Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Jangan lupa bayar Cukai Tanah, Cukai Taksiran & Indah Water.

     Awal pagi aku dah on lappy & bentang semua dokumen bayaran berkaitan rumah yang aku perlu buat kat atas lantai. Ada 6 pembayaran semuanya (3 bayaran x 2 rumah). Fenin dibuatnya sebab aku selalu lupa dateline benda alah ni. Alang-alang lappy kusayang dah function well sekarang so bolehlah buat payment dengan pantas. * Selalunya guna smartphone je.

Sebagai ingatan, tarikh bayaran adalah macam kat bawah ni-:
Cukai Taksiran - Sebelum 28 FEBRUARI / 31 OGOS.
Cukai Tanah - Sebelum 31 MEI.

Untuk Bil Pembentungan Indah Water Konsortium pulak:-
- Bil akan sampai kat korang 4 kali setahun, iaitu bil Jan-Mac, bil April-Jun, bil Julai-Sept & bil Oct-Dis.
- Bayaran sebulan hanya RM8. Maka bayaran setiap bil adalah RM24 (RM8 x3bulan).
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan RM3240.00
Taksiran tahunan = 396.40

Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM198.20
(half year).
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cukai-cukai ni boleh refer entries kat bawah. Aku ada terangkan in details kat situ.
P/S: Zumal, Hidayu Ayumie & Cik Balqis belum bagi details untuk pos barang.

Related topics:

Tuesday, September 2, 2014

Rumah: Taman Senawang Perdana Fasa 2.

Info for those yang tengah cari rumah area Senawang.
Freehold.
50' x 80'
2 storey bungalow
From RM588,000.
Map.
Contact no.

Sunday, August 24, 2014

Cukai Tanah.

Please refer sini untuk cukai taksiran - Cukai taksiran.
Refer sini kalau tengah cari rumah - Belum beli rumah?

Berbeza dengan cukai taksiran, cukai tanah hanya sampai kat korang sekali je setahun.
Korang kene buat payment before 1 JUN tiap-tiap tahun.
Kalau tak follow date ni – korang akan terima Notis Tuntutan (Borang 6A).
*Denda lewat sebanyak 5% akan dikenakan masa korang  buat payment tu.

Kalau tak bayar jugak dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh arahan Notis -> tanah korang akan dirampas di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.
Contoh Cukai Tanah aku - RM58
* Tarikh bayar - Sebelum 1 Jun.
Macamana nak bayar?
Cara bayaran ada tertera di belakang surat cukai korang.
Boleh buat secara:

- Kiriman wang/wang pos/bank draf
- Kaunter-kaunter bayaran
- Secara online

Untuk NS, buka laman web ni http://www.ns.gov.my/ptgns (arahan kat website ni very simple. Kejap je korang dah boleh setel.

Cukai taksiran.

Bagi yang dah membeli rumah confirm korang familiar dengan 2 cukai ni:
1. Cukai taksiran /cukai pintu.
2. Cukai Tanah.

Bagi yang belum beli rumah ni nak story sikit..

- Cukai taksiran ni akan sampai kat alamat korang sebanyak 2 kali setahun (setiap 6 bulan).
- Kadar bayarannya adalah sama setiap tahun.
(Unless kalau dia revise balik)
 * So far, rumah yang aku beli kat Nilai tahun 2008 (bank loan) takde pulak revision.
 * Rumah yang aku dok sekarang yang direvise – sebab katanya kadar sedia ada rendah dari sepatutnya. Anyway, they will call up the residents for meeting at Majlis Bandaran sebelum decision dibuat.


Bayaran untuk cukai taksiran perlu dibuat sebelum bila?
Cukai taksiran pertama – sebelum 28 Feb
Cukai taksiran kedua – sebelum 31 Ogos

 
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan = RM3720.00
Taksiran tahunan = RM260.40
Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM130.20
(half year).
Tarikh akhir bayaran seperti aku btau kat atas.
Ni adalah surat yang sama tapi at bottom part.
Menunjukkan tempoh bayaran yang dikenakan.
Contoh: JUL 2014 - DIS 2014. 
Apa jadi kalau melebihi tempoh bayaran?
Nanti korang akan terima Notis Tuntutan Borang E.

Macamana nak buat bayaran?
Ada panduan pada belakang surat yang korang dapat.
Macam aku, selalu bayar online je. Mudah & cepat. Tak perlu Q.

Kalau tukar alamat tu don’t forget to contact Jabatan Penilaian majlis bandaran tempat korang beli rumah. 

Wednesday, August 6, 2014

Belum beli rumah?

~ Autopublish entry ~
     Balik dari keje petang tadi, nampak ada envelope ni...
Dari Seri Pajam Development SDN BHD.
www.seripajam.com.my
Ada kad raya rupanya. Tapi, ingatkan nak jemput open house:) Rupenye nak ajak datang Seri Pajam Sales Gallery pada 17/8/14 (SUNDAY), 11am-4pm.

     Bawah ni ada 3 fasa perumahan yang ingin dilancarkan.
Atas:
Citra Hill 2
Double storey terrace house.
~ 2608 sf.
4 bedrooms /4 bathrooms.
Price from RM498,000.

Bawah:
Nada 3
Double storey semi-D.
~ 3333 sf.
5 bedrooms /6 bathrooms.
Price from RM1,136,700

Nusa 13
Double storey terrace house.
~ 2200 sf.
5 bedrooms /5 bathrooms.
Price from RM455,000.
Nampak tak rege bukan main mahal..
U olzzz, please la survey betul2 sebelum beli rumah dari mana-mana pemaju. Jangan terpedaya dengan design yang lawa tapi maintenance teruk!
Takut lepas ni ramai yang dok dalam caravan macam kat negara omputih.
Yelah, sape mampu nak beli rumah mahal nak mam**s. Oooppps.
* Nasib aku beli awal, and luar KL.

Friday, April 25, 2014

Tilam & katil baru.

     Tak lame lagi aku dah nak start sewakan balik rumah aku yang kat area Nilai.
Area ni memang hot beb. Bagi kengkawan yang memang plan nak beli properties, belilah kat sini. Memang untung sesangat. Aku letak je iklan kat pintu - 'Rumah Untuk Sewa'.. menderu2 mesej masuk inbox & whassap aku. Siap tanye, " Akak takde rumah lain nak sewakan ke? "
Kalau aku kayaaa...Hari-hari Hari Raya (tetibe aku ternyanyi lagu ni pulak kaan...).
Ya Allah, kau murahkanlah rezekiku..
     Kiri kanan rumah yang aku beli ni juga disewakan untuk students USIM muslimah - RM1000 sebulan. Katenye not furnished (budak2 ni lah yang kate...). Aku pun memang plan nak sewakan kat students jugak. Tapi, aku ni strict..memang aku dah pesan kat dorang. Rumah aku..macamane canteksss mase dorang masuk, aku nak kecantikan tu dikekalkan time dorang kluar. 1 bijik paku pun x boleh melekat kat dinding umah aku.  Semua tu dah tertype dalam Tenancy Agreement yang aku buat - dorang kene bace->faham->sain->aku matikan setem kat Lembaga Hasil Dalam Negeri. So, bende tu dah jadi legal.* Bayaran tu ade calculation - depends jenis bangunan & tempoh agreement. Yang dulu, kalau x salah aku kene RM60 (rumah teres 2 tingkat, bagi tempoh 2 tahun). Alhamdulillah, penyewa dulu memang jaga rumah aku tip-top. Payment sewa bulanan pun tip-top (kene bayar sebelum 7hb setiap bulan). Aku mintak dorang transfer je. Pastu aku checklah kat Maybank2U. #Thumbs up to Ketua Rumah - Najihah (dah lost phone no die. Baik & lemah-lembut orangnye.)

Haaa...ni baru nak masuk topic.....
     Actually nye, aku plan nak beli tilam jerrr..
Tapi, tetibe aku tersemangat lebey sudaaa. So, dengan katil skali aku hangkut dari Ban Siong Furniture & Electric. Located lepas traffic light, nampak Caltex belah kiri & Shell belah kanan. Berurusan dengan Auntie Chin (011-10873303). Aku taknak beli yang besi sebab tak cantik. Ehhh...aku ke yang nak duduk eh?
Ni gambar album :
Pul-out bed.
1 set = RM450.
Aku beli 2set x RM450 = RM900.
* Kalau single bed (pattern sama) - RM280.
Double-decker bed.
1 set = RM750.
Aku beli 3set x RM750 = RM2250.
Tilam Rebon Super Dream.
1 = RM380.
Beli 11 dapat diskaun RM190 sebijik.
Memang beza gile beb..
Inilah katil yang dah Berjaya dipasang.
ALHAMDULILLAH...Kualiti as promised.
Memang pueh hati sebab sejibik yang digambarkan.
Ada 2 jenis tilam yang best kat Ban Siong .
Yang RM250 & RM380.
Beli 11 - discount jadi RM150 & RM190.

So, total aku swipe = RM5520. Foooohhh...berpeluh jugak kan?
1. Katil - RM2250 + 900 + 280 = RM3430.
2. Tilam - RM2090

# Diharap entri aku ni dapat membantu those yang nak menyewakan rumah mereka.
Daaaaaaaa...:)

Wednesday, June 20, 2012

Rumah tetap kosong


Sedih betul..sampai sekarang..hanya concrete table yg ada di dapur. Yg lain semua xblh buat lagi memandangkan plaster ceiling belum dipasang. Plaster siling plk tak boleh dipasang angkara kerja wiring yg belum setel selepas berlaku electric trip. Huh..mcm2 masalah timbul. Tapi, lagi satu yg aku geram..cina yg deal ngan aku ni..ritu yoyo o bila aku cakap nk design itu ini segala bagai dia on aje..tp bila tang dah nak start dia kata..."Dapur you xboleh buat itu macam.." Mcm2 yg kitorg design xboleh dilaksanakan. Dia pulak x reti2 nk design. Kontraktor hape ntah. Ermmm..sabau jelah. Deposit dh byr riban2..tp keje xsampai 10% lagi.. Ape nak jadi ni?

Monday, June 11, 2012

Rumah baru.

 Hai..kali ni nak luahkan perasaan yg gembira..
Nape tiba2 gembira sgt ni ek?
Sebab nk masuk rumah baru.. Bulan lepas da ambil kunci..
Ruang tamu.
Susunan tangga yang 'membesarkan' ruang.
Dapur
Fooohhhh serabut betul nk masuk rumah baru ni...mcm2 benda nak pk..

Antara perkara yg telah discuss :-
1. Kitchen cabinet + table top + built-in cupboard = RM21 000.
2. Grill = RM3400 (Pintu n tingkap depan jer buat rod iron..kalau 1 rumah rege RM5000).
3. Railing curtain yg double (aluminium) RM380.
4. Hood & hob jenama LEBAN rasenye..made in Germany ( bkn China tau..) RM1688 (tgh promosi hebat).
5. Kipas ELMARK 5 blade (5pcs), lampu pagar (1pair..12"), cermin toilet + kaca alas nyer (3 pairs) + penyidai baju.. = RM2300. .. Xreti nak sebut spesifik nama2nyer..nanti letak gambo baru tau kan..nak imagine pon susah ni.
6.Wiring...byk gile point yg kitorg tambah..then, 1 rumah kitorang wat downlight. Senang..malas nk pikir untuk cari lampu cantik yg brrgayut2 tu..kalau salah pilih x ke naya..nk kene beli yg len plk.. Wiring jer dh RM3000. Aircond hold dulu..coz nk tanam jer da RM400 lagi.
7. Langsir blm beli lg. Tgk2 yg cantik kt Nilai tu ermm..RM48/meter.
8. Sofa belum beli lagi. Sofa L-shaped fabrik RM3+++..leather RM4+++. Actually cari yg corner sofa jenis fabrik. Tapi, few kedai kate klu nk corner cuma ada leather jer.. Pening2.

Huh..dekat RM40k jugak total sume..abishhh duit simpanan.. Atas tu gbr rumah kosong. Bila ada masa..update lagi perkembangan renovation rumah.