Tuesday, September 23, 2014

Sakit urat - Jenis 'Peripheral nerve disease'.

     Semalam Allah nak duga aku - dapat 2 kes yang complicated. Kes apa? Sakit saraf yang 'spesifik'. Tak sama macam sakit-sakit satu badan or lenguh-lenguh tu tau.
-> Cth 1:budak ni (umo 19 tahun) - lemah separuh badan since tahun lepas (tapi ni bukan stroke @ angin ahmar). Punyelah lama aku assess dia sebab dah lama gile tak dapat kes macam ni. Last skali masa houseman 7 tahun lepas kot. After assess aku nak refer dia ke Orthopedic.
-> Cth 2: Lady ni umo 40-an - lemah & kebas kat ibu jari tangan (thumb) sampai tak boleh nak pegang kunci kereta, tak boleh nak pegang suratkhabar dsb. Akak ni selalu letak tangan tergantung kat kerusi (bahagian ketiak tertekan kat kerusi). Most possible urat yang injured adalah 'Radial nerve'. Akak ni alami Neurapraxia. Refer tajuk ni ~ Neurapraxia, Axonotmesis, Neurotmesis.
Terpaksa buka  Oxford handbook yang dah lama
'mendiami' rak buku ni.
(ni kat rumah, nak refresh balik all the details.) 
Ni semua adalah kawasan saraf pada kulit
yang nak kene assess
* Bahagian hadapan badan.
* Bahagian belakang badan.

41 comments:

  1. Bagus juga ada doktor alam maya ni..Acik punya ibu jari kaki tak rasa apa-apa (kebas) dah bertahun-tahun..pergi klinik, doktor bagi ubat kebas sahaja. Acik nak tahu juga, apa sebabnya, apa effectnya dan adakah ia akan membawa kemudaratan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tak doc sana check blood sugar, thyroid hormone, tekanan darah.
      Macam2 kena check sebenarnya.

      Delete
  2. husben mama kena gini, kebas hujung jari kaki, sebelah kaki kanannya juga kebas-kebas.. tapi masih boleh bergerak lagi..

    apa yang perlu dibuat ye doktor? beliau makan ubat saraf yang doktor klinik berikan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ke, mama?
      Ada check darah tak mama?

      Delete
    2. baru sebulan ni nampak agak teruk sikit, memang dah lama gak.. tapi tak serius...

      Delete
    3. Ermmm..kena fully assess tu, mama.
      Harap jumpa doktor cepat2.

      Delete
  3. pernah dengar la kan,warga emas suka makan ubat @ ambik ubat sakit urat bl sakit,ada ka ubat untuk sakit urat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat sakit urat yang diberi tu actually vitamin untuk saraf. Selalunya yang available adalah Tablet Neurobion ( mengandungi vitamin B1,B6, B12).

      Delete
  4. Replies
    1. Ada yang bahaya, ada yang biasa.
      Macam orang tua-tua tu mostly sakit urat biasa. Bukan disebabkan penyakit serius.

      Delete
  5. Salam, doc...nak tanye la. Baby sy ade allergic kat kaki...cuma tak tau allergic susu/makan/cuaca tapi keluar bintik-bintik kat kaki. Baby pulak bila gatal selalu gosok2 kaki kat tilam, lantai jadi luka. Skrg allergic tu dh ada nanah. Bawak jumpa doc government dia check tp xtau allergic ape sebab nak kata penyakit kaki, tgn dan mulut tu...bukan sebab allergic tu kat kaki shj. Nak jgk tunjuk allergic tu tp xtau emel doc. Klo xkeberatan bole tak bagi emel?? :)

    ReplyDelete
  6. Hurmm...kagum...gigihnya kak shikin nak tengok setiap satu...
    rupanya habit suka gantung tangan dekat ketiak ada kesan tak baik yer...baru tahu...

    Jemput join...
    Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014

    ReplyDelete
  7. Ada kaitan dengan saluran darah tak?..

    ReplyDelete
  8. Moga Allah mudahkan segala urusan... :)

    ReplyDelete
  9. Kesiannya,..lagi2 yg umur 19 tahun. Muda lagi,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang sini baca tentang ni balik. Malam tadi baca novel came across nama penyakit ni :)

      Delete
  10. saya punya jari selepas tertikam pisau dah tak rasa apa2 tapi tak gi buat pemeriksaan pun

    ReplyDelete
  11. kite selalu jugak kebas2 ni...tapi tak teruk...dulu2 sebab tido tak bergerak..skrg dah tido posisi betul, dah tak kebas dah...

    ReplyDelete
  12. akak, akak memang selalu ye revise2 balik ilmu2 medic ni? bagusnya...respek akak... kite ni, pemalas membaca buku...heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..xdelah.
      Akak revise kes yang jarang jumpa je.
      Tapi, ermmmm..ye jugak kot.
      Ikut rajin je.

      Delete
  13. Kerap juga bangun pagi rasa kebas kat tangan ngn kaki sebelah yang kita mengiring..bila dah bangun pelan2 ok..

    ReplyDelete
  14. nice sharing... alhamdulillah.perkongsian yang sangat baik dan tahniah drshikin ...

    salam ukhwah dan salam perkenalan dari mommylina

    ReplyDelete
  15. nmpk serius tu smpi pegang kunci pun x boleh...

    ReplyDelete
  16. sis JM kalau sakit urat minta tolong mak urutkan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. banyaknya penyakit zaman sekarang. moga akak sentiasa diberi ilham untuk membantu pesakit2 :)

    ReplyDelete
  18. takutnya kalau kena sakit urat ni.. hmm

    ReplyDelete
  19. mak saya selalu sakit sakit urat :(

    ReplyDelete
  20. selalu rasa kebas je kt kaki.. lepas urut sikit dh xrasa. ada kaitan dgn urat jugak ke

    ReplyDelete
  21. bila lepas mendaki gunung/ bukit..sellu demam..org kata demam urat...g urut satu badan baru ok sikit rasanya...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~