Thursday, November 6, 2014

Awak muda lagi.

     Seorang ayah membawa anak lelaki nya umo 16 tahun jumpa aku.

Aku: Apa masalah adik?
Dia diam pulak. Muka nampak bermasalah. Dia ni nampak macam matured sikit dari usia - macam 19 tahun gitu.
Ayah: Tangan dia luka kena kaca, Dr. Show Dr your hand.
Si anak pun tunjuk. Tapi, tetap membisu.

Ayah: Why not you tell Dr the truth.
Ayah dia memang nampak educated. Umo area 58-60 tahun.
Aku dah suspen.
Aku: Kenapa, awak depressed ke?

Ayah: Yes, Dr. Because he lose his girlfriend. The girl threatened to leave because of some conflict.
Aku pun mula tanya macam-macam for diagnosis purpose & for counseling. Ayah nya bagitau the girl is 21 years old, which mean she is older than him. Zaman sekarang memang budak-budak remaja ni suka cari perempuan yang older than their age kot. Dah banyak terjadi. Teringat pulak kat Che Ta & Zain Saidin. Tapi, tu lainlah. Niii..masih skolah lagi. Duit nak dating pun mintak kat mak.

     Aku bukan nak aibkan family ni. Just nak share situasi remaja sekarang. Lagipun aku tak reveal personal details patient ni pun, kan? Kata si ayah, the girl's parents memang encourage the relationship. Si ayah ni nampak tak setuju tapi dia takdelah nak marah-marah sakan kat anak dia. Cuma ada nasihatkan anak dia.
    What should I said? Memang aku pun bukan baik mana untuk bagi nasihat. Tapi as an adult korang mesti nak cakap ini cinta monyet kan? Common thing is common. But, I won't say like that to him. I still need to respect his feeling, but at the same time I didn't say I agree with what he had been doing. How about you?

43 comments:

  1. Sebenarnya saya pun tak berapa nak setuju. Kesian bila yang perempuan semakin tua, budak tu budak tu pulak tengah naik.
    Tapi susah nak cakap lah doc,zaman skrg memang dah trend gaya ni.

    Cakap lebih2 tak berani, takut terkena kt anak sendiri nanti. Tapi kalau dah jodoh................ ( ayat ni doc kena sambung sendiri ya ).

    ReplyDelete
    Replies
    1. UKE - kalau dah jodoh, tak kemana.
      Tu lah, harap Allah perbaiki akhlak diri kita & anak-anak kita.

      Delete
  2. alahai..kiranya dia cederakan diri sendiri ye...ceteknye pemikiran.

    ReplyDelete
  3. rugi je usia muda jika in the end..
    hurmm..
    entahlah..
    semoga si lelaki itu bertemu kebahagiaan yg dicari..
    aamin.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi yang perlu dilalui.
      Harap adik-adik remaja yang baca ni ambil iktibar.

      Delete
  4. budak zaman sekarang tak kental macam budak dahulu

    ReplyDelete
  5. Aduh..dik oii..mengapalah jadi macm tu..moga-moga tak tersalah langkah lagi kan Doc..

    ReplyDelete
  6. bercinte tu xsalah rasanya..tp klau thp cederakn diri tu yg slh...xpndai control prsaan lg tu

    ReplyDelete
  7. Ish..jangan la suke buat benda pelik-pelik dik oi, Masa depan masih jauh, banyak lagi yang perlu dikejar. Cita-cita yang utama. Bantu family, yang penting, bantu diri sendiri. Kalau zarith jadik doctor agaknya patient sume malas nak jumpa sebab kuat membebel hihi.. patut la jadik engineer je supaya tak bercakap dengan machine =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr. Shikin ni pun kuat membebel.
      Pernah sampai lenguh-lenguh mulut & jaw ni.

      Delete
  8. Hmm..adik tu quite sensitive and over emotional nampak gayanya..
    mungkin perlu kaunseling juga kot...

    Sebab Nad rasa jika dia sanggup cederakan diri sendiri...risau juga kalau dia cederakan orang lain bila rasa tertekan dan terdesak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nad.
      Boleh cederakan orang kalau dah hilang pertimbangan diri.

      Delete
  9. bunga bkn sekuntum dik....kena tinggai...x susah la...next...

    ReplyDelete
  10. cinta pertama dia kot
    biasa lelaki dengan cinta pertama memang frust menonggeng
    cakap bukan membabi buta ni, based pada pengalaman lelaki di keliling

    budak tu perlukan encouragement, pada saya doktor buat benda betul
    cuma salah tetap salah, hidup perlu dteruskan =)

    ReplyDelete
  11. Mungkin benar cara ayahnya mengajar
    1-7 tahun dilayan dengna penuh kasih sayang
    7 tahun berikutnya dilayan dengan tegas
    7 tahun berikutnya dilayan seperti kawan-kawan.

    Bab mencederakan diri. Dia masih muda

    ReplyDelete
  12. tindakan dia x matang...budak macam ni mmg ikut perasaan..i mean umur ni...tp as an adult kita kena bimbing dia...

    ReplyDelete
  13. Ish macam2...
    btl2 frust tu... tp tula mude sgt kot kak..
    ni pengaruh tv la tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, pengaruh sekeliling lah tu.
      Kene mantapkan iman Insyaallah x jadi benda2 macam ni.

      Delete
  14. Cinta itu buta bagi budak tu kot. Sampai tercedera. Moga dia boleh fikir secara rasional lepasni.

    ReplyDelete
  15. Cederakan diri sbb depressed.. baru form four.. hmm...susah nak ckp budak2 skang...pengaruh byk sgt...

    ReplyDelete
  16. Alahai,..muda lagi. Tapi itulah, budak-budak sekarang, baru ada konflik sikit dah tertekan rasa macam tak boleh bernyawa. Akak selalu gurau2 pesan kat students remaja akak,..apa yang kamu hadap hari ni,..yang kamu rasa besar/hebat/benar-benar menduga sebenarnya kecil je jika nak dibandingkan bila kamu dewasa :)

    ReplyDelete
  17. ye masih muda.. jauh lagi perjalanan tu dik.. tapi, tulah kan. macam-macam kan..

    ReplyDelete
  18. Budak skrg mudah sgt jatuh cinta. Xpe,,satu hari nnt die akn sedar kut prbuatan die

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  19. tak tahu la nak kata cam na sis...sekarang ni budak budak dah lain...tak macam dulu-dulu :(

    ReplyDelete
  20. Teringat lak kisah sendiri... Hehe ^_^

    ReplyDelete
  21. Huhuhu budak2 sekarang macam2 hal la kan ..aDUHAI SANGGUP CEDERAKAN DIRI SENDIRI SEBAB PAK E MAK WE ADUSSS....

    ReplyDelete
  22. Susahnya hidup zaman sekarang ..anak2 lbh advance dari kita uyang dah berumur ni ...Akan datang ntah laaa..apa nak jadi la kan ??

    ReplyDelete
  23. mybe sebelum nie xpernah bercinta kot...tue jd lagu tue...
    xpa la..mybe jd pengajaran bg dia...

    ReplyDelete
  24. alahai.. kerana perempuan, kerana cinta yang belum pasti abadi, sanggup lukakan diir sendiri. bila dah besar nanti, dah dapat orang lagi baik, mesti rasa stupid je buat bendalah tu. haila..

    ReplyDelete
  25. saya klik2 nuff2 akak sekali ^^

    ReplyDelete
  26. bagi sis JM pulak daklau nak bercinta tu boleh..biasalah umur zaman remaja ni masing2 nak mula cari pasangan..tapi msalah nya dorang ni x tahu batasan x matang...mcm2 boleh jadi..nk cuba dulu lah apa lah..mmg susah nk jaga anak2 remaja ni..bilak ita marah org larang mula lah nak lari dari rumah lah itu lah ini lah..kekadang dorang lebih panjang akal..mmg dugaan buat parent sbelm melepasi fasa zaman remaja ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 apa yang dorang buat tu melampau,kan?
      Kene fikir hati parents jugak.
      Jangan fikir your ownself je.

      Delete
  27. nampak tak pemikiran belom lagi completely matang. handle conflict pun tak mampu macam mana nak get serious dalam relationship ? adik tu jauh lagi future dia.. kenapa nak hurt diri sendiri pun tak fahamlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...susah kan kalau terlalu ikutkan perasaan.
      Parents kena betul2 bimbing budak ni.

      Delete
  28. pengaruh.. budak ni memang kena diberi perhatian yg lebih ni, family kena pantau... jgn dibiarkan... beri kta semangat,

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~