau anak jatuh kat tangga boleh tergolek terus ke jalanraya. 

4. Sorry sangat aku tak ingat name tempat ni.
(Puas Google pun tak jumpa. Ada sesape tau tak?)
Tempat ni penuh dengan bunga2 yang cantik. Sekali lagi nak kena jawab soklan bertubi2 Abe & Ajik. Hehehe.


Yang tak bestnya, toke kedai pi letak mainan token ni. Anak aku tak kesah tak masukkan token, tapi masalahnya dorang asik turun-naik benda tu - aku risaulah ada apa2 injury karang. Huhu.
Nampak nor kebuluran. Ada small bakery dalam kedai.
Gambar last - Nampak tak sebalik jaring tu ada apa? Ada mak & anak-anak itik plastik tengah berenang2 dalam air. Langsung takmo tengok benda lain dok leka mengadap sang itik ;p

5. Kedai souvenir.
(Sebelah kedai no.4)
Penuh pilihan souvenir yang menarik kat sini.
' Aksi ngangkung ' Hehehe...
Macam biasa, mama akan beli anak patung je sebab tahan lama - Angry Birds merah & biru, plus Minion.
Kalau beli mainan lain memang cepat rosak - tak sempat 24jam.
Careful bawak anak-anak sebab banyak barang 'fragile' dalam ni.
Harga dapat 'less'.

6. Hasil tuaian shopping.
Dibeli dari - Night Market/ Pasar Malam di Brinchang , Kedai tepi jalan OTW menurun balik jalan selekoh2.
Night Market :
Sempat beli keychain2 yang comel untuk rakan bloggers - tak sure lagi nak buat GA/Segmen dll.
Fridge magnet banyak tapi kalau beli, nanti kantoi pulak bila guna rate pos biasa (ada yang tak faham ke :p ?)
Tak lupe T-shirt putih (sesuai dipakai time2 panas ni).
T Kanak2 Saiz S & M - RM5, Saiz L & XL - RM8.
T Dewasa - putih  RM10, berwarna RM18 (kalo xsilap).

Kedai hasil rotan & buluh (tepi jalan menurun balik) :
Macam2 ada - nyiru, bakul, bangku, rak bertingkat, alat muzik, perhiasan dll. Made by Orang Asli.
Aku beli 3 pistol kayu - RM10/pc untuk 3 anok jate.
# My new buchuk - Bantal bear pakai topi stoberi.
1 for me, another 1 for someone - sape ea? Tengahari nanti aku akan poskan kat sorang akak blogger tu :)
# Baju tido hitam corak stoberi x6 pasang untuk anak + anak buah.
(Cth baju - macam yang Iri pakai tu).
Sekian sahaja entri kali ni. Ni kali ke-3 aku ke CH. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat sini tapi aku sorang memang tak sempat bawak anak2 (kekangan masa & tenaga).

Tiba masa aku drive balik. Highway jem gila. Aku stop kat R&R Tapah untuk mandikan anak-anak dan makan kat Restoran Pak Tam.

Then, stop kat R&R ? (amnesia pulak) untuk solat Jamak Ta'khir Asar&Zuhur. Then, makan kat KFC.
Entri perjalanan pulang kat SINI.

Sunday, February 22, 2015

Lethargy.

4.50ptg.

Rasa lama sangat x bersiaran. Pegi Cameron Highland dengan anak-anak ni. Cerita pergi xde. Tup..tup cerita balik.

Kat R&R Seremban - solat jap & betulkan urat2 yang dah bersimpul. Imagine aku yang tak pernah drive lebih dari 300km..drive jugak (Aku rase x pernah. Sebelum ni time drive jauh aku selalu tukar2 drive ngan adik laki aku,Safwan).

Mane x penat. Korang tengok trafik kat bawah ni.
Laju ni je aku mampu drive dari lepas Exit Simpang Pulai - 40km/j.
Muka menahan perasaan. Sila abaikan serobong asap. Hehehe..
Buat muka cam takde pape. Padahal aku dah nausea & headache sekarang ni.
Drive sambil peluk bantal bear baru.
" Boys, don't you dare hug my new buchuk :D "
Masing-masing mama dah belikan patung Angry biru+merah & Minion.
** Best lah lama2 kat Cameron. Keadaan sejuk buat muka jadi halus. Verangan sat dapat baby face. Lepas ni xdapat dah :(

Saturday, February 14, 2015

Farm In The City, Seri Kembangan.

7/2/14, Sabtu.
Outings mak-mak.
Aku with 3 Adams & my friend, Dr. Maslina dengan anak dia Akif.
Anak-anak aku get along well with Akif.

Colleague aku kerja extended hours rini - habis kol 12.30tgh/hari (Most kawan aku buat EH ni sebab masyuk. Aku je x buat sebab aku pemalas. Mak aku siap kompius ada rupanya doctor keje ri Sabtu). Lepas keje, kawan aku balik sat rumah dia kat Sendayan. Lepas tu dia datang rumah mak aku & parking kete kat umah mak.

2.30ptg - bertolak.
Kitorang pi 1 kete je. Aku drive ala-ala pro. Taktau kawan aku takut tak die senyap je sebab aku bawak kete memang gile sikit. Memang aku taktau jalan, so Maslina tukang WAZE. Kete yang banyak & anak-anak aku yang memang tak pernah tak keruan dok dalam kete memang boleh buat aku lost kat jalan kalau aku sensorang yang drive. Si Abe pandai cakap kat Ajik, "Ajik, behave ..behave ..!" Padahal dia pun 2x5.

Lebihkurang 4.00ptg kot - kitorang sampai.
Alhamdulillah senang je jalannya. Bayaran masuk dengan MyKad - Dewasa RM30, Kanak-kanak RM25. As usual, bawah 90cm FOC. 
Bebudak ni memang enjoy sangat kat FITC ni. Lagi seronok sebab aku tak pegang tangan dorang cam selalu - let them free, menikmati keindahan flora & fauna kat situ. Surprisingly memang dorang kind of behave jugaklah, tak buat hal macam masa jalan kat mall. They appreciate being here - maybe because they like this place more.
Kat sini ada banyak kura-kura - kecik & besar.
Kanan atas - Mama & 3 Adams sume try feed itik dalam pond tu tapi itik2 tu takmo.
# Feeling rejected.
- Iri memang berani get closer to the tortoise. Die nak feed kura-kura dengan kangkung like abang2 buat.
Tapi, once kura-kura tu nganga & nampak gigi tajam, terus Iri terlompat backward.
# Kura-kura yang pasrah disumbat kangkung.
Kiri atas - Kurungan kaca tempat ulau belingkau.
Siap bersalin kulit, tinggal badan warna putih.
Uwekkk...
Kanan atas (1) - Iri boleh pulak tengok ular sawa gemok tu. Uwekk lagi..aku memang cepat-cepat je jalan sebab seriau. Mana kat atas kepala pun penuh ular sawa gemok jugak. Biarpun dalam tempat kaca, aku tetap takooootttt...
Kanan atas (2) - Chicken. Aku angkat sekoq sebab Akif nak tengok. Tapi, Akif geram kot sampai dia picit nye anak ayam tu. Mati pulak sicomel ni karang. Hehe..
Bawah (dari kiri) -
- Dok sibuk bagi makan ikan koi. Meremut ikan tu dalam kolam. Tak cukup sorang 1 bekas, pi ambik lagi sendiri.
- Tangkap anak ikan kat terusan kecil. Tangguk disediakan. Bukan main seronok. Yang aku takut depa ni yang terjunam dalam tu. Puas pulak nak panggil pasukan penyelamat :D
- Feeding guinea pig & rabbits. Jinak2 binatang ni, dia x lari pun. Mai dekat lagi adalahh..

Jangan gelak tau !
Yang ni digelar INCUBATOR.
Sebab ape? Sebab baby animals are placed here.
Ada worker yang take care kat depa.
Kiri (dari atas) :-
- Dok takjub tengok landak (porcupine), besar bagak. Besar dari Iri tau.
- Tengok Si Kancil.
- Merak (peacock) pun ada dalam ni. Cantik sangat feather die.
Kanan (dari atas) :-
- Burung hantu (owl) dalam sangkar.
- Ayam ape tah ..rasenye bukan ayam belanda.
- Kuda : Erghhh kat sini busok memang taktahan bau dia.
Bawah (dari kiri) -
- Mama & telur ostrich.
Tak lepas mata pekerja tu tengok anak aku dok usik telur ostrich.
- Cantik kan laluan yang Iri lalu ni.
- Peacock ni hadang pintu sangkar. Takut nak keluar.
Tangkap buat gulai karang baru tau.
Kanan -
- Tangga keluar-masuk. Iri dipimpin Umi.
* Anak-anak aku panggil colleague aku Umi.
- Bergambar kat kereta antik.
Kiri atas - Semua dah get ready nak balik. Puas dah tengok haiwan. Semua pegang sijil sorang satu.
Bagi aku bayaran berbaloi dengan kegembiraan yang anak aku lalui. Memang nampak keriangan tu terpancar kat mata dorang - glowing from their eyes tell me so. Me too feeling so happy. Sebelum balik sempat beli fridge magnet, patung owlie & patung mama+baby tortoise. Well, ni mama yang lelebih kalau tang anak patung sebab masa kecik tak dapat sume ni.

Perut dah lapar. Solat pun belum lagi. So, jom pi The Mines pulak!

Closing time - kalau tak salah 6.00ptg.

Sunday, January 25, 2015

Celebrate birthday @ TCRS, Seremban Prima.

14 Jan 1983 2015.
The Chicken Rice Shop.
Seremban Prima.

Great moments together.
Will show you once u grown up.

Seremban Prima - front view.
Lokasi menghadap Stesen Keretapi/Komuter Seremban.
Parking sini boleh guna Touch & Go.
* Kalau AEON Seremban 2 - takde Touch & Go.

Photographer - Adam hadif a.k.a Abe.
Pijamas kelabu - Abe.
Pijamas merah - Ajik.

Thanx for the Birthday wishes:)
Thanx HSB buat greetings ni kat akak:)
Related topic:

Saturday, September 6, 2014

Semua depa nak try.

2 hari berbeza.
Tapi, tempat yang sama - Seremban Prima.
Cer tengok, seronok kemain.
Kebanyakkan permainan ni just need 2 tokens.
2 tokens = RM1.
8/6/2014
Mama, Papa, Abe, Ajik, Iri.
Naik sesame bertiga.
Papa observe dari tepi je.
"Mama..mama, ni kapal Kapten Hook."
* Abe mase kecik bukan main takut naik benda alah ni
sebab dia kan bergegar.
4/9/2014
Mama & 2 Adams.
Sebaik Mama balik dari kerja.
"Mama, jom kita makan kat Chicken Rice Shop."
"Betul ke ni? Tapi kita pegi beli barang dulu lah."
"Olrite."
*Aku Tanya ni sebab anak aku tu bukan kuat makan. Teringin je lebih.
* Lepas tu nampak pulak mainan ni lagi skali.
Habis semua depa nak try. Pokailah mama macam ni.
Tengoklah deretan mainan ni.
Semua nak dicuba dek 2 beradik ni.
Ni yang terenterframe je..actually ada banyak lagi.

Tuesday, August 19, 2014

Search keywords.

     Tiap blog ada keunikannya yang tersendiri. Mungkin blog aku pun ada keunikan kot. Hehe. Sebab ramai dok search macam-macam jugak kat sini.
     Jom skodeng apa yang readers search kat sini.

Okey kalau korang perasan, aku ada 'Labels' yang panjang berjela kat sidebar. So, boleh klik:
1. Amway - untuk pencuci lantai, deodorant, pressure cooker.
2. Skin Care - untuk oxygen cell Nina skincare. 
3. Pos Laju - untuk cara pos barang, mana nak dapat kertas minyak.

Yang aku kotakkan hijau tu sume yang ada kat blog aku.
Cuma yang kotak purple tu aku takde post pun xD

Wednesday, December 11, 2013

Mc Donald baru...

Just recently ...mase kitorang otw masuk tol PLUS arah KL...baru kitorang terperasan wujudnya Mc Donald kat left side jalan. Bila mase pulak bangunan ni timbul ek? Memanglah McD kat memane pon same, kan? Name pon franchise. Tapi cun jugak ,kan? Suami ajak tukar angin makan kat sini...kite follow je mane driver nak bawak.
Ni adelah muka orang baru balik keje....berkunjung ke McD...bersama keluarga terchenta.

Ni merupakan malam last kitorang makan bersama sebelum asben bertolak ke Sabah. Patutnya rini aku keje malam, tapi aku tukar dengan Dr. Nadira.

Parking kat sini terhad. Tak mcm kt McD @ Waterfront, PD - banyak. Kereta yg drive-thru pun byk. Tp, mase aku gi tu oklah, dapat jugak parking wpun sempit sgt. Asben aku mmg pro kalau parking tmpt sesempit. Aku? mmg tak lah.. Baik aku cari tmpt mkn laen. Hehe.. 

Saturday, November 30, 2013

Nasi Arab Damsyik

Ermmm...asik makan luar je. Nampak sangat aku ni 'rajin sangat masak'.
Bukan ape..tekak ni macam-macam teringin nak makan. Itu nak..ini nak. Macam orang mengandung yang tengah mengidam pulak ek.
Okey Shikin...jangan membebel panjang ye...
Straight to the point...
Actually nak share je pada sesape yang suke makan ala2 arab boleh datang sini.
Restoran Nasi Arab Damsyik...
Restoran ni dah makin besar dari sehari ke sehari.
Kalau malam2 memang cantik sangat dengan lampu-lampu yang colourful sekelilingnya. Siap ada pokok2 kurma yang ditanam...nampak cam pokok real. Real ke? Nak kene tanye tuan kedai ni. Heheh..
Kitorang makan kat luar. Kalau kat dalam makan secara bersila (x kesah lah nak bersimpuh ker kan..). Nasib baik kitorang keluar rumah cepat2 lepas maghrib. Tak lama lepas kitorang sampai...customer lain pulak beramai2 datang. Kereta2 memang bersusun-susun lah kat tepi jalan. Disebabkan kitorang among customer yag terawal...dapatlah parking paling dekat..
Harga food kat sini pun kire average jugak aku rase ngan kedai2 lain yang seumpamanya. Kitorang order 2 set nasi arab je & sejag air... Shai (x hegat spelling.. Ni air teh letak daun pudina. Cold ade..hot pon ade. Aku suke air ni..best) . Haziq (anak second aku) makan sikit pulak nasi arab ni. Kenyang kot. Tapi mmg betul pun...makan sikit dah kenyang. X habis pun.
Okey kowrang...selamat mencuba!

Wednesday, November 13, 2013

Sukand's Food STATI0N

Kalau you ols come to PD...dont forget singgah kat Sukand tau. Food kat sini memang sedap2 belaka. Harga pon reasonable. Customer memang sentiasa ramai je kat sini. And service not bad lah...cepat, mesra pelanggan. Worker pon ramai. Kedai ni open...located dalam pekan PD dekat dengan roundabout. Hari biasa not sure pulak open till what time. Tapi on Friday.. 1 pm dah tutup.


Ni kaunter air. Kaunter food len pulak.
Eventho crowded..tp tempat ni teratur..

Aku ni jarang lunch. Tapi, kalau keluar makan aku lebih suka datang sini. Sekarang husband aku pon slalu datang sini. Food kat sini memang menepati selera kitorang kot....

Antara food yang kitorang suka order :-
1. Nasi ayam - biasa/black pepper/ mushroom
2. Bubur nasi... (kalau compare dengan yg kat Pappa Rich yang mahal tu..yang ni lagi sedap gilerr)
3. Mee sup (ada fishball, fishcake, crab stick, sayur, ayam dll)
4. Bakso (ni i try rase Dr. Alina nyer..ermm mg sodap. Lenkali nak belilah..)

Biase suke minum air barli..buat sejuk badan. Tapi,sekarang asik order air kelapa laut longan. Tadi pulak try sirap bandung.


My fevret : Air kelapa laut longan (kiri). Bawah tu rasa cam jelly2.
Sirap bandung pon sodap..(combination dengan susu sejat & gula melaka)


Lepas ni dah tak dapat kluar lunch dengan asben.
Is wearing Bush Jacket - LO (Liason Officer) komandan hari ni. 
 

Tuesday, November 5, 2013

At BurgerBytes, Senawang.

Saturday, 2/11/13.
9.00pm.
     Kami berempat beranak ronda2 ....riki tempat makan. Abe dah tido, so kitorang tinggalkan die ngan mak. Perut masing2 dh berkeroncong ni. Pusing2 kat Taipan, Senawang cam x best je. Cik asben ni ajak makan sate...ermmm x selera plk rasenyer. Dah slalu sangat makan sate. So, kitorang ronda2 kat Avenue, S2 pulak. Mmg byk tempat makan sane..tp mostly restoran Cina. Bistro byk jgk..Tapi x penah seumur hidup aku jejak kaki kat Bistro...macam x seswai jerr. Huh..nak cari tempat makan pon susah...So, kitorang pusing balik kat Senawang. Jumpelah BurgerBytes ni....nearby dengan restoran Nasi Arab Damsyik.  Food kat sini ok jgk lah..- ade burger · pizza · pasta.
Address:
No 33, Lorong Kekwa 11/3,
Taman Guru Melayu Senawang,
70450 Seremban, NSDK.
Hp: 012-9788830
     Kedai skrg mmg kene order kat kaunter ek? Aku xtau pulak....sbb x penah experience camni.
     Tapi, of course lg senang coz x yah nak tunggu lame utk waiter amek ode.
Tuan kedai pon senang..customer order, terus bayar. Takde kes orang lari lepas maqon (Eh..ade ker? Bukan aku ler..Tak baik wat cenggitu tau). 
Patty yang mengeyangkan. Kalau rase2 x kuat makan...baik share.





     Aku order Patty (beef). Macam x kenyang je bila tengok cume 2 ketul daging & sedikit sayur dalam hot plate tu. 
Lapar sangat ni..Makan x tengok kiri kanan dah.
     Startlah makan..ngan budak bulat ni...adusss baru makan 1/2 je patty tu tapi dah x larat nak abeskan. Cik asben order grilled chicken burger (plus chicken ham)...xde pic sbb mase tu phone dah habis bateri. 
Ermmmm burger die lagi best...plus mayonaisse die sedap sangat (seswai sgt dgn aku yang high kolesterol ni). Mmg wajib habiskan... sbb so yummy.
This boy sape2 pun akan cakap, "Like father, Like son".
     Balik tu..kitorang round2 kat Taman AST pulak. Gedik betul asben aku ni. Kowrang tau x Taman AST tu tmpat ape? Tempat langgan bapuk! Bapak ayam bersepah2 kat luar2 kedai. Hisshhhh takut aku. Die pulak saje bawak slow2...Sampai bapuk2 kat situ usha die balik..Dorang cam nak datang dah. Hah..hambek ko. Nasib baik tak kene terkam. (kalau kene terkam..aku tinggal je die kat situ. Haha...). Dulu pon mase xde anak di bawak aku round tgk bapuk. Aku ikut je.. Tapi, uwekkkk..x selera aku." Dahlah..jom balik ! Boleh mati selera I , ok! "

      Pastu round jap kat Pekan Seremban. Bawak Haziq tgk lampu2. Die mmg suke sangat...budak2 mmg camtu kan? Stop jap kat Dataran Seremban tu. Ramai jgk budak2 muda berpeleseran. Anak2 dara yg mcm budak sekolah pon ade. Hisshhh...kowrang ni x reti balik rumah ke dah malam2 ni? Mase tu dah pukul 11pm tau..dok melepak lagi kat luar.
Asben beli air jap..hilangkan dahaga. 
Die mmg camtu...pegi mane2 ntah brape kali beli air je kejenye. 
Dah penat...kitorang pon balik...coz esok nak jalan2 lagi. Kene charge battery dulu..

************                         ********                     ************

Gambar ni aku baru edit.
This is burger that we ordered on 2nd visit.
(But I think this 1 is different from the 1st one).