Friday, June 24, 2016

RM10 yang bukan hak.

11.45pm.
Sambil hirup Nescafe.
Baru lepas meng'garment steamer'kan uniform sekolah anak-anak.
Sekadar Hiasan & tak related dengan story.
DIY pengampai pakaian hasil kekretipan en. somi.
Malu sesangat kalu ade orang datang rumah. Erghhh..
Tapi, kire membantu jugaklah sebab ampaian lain sume penuh.

Teringat kisah tengahari tadi..
Masa tu aku masuk kerja lambat kerana hal peribadi.

Setibanya kat klinik, patient pertama yang masuk adalah sorang Indian uncle who is an elderly walking aided with stick. Susah-payah datang klinik semata-mata kerana nak ambil ubat 'penyambung nyawa' (istilah yang digunakan oleh beberapa pesakit lain) yang tidak cukup sementara menunggu temujanji seterusnya (in next 3 weeks).

Sebelum keluar dia voluntarily bagitau dia datang ke klinik sensorang, & menaiki taxi. Die kate driver teksi bising taknak tunggu die habis jumpa doktor tapi die mintak tunggu jugak & promise the driver to give extra RM10.

Dengan rasa bersalah, aku hulurkan RM10 yang kebetulan aku bawa dalam pencil case (handbag tinggal dalam bonet kete). Uncle tu refuse tapi aku paksa gak soh die ambik. Kesian kat uncle tu,kan? Sebab aku lambat..tak pasal-pasal die yang kene bayar lebih.

Actually aku nak share ni bukan kerana setakat kesian pada insan lain. Tetapi lebih kepada keberkatan rezeki. Banyak kali dah rezeki aku kene tarik sebab 'kelekaan' & 'kealpaan' aku sendiri.
- Tayar kete aku pernah kene kunci, denda RM50 sebab aku lambat masuk 15minit keje hari Jumaat (masa aku houseman).
**Banyak kali dah kene saman..
-  Tiket parking Jusco hilang, kelam-kabut carik..tapi at last tetap xjumpa. So kena denda. Maybe sebab keluar bawak anak-anak jalan tak mintak izin suami (suami dok jauh tu yang cam leceh nak mintak izin).
- Pinjamkan duit riban2 kat orang tapi at last orang tu lari tak jumpa dah. Ni sebab tak dengar cakap somi.
- Hati rasa tak tenang (sebab banyak sangat dosa)

Bile muhasabah diri balik, ternyata banyak nikmat Allah yang tak disyukuri secara sedar mahupun tidak sedar. Moga Allah ampuni dosaku, dosa kedua ibubapaku, ahli keluargaku & sekalian umat Islam.


Related topics:
~ Jom Kongsi: Bersama DFMK.
Garment steamer MORGAN.
~

9 comments:

  1. yela... memang akan rasa bersalah

    ReplyDelete
  2. termotivasi dengan entri ni..

    #SalamRamadan..

    ReplyDelete
  3. Adeh ! dah tertulis bukan rezeki kita kak.. kadang dah pegang dah, hilang, jumpa balik.. tapi, kalau bukan rezeki, tak de jugak kak.. Dia nak gantikan dengan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  4. ya kekadang Allah tarik rezeki kita dari pelbagai cara..

    ReplyDelete
  5. sy pn sll gk pk mcm tu.kdg kita tkt nk belanja kan duit kita pdhl kita x sdr duit tu akn kita guna jugak kalo dh Tuhan nak tarik nikmat duit tu..

    ReplyDelete
  6. Insyaallah....rezeki yg kita dapat semuanya berkat, tak de yg tak berkat. Moga Allah ampunkan dosa kita dan semua org org muslim.

    Janganlah rasa bersalah sangat Nazeck....

    ReplyDelete
  7. dalam stiap bahagian rezeki kita pun ada tertulis rezeki orang lain sama.. tu yang kadang nasi nak disuap ke mulut pun belum tentu rezeki kita sepenuhnya..

    apa2 pun Allah SWT Maha Pemurah =)

    ReplyDelete
  8. Setiap apa yg kita buat pasti ada balsan drp Allah SWT

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~