Thursday, November 27, 2014

RRT - bencana tanah runtuh di Panchor, Seremban.

     Awal-awal pagi around pukul 10, YM inform kat aku ada kes tanah runtuh kat area Panchor. 6 rumah yang sederet kat situ terlibat. Tanah runtuh tu dari kawasan lereng bukit belakang rumah penduduk Panchor ni. Aku rasa mungkin disebabkan tanah tu lembut ekoran musim hujan yang berlanjutan kat area Seremban ni.
     So, apa kena-mengena kes ni dengan pihak kesihatan? Okey.. Kami ada Rapid Response Team yang akan memberi bantuan kecemasan untuk kes bencana (disaster) macam ni. Dulu masa bertugas kat PD, aku terlibat RRT untuk kes wabak measles & EBV untuk Pelatih PULAPOL. Tapi, sekarang aku kat Seremban. Difahamkan dulu ada RRT ni tapi dah 'terbubar' sebab tak pernah ada kes kot. Team lama pun aku xtau sape involved sebab aku tak wujud kat sini lagi kan. Kiranya aku volunteer jadi 'bidan terjun' lah for today.
     Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Rumah terlibat selamat - tiada penimbunan tanah runtuh. Cuma sipi je lagi nak kena..omputeh kate 'approaching'. Banyak pihak/ pasukan yang dah ready kat sana - Bomba, Polis, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung dll. Masih menanti pihak NGO datang. RTM 1 baru sampai masa team aku dok memeriksa 2 orang penduduk. Rata-rata yang tinggal kat sini adalah warga tua. Alhamdulillah tiada ibu mengandung & ibu dalam pantang.
     Team kami bertumpu pada 2 orang warga emas. Sorang penghidap stroke & parkinson, while the other one pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. Lama juga kami attend dorang sebab nak pastikan dorang stable & at the same time kami kena pikirkan penempatan yang sesuai untuk dorang - samada di rumah PPRT seperti yang sedang diusahakan oleh pihak JKM atau ditempatkan kat hospital. Banyak isu berbangkit. Biasalah.. Sebab keadaan mendesak.
     Petangnya ada meeting disaster di Pejabat Daerah Seremban di S2, di bawah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah. Masa ni juga baru aku dengar tentang Majlis Keselamatan Negara. Huhu. Patutnya aku kena attend. So, aku nak heret MA Tom skali. Tapi, disebabkan aku kena pi rumah patient buat Perkhidmatan Dormisilari, so bos aku kat PKD arahkan aku pi Dormi, Tom sorang pi meeting. Selamaaatt aku.
Perhatikan kawasan tanah runtuh adalah di lereng
bukit di kawasan belakang rumah. 

38 comments:

  1. Wana ada tengok juga cerita pasal tanah runtuh ni di tv 1 td..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nampak orang pakai mini kurung merah, tudung merah?
      Tapi x sempat masuk liputan kot masa tu. Hehe..

      Delete
  2. boleh berlaku lagi bila2 masa tu . harap pihak yg berkenaan ambil langkah segera demi penduduk ...

    ReplyDelete
  3. nasib aik takde kemalangan jiwa..alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nasib baik takda kemalangan jiwa..dah trending pulak kes tanah runtuh musim2 hujan ni kan..amboi sibuk benor nampaknya doktor kita ni, sana sini orang panggil ehhe

    ReplyDelete
  5. oh tak dengar pulak cerita ni. omai lamanya tak update isu semasa. baru sedar yg dah lama tak baca paper, watch news. mihmih

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... takde kemalangan jiwa :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...sekarang ni musim hujan..macam-macam boleh berlakukan...banyakkan berdoa semoga tak ada kejadian yang tak diingini menimpa kita semua..

    ReplyDelete
  8. syukur tak ada yang tercedera

    ReplyDelete
  9. Memang bahawa rumah berhampiran kawasan lereng bukit.. kalau tanah dah mudah runtuh, tak mustahil akan tanah tersebut akan runtuh lagi bila berlakunya hujan lebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, kak..
      Tak kena tidur malam dibuatnya.

      Delete
    2. Betul tu shikin.. baik duduk tempat lain dari nak risau, tak boleh tido malam..

      Delete
  10. huhuuu...baca ni baru tahu pasal tanah runtuh ni. Nampak sangat tak tengok news di TV1.

    ReplyDelete
  11. warga emas tu tinggal berseorangan ke dr.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan husband.
      Nasib baik anak ada datang, tinggal nearby.

      Delete
  12. Mujurlah tiada korban nyawa. Simpati pada mangsa2 yg ada masalah kesihatan. Mesti rasa tak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm..betul tu k.Farrah.
      Memang katanya x selesa.

      Delete
    2. Akak tengok berita semalam, memang banyak kes tanah runtuh ye kat Seremban...

      Delete
  13. Alhamdulillah, takdak kemalangan jiwa.

    ReplyDelete
  14. Aaa, nampak sgt tak tengok sangat berita. haha.

    ReplyDelete
  15. kalau musim hujan seperti sekarang ni tanah runtuh mmg x dapat di elakkan. Risau rumah2 di lereng2 bukit tu..risiko tinggi

    ReplyDelete
  16. bagusnya akak volunteer. semoga urusan akak dipermudahkan sebab rajin tlg tlg orang ni.. kumpul pahala buat bekal :D

    ReplyDelete
  17. Huiihhh bahayanyaaa..
    Sebab waktu musim hujan kan...memang kena hati-hati sikit

    ReplyDelete
  18. Nampak sgt tak tgk berite.. xtau plak.. ayu ade kwn dok sane.... musim hujan cmni byk la bncana alam.. maklumla bumi da smakin tua

    ReplyDelete
  19. masha ALLAH, takutnya ada tanah runtuh macam ni... rupanya memang ada ye Rapid Response Team. baru tahu

    ReplyDelete
  20. saya tak tahu tugasan doktor sampai camtu rupanya
    ingat dekat hospital or klinik aje

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah semuanya selamat.. takut bila dengar berita macam ni..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~