Sunday, August 24, 2014

Cukai taksiran.

Bagi yang dah membeli rumah confirm korang familiar dengan 2 cukai ni:
1. Cukai taksiran /cukai pintu.
2. Cukai Tanah.

Bagi yang belum beli rumah ni nak story sikit..

- Cukai taksiran ni akan sampai kat alamat korang sebanyak 2 kali setahun (setiap 6 bulan).
- Kadar bayarannya adalah sama setiap tahun.
(Unless kalau dia revise balik)
 * So far, rumah yang aku beli kat Nilai tahun 2008 (bank loan) takde pulak revision.
 * Rumah yang aku dok sekarang yang direvise – sebab katanya kadar sedia ada rendah dari sepatutnya. Anyway, they will call up the residents for meeting at Majlis Bandaran sebelum decision dibuat.


Bayaran untuk cukai taksiran perlu dibuat sebelum bila?
Cukai taksiran pertama – sebelum 28 Feb
Cukai taksiran kedua – sebelum 31 Ogos

 
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan = RM3720.00
Taksiran tahunan = RM260.40
Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM130.20
(half year).
Tarikh akhir bayaran seperti aku btau kat atas.
Ni adalah surat yang sama tapi at bottom part.
Menunjukkan tempoh bayaran yang dikenakan.
Contoh: JUL 2014 - DIS 2014. 
Apa jadi kalau melebihi tempoh bayaran?
Nanti korang akan terima Notis Tuntutan Borang E.

Macamana nak buat bayaran?
Ada panduan pada belakang surat yang korang dapat.
Macam aku, selalu bayar online je. Mudah & cepat. Tak perlu Q.

Kalau tukar alamat tu don’t forget to contact Jabatan Penilaian majlis bandaran tempat korang beli rumah. 

5 comments:

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~