Friday, April 25, 2014

Tilam & katil baru.

     Tak lame lagi aku dah nak start sewakan balik rumah aku yang kat area Nilai.
Area ni memang hot beb. Bagi kengkawan yang memang plan nak beli properties, belilah kat sini. Memang untung sesangat. Aku letak je iklan kat pintu - 'Rumah Untuk Sewa'.. menderu2 mesej masuk inbox & whassap aku. Siap tanye, " Akak takde rumah lain nak sewakan ke? "
Kalau aku kayaaa...Hari-hari Hari Raya (tetibe aku ternyanyi lagu ni pulak kaan...).
Ya Allah, kau murahkanlah rezekiku..
     Kiri kanan rumah yang aku beli ni juga disewakan untuk students USIM muslimah - RM1000 sebulan. Katenye not furnished (budak2 ni lah yang kate...). Aku pun memang plan nak sewakan kat students jugak. Tapi, aku ni strict..memang aku dah pesan kat dorang. Rumah aku..macamane canteksss mase dorang masuk, aku nak kecantikan tu dikekalkan time dorang kluar. 1 bijik paku pun x boleh melekat kat dinding umah aku.  Semua tu dah tertype dalam Tenancy Agreement yang aku buat - dorang kene bace->faham->sain->aku matikan setem kat Lembaga Hasil Dalam Negeri. So, bende tu dah jadi legal.* Bayaran tu ade calculation - depends jenis bangunan & tempoh agreement. Yang dulu, kalau x salah aku kene RM60 (rumah teres 2 tingkat, bagi tempoh 2 tahun). Alhamdulillah, penyewa dulu memang jaga rumah aku tip-top. Payment sewa bulanan pun tip-top (kene bayar sebelum 7hb setiap bulan). Aku mintak dorang transfer je. Pastu aku checklah kat Maybank2U. #Thumbs up to Ketua Rumah - Najihah (dah lost phone no die. Baik & lemah-lembut orangnye.)

Haaa...ni baru nak masuk topic.....
     Actually nye, aku plan nak beli tilam jerrr..
Tapi, tetibe aku tersemangat lebey sudaaa. So, dengan katil skali aku hangkut dari Ban Siong Furniture & Electric. Located lepas traffic light, nampak Caltex belah kiri & Shell belah kanan. Berurusan dengan Auntie Chin (011-10873303). Aku taknak beli yang besi sebab tak cantik. Ehhh...aku ke yang nak duduk eh?
Ni gambar album :
Pul-out bed.
1 set = RM450.
Aku beli 2set x RM450 = RM900.
* Kalau single bed (pattern sama) - RM280.
Double-decker bed.
1 set = RM750.
Aku beli 3set x RM750 = RM2250.
Tilam Rebon Super Dream.
1 = RM380.
Beli 11 dapat diskaun RM190 sebijik.
Memang beza gile beb..
Inilah katil yang dah Berjaya dipasang.
ALHAMDULILLAH...Kualiti as promised.
Memang pueh hati sebab sejibik yang digambarkan.
Ada 2 jenis tilam yang best kat Ban Siong .
Yang RM250 & RM380.
Beli 11 - discount jadi RM150 & RM190.

So, total aku swipe = RM5520. Foooohhh...berpeluh jugak kan?
1. Katil - RM2250 + 900 + 280 = RM3430.
2. Tilam - RM2090

# Diharap entri aku ni dapat membantu those yang nak menyewakan rumah mereka.
Daaaaaaaa...:)

14 comments:

  1. as salam.. maaf, sy student USIM dan tengah cari rumah sewa untuk bulan 9 ni. tertarik dengan 1st sentence post ni. boleh tau kat mana rumah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Habibah. Maaf, memang dah dapat penyewa. Dorg akan masuk bulan Sept ni.

      Delete
    2. kawasan tumpuan.. memang cepat dapat penyewa

      Delete
  2. best nya ada rumah untuk di sewakan! saya pulak baru berjinak2 dalam property, tolong tuan rumah yg xde masa yg jaga rumah n maintenance, :)

    ReplyDelete
  3. katil 2 tingkat sekarang susah betul nak cari.. tak banyak pilihan

    ReplyDelete
  4. Harga rumah setisp tahun naik.sapa yg ada duit lebih memang bagus buat rumah sewa....tak penat..setiap bln dapat duit... Insya sllahjika dpt penyewa ysng baik.

    ReplyDelete
  5. macam best je katil tu, tapi da susahlah nk jumpa..

    ReplyDelete
  6. oi banyaknyerr berapa orang duduk niiii..
    alhmdulillah tahniahh for u murah rezeki boleh buat rumah sewa

    ReplyDelete
  7. saya pun student usim yg duduk rumah sewa.
    tapi not furnished.. hehe
    btw masyaAllah,baca entri akak ni tip top ha rumah yg akak sewakan.
    siap katil kayu..
    terima kasih, mudahkan urusan adik2 usim yg mencari kediaman.
    semoga Allah murahkan rezeki akak. amin..

    eheh,
    dah mcm jawatankuasa luar kampus dah bunyi komen ni..ampun..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~