Thursday, August 21, 2014

Kenali & tangani stress.

Definisi:

- Stress ialah tindak balas fizikal, emosi & mental kepada perubahan.
- Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan & hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.
- Related topics ~ Stress -> Panic Attack.

Kenapa anda stress?

Diri sendiri – kecewa
Keluarga – masalah rumahtangga, kewangan, anak dsb
Pekerjaan – tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dsb
Komuniti – bertengkar dengan jiran
Kesesakan lalulintas
Persekitaran yang tidak selesa
Tragedi
Menunggu lama

 Tanda-tanda stress:

 1. Fizikal
Kering mulut
Jantung berdegup kencang
Hilang selera makan
Sukar tidur
Sakit kepala
Cepat letih
Lenguh-lenguh badan

2. Emosi
Gelisah
Cepat marah
Lemah semangat

3. Tingkah laku
Suka menengking
Bertindak secara impulsif
Cuba jauhkan diri
Merokok berlebihan
Makan berlebihan
Menyalahguna dadah

4. Fikiran
Bimbang
Kurang daya tumpuan
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri

 Apa yang harus dilakukan apabila anda marah?

Bertenang…Tarik nafas & lepas perlahan-lahan
Kenal pasti punca anda marah
Mendapat nasihat orang lain
Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
Membiasakan diri memaafkan & menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

 Amalkan 10B:

Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata : Relakslah…
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat & mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

Sumber:
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

12 comments:

  1. Huhuhu.. nampaknya saya memang stress.. banyak ciri-ciri yang dinyatakan tuh ada pada saya.. macam mana nak kurangkan stress kalau orang sekeliling tidak membantu dalam mengurangkan stress..

    ReplyDelete
  2. Student salalu stress lagi-lagi bila ada esaimen yang deadline nya sangat singat..huhu..yang penting cara kita tangani stress tu kan..

    ReplyDelete
  3. Bahaya stress ni kalau kita tak pandai tangani.
    Suka dengan 10B tu :)

    ReplyDelete
  4. ada juga huu tapi selalu nya..saya akan cuba elakkan benda ni dari ganggu tido hehe. tah la, bagi saya sesibuk mana sekalut mana saya ni, tidur mesti cukup. huhu esok ikut la..nak sambung stress atau pun wat xtahu.

    ReplyDelete
  5. Kalau stress sikit-sikit ok lagi, tapi kena kawal diri, kalau tak melaratkan...

    ReplyDelete
  6. saya pun selalu stress masa belajar dulu.

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang, ada jugak waktu yang Ros sterss.

    ReplyDelete
  8. saya ada psoriasis, pegawai farmasi kata saya xley stress. hmm, kadang-kadang tu stress terlebih juga.

    ReplyDelete
  9. Org selalu kata sy mcm xde mslh. Padahal sy hilangkan stress dgn dgr lagu n tgk video yg kelakar. :)

    ReplyDelete
  10. tak nak stress, t muka ketat... huhuu

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~