Tuesday, September 23, 2014

Oral candidiasis.

     Dah 2 minggu Iri ada putih-putih kat lidah tu tapi tak sempat & lupa je nak ambilkan medication untuk dia. Itulah hakikat kami kat klinik ni, selalu je lupa rawat ahli keluarga sendiri. Alhamdulillah semalam sempat ambik.
     Putih-putih kat lidah tu adalah jangkitan kulat ~> Oral candidiasis. Ia akan nampak tebal & tak boleh keluar kalau kita kikis pun. Ia tak sama dengan sisa susu yang melekat kat mulut tau.
Ubat untuk Oral Candidiasis dari klinik aku
-  Tystatin oral suspension.
Tystatin tu brand dia.
Yang penting, kandungan ubat tu mesti
ada Nystatin.
 Setiap 1 ml = 100,000 units Nystatin.
Recommended dosage berapa?
Infant (umo setahun) - 0.5-1 ml.
Children & adults - 1-6 ml.
* Titis setiap 6 jam (4x sehari) selepas makan.
* Tahan selama mana yang boleh kat lidah sebelum telan.
* Kalau nampak dah hilang, tetap teruskan guna
untuk tempoh 48 jam
     In fact, korang still kene teruskan sapu krim anti-kulat pada mana-mana jangkitan kulat kat kulit walaupun dah hilang. At least,  teruskan sapu ubat for 5 days. Kalau tak, nanti jangkitan tu akan naik balik. 

15 comments:

  1. owg dewasa pon ada?igt baby ja..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dewasa selalunya x kena, KECUALI yang mempunyai tahap imuniti yang rendah.
      Cth: Pesakit HIV, ibu mengandung, pesakit kencing manis yang tidak terkawal.

      Delete
  2. Alaaaa shiannya, Iri. Aunty doakan Iri cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. Ooo baru tau.. ohh stay kena sapu ubat anti kulat sehingga 5 hari selepas sembuh..kalau krim untuk kulit yang lain macam alergik pun sama juga ke shikin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau allergy selalu guna antihistamines cream atau steroid cream/ointment.
      Yang ni x perlu teruskan kalau ok.
      Cuma allergy akan slalu berulang depends pada exposure terhadap penyebab allergy tu.
      Pakai ubatnya bila allergy terjadi saja.

      Delete
  4. noted..ahakss...belum ada anak tak tahu huhuh

    ReplyDelete
  5. kak, takde gambar ke? tak dapat bayangan. hehe.
    moga Iri cepat sembuh. haritu demam ni lain pulak. takpe Allah sayang Iri :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah lg nampak kt lidah.. baru tahu pasal kulat ni

    ReplyDelete
  7. selalu kt baby ada... tgk ank buah, maknya bersihkan guna kain tuala basah then sapu kt lidah...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~