Monday, June 30, 2014

KeEp in tOucH :)

;) Selamat malam to all readers.
 
Actually, aku baru je balik dari Unit Kecemasan HTJS.
Aku jage adik lelaki aku kat Yellow Zone dari pukul 3.30pm tadi sampai kol 9.30pm ni baru sampai rumah. Alhamdulillah adik aku dah masuk wad - harap die akan baik macam biasa lepas ni.
 
Tapi, cam hampeh je dok kat ED tu - sebab xde coverage langsung.
So, xdelah aku nak bertenet tadi.
 
Nampak tak nii?
Aku pon buat macam bloggers lain sebab senang aku nak blogwalking kalau u olzzz tinggalkan jejak.
 
Terletak kat FOOTER.
 
Please isi ea u olzzz.
Please..please..pleasseee...
 

Internet - wifi YES.

Macam-macam internet plan aku pernah pakai. Antaranya:
Streamyx (2009).
Celcom Broadband (2010-2013).
Maxis Wireless Broadband (2014).
 Maxis data plan kat hp pun ade.

Kerap tukar2 tu sebab ada masalah coverage.
Kawasan rumah aku tu taman baru. That's why internet problematic lorr.

Now, aku decide nak ON Streamyx [Klik SINI] balik.
1. Tu memang xde parking dah. Aku parking je tepi jalan seperti yang diarahkan pakcik TM.
Opposite jalan adalah A&W dan Lake Garden.
2. Ini dia booth TM Streamyx which is located betul2 kat simpang jalan yang ada traffic light.
3. Pakej Streamyx that was offered.
4. Sessi tandatangan...
 Selesai sign > tunggu call dari TM.
Petang tu TM call kate card slot ke hape name die dah full kalau area rumah aku.
Dia btau aku kena tunggu sebulan.
Hohh...macamane aku nak blog? Sob..sob..sob..

Next day, 
Aku tanye Dr. Hasry (kitorang  tinggal sama taman). Katenye coverage YES [Klik SINI] ok kat situ. Laju jugak..except time hujan.
* Unifi & P1wmax xde lagi area taman aku.

1. Wireless mouse Logitech RM58
(warranty 1 tahun),
USB Hub RM23.
Huhu....dah bertahun nak beli, baru sekarang mendapat.
2. Ready to use :)
3. YES - Unlimited Internet Plan (wifi).
4. YES - in the box.
5. YES modem - just plug-in & ready for use.
Bayaran - Postpaid RM79 sebulan.
Kontrak 2 tahun.
(Aku bayar secara standing instructions x 2 years, dapatlah redeem RM5.
So, jadi RM74 sebulan.)
** Pakai x pakai, memang wajib bayar. So, kire setel lah camni.

Lagi hadiah blog.

;) Ni kali ke-2 & ke-3 aku dapat hadiah dari GA. Aku ni memang excited bab join GA. Tapi, aku join yang mudah2 je. Kalau banyak sangat nak kene klik...tangan aku cam weakness gitu. Power 3/5 (ni cara doctor assess muscle power. Hehe..) Buat kompius je kan..
Antara luck aku..
Tu nama aku ye.. http://drshikinzainal.blogspot.com
Katenye 1 hadiah..
Tapi, dapat 2 skali..best sangat.
Glow-in-the-dark Owlie
& Keychain Tadarus Al-Quran
Matriks Pulau Pinang.
Hadiah - DIY Brooch.
Thanx Rietta, & Syira (sponsor - Eymasu Craft)
Tak sangka menang :)

Sunday, June 29, 2014

AOR Discharge.

;) Sape yang ade pengalaman AOR Discharge mesti tau ni.
 
Dalam field selain medical ada tak guna short form AOR ni?
 
Di pihak Kesihatan..
AOR = At own risk.
Means , discaj dengan risiko sendiri.
 
Sebagaimana yang u olzzz sedia maklum, our job deal with people's life.
Tersilap langkah buruk padahnya..takut kalau sampai melibatkan kematian.
Memang segala-galanya berisiko...
Jadi, secara professional kami kene document segala yang dikhuatiri akan mendatangkan risiko di kemudian hari..
Everything mesti ada black&white.
Dan, pesakit sendiri diminta tulis & t/tangan sebab-sebab dia takmo follow plan doctor.
(This is also considered as formality)
 
Perkara sebegini slalu berlaku tanpa diduga.
Walaupun secara terang-terangan hal pesakit mati kerana salah mereka sendiri yang tidak mahu mendapatkan rawatan seperti yang dinasihati doctor sebelum tu...
Tapi, tatkala pesakit mati..
Kaum keluarga pula yang buat complaint hingga ke peringkat Kementerian.
Aku sendiri dah beberapa kali melalui situasi begini.
Hadiri meeting berkaitan mortality (kematian pesakit) ...
di mana everything akan dicungkil hingga ke lubang cacing.
 
So, to all doctors'
OR
Doctors-to-be,
Please play safe ....
Just jot down anything that you think necessary
So that u won't regret because of your small mistakes of not writing down few lines that will safe your job in the future.
 
** Tak sempat?? Sebab patient ramai ....
Mane nak tanya soklan lagi...
Nak tengok mata patient lagi...(tak tengok karang kene komplen tau)
Nak check patient lagi..
Nak tulis lagi...
 
Hahaha...
It's ok, by times you will learn to do everything at 1 shot.
No worries, okeyyyy :)

He who can do this has the whole world with him. He who cannot walks a lonely way.

;)
Why talk about what we want?
That is childish. Absured. Of course, you are interested in what you want. You are eternally interested in it. Tapi, orang lain tak interested pun.
Sumeorang pun same : WE ARE INTERESTED IN WHAT WE WANT.
So, hanya 1 jalan untuk pengaruhi orang lain adalah dengan bercakap apa yang mereka mahu  & tunjukkan pada mereka bagaimana mendapatkannya.
Cth 1:
You don’t want your children to smoke – Don’t preach at them & don’t talk about what you want. But show them that cigarettes may keep them from winning in basketball.
Cth2:
1 hari seorang bapa & anaknya nak masukkan seekor anak lembu ke dalam kandang tapi anak lembu tu taknak. Jadi, si bapa pun tolak anak lembu tu, sementara si anak menariknya. Tapi, anak lembu keraskan kaki tetap taknak masuk kandang.
SEBENARNYA DORANG NI BUAT COMMON MISTAKES – OF THINKING ONLY OF WHAT THEY WANTED. Dan anak lembu pun buat benda yang same iaitu THINKING ONLY WHAT HE WANTED.
Seorang pembantu perempuan nampak kejadian tu. Dan die ada calf sense. SHE THOUGHT OF WHAT THE CALF WANTED – jadi die pun masukkan jari dalam mulut anak lembu & biarkan ia hisap sambil perlahan-lahan masukkan anak lembu ke kandang.
Cth3:
Seorang bapa baru pulang dari kerja & mendapati anaknya meraung-raung di dalam rumah sebab takmo start kindergarten the next day. Pada mulanya, bapa dah nak naik berang & nak paksa si anak supaya pergi tadika jugak. Tapi, bila dipikirkan..cara tu tak membantu pun. So, bapa duduk & mula berfikir, “ If I were Adam, apa yang akan buat aku excited nak pergi tadika?” Si bapa & ibu mula list down sume bende menarik yang mungkin akan buat Adam excited. So, dorang mulakan dengan FINGER-PAINTING sambil berseronok-seronok. Adam pulak mula mengintai. Lepas tu mula merayu untuk join dorang. “ Oh, no! You have to go to kindergarten first to learn how to finger-paint.” Lepas tu bagitaulah semua keseronokan yang dia akan dapat di kindergarten.
**  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **   **  **  **  **  **  **  **  **  **
 Cukuplah 3 contoh kan?
Sumber: Buku How To Win Friends & Influence People –m/s 32-35
(selepas diolah & dibahasa melayukan olehku – cerita dia meleret, so aku dan ‘concise’kan).
**  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **  **
TOMORROW YOU MAY WANT TO PERSUADE SOMEBODY TO DO SOMETHING.
Before you speak, pause & ask yourself: “ How can I make this person want to do it?”


Segmen Bloglist Irrayyan.com #1 July

;)
http://www.irrayyan.com/2014/06/segmen-bloglist-irrayyancom-1-julai-ramadhan-1435H.html
< klik banner >
 

Segmen Follow Me by Aliatul Aiman Blog.


< KLIK BANNER >

** Sory xde IG or tweeter.

 

Saturday, June 28, 2014

Demam panas akibat denda.

;)'Miss' or 'Mr' adalah panggilan kami untuk para surgeon/ pakar bedah.
Ada sorang surgeon pompuan ni aku namakan Miss J lah ea. Die ni baik, tapi suka sangat bagi punishment kalau tak dapat jawab soalan or tak siap buat keje. Pulak tu.. ade je soklan die everytime buat ward round pagi or petang. Memanglah bagus sebab boleh belajar. Tapi, aduss..banyak bende nak hapal..mane nak ingat sume.
Cth: Sebutkan staging cancer dot..dot..dot.. Sume pun tergagap-gagap jawab.
Antara punishment yang Miss J selalu bagi... macam tak boleh rehat selagi everybody tak siap keje...or...pukul 9 malam baru boleh balik. Aku tau niat dia nak kitorang sume buat keje same-same & get to know our patients well. In fact, die suke membebel macam mak-mak.

Satu aku x boleh lupe. Die.... tahap boleh insert branula (masuk jarum) kat tangan patient sebab sume HO & MO fail. Korang tau x actually tu keje HO..Bukan Consultant/ Pakar Perunding macam Miss J. Korang ingat Pakar lain nak ke buat macam die? Takdenye... Tapi apepun tetap takut ngan die sebab serangan soalan yang bertubi-tubi. Die cakap laju. Jalan pun laju. Tu sebab die kurus. Bab jalan laju tu jelah yang aku mengikut :D.
Miss J tak macam certain Specialists lain yang suka sebut bodoh bangang pekak. Name je Pakar, tapi takde Sivik. Cewahh beranilah aku komen sebab aku dah tak keje hospital.

Ehh..belum masuk topik rupenye.

Camni..
Adelah 1 hari tu.. rasenye aku nak mintak Miss J cross log book aku..tapi mase tu dah last minute. Diepun denda aku kene masuk OT dengan die. Aku mane penah masuk OT (Operation theatre) die sebab aku Team Mr. Lee. Miss J ni Pakar Colorectal.

Erkkk..OT, paling aku benci. Aku macam dah frozen je dalam tu tunggu van ais hangkat. Sebab..dalam OT kan sejuk tahap nak mamposss (opppsss..). Then, Miss J punye op (operation) mula pukul 11pg - 9mlm. Esok tu aku demam panas 40 C. Tapi, aku datang keje gak sebab aku kene oncall. Tapi, sampai pukul 7mlm nye aku memang dah shivering. So, aku chowww je balik langsung x oncall.  Get ready untuk menjawab hari seterusnya! Hokeyyyy?!!??

Friday, June 27, 2014

All-in-one Gel Makeup Remover SILKY GIRL.

Bagi yang biasa bermekap..tentu biasa guna bende alah ni, kan?
Eventhough kowrang just pakai eyeshadow & eyeliner macam aku je pun memang penting guna benda ni. Yelah..nak wudhu kene cuci semua benda yang menghalang air sampai kat kulit.
Apatah lagi kalau pakai foundation segala bagai.
Dan, kalau x hilangkan betul2.. senang naik jerawat. 

Banyak brand ade kat market. Murah...mahal. Dolu aku guna Artistry - memang bestlah.
Lembut je kat muka. Padanlah dengan harga - RM81.
101507 - ARTISTRY™ essentials Gentle Action Makeup Remover (125ml)
Klik SINI
ARTISTRY Essentials Gentle Action Make-Up Remover.
(125 ml)
Sekarang,  ni yang aku pakai.
All-in-one Gel Makeup Remover SILKY GIRL. Walaupun dah tak girl lagi...pakai jer. 
Murah - RM16.90 je. Mase beli tu ada discount lagi..jadi RM12.
Kelebihan :
 1. Water-based
(Kalau yang oil-based tu...huiii...jenuh jadi berminyak2 muka. Lagi tinggilah risk untuk kene jerawat.)
2. Wangi (bau die tak strong sangat pun).
Tapi, masalahnye die x jual botol kecik. And, aku pulak memang x suke beli travellers pack. Sebab, dah banyak kali beli. Ade yang longgar sangat lah OR ketat sangatlah. So, alternative lain..aku hamek je bekas2 shampoo or bath gel hotel tu (tube) > Buang isi diec> Cuci > Refill dengan make-up remover aku. Susah nak masukkan?  Senang je..guna syringe ubat anak korang.
Hehe..Takde tumpah2 nye.
Larger image. 
Okey x tips aku?
Tak tips sangat pun aku rase...:D

BENTO: Menu Popular Jepun.

U olzzz penah ke dengan word 'Bento'?
Aku kire firstimer lah..
Harap dapat attract budak-budak ni makan:)
Ialah set makanan
(biasanya nasi+lauk+sayuran)
yang dihiasi pelbagai corak.
Dah jadi ikutan seluruh dunia - tapi depa dah ubah guna roti, kek, sandwich,  dll menu sihat.

Jenis-jenis bento :
~ Makunouchi bento.
~ Kouraku bento.
~ Kiben bento.
~ Kyaraben/ charaben bento
(most popular)

Thursday, June 26, 2014

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist.

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist
< klik banner>


Contest Meneka Jantina Anak Merahitujambu.

http://merahitujambu.blogspot.com/2014/06/contest-meneka-jantina-anak.html
~ Klik banner ~
Confirm gegirl ni..
Sebab perut mama leper ke tepi.
Kalau lelaki kebiasaannya menonjol ke depan.
Perut saya menonjol masa preggy - tiga2 anok jate:)

Strategi berjaya (versi Shikin:)

Ada banyak jalan nak capai kejayaan.
Bagi mereka yang dah berjaya di bidang masing-masing tentulah lebih arif. So, apakata kita kongsi pengalaman kat sini..
Pengalaman aku tak luas mane..
Tapi, aku still nak berkongsi apa yang patut.

Okey, mari buka minda..
Bukan semua orang dilahirkan genius.
Kebanyakkannya kena berusaha baru berjaya. Ade orang hanya usaha sedikit tapi boleh berjaya. Yang lain pulak kene usaha bermati-matian baru berjaya. Tak kurang juga yang dah usaha, tapi give-up cepat sangat bila tak berjaya dengan apa yang dicita. Kene rajinlah.. And jangan cepat mengalah. Mungkin juga rezeki kita bukan kat situ. Perancangan Allah x siapa yang tahu. Cth: Cita-cita nak jadi YB tapi tak termakbul. Ce pk, maybe kalau jadi YB..ko makan duit rakyat. Haaa...nampak x? Allah dah pelihara kowrang dari dosa.

Aku yang macamane?
Aku ni memang x genius langsung arr.
Tapi, aku seorang yang rajin study jugak lah..Sejak dari sekolah rendah aku asik mengadap buku je. Tapi, bila dah masuk boarding school aku jadi makin malas. Sebab ape? Kat boarding school,  pembelajarannya sangat cepat (memang jauh beza dgn skolah biasa). So, aku tak dapat catch-up. Then, jadi x minat nak blaja sebab dah ketinggalan. Time monthly test memang aku slalu corot. Tapi, aku jenis tak putus asa. Aku suka compete. Aku akan observe setiap kawan aku -mencari kelebihan dorang & kelemahan aku. Memang benda ni will take times. 1 more thing, aku train diri aku untuk sentiasa mengambil iktibar dari setiap kegagalan yang aku hadapi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Kalau korang pernah baca entri2 aku sebelum ni..mesti korang perasan,  hidup aku penuh dengan slogan.

So, what's next? 
Lepas fasa meng'observe'.. Aku dapatlah Strategi yang aku nak. Strategy tu yang aku guna sampai aku kerja sekarang.
-> Carilah yang pakar!!
Setiap orang ada kepakaran masing-masing kan? Nak blaja ni tak boleh segan-segan. Tebalkan muka tu. Macam aku, mase sekolah menengah.. Siapa bijak Maths& Add Maths, aku cari dia. Macam tu jugak dengan subjects lain macam Fizik, Chem dll. Aku jumpe orang lain2. Alhamdulillah dorang ni tak kedekut ilmu. Sampailah aku kat Matriks.. Kat university.. memang aku guna strategi yang sama. Alhamdulillah aku berjaya - PMR 9As..SPM 8A3B...Matriks 4.00. Kawan2 lain pun x semua dapat straight A's. Medic je aku bengong sikit sebab asik nak enjoy je.. Haha..Tapi, alhamdulillah Long case & Short case aku pass. Dapat A lagi tu. Maybe sebab soft skill aku kott. Memang Prof aku tekankan yang soft skills tu penting bila kita berhadapan dengan patients.
# Sekadar berkongsi #

Lelaki vs Perempuan.

Lelaki & wanita menilai dunia yang sama dengan cara yang berbeza (ms. 153).
Kanak-kanak lelaki suka kepada benda, kanak-kanak perempuan suka kepada orang (ms. 153).
Kanak-kanak perempuan mahukan hubungan & kerjasama, manakala kanak-kanak lelaki mahukan kuasa & kedudukan (ms. 154).
Kanak-kanak lelaki bersaing, kanak-kanak perempuan bekerjasama (ms. 156).

Wanita menghargai hubungan,  lelaki menghargai kerja (ms. 161).
- Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja,  dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya.
- Wanita meninggalkan orang lelaki bukan kerana dia tidak gembira dengan apa yang diperoleh, tetapi kerana kemahuan emosinya tidak dipenuhi (ms.164).

Lelaki menyembunyikan emosi mereka (ms.166).
Lelaki benci pada nasihat (ms.167).
Apabila bercakap perihal hubungan seks, wanita perlukan sebab manakala lelaki hanya perlukan tempat (ms.235).
Wanita mahu melakukan hubungan seks yang kerap dengan lelaki yang dicintai. Lelaki hanya mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (ms.244).

Cinta: Mengapa lelaki jatuh cinta & Wanita putuskan cinta? (ms.277).
- Wanita sedar apabila cinta tidak wujud. Inilah sebabnya mereka lebih proaktif dalam mengakhiri perhubungan(ms.278).

* Sumber: Buku Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps.

Wednesday, June 25, 2014

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

Salam Ramadhan semua,
Ni dapat dari wassap group BAKAT 6RRD.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

2. Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu brekpes.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah.💭Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.
Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan as the best Ramadan ever!

Jodohmu pasti ada.

Bagi yang belum bertemu jodoh, jangan kau bersedih kerana janji Allah itu pasti bagi orang2-orang yang beriman.
Kerana..
Belum tentu orang yang banyak pilihannya mendapat yang terbaik bilamana dia mengabaikan perintah Allah.

Allah kata..carilah pasangan yang membawa kamu ke jalan-Nya.

U olzzz faham kan?
- Tak guna pun rupa paras yang hensem..ohsem..
Sampai nak berebut sorang lelaki dengan perempuan lain.
Sampai perlu dendam-mendendam bilamana seorang yang berjaya menjadi permaisuri di hatinya.

- Tak guna pun badan yang sasa..
Kalau mengangkat sehelai tikar sembahyang pun berat baginya..
Kalau tak larat menggendong seorang anak kecil yang kesedihan
Kalau tak larat menampung luka.. menahan kesedihan seorang perempuan bernama isteri

- Tak guna pangkat yang tinggi..penuh paku di bahu
Kerana makin tinggi pangkat, makin melambung egonya..
Makin melangit sombongnya..
Apalah sangat teguran atau nasihat seorang bernama perempuan.. memang tidakkan terkesan olehnya.

Dalam melayari bahtera perkahwinan perlu saling memahami, saling bantu-membantu, saling berusaha ke arah kebaikan..bukannya sering mementingkan diri sendiri & karier sendiri sehingga segala beban diletakkan di pihak yang satu lagi.

Bukankah 2 akal fikiran lebih baik dari 1?
Dan 2 kudrat lebih baik dari 1...

Buatlah pilihan yang betul, wahai insan bernama perempuan..
Selidik sehabisnya..
Dan jangan mudah tergoda..
Takut merana di kemudian harinya..

Stigma.

Sure ada antara u olzzz pernah tau ape itu 'stigma', rite?

By definition :
- a mark of disgrace associated with a particular circumstance, quality, or person.
(synonyms:shame, disgrace, dishonour)
ATAU
- severe social disapproval of personal characteristics or beliefs that are against cultural norms.

# Dalam bahasa mudah..lebihkurang.. seseorang tu dah kene 'cop' or kene 'label' disebabkan sesuatu perkara yang dianggap berlawanan dengan budaya kebiasaan.

Dari experience aku, kebiasaannya penyakit yang menjadi stigma ni ialah:
1. Penyakit mental.
2. TB
3. HIV
Pesanan aku, zaman dah berubah.. So, kita jangan berfikiran kolot, okey ke direct je ayat aku?
Just think rationally.. Ade ke orang berdoa mintak dapat penyakit? Tak, kan?  So, u olzzz...depa ni pun x mintak cenggitu. Kecualilah yang buat sex bebas, berkongsi jarum suntikan
...tu memang sah cari penyakit. Tapi, macamane kalau bayi atau isteri yang dapat HIV dari bapa atau suami? Yang dapat sakit mental sebab keturunan? Yang dapat TB dari orang yang die sendiri pun taktau.. ntah sape agaknye yang jangkitkan die..?

Jadi, tolong jauhkan stigma ni..sebab u olzzz akan buat patients ni malu untuk ke klinik for the sake of getting further treatment.
Please help them! Please help the medical practitioners!

How u can help us?
By changing your mindset.
Thank you :)

Tuesday, June 24, 2014

My Milk Toof.

Hey guys,
If you want something different to be shared with your kiddos.. 
U should show them these.
Very... Very cute..

My Milk Toof: 
The Adventures Of Ickle And Lardee.
(Sumber: mymilktoof.blogspot. com)
 
U sure enjoy them.

Surah Al-Kahfi penyelamat dari fitnah Dajjal.

Balik dari kerja semalam, adik lelaki aku, Safwan tunjukkan video ceramah seorang Ustaz.

Pesan Ustaz tu:
" Amalkankanlah  membaca ayat 1-10 dan 100-110 Surah Al-Kahfi setiap hari. Insyaallah terselamat dari fitnah Dajjal."

Kata Ustaz tu lagi..
" Pada akhir zaman, akan ada 1 surah yang hilang dari Al-Quran, iaitu Surah Al-Kahfi".
Datang seorang pakcik, lalu berkata.. "Dengan pakcik ada 1 naskah Al-Quran yang pakcik simpan baik2 selama 30 tahun." Apabila dibuka, didapati 2 mukasurat dari Surah Al-Kahfi telah hilang.

Survive a Heart Attack.

Read this:
(Dapat dari wassap group klinik).

1 Let’s say it’s 7.25pm and you’re going home (alone of course) after an unusually hard day o n the job.

2 You’re really tired, upset and frustrated.

3 Suddenly you start experiencing severe pain in your chest that starts to drag out into your arm and up in to your jaw. You are only about five miles from the hospital nearest your home.

4 Unfortunately you don’t know if you’ll be able to make it that far.

5 You have been trained in CPR, but the guy that taught the course did not tell you how to perform it on yourself.

6 HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN ALONE???
Since many people are alone when they suffer a heart attack, without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only
about 10 seconds left before losing consciousness.

7 However, these victims can help themselves by coughing
repeatedly and very vigorously. A deep breath should be taken before each cough, and the cough must be deep and prolonged, as when producing sputum from deep inside the chest.

A breath and a cough must be repeated about every two
seconds without let-up until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again.

8 Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing
movements squeeze the heart and keep the blood circulating. The squeezing pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital.

9 Tell as many other people as possible about this. It could save their lives!!

10 A cardiologist says if everyone who gets this msg,
kindly sends it to 10 people, you can bet that we’ll save at least one life.

11 Rather than sending jokes please... contribute by forwarding this msg which can save a person’s life….

12 If this message comes around you ……more than once….. u please don’t get irritated……U need to be happy that you are being reminded of how to tackle…. Heart Attacks…. AGAIN…
From,
DR.N Sivakadakshm,senior cardiologist

segmen : blogwalking SEBELUM puasa.

~ klik banner ~

Monday, June 23, 2014

Jemputan menyertai blog list www.zukidin.com

~ klik banner ~

Results 1st test Adam Hadif.

Results test Adam Hadif. 

Adam sekarang sekolah PASTI under umur 5 tahun. But, actually kalau ikut umo baru 4tahun 2bulan mase start schooling tu. 
Kalau korang perasan, ritu aku pos tajuk ni, Adam hadif sits for exam. Owh..really? 
Okey..nilah results test die tu.
Tak berapa memberangsangkan sebab salah aku tak ajar die. BI x ajar, BM x ajar, B.Arab ajar lagi 2 hari nak test (memang susah beno dia nak hapal.. sebab last minute kan..), hafazan langsung lah x penah ajar. Maths je pun yang aku suke ajar.
Teruk lah mama die ni. Yelah, balik keje dah penat slalu nak rehat je. Die pun tido malam awal maybe sebab dah penat seharian bukan reti nak tido. 
But then, aku nak jugak tau anak orang lain nyer results ok x. And anak aku dapat no. brape. Tapi, sampai sekarang pun cikgu die takde bagi Report Card. Ker memang takde no...just markah je? Nak tanye segan pulak..macam lebih2 je mama Adam Hadif ni... Baru test kat tadika dah gelabah kan?? Kui..kui..kui..

Ujian Personaliti: Uji Kepekaan.

Mase layan AH dengan buku 'Taman Ria Disney' dia petang semalam, macam-macam aktiviti aku tengok ade dalam tu.
So, aku nak share ni ngan u olzzz. 
Kacang je kott :D..

Soalan1:
Camne nak masukkan sekor zirafah ke dalam peti sejuk?
Soalan2:
Camne u olzzz masukkan sekor gajah ke dalam peti sejuk?
Soalan3: 
Raja singa sedang mengadakan jamuan Di Raja. Semua haiwan hadir, kecuali sekor. Haiwan ape?
Soalan4: 
U olzzz terpaksa seberangi sungai yang xde jambatan. Tapi, dlm sungai tu ada sekawan buaya. Apa cara u olzzz utk ke tebing seberang?


************************************
Jawapan :
1. Buka peti sejuk, masukkan zirafah & tutup pintu. 
2. Buka peti sejuk, keluarkan zirafah,  masukkan gajah & tutup pintu. 
3. Gajah, sebab still dalam peti sejuk.
4. U olzzz swim je..sebab semua buaya kan hadir jamuan Di Raja. 

Blood group.

;)
Dah tau ke jenis darah u olzzz?
Aku nyer A positive.
Tau ni mase 'percubaan' nak donate blood dulu. Kunun je.. Tak lepas pun sebab blood pressure dah memang low 90/60 mmHg. Then, Hb (Haemoglobin) kebetulan low sikit sebab tengah menses (peot).

Ramai je yang datang klinik sebab nak tau blood group dorang. Tapi, apakan daya..x dapek den nak tolong sebab kita x provide that service. Aku pun taktau nape? Reagent mahal kot & not cost effective,  maybe... We just do untuk yang buat Medical Check-up (tu pun if stated in the form kene buat).

Aku rase better korang amek tau blood group in case any emergency occurred.
Cth: Ada family member yang accident &  ada massive blood loss need transfusion (masuk darah). Nauzubillah.. And u are the only 1 that has same blood group mase tu.

NOTA:
** Darah A selalu tak cukup kat spital.
** Darah yang diterima sudahpun disaring bagi penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B & C.
(Hepatitis A tak berjangkit melalui darah ye.)
**Tentang halal-haram darah tu susah aku nak jawab :(. Memang kene transfuse jugak kalau kes bawa maut!

Sunday, June 22, 2014

Wajib admit!!

Sekarang ni kes mental bersepah sana-sini. Bagi yang belum kawin tu be extra careful ea..takut tersalah pilih orang. Tak pasal-pasal kene kerat 10 pulak. Erkkk!

Macam 3 hari lepas, sorang kakak bawak adik lelaki dia umo 46 sebab nampak murung dalam sebulan ni.

Selain tu dia ada simptom:
Changing in behavior - :
>TTS (talking to self)
>Reciting Quran (not doing this before)
>Tearing unnecessarily
>Not interested in daily activities
>Sleep more

Associated with :
>Delusion
>Hallucination
>Impulsiveness
>Aggressive behavior *

No suicidal /homicidal attempt*
Unsure of suicidal ideation*

Impression: TRO Schizophrenia with depressive symptoms.

Prosedur :
Hantar ke Unit Kecemasan Hospital Besar. Then, doktor akan call Pakar Psikiatri. Dan pesakit akan get admitted.
[Kalau ade symptoms yang lain2 tu, tapi xde yang tanda *, doktor kat Klinik kesihatan akan kol doktor di Klinik Pakar Psikiatri untuk dapatkan early appointment. But, no need masuk ward].

Makanan Hospital.

;)Sure ramai yang nak muntah bila dengar pasal makanan hospital kan? 
Nape ek? Best je aku makan:) 
Tapi, yelah..tekak kan lain-lain.

Mase jadi HO (Houseman)...keje tak henti-henti. Lari sane..lari sini..naik tangga...turun tangga. 8 tingkat de.. Sampaikan berat aku yang biasanya 47kg turun ke 39kg tau. Nak makan pun xsempat. Nak mati kene hamun ngan Specialist kalau keje tak siap. 
Mase aku keje dulu HO x semeriah sekarang. Dulu 1 wad 2-3 HO je. (Sekarang dah lebih 10 orang 1 wad. Lepak lah kott..). Tiap kali lunch time, nurse akan panggil aku ke pantri. " Dr, ni nasi & lauk Dr." Haaa..siap dah. Baik tau PPK & nurses. Dorang slalu tinggalkan makanan patient yang dalam trolley tu kat aku. Memang slalu ada extra. Aku ok je. 
Join makan ngan dorang. 

# Yang penting,  perut kenyang, duit tak melayang, jadi..hati senang :D #

Saturday, June 21, 2014

Pesta Floria 2014, Putrajaya.

;) Selamat Malam Minggu sweet readers,
Tetibe nak sebut word 'sweet' tu, kan?
Actually,  it reminds me of someone nice.
Indeed, is very nice to me.
Kengkunun nak datang siang sebab nak tengok bunga. Tapi, apakan daya..sooo hot sampai ke petang. At last, 6.30pm baru kluar rumah. Usai solat Maghrib kat R&R Nilai kott..sambung perjalanan. 
Sampai dah gelap. Kete penuh bersidai kat bahu jalan. Tak dapat tengok bunga. 
Dah tergolek anak aku tido.
Sowang lagi dalam stroller.
Ajik je yang sedar setakat ni.
Kalau ikutkan hati, nak je aku bergolek skali ngan budak-budak ni.
Amboiiii... unfair sungguh kan!!
Tapi, dapat tengok lampu2 yang cantik kat sini. Tengok bot berhias. 
Tengah mengadap tasik yang banyak bot berhias.
Mase ni belum ramai rakyat jelata yang turun padang.
Aku kire around 16 boats. 
Cantik susunan lampu ni.
Mane2 syarikat production nak wat drama bolehlah try sini.
Nak panggil aku jadi pelakon tambahan pun ok jugak.
* Jadi kakak angkat Elfira Loy ke..
Hehhh..banyak berangan makcik ni.
Background bangunan yang ohsem dgn lampu2.
A wasting.. But sooo beautiful. 
And yang happening ialah... Ce teke?
* * *
Haaa...bunga api!! 
Lenkali aku upload video die ea.
Tapi, x janji...:D



Ponteng sekolah kene penjara.

;)
Budak-budak skolah ni suka sangat ponteng skolah. Lepas tu datang klinik mintak slip cuti skolah. Slalu jugak kami sound. Yelah..nampak sihat je. Saje lah tu kan. Kalau aku geram, memang aku 'lecture' garang-garang.

Semalam mak btau, adik skolah rini.
Aku: Ehh, sejak bila pulak dia gi skolah hari hujung minggu, mak? Slalu bukan ke dia ponteng?
Mak: Sekarang cikgu datang cari kat rumah kalau ponteng. Kalau mak bapak bersubahat, kene penjara skali.

Tapi, biar betul??
Ermmm..aku rase baguslah macam tu.
Padan muka kan sebab dorang ni kalau melepak memangnye buat keje xde pekdah - repair moto, ke hulu ke hilir bermoto xde lesen, smoking dll. Bukannye nak buat study group ke.
Harap budak2 sekarang sedar tentang pentingnya hadir ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.

Friday, June 20, 2014

Nappy rash... sian sangat!

Bagi bakal ibu, is important for you to learn this. Nampak simple.. tetapi awas.. Don't take lightly ok.
Bagi ibu-ibu yang anaknye pernah alami ruam lampin yang teruk (severe) cam aku, memang sebak kan bila tengok baby menangis sampai x kluar sore sebab pedih kesan melecet di bahagian seluruh punggung + depan (seluruh bahagian kencing)? Dah 'raw' colour kulit baby aku mase tu.
Gambar hiasan - Adam Hadif
kene lebih teruk lagi :(
Kenapa boleh jadi camtu?
Dia cirit-birit everytime after feeding.
Memang x boleh lambat sikit je..dah merah menyala kulit situ. Ini kesan ammonia yang dibebaskan dari stool (najis) & urin. Lepas tu cepat pulak merah tu merebak. Later on infection pulak take over.

Apa aku buat?
Macam-macam!!
Guna bedak agnesia, tepung sagu, Drapolene dll. Usaha je sepanjang masa tukar pampers apply benda2 ni. But, no improvement. Sampai 1 tahap..Adam Hadif dah kene secondary bacterial infection. So kene bagi antibiotic. Lame juga lah baru ok. Azab kat die :(

Bedak Agnesia.
Active ingredients :
Zinc oxide
Chlorhexidine HCL
Talc, Perfume
Drapolene cream
Active ingredients :
Benzalkonium Cl
Cetrimide

Ape yang terbaik?
Tak salah pun guna mana-mana treatment,  tapi, tengok severity (keterukan). Elok kalau dah nampak merah sikit, terus apply.
Pendapat aku: Bedak agnesia & tepung sagu tu lebih kepada barrier method. Letak tebal2 so that cecair/gas dari najis x dapat kena kulit.
Macam Agnesia & Drapolene: memang ade antiseptic property ( boleh kills & prevents germs), tapi nappy rash ni cepat 'tersebar'. Dari pengalaman aku & few mothers lain, memang not effective. Kalau rash biasa ok kot.


Candid powder (Clotrimazole)
Jadi, nak pilih yang mane?
I chose Candid Powder.
It is an antifungal. 
Alhamdulillah berkesan. Just sapu sikiiit je..nipis2. Kakak sepupu yang suggest ni. She's a staff nurse in Perak. Katenye, most babies yang die apply this powder dah ok.
Why Candid Powder? 
Kebanyakkan nappy rash ni disebabkan Candida albicans (fungal infection). Then, powder ni fights against Candida ni.
Boleh cube ye..
Harga :
- beli kat farmasi kampung mak - RM9.80.
- kat Alpro Pharmacy - RM16.90 ;)

PPD - Perkhidmatan Perawatan Domisiliari.

;)Semalam & hari ni ada kursus PPD kat Klinik Kesihatan Seremban.

Memang ada guidelines yang teliti untuk PPD ni, including pemilihan pesakit & caretaker (penjaga).
Perlu sain perjanjian.

PPD ni just untuk pesakit terlantar:
- Stroke.
- Traumatic brain injury (TBI).
- Spinal cord injury.
  (saraf tunjang)
- Cerebtal palsy (CP).
* Caretaker akan diajar oleh nurse & MA sehingga mereka tahu uruskan pesakit sendiri. Setelah 3 bulan, dia akan didiscaj dari PPD.

Skop tugas nurse & MA:
- Inserting nasogastric tube (tiub makan)
- Penjagaan tracheostomy wound
- Colostomy dressing.
- Penjagaan luka - pressure ulcer.
- Changing CBD (tiub kencing)
NG tube (tiub makan).
Stoma
CBD bag (beg kencing).
Tracheostomy tube.
Pressure ulcer

Kami juga kena nilai & skor ADL
(activity of daily living) :
Cth: Cara makan, mandi, buang air, buka & pakai baju,dll.
Lepas tu kene suggest OT (occupational therapy) untuk pesakit.

Huh..banyak benda lagi sebenarnye.
Sebelum ni dengar gitu-gitu je. Because nobody gives proper briefing.
Tapi, biasalah banyak sangat bende dengar dah jadi pening-pening lalat. Tak pasti berapa banyak je yang absorb. Huhu.