Wednesday, October 1, 2014

Makcik merempit.

30/9/2014.
7.00pm :

     Baru sampai rumah lepas merayap sorang-sorang kat Terminal 1. Hajat awal nak beli kasut sebab stok semua dah lama-lama. Lama gila dah x soping kasut. Ermmm...tapi, biasalah.. dek kerana bila jalan sorang2 tu meaning 'Kebebasan tanpa sempadan', jadi tersoping lah benda lain jugak. Kalau bawak anak jarang dapat 'nikmat' macam ni. Hahaha...Aku perasan yang aku mula menjaga penampilan ni bila umo dah 3-series ni.
     Dulu kat KK lama adalah sorang senior aku asik berfashion je ke klinik - kasut dia banyak, handbag pun sama, baju toksah kate lah. Dalam hati aku cakap, "Nasib baik aku ni tak berapa pandai nak bergaya, kalau tak mestilah duit aku cepat habis sebab dok beli macam-macam." Senior aku tu takpe lah..anak dia sorang je. Aku 3 orang :) Ermmm..tapi sekarang aku memang dah transform macam dia.

8.30pm :
    Asben aku sampai dari Johor. Siang tadi dia pi meeting sana naik superbike je. Kebetulan tiba-tiba ayah mintak aku cuti gambar urgent. So apalagi.. "Bang, jom pegi kedai gambar kat town naik motor abang je lah." Asben aku nyer penat tak hilang lagi. Tapi, terpaksa gak gi sekarang sebab kedai sini bukan cam KL, awal lagi dah tutup.
Selfie depan kedai gambar..
Gediksss...
Belakang tu KFC 24Hr. 
   
10.00pm :
Balik dari merempit.
(Lama tunggu kat kedai)
    Asben aku ni. Macam nak terbang aku rase. Terpaksa peluk kuat-kuat macam dah tertonggek pulak. Helmet full-faced pulak 1 je. Aku pakai helmet biasa. So, helmet tu pun macam nak terbang je. Padahal dia bawak 77-80km/j je. Tapi, maybe sebab lalu jalan biasa. Erghhh..
Depan cermin :
Saja nak tunjuk pakaian yang aku beli kat Nile bari ni.
Refer sini ~ Dah sampai - Nile.com.my
Shawl RM5.90
Sweater RM26.90
Long pants RM16.00

18 comments:

  1. bila dah 3 series wanita nampak lebih jelita dan haruslah jaga penampilan...

    ReplyDelete
  2. Hebat makcik ..merempit lagi...he.he..

    ReplyDelete
  3. Hoh! Dr pon merempit yer..hihi..

    ReplyDelete
  4. Bukan main lagi husband & wife ni merempit ye ;)

    ReplyDelete
  5. Merempit memang syok. Hihu. Ros pun kalau keluar ngan husband lagi suka naik motor sebb cepat..

    ReplyDelete
  6. Sesekali merempit best kan.. cantik baju..

    ReplyDelete
  7. sama la mcm lecturer.. memang suka bergaya.

    ReplyDelete
  8. Hehehe kuat nooo merempit hahhaa ..Cantik baju tuu ..

    ReplyDelete
  9. wah-wah, ada orang dating lah XP sempat selfie lak tu. hehehe.

    kalau kat KL tu, kul 3 pagi baru dia hidup.. haha

    ReplyDelete
  10. Sekali sekala laki bini naik motor boleh rapatkan perhubungan sebab kalau naik kereta xleh nak peluk peluk.. Hehe

    Wow nice pant!!

    ReplyDelete
  11. Selfie time rempit xde ke kak? Hehe. Nasib baik tak bawak anak.

    ReplyDelete
  12. mmg nampak muka hasben penat sangat eheehh

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~