Tuesday, January 27, 2015

Infertility /Ketidaksuburan.

1 young lady datang petang tadi mengadu masalah keputihan yang serius jugaklah. Aku diagnosed dia as Vaginal Candidiasis & bagi treatment Clotrimazole pessary (ubat yang masuk dalam tu). Yang belum kawen...takyah pahamkan lagi pun takpe k. Tapi, kalau aku sendiri prefer beli C. Fluconazole 150mg sekali makan sebiji je - response cepat, tapi ubat ni not available kat KK.

Lepas tu aku mintak dia pergi Farmasi & lepas tu bolehlah balik.

Tapi, rupenye ada soklan yang bersarang kat fikiran dia. Malu betul dia nak tanya kat aku. Baguslah ada perasaan malu berbanding orang belum kawin yang x reti malu kalau datang dengan boipren masuk bilik aku, memang aku halau tunggu la ko kat luar.

Pn. S: Dr, suami saya suruh tanya..kalau masalah keputihan saya ni boleh jadikan saya tak boleh mengandung ke?
Aku: Ermmm..tak lah. Vaginal Candidiasis ni cuma infection biasa je. Tak sebabkan kemandulan.

Seterusnya...

Aku: Dah berapa lama kahwin?
Pn. S: Setahun, Dr.

Aku: Okey, awal lagi. Cuba lagi ye. Selalunya ada banyak faktor lain yang mesti diambil kira. Contohnya:-
- Suami perokok.
- Kekerapan bersama suami.
- Teknik (tak boleh cerita lelebih kat sini)
- Penggunaan barrier method (cth condom)
- Stress.
- Hormon imbalance.
- Penyakit2 tertentu, dll.
Pn. S: Ermmm..terima kasih,Dr. Tapi saya malu lah dengan suami.
Aku: Sebenarnya ramai je yang alami masalah macam ni. Masalah macam ni juga ada kaitan dengan hygiene. So, boleh pesan kat suami for proper hygiene juga during SI (sexual intercourse).

Lepas tu...

Pn. S: Tapi Dr, saya malulah ramai yang asik tanya bila nak ada anak.
Aku: Macam ni lah, awak.. Selagi manusia tu ada mulut, selagi tu dia takkan berenti bercakap. Melainkan mulut dia tu kita plasterkan. Bila belum kawen, asik tanya bila nak naik pelamin. Bila dah kawin, asik tanya bila nk dapat anak. Bila dah ada sorang anak, asik tanya pulak bila nak tambah lagi. Soklan tu takkan pernah habis. Buat taktau je,k. Think positive ok:) Okey, kalau dah 2 years still tak pregnant jugak..datang semula kita buat workout k.

91 comments:

  1. Sama lah dengan Sha... dah tahu Sha sakit pun masih nak tanya tak try ke?? taknak amik anak angkat ke? runsing tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye,Sha.
      Akak faham sakit Sha :(
      Jom kita plaster mulut dia.

      Delete
    2. buat tak tahu saja orang yang mulut2 jahat ni..

      Delete
    3. Sabar yer sha. Jangan kisah sangat dengan mulut diaorang, nanti kita yang sakit hati.

      Delete
  2. Keputihan melampau tu macamana Nazeck...
    Kita ni pompuan biasanya ada aje keputihan tu kan...Walaupun dah kawen tp mcm seram jugak tu kalau rawatan ubat kena masuk dlm tu....ngerinya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..sebenarnya x lah melampau sangat. Tapi nak bezakan dari keputihan biasa :D Yang luar biasa sikit, cth - sampai keluar berketul2, or sampai keluar macam urin (sebab banyak sangat..sampai mengalir je..)

      Delete
    2. ooo mcm tu.. kalai keputihan biasa tu, kira ok lagi la..

      Delete
    3. Hehe.....ayat gempak sungguh.....seram mak!

      Delete
    4. mana satu lagi seram..cita seram ka kena masuk ubat hihi

      Delete
    5. Kalai tu apa Cik Zarul Farhana? Minahkumari Kalai ke? He He He...

      Delete
    6. soal keputihan nie memang buat hati gundah je..huhu... seriau dari cerita hantu...huhu

      Delete
  3. Huhuhuhu. .masalah yang terakhir tu memang takde 'ubat'.manusia penyibuk ni kalaulah boleh plaster mulut dioranng kan..Semoga patient dr shikin ni kembali sembuh dan cepat dapat anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang resam dunia... Belum kawin... Ditanya bila nak kawin?... Dah kawin ditanya bila nak dapat anak? Dah dapat anak... Ditanya bila nak tambah anak? Kalu SS... SS jawap dengan soalan.. Bila ko nak mati? Tengok dia boleh jawap tak? Rezeki... Jodoh.... Ajal maut di tangan tuhan... Jangan ekau memandai2 yeeeiiii... He He He....

      Delete
  4. selagi nama manusia macam tu laa.. apapun kita jer yang tau diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  5. ekin mengalami situasi yang sama bila dah kahwin 7 bulan duk tnya dah ada isi ke... kahwin dah lama belum ada lagi lepas tu duk banding dengan org2 lain....

    ReplyDelete
  6. yg belum kahwin kena ambil tahu jga bab2 bahagian itu.. T__T
    igtkan ditanya apa..rupanya bila nak ada zuriat.. manusia mmg selalu bertanya soalan mcm 2..nak tak nak dengar ja la..

    ReplyDelete
  7. kalau nak buat rawatan tu, boleh pergi KK biasa atau kena rujuk hospital kak shikin?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros datang klinik kerajaan berdekatan dulu.
      Kalau dah 2 tahun mencuba, tapi masih x preggy, doktor aku buat pemeriksaan lanjutan.

      Delete
  8. betul tu..kalau dah ramai anak pulak..sibuk pulak tanya tak planning ke? hehe sy ni baru stgh tahun kawen..belum ada rezeki lagi..

    ReplyDelete
  9. keputihan tu mcm mn ye? sy sll je confuse hehe..ygg melekat kuning2 kat spender tu ke?? hehe

    ReplyDelete
  10. tak kahwin tak yah paham ek.. ambik tahu awal2.. hihi.. well, bab mulut org mmg xleh nak tutup.. sekarang dah masuk fasa kena tanya soklan "hang bila nak kawen".. macam malas nk p kndri kndara macam ni.. mls nak layan soklan macam tu.. "jodoh bukan kerja mak cik, diam sudah lah"..gitu sekali jawab terus diam..haha

    ReplyDelete
  11. manusia takkan pernah berhenti tanya. kalau belum kawen sibuk tanya bila nak kawen. bila dah kawen sibuk tanya bila nak ada anak and so on. bertabah aje lahh :)

    ReplyDelete
  12. Saya juga masa mula2 kawen dulu hadapi masalah yg sama..lambat dpt anak! 3 tahun kawen baru dpt anak. Tapi bila dah start dpt anak... kami jadi terlmpau subur sampai setiap tahun dpt anak berderet-deret, pantang bersentuh terus jadi, hingga doktor nasihatkan pakai IUD...hehehe..

    ReplyDelete
  13. agaknya belum ada rezeki lagi la tu kan..ipar wana pun dulu kawen setahun setengah baru dapat anak..

    ReplyDelete
  14. biasalah mulut orang..bukan boleh dittup..Doc.. C. Fluconazole 150mg tu kalau pregnant boleh guna tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Preggy boleh makan tapi ada limit.
      Setakat makan 4-5 kali sepanjang tempoh mengandung tu takpe.
      Sebab sekali makan pun baru sebiji.

      Delete
  15. Dr, nak tanya, apa punca dapat masalah keputihan yang serius ni? And kalau orang belum berkahwin, apa treatment nya selain dari ubat masuk kat bawah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputihan boleh jadi normal. Masa peringkat ovulasi dalam kitar haid pun kita boleh dapat keputihan tapi jenis clear & tak berbau.

      Delete
    2. Bagi wanita yang haid nya regular, ovulasi nya ialah sekitar 14 hari sebelum tarikh dijangka haid akan datang. Means, kalau jangka haid 28/2/15, ovulasi ialah pada 14/2/15.

      Delete
    3. ovulasi tu tempoh subur kan kak shikin..hihi.. peacee

      Delete
  16. Memang banyak mulut mulut puaka di luar sana...hahahaha

    ReplyDelete
  17. Awal lagi tu. Lainlah kalau dah berbelas-belas tahun. In shaa Allah ada rezeki jugak tu nak menimang anak.

    Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover

    ReplyDelete
  18. biasa la tu kan..mulut manusia ni..dah ada anak depa akan tanya bila nk tambh lg

    ReplyDelete
  19. Betullah,kita tak perlu malu bila tau yang kita ni sakit. Rasanya paling tidak
    seorang wanita itu pernah sekali mengalaminya seumur hidup.Betul tak doc ?

    ReplyDelete
  20. Typical orang Melayu.. semua tu saya dah pernah rasa dah.. nak pulak dulu adik kahwin dulu dari saya.. eemm.. sampai rasa malas nak balik kampung pun ye ada.. huhuhu.. tapi sekarang.. ada pulak tanya bila nak tambah lagi anak.. eemm.. dah 3 kot.. cukuplah dulu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tanya lagi, tanya kat dia nak bagi tajaan susu, pampers, pakaian, belajar bla..bla..bla..
      Cakap banyak..

      Delete
  21. Acik mengandung yang last ni, teruk sangat keputihan tu...GBS positif..seminggu baby kena tahan...cucuk antibiotik

    ReplyDelete
  22. belum kawin lagi..hihi
    btw, manfaat =)
    jemput dtg blog sy..

    ReplyDelete
  23. comel nasihat kak shikin yang last tuh...mmg etul, mulut org bukan kite boleh tutupkan... :D

    ReplyDelete
  24. yang penting usaha.. saya dulu pun masalah juga.. pi klinik doktor sahkan jumlah sperma saya tak cukup.. tapi Alhamdulillah kalau dah rezeki tak ke mana.. usaha jangan putus asa

    ReplyDelete
  25. sy pon selalu dpt soklan cenggitu gak...bila nak ada anak...memang kena banyak bersabar..berusaha...dan berdoa

    ReplyDelete
  26. Lambt lg . . .tp pnting untuk ambk tahu perkara mcm ni. .Thanks 4 da info ye Doc ! :D

    ReplyDelete
  27. rezeki Allah tu luas. ada yang 8 tahun kawin baru dapat anak ada yang lagi lama dari tu. semuanya adasebab dan himah tersendiri insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin Allah bagi kita rezeki kat lain dulu. Tapi, kita manusia ni selalu tak nampak.

      Delete
  28. mulut orang biasala.. soalan famous selalu sy dapat bila nak kwen... jwp favorite saya tunggu donghae (super junior) bz sangat...tu yg blm kawen lg tu...hahaha

    ReplyDelete
  29. Mmg kesian bila org dok tanya bila nak dpt baby ingat nak dpt baby ni mcm beli kat pasar malam kot!! Betul la ckp Dr, mulut org kita tak boleh nak tutup... jawab je la "Tolong doakan saya, mungkin doa awak makbul" :)

    ReplyDelete
  30. nasihat yang bagus dari seorang doktor..

    ReplyDelete
  31. nadia pon kalau boleh memang nak jauhkan mulut ni dari bertanya orang "dah ada isi belum" "anak dah berapa" (kecuali la nampak anak berderet2..kehkeh.

    sebab soalan yang simple tu la boleh bg impak yg besar pada org lain. boleh stresss ooo.

    nadia pon dulu keguguran , lepas tu nak tunggu pregnant balik tu hanya allah je la yang tahu..sebab MIL pon preggy, tiap minggu nya dia tanya dah ada isi ke belum..naik stress sampai taknak balik dah rumah MIL

    tp allah maha kuasa, sekarang anak n mak sedara sebaya, beza 5 bulan.kehkhekhe

    menulis tentang.. : Formula Tarik Rezeki Pada Rezeki Yang Susah Masuk

    ReplyDelete
  32. okay doc saya bujang.. takleh nak komen lelebih... tapi saya musykil apa maksud doc kat KK tak available? KK mana tu? Kota Kinabalu ker?

    ReplyDelete
  33. Lahhhh... KK tu Kementerian Kesihatan ker?? ishhhh ingatkan Kota Kinabalu tadi... hahahaha

    ReplyDelete
  34. tu la masalah mulut org ni.. sbb tu kene jaga kata-kata.. belum terlepas, hak kita, dah terlepas cakap, jadi hak orang.. selalu orang mulut macam ni tidak suka lihat orang lain bahagia sebab dia sendiri x bahagia dalaman dia.. huhu..
    ni pun tips prof muhaya jgk :)

    ReplyDelete
  35. Mungkin belum rezeki lagi..InshaAllah :) Doakan untuk Puan S segera menjadi ibu..amin :)

    ReplyDelete
  36. mulut orang memang tak boleh tutup...sakit hati tu memang lah tapi malas nak dilayankan...

    ReplyDelete
  37. orang tak kan berhenti bertanya, bersabarlah ya bg yg menfhadapu dugaan sebegini

    ReplyDelete
  38. oo ada gaj ubat jenia masuk ke situ ya.. slalu tahu ubat masuk kay punggung ja utk budak2 yang xberak tu..

    ReplyDelete
  39. Ohh Nad pernah kena waktu pregnant Harith dulu...
    Ubat yang sama doktor bagi...lepas tu okay la...takda dah prob tu

    ReplyDelete
  40. mulut org mmg camtu kan . suka jer tanya tanpa fikir perasaan org yg di tanya . anggap je org tu x de benda lain dia nak tanya ...

    ReplyDelete
  41. Doktor Shikin bukan sahaja boleh jadi doktor perubatan tapi juga pakar motivasi. Dah macam Doktor Muhaya saya tengok. Doktor mampu memberi motivasi kepada pesakit doktor dengan baik sekali.

    ReplyDelete
  42. Keputihan ni kalau jadi kat kanak2, kira normal tak kak shikin?

    ReplyDelete
  43. ptg sembang2 dgn kawan kak saya.. ada yg ada ank besar dh la.. ada la dia cita ank dia baru 2 kali dtg bulan.. pas2 ada keputihan byk.. baru drjah 6...
    ada sorg lagi bagi petua jgn makan sayur kobis dan timun.. betul ka.. saya pernah dgr bawang pon tak elok...

    ReplyDelete
  44. paling tension dgn soalan2 camtu..bila umur 25 keatas akan tanya bila nk kawin...dah kawin tak dapat anak tanya bila nk dpt anak..rasa geram je itu kan kerja Allah...org yg tanya soalan mcm mmg BODOH...sakit hati je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... asal usia semakin naik 25 ja makin byk soklan mcm tu...

      Delete
    2. Akak JM..!! CT da mula diterjah dengan soalan cemtu. syukur mak ayah bukan jenis memaksa o kasi pressure..

      Delete
    3. Tanya orang tu balik... Bile ko nak mati? Tengok dia leh jawap tak?

      Delete
    4. anis yg belum 25 ke atas pon dh ditanye bile nak kawen..adoii.. baru nak senyum lebar.. terus simpan senyu,,huhuhu..

      Delete
  45. semoga Allah kurniakan zuriat pada mereka yang menanti. amin.

    ReplyDelete
  46. Perkongsian menarik..Adik ipar kak lya kawen 10 thn br dpt sorg ank ..Alhamdulillah rezeki selepas bertahun2 mencuba ..dah mcm bahan ujikaji plak semua benda diaorg suami isteri buat utk dpt ank..

    ReplyDelete
  47. Teknik apa tu? SS cuma tahu teknik rebonding aje untuk yang suke berdandan.. He He He...

    ReplyDelete
  48. Selagi namanya manusia, takkan habis nak menyibuk hal orang lain. Tapi tak semua macam tu kann...

    Alhamdulillah, setakat ni saya tak alami keputihan yang teruk.

    ReplyDelete
  49. saya pernah kena banyak sangat. tapi dia mesti datang masa few days before period. kalau kaler, jernih je. tapi risau gak. hehe. pastu dia hilang balik.

    ReplyDelete
  50. Nasib baik jumpa doc puan pun malu lg. Kalau laki lg lah.. akak bln 1 peroid xdtg. Malas gi klinik dh tahu soklan doc laki.. nyampah pulak

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~