Thursday, August 21, 2014

Pre & Post-test counselling HIV/ AIDS.

     HIV test tanpa nama boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan berdekatan. Namun, samada result tu dapat terus atau kene tunggu appointment tu depends pada what kind of test yang dilakukan. Kalau yang lama tu means darah tu dihantar ke hospital. Kalau yang cepat tu means guna test kit je.
     Then, korang tau tak ada sessi kaunseling sebelum & selepas HIV test dijalankan?
Objektif kaunseling:

- Mencegah jangkitan HIV – Kaunseling pencegahan
Refer -> Kajian Pengetahuan HIV/AIDS.
- Memberi sokongan psikologi kepada individu yang dijangkiti HIV
- Memberi sokongan sosial & psikologi kepada pesakit HIV/ AIDS, keluarga, kawan-kawan & penjaga

 Tujuan kaunseling pra-ujian:

- Memberikan informasi yang tepat & perbincangan untuk mengurangkan risiko & perubahan tingkahlakiu
- Mengenalpasti risiko jangkitan
   -> Aktiviti berisiko tinggi /high-risk behaviour
- Menilai pengetahuan
- Membantu membuat keputusan
- Membantu perkara yang sukar dihadapi bila status HIV samada positif / negative
- Membantu kesukaran masa depan & bantuan sokongan

PERBINCANGAN ADALAH RAHSIA (CONFIDENTIAL) !!!

 Apakah aktiviti berisiko tinggi /high-risk behaviour?

 1. Aktiviti seksual
Mempunyai ramai pasangan seksual
 Menjalin hubungan seksual dengan mereka yang dijangkiti HIV atau mempunyai hubungan dengan pasangan yang mungkin terlibat dengan aktiviti seksual yang lain

 2. Penagihan dadah melalui jarum suntikan

Tujuan kaunseling post-ujian:

- Memaklumkan hasil ujian
- Membantu klien memahami implikasi daripada keputusan ujian terhadap dirinya & orang lain
Dilakukan sebaik sahaja keputusan ujian diperolehi
- Sebaiknya dilakukan oleh orang yang sama yang melakukan kaunseling pra-ujian

 Jika positif -> perlu notifikasi

 TIADA RAWATAN YANG BOLEH MENYEMBUHKAN HIV/AIDS

Rawatan menggunakan HAART dapat meningkatkan KUALITI KEHIDUPAN

3 comments:

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~