Thursday, March 5, 2015

Kualiti rumah sekarang.

Aku nak cerita bad experience aku berkaitan 2 rumah yang aku beli. Aku sebenarnya kesal dengan sikap tak bertanggungjawab pemaju/ kontraktor yang dilantik oleh pemaju rumah berkaitan. Mohon maaf kiranya 'terms' yang aku gunakan 'lari' sikit bila aku describe keadaan kerosakan rumah yang aku alami.

2 rumah yang aku beli :-
1. Di Jati Park, Nilai - Pemaju BBN Development. Aku beli tahun 2008 & aku sewakan.
2. Di Bandar Warisan Puteri, Sikamat - Pemaju Seri Pajam Developement. Aku beli 2012.

Jati Park
Seingat aku sejak aku beli (2008) rumah ni takde masalah serius. Tapi, tiba-tiba adik-adik yang menyewa rumah aku (USIM Students) what's apps gambar ni semalam. Runsing aku dibuatnye. Ye lah, keadaan rumah memang akan menyusut ('wear & tear' - betul ke term ni?) tapi takkanlah hingga begini keadaannya.

 Jubin dinding kawasan luar pintu bilik air yang lekang.
Warisan Puteri
1. Sejak aku duduk rumah ni (2013) memang aku dengar banyak aduan tentang kebocoran di siling. Banyak rumah yang mengalami masalah 'banjir' bila tiba musim hujan. Sampai ada rumah yang silingnya runtuh. Macamana aku tau? Melalui jiran-jiran aku yang mengalami perkara ni, melalui FB Group kitorang (Bandar Warisan Puteri Residence) & pengalaman aku sendiri.

Seluruh ruang tamu aku letak 'plaster ceiling'. Awal-awal aku duduk memang tak jadi apa lagi. Tapi, lama-kelamaan, nampak ada tompokan macam kesan air yang meresap kat plaster ceiling kat ruangan menonton tv. Tingkat atas kawasan tu adalah bilik air bilik utama (master bedroom). Lama-kelamaan tompokan tu membesar sehingga lebihkurang 1m diameter.

Aku report kat bahagian maintenance menggunakan borang yang disediakan. Disebabkan masih dalam warranty, dorang datang baiki. Guess what? Simple je masalahnye ialah dorang tak simen bahagian saluran PVC kat lubang air bilik air aku. Haru !!

With times, memang banyak lagi rungutan yang aku dengar dari kejiranan aku pasal masalah bocor ni. Ramai yang dah tamat tempoh warranty 1 tahun tu..so pemaju memang 'putar belit' & 'putar alam' tak nak take responsibility. Dah terang-terang salah dorang kan :( So, lepas kejiranan aku buat aduan melalui Tribunal Pengguna, baru kes bocor ni dilayan secara lebih serius.

2. Lepas setahun lebih duduk sini, mozek lantai pulak lekang - macam gambar bawah ni. Lekang ni tak jadi sekaligus ,tapi sikit-sikit. Sampai sekarang, memang dah 1 bilik tu lantai dia lekang.

Sekali lagi pemaju tak nak take responsibility sebab tempoh warranty dah tamat. Sakit hati kan??

Tak lama lagi aku rasa benda ni akan 'berjangkit' ke master bedroom. Camne aku tau? Bila aku hentak tumit aku kat mozek, dah mula dengar bunyi 'resonance' (correct term ke ni?). Secara normalnya, takkan hasilkan apa-apa bunyi sebab tiada ruang udara antara mozek sebenar & simen.

Bila aku tanye pendapat adik ipar aku - die kerja sebagai 'pembantu kontraktor' (term sebenar?). Dia kate bahan yang digunakan untuk lekat mozek tu ke simen tak cukup. Secara details aku tak faham. Tapi, aku simpulkan kes-kes ni sebagai kes tipu/ pecah amanah - sebab bahan binaan yang digunakan 'inadequate' (mungkin ada kes seludup keluar dari kawasan binaan!)


Bilik 3 (tingkat atas) - Mozek lantai lekang.
Nak buat apa lepas ni? Can just wait & see yo lah. Nak buek camno laie. Lopeh tu kluar duit poket pogi upah oghang botul an. Zasssssss....

Related topics:
Rumah baru
Tilam & Katil baru
Jahit langsir di Jati Park, Nilai
Belum beli rumah?

38 comments:

  1. Bahayanya. ni mesti kes kontraktor yang buat dulu tak guna bahan yang ditetapkan sebetulnya.

    ReplyDelete
  2. Rumah skrang mahal nak mampos, tapi kualiti hampehh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan jugak banyak perumahan baru dibina kan, berfasa-fasa lagi. harap2nya bahan2 yg digunakan berkualiti lah. ni soal nyawa jugak tu, lagi2 yang duduk flat/apartment :)

      Delete
  3. Harga rumah sekarang memang mahal melambung2 tapi kualitinya sangat menyedihkan. Adakah sebab RASUAH dan TIDAK AMANAH mereka yang terlibat?

    Wallahhuaklam...

    ReplyDelete
  4. adukan jer shikin ke Tribunal Pengguna.. yup memang ada pemaju akan cuba save budget dengan cara nih.. diaorang just letak simen di tengah mozek untuk pastikan mozek tuh lekat.. bila sampai satu masa, mozek tuh akan tercabut atau pecah kalau kena hentakan kuat.. banyak pemaju ambik untung dengan cara sebegini..

    ReplyDelete
  5. Kualiti rumah sekarang memang macam ni kot..dinding merekah and retak..hmm

    ReplyDelete
  6. rumah skang ni macam dah kurang kualiti..asal buat ja..pembeli juga yang rugi..huhu

    ReplyDelete
  7. semakin teruk kan sebab nak untung lebih

    ReplyDelete
  8. Assalam nazeck,
    laaaaaaa
    kalo tile terkeluor macam tu
    bahaya bagi yang ada anak2 kecik kan3

    ReplyDelete
  9. SS punya umah dah 7 tahun di biarkan kosong... Sekarang umah tu SS buat store aje... Malas nak sewakan kat orang... Sebab... Nanti lagi pening kepala... Umah SS pon ada masalah dengan bumbung yg selalu masuk air kalu hujan lebat... Dah berapa kali repair pon sama...

    ReplyDelete
  10. kebanyakkan sekarg nih xmcm dulu dh... semua benda diorg nak "cut" bahan lagi bnyak diorg cut lg untung masuk poket...huhuhu

    ReplyDelete
  11. uihh mmg ade kes cmtu kan kak shikin
    dorang xamanah dlm buat kerja..

    ReplyDelete
  12. memang ada spesis kontraktor yang lepas tangan gini

    ReplyDelete
  13. ishhh, harga rumah dah lah meningkat tiap tahun... kualiti rumah siap yg dijual mendukacitakan, senanglah depa, lepas tanganlah... apa2 pun kena tgk gak kt bahagian lain... bertabahlah doktor

    ReplyDelete
  14. ayoyoo.. banyak kan kes rumah ni.. siap msuk tv, paper bagai.. beli rumah bukan macam beli barang lain.. boelh tukar ganti dengan senang.

    ReplyDelete
  15. Kesimpulannya memang kurang kualitilah.
    Itulah kawan Mrs. A kata kalau kita nak beli rumah kena tengok siapa pemajunya dia cakap antara pemaju yang bagus SSP tapi bila tengok harga rumah yang SSP buat huh! memang bukan mampu milik bagi orang-orang yang bekerja biasa-biasa macam Mrs. A ni

    ReplyDelete
  16. kesian akak kena tanggung kerugian.. duit rumah xhabis bayar tp rumah dh rosak mcm ni. sabar ye akak.

    klau kt sini.. pemaju uda holdings mmg ok la. kena tgk pemaju juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup pemaju uda holdings ok.. tapi harga rumahnya lebih mahal berbanding pemaju yang lain.. itu apa yang Eyda perasan laa..

      Delete
  17. nak untung lebih..bahan mentah binaan dikurangkan.. yg jadi mangsa pembeli.

    ReplyDelete
  18. nak hidup mcm tu la..letak harga rumah mahal gila tapi xberbaloi dgn kualitinya kan..

    ReplyDelete
  19. memang kurang dari segi material n pembuatan ni..wat report pastu herm sabo jelah..berumah ni memang banyak je kene kuar duit kan..

    ReplyDelete
  20. Harga rumah mahal tp xdo kualiti buat asal boleh je..... Buat aduan masuk TV baru pemaju nak b'gerak.

    ReplyDelete
  21. uiiii bahaya jg ni. jgn jd mcm umah sy. mozek kat dinding tiba2 terlerai bla ada someone benyandar...sik baik x luka / cedera...


    mmm bab2 kuar duit ni...."sakitnya tu di sini" ;-)

    ReplyDelete
  22. Dahla umah mhl skrg ni tpi x brkualiti..biasa diorg guna bhn yg murah2 tu babtu jdi mcm tu

    ReplyDelete
  23. even Nad pergi tgk rumah phase 1 yang dah disiapkan sime darby di Nilai pun macam 'not so nice'...

    finishing tak seperti rumah yang dekat denai alam, bukit jelutong semua tu..

    walaupun harga wayyy below dari sana...tapi rumah pun kecil lagi dari sana..but its not fair with the quality...

    ReplyDelete
  24. Tu yang jadi kalau mereja hanya fikirkan keuntungan je. Kualiti bahan binaan tu rendah.. Rumah abg Ros pun sama. Beli tak sampai setahun, macam macam yg perlu di baiki

    ReplyDelete
  25. kadang-kadang diorang nak cepat, pastu nak kejar untung guna bahan murah.tu yang jadi gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. ala rumah yang mak CT beli dari tahun 2000 okay..
      sampai skarng kami x bolh duduk.. kontraktor lari.. rumah cem tempat jin bertendang.. so bulan2 dok potong gaji tapi rumah cem haaaaarem.. ahahaha..

      Delete
  26. dekat TV3 tu hampir setiap masa kuar citer macam ni. biasalah pemaju perumahan. akibat rasuah dan nak untung lebih, kerja pun cincai cincai je. yang susah siapa? pembeli juga. masalah ni dah lama. kerajaan je bengong sampai sekarang tak ambil apa apa tindakan. biasalah...kroni....

    ReplyDelete
  27. saya duduk di jalan sikamat kak. kat taman seremban putra. alhamdulillah so far so good

    ReplyDelete
  28. mcm ni pun boleh jadikan...
    cas kat org mahal2 harga rumah melambung2 , bahaya ni...

    ReplyDelete
  29. peeergh ni first time CT tngk dinding jadi cemtu.. o.O
    alamak cenggitu solution cem mana kak.. isk seramnya..
    alaahai kekadang harga rumah mencekik tp guna barang2 murah.. susah la cemtu
    huntung kaut tp kualiti kelaut..

    ReplyDelete
  30. ya Ampun..kopek sana kopek sini..itulah kontraktor skrg..nak untung letak bahan campuran ntah apa2..itu lah jadinya huhuh

    ReplyDelete
  31. mcm rumah my kakak ni , satu masa tu syiling bocor sampai menitik kat tangga dan bilik . alhamdulillah cuma takat tu saja . rumah my akak under talam corporations ... perkara guna bhn binaan murah oleh kontraktor tu perkara biasa sbb nak utg lebih ... pembeli jadi mangsa ...

    ReplyDelete
  32. saya setuju doktor shikin
    kualiti rumah sekarang walau harga cecah ratusan ribu ringgit
    adalah sangat tak berkualiti, macam dibuat sambil lewa
    saya juga alami masalah yang sama
    even masih dalam warranty, pemaju tak nak bertanggungjawab
    alasan kami dah buat ubah suai, tapi nak tunggu diorang
    memang lambat lagi kami duduk
    dia ada betulkan juga bila komuniti kami bising

    cuma buat report kat jabatan perumahan negara doktor
    aritu kami buat benda yang sama

    ReplyDelete
  33. mmg mhl botul umah skg ni...adeih....

    ReplyDelete
  34. Mmg agak menghairankan.dulu 2012 aku bli tanah lot 35k di butterworth penang.buat rumah lebar 30x55 upah tukang brg bli sendiri tak sampai 145k sekali tanah.klu nak difikirkan rumah aku lebar 30.skrg taman br 22@24kaki mlebihi 300k utk 2tingkat.klu teres pun dh mlebihi 200k.mmg skrg rumah terlalu mahal.bg yg berpendapatan rendah tak tahulah.hairan mcmmana blh mlambung tinggi

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~