Thursday, September 25, 2014

Kerja sebagai ibadah.

     Well korang.. Aku dah tua2 ni memang dah tak sama macam dulu. Korang jangan terkejut kalau aku cakap dulu aku slalu je being sarcastic dengan patient & provoke patient (I mean yang banyak songel). Tapi, sekarang tak macam dulu. Well, people keep changing rite? And alhamdulillah perubahan aku tu ke arah kebaikan. Alhamdulillah, setiap kali aku datang keje, aku niatkan keje aku tu Allah terima sebagai ibadah. If not, alangkah sia-sianya setiap hari yang aku lalui. Pergi kerja-balik kerja-pergi kerja-balik kerja.... Habuk tarak. Apa aku nak bawak sebagai bekal kat 'sana' nanti. Ibadah khusus dah pulak ciput. So, aku kene ambil berat ibadah umum macam ni.
     Kalau dulu, mostly everyday aku terfikir - macamanalah keadaan patient aku hari ni? Mesti ada  yang problematic (means banyak songeh), teruklah aku. Negative kan? End up..memang akan slalu ada je problem. Tapi sekarang, everytime aku datang kerja aku akan fikir macam ni - Everything is going to be alrite. Takkan ada masalah yang tak sepatutnya timbul. And Insyaallah aku akan membantu merawat patient dengan baik. Nampak tak the difference? End result - alhamdulillah memang everything goes smoothly throughout the day (in most of my days). Aku slalu fikir, kalau kita niat baik..Allah akan tolong, especially dalam memudahkan segala urusan kita & memberi lapang dada kat kita.
     Kadang2 tu datang juga dugaan. Contoh - Sorang pakcik ni nama SK, baru didiagnose TB. Disebabkan bulan ni aku in-charge TB so aku slalulah kene tengokkan pakcik SK ni. Ermmm...dipendekkan cerita, dia ni sangatlah cerewet & demanding. Dia x mo ikut arahan pihak kesihatan, tapi slalu nak kita dengar cakap dia. Dia slalu mengadu macam-macam yang dia tak puas hati kat aku (regarding everything). Aku dengar je & cuba nasihat dia. Setiap kali jumpa dia akan cakap perkara sama, so aku pun akan bagi jawapan yang sama. Kalau aku marah, mesti naik complaint. Aku pun bukannye nak marah. Cuma aku risau, setiap kali dia jumpa aku, dia akan ambil masa yang terlalu lama menyebabkan rawatan patient kat luar delay. So, hanya ada 2 colleague aku lagi yang terpaksa rushing tengok patient lain. And hari ni, dia bagi aku 'ceramah' - nak jadi doktor ni kene memahami, dll. Dan dia maksudkan aku ni memahami (I don't have other choice than trying to understand him, isn't it?). Siap keluarkan falsafah. Aku teruskan mendengar dengan teliti. Aku tau..pakcik ni sebenarnya mengalami mild depression. That's why dia berkelakuan macam tu. Aku hanya doakan yang terbaik, moga dia cepat sembuh & takde apa-apa komplikasi dari rawatan or penyakit TB tu. Insyaallah. Kalau kita dah niat kerja tu sebagai ibadah, memang kita otomatik bersifat positif. Semoga sabar tu sentiasa mengiringi. Kita bantu ringankan beban orang lain, Insyaallah Allah akan bantu kita juga suatu saat kita alami susah nanti.

38 comments:

  1. Ya setuju, kerja apapun, anggaplah ia satu ibadah... besar ganjarannya :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu sis.. Saya setuju Sgt..my mom slalu ingtkn saya buat kerja niat kerana Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya your mommy.
      Kirimkan salam akak kat die ye.
      She must be a lovely person rite?

      Delete
  3. huih..penuh dengan kesabaran akak melayan...
    Kerja cikgu, misi dan doktor banyak pahala...dua-dua kena banyak layan orang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Nadirah kerja ke housewife?
      Sebenarnye setiap pekerjaan ada kebaikan tersendiri.
      Insyaallah...
      Bile kita fikir betul2, setiap perlakuan kita seharian is actually adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah.
      Tapi ye lah, kita manusia.ni selalu lupa..especially yang berkata-kata ni.

      Delete
  4. memang ada org seperti pakcik ni..agaknya dia jumpa doktor tu nak sembang2 dan hilangkan tension dia..pengalaman saya lah, pernah seorg pesakit itu jumpa doktor dlm setengah jam..kami yg duduk tunggu kat luar ini sudah tidak keruan dan geram..biar dia keluar muka selambar shj..doktor kata dia byk cerita pasal kehilangan kapal terbang MH370 itu, pasal sakit tu sikit shj..alahaiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, ye ke kak nani?
      Ermm..itulah hakikatnya yang kami hadapi hari-hari.
      Nak suruh keluar, orang tua..(slalunye lah..Orang tua ni sensitif. Ermmm..)
      Diluah mati emak,
      Ditelan mati bapak.

      Delete
  5. mencabar keje jadi doktor kan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama kaori.
      Tapi, pada pendapat saya setiap pekerjaan ada cabaran masing-masing.
      Harapan saya, moga kita sama2 ikhlas dalam menggalas tugas masing-masing.

      Delete
  6. Ya kita kena niatkan bekerja itu sebagai satu ibadah.. shikin akak tag untuk GA nih..

    http://izzeyda.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

    ReplyDelete
  7. Betul tu Doc.. Kerja kita adalah satu ibadah. Kena ikhlaskan niat supaya dipermudahkan Allah...

    ReplyDelete
  8. salam singgah. kita berubah seiring dengan usia & pengalaman. tq doc. saya pun masih dalam proses ke arah pemikiran yg positif jua ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.
      Kita semua boleh kalau kita fikirkan kita boleh.
      Cuma orang yang sering memberi alasan akan berada di takuk lama.
      Yang penting, lebihkan bergaul dengan orang yang positif agar dapat auranya.

      Delete
  9. Semoga terus bersabar dengan kerenah pesakit2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx, sis.
      Memang akan ada ujian setiap hari, dan I found that ujian tu datang dalam pelbagai bentuk & keadaan yang berbeza juga.
      Perlukan mental yang kuat untuk laluinya.

      Delete
  10. betul tu...kerja bkn shj membentuk pengalaman ttp jg mencorak sikap dan pemikiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap anies.
      Kita perlu berubah seiring keadaan semasa juga, tapi make sure bukan kepada perkara buruk.
      * Me..myself ~ please take note!

      Delete
  11. X kira kerja apa pun, yg penting ikhlas.
    Ganjaran nya Allah tentukn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PB,
      Semoga kita semua beroleh ganjaran pahala.
      Insyaallah.

      Delete
  12. tabahnye dr. shikin..saya pun bekerja dlm situasi yg lebih kurang sama..cuma bidang kite berlainan...saya bekerja di library..hari2 mengadap student foreigner yg bermasalah..byk peel..mula2 mmg kite x terlayan..bile hari2 kite makin matang dan boleh terima jalan rezeki kite dgn cara begini...

    well...JOM SAMA-SAMA SUPPORT SEGMEN PERTAMA SAYA
    http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/09/segmen-bloglist-cun-oktober-2014-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kita perlukan orang lain yang mungkin berbeza pendapat dari kita so that kita boleh improvekan diri kita dari perspective berbeza.
      I've tried these & it works.

      Delete
  13. Assalamualaikum dan singgah malam Dr.
    setuju sangat...keja apa pun yang penting ikhlas dan halal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MD.
      Actually, rezeki yang halal & Keikhlasan itu juga saling berkaitan.
      Jom kita renungkan.

      Delete
  14. Setuju Shikin...walau spa jenis sekalipon pekerjaan yg kita ceburi ..anggaplah ianya satu ibadah

    ReplyDelete
  15. Apa2 yang kita lakukan bila di niatkan kerana Allah..ia adalah ibadah..janji kerja yang halal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul RAH.
      Jangan kerja yang tidak halal pula didoakan sebagai ibadah.
      Tentunya matlamat tidak menghalalkan cara.

      Delete
  16. Semoga kita semua terus ikhlas dan sabar dlm melunaskan tugas sehari-hari :)

    ReplyDelete
  17. asalamua;aikum nak kenal blog ..blog cantik ni..

    ReplyDelete
  18. Tq atas reminder.. kadang2 pening layan patient ni. Dah lately ni cepat sangat rasa nak marah. Haish.. kena reset minda nih. Semoga tak lekat perangai buruk kat budak kecik dalam perut..heheh

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  19. so true kak. niat kerana Allah dalam setiap apa yg kita lakukan. anggaplah Allah hantar pakcik tu sebagai perantara nak tengok sejauh mana akak melayan pakcik tu. moga akak sentiasa diberi kekuatan untuk mengahadapi nya :)

    ReplyDelete
  20. betul. ummi pun ada cakap, kalau x suka kerja tu, xyah buat langsung. bila niat x ikhlas, pahala pun x dapat. sebab kita x bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  21. betul tu,.masa mendewasakan kita :)

    ReplyDelete
  22. sabar jelah melayan pesakit.. kadang2 pesan juga kt mak jgn byk songeh kalau jumpa doktor. hehe

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~