Friday, October 17, 2014

Kenapa ada peminta sedekah?

     Pernah tak fikir, heh..apasallah orang mintak sedekah ni ada kat sini..takde tempat lain ke ko nak duduk? Or..time aku tengah sengkek ni lah ko nak mintak sedekah kat aku? Ko ingat aku kaya sangat nak bagi duit kat ko pulak? Ermmmm.. Tu semua penyakit hati. Mintak Allah jauhkan dari kita ye.
     Peringatan ni buat diri sendiri jugak - Ingatlah, setiap rezeki yang kita nikmati hari ni semuanya Allah yang bagi. Jangan nak riak bongkak kata rezeki ni atas usaha kita sendiri. Memang kita usaha tapi kalau Allah taknak bagi, kita dapat ke? Nope, rite? Even kalau kita dah kaya-raya sekalipun Allah boleh je nak tarik segala kemewahan kita - kereta besar, rumah besar, duit berjuta, emas permata.. Hinggakan isteri & anak pun Allah boleh ambik balik dari kita. Semuanya kan hak mutlak Allah. Kita just pemegang amanah jerr.
     Okey, back to the above topic.. Kenapa Allah 'hantar' peminta sedekah or orang mintak sumbangan kat kita? Kenapa wehhh..kenapa? Bagi aku, senang je..sebab Allah...
~ nak uji tahap keimanan kita.
~ nak dekatkan diri kita yang nampaknya dah makin jauh dari Dia.
~ nak sucikan diri kita, harta kita.
~ nak tanamkan rasa insaf dalam diri kita.
~ dan pastinya kerana Allah sayangkan kita.

Setiap sebab yang aku bagi ni has its own elaboration. Tapi,  better korang fikirkan & renungkan sendiri. Boleh share kat sini. Semoga setiap kata kan memberi manfaat.

18 comments:

  1. So true Doc..kadang-kadang kita aje yang tak perasankan. Dalam setiap rezeki kita memang ada bahagian orang lain..jadi kena bersedia..

    ReplyDelete
  2. agreed..akak pernah didtgi seorg pakcik masa makan kat restoran..x slp bekas dekan UKM..happen to be dia ayh kpd ex ofis mate n org kuat masjid..dia berpesan..org yg dtg meminta derma @ sedekah itu 'dihtr' oleh Allah utk 'menuntut' zakat yg tanpa kita sedari ada yg sepatutnya kita keluarkan walaupun gaji kita x sampai seribu..:-)

    ReplyDelete
  3. Takde peminta sedekah,tiadalah amal jariah tambahan buat kita..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan points Shikin tu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dgn life sampai lupa ada bahagian rezeki kita yg patut dikongsi dgn org lain.

    ReplyDelete
  5. kadang saya fikir kalau org tue datang mtk sedekah kt kita, mybe dari duit kita nie ada trselit rezeki dia..

    ReplyDelete
  6. betullah doc..kadang-kadang rasa liat je nak bagi..memang menguji iman situasi macam tu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...sejak dah semat dalam hati nak berubah, Allah jaga hati

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita buat amal jariah...tak salah rezeki dkongsi bersama

    ReplyDelete
  9. betul2..kita tolonglah orang yang susah, nanti kita susah orang tolong pula. tapi skang ada juga marah2 bila kita nak sedekah.. -.-

    ada satu hari tu, ayah nak sedekah. tapi ayah xde duit kcik, so ayah kata nantilah.. dia pun g tempat lain. then, dia datang balik.. ayah kata x de duit kecik lagi. *baru berapa minit berlalu* dia g marah2. eh, terus x jadi orang nak sedekah. bukan saje main2 pun... yang dia g marah2 tu watpe -.-

    ReplyDelete
  10. huurm istigfar sikit. tangan ni berat sangat nak memberi kenapaa..!! T.T sedangkan Allah dah kata.. lagi kita ikhlas memberi lagi Dia akan bagi rezeki.

    ReplyDelete
  11. Kekadang kita sedar rezeki kita tu bukan semua gak kita...

    ReplyDelete
  12. Setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain.. jadi jangan lokek dalam bersedekah.. kerana sedekah tidak akan memiskinkan kita.. yakin padaNya, in shaa Allah..

    ReplyDelete
  13. Suka baca semua komen u olzzz kat atas ni.
    Semua bagi pandangan tersendiri.
    Memberi keinsafan pada saya & semua yang membaca.
    Thanx u olzzz.

    ReplyDelete
  14. terus saya teringat lirik lagu ni :

    Mana milik kita
    Tidak ada milik kita
    Semua yang ada
    Allah yang punya

    Tidak ada kita punya
    Kita hanya mengusahakan saja
    Apa yang kita dapat
    Allah sudah sediakannya

    mana milik kita - rabbani

    ReplyDelete
  15. betul setuju sangat, kdg2 yg dtg tu bukan yang tua je, yang muda sekali... kadang2 sampai lewat malam ... tak sampai hati tengok...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~