Wednesday, September 17, 2014

Kenangan dengan cikgu.

     Start buat Liebster award ni, datang pulak idea nak cerita kenangan pahit manis sepanjang bergelar budak sekolah rendah & menengah dulu. Bawah ni antara kenangan yang aku susah nak lupa (banyak yang aku x ingat sebab aku ni ada 'short-term memory loss').

Masa...
Darjah 4 (1994) -
1. Cikgu KH tampar muka aku kuat gila sebab aku lupa bawak buku scrap, walhal aku dah siapkan. Memang sakit betul. Aku menangis bercurahan air mata sampai semua gegirl kelas aku datang kerumun & pujuk aku.

 2. Cikgu Janet - guru kelas aku yang 'montel' & garang. Mula-mula aku takut gak lah dengan dia. Tapi, aku tak sangka dia sayang aku. Taknah pun kene marah dengan dia. Tapi, orang lain kena.

3. Cikgu Mat Nor (dah arwah) - seorang guru PJK yang berbadan besar tinggi. Juga sangat garang. Masa tu aku & kawan-kawan sekelas tengah buat larian kat padang sekolah. Tiba-tiba dia panggil & marah sebab kitorang tak tuck-in T-shirt sukan. Sorang2 kena hentak dengan kayu hoki kat kepala. * Aku x suka tuck-in sebab nampak sexy.

Darjah 5 (1995) -
1. Cikgu Math pelatih (perempuan) marah aku tulis no sembilan macam ni ->9 (ni pun salah?).

2. Cikgu tu jugak suruh aku berdiri atas kerusi masa belajar sebab aku baca buku cerita time dia tengah ngajar.

Darjah 6 (1996) -
Teacher H yang sangat baik (pakaian dia -jubah + tudung labuh). Semua anak murid sayang dia sebab dia baik sangat. Dia pernah puji tulisan aku cantik. Siap mintak aku tuliskan kat Sijil PAFA.

Sorang lagi cikgu yang paling aku sayang ialah...
Cikgu Hapipah - Dia guru kelas aku masa Tahap 1 (Darjah 1-3). Dia selalu hantar aku balik rumah sebab aku selalu nak pitam & pernah berdarah kat dahi ~ Laceration at forehead.

Form 1 (1996) -
1. Pernah kene rotan kat belakang dengan cikgu Malik (cikgu pjk merangkap cikgu disiplin) sebab sedap tido dalam kelas masa prep malam. Kawan-kawan lain sibuk dok studi.

2. Rindu Teacher Dayang - cikgu pelatih yang kecik molek berasal dari Sarawak. Dia sangat-sangat baik.

Form2 (1997) -
Kitorang lari lintang-pukang melompat atas katil bila ustazah Quran & Sunnah, merangkap warden naik dorm buat spot check samada kitorang dah tido ke belum. Masa tu kitorang tgh berkumpul atas carpet, tengah2 dorm sebab sambut birthday kawan. Aku panjat katil double decker tangan belum basuh, tapi terus terlelap. Bila dah ok, kawan aku bawak mangkuk air untuk basuhkan tangan aku.

Form 4 (1999) -
1. Kene 'tangkap' sebab tiru sain HEM ~ Kami tertangkap Senasib dengan 3 orang kawan yang lain (sedorm). Bukan kitorang yang buat pun. Kena paksa keluar beli barang dengan akak Ketua Dorm. Dialah yang buat signature tu.

2. Teacher F buat 'public reading' surat yang aku tulis minta supaya kalau boleh kurangkan aktiviti keceriaan kelas. Aku risau bila dia asik discuss ttg keceriaan kelas (ada pertandingan among classes). Nanti masa kitorang nak belajar berkurang.

Form 5 (2000) -
* Ni paling aku tak boleh lupa sampai sekarang.
Teacher Rahimaton - cikgu BI kelas lain merangkap cikgu SPBT tampar + tonyoh2 muka aku depan semua budak kelas aku...sampai tudung aku macam nak tercabut sebab aku tak wrap buku text pinjaman. Dia tau tak aku tak cukup duit untuk beli plastic wrap? Nak makan pun aku xde duit. (Aku asal orang susah). Selalu je aku puasa. Nasib baik ada boipren (haaaaa....apekah?) yang belanja aku roti 50sen hampir tiap-tiap hari (baikhati dia).
* Lenkali tanya lah dulu sebelum bertindak melulu.

** PMS kot cikgu2 perempuan ni. Marah macam singa & tak gunakan akal yang waras. Nak marah & pukul tu ikutlah sunnah Nabi - especially tak boleh pukul bahagian muka nanti budak tambah degil. Ni lah jadi - memang aku jadi degil.

20 comments:

  1. npe entry mcm double/ triple je?

    ReplyDelete
  2. form 5 tu macam tak patutlah sebb dah besar kan.. huhu kejam sungguh.. tapi banyak juga kenangan yang akak ingat.. bagus

    singgah join segmen Malaysiaku

    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/09/segmen-malaysiaku-by-kapas-putih.html

    ReplyDelete
  3. Agk2 kalu cikgu2 tu bc entry ni diorg igt x? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wish teacher Rahimaton tu baca.
      * Akak pernah pm dia kat FB last year. Rupanya dia tunjuk kat Teacher Khairunnisa. Tau ni sebab kawan yang cakap..dia publickan pm tu kat wall. Tak kesah pun. (Akak cakap yang dia tak layak jadi cikgu bla..bla..bla..)

      Delete
  4. uuuuish kak hahaha.. boleh tahan kenangannya o.O dasat dasat. tapi zaman dulu kan kalo kita kena tampar then balik ngadu kat mak ayah kita kena tampar lagi hahaha.. skarang ni aje amboi cg tibai manje sikit trus nakk court. daaasatlah cikgu2 akak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Harap budak sekarang baca entri ni jugak. Jangan nak manja sangat lah.
      * Akak tak btau makayah pun:( Taknak dorang susah hati.

      Delete
  5. Saya pun masa darjah enam pernah ada salah paham dengan cikgu. Bayangkan nak amek skrol abes belajar, dia boleh marah2 saya depan kawan2. Muka monyok lah jadinya. lepas tu bila amek skrol, guru besar tegur kenapa monyok?

    berdendam dengan cikgu tu. sampai sekarang :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. FYI akak pun dendam dengan cikgu tu. Akak malas nak join Alumni sekolah sebab taknak jumpa dia.
      Kalau ditakdirkan akak jumpa dia, akak akan give direct to her face!
      Biarlah dia dengan hidup dia... Dah x pikir sangat benda tu.
      Buang masa!!
      Saja je up entri ni sebab nak berkongsi pengalaman.

      Delete
    2. Thanx tau awak sebab sudi share pengalaman dengan akak.

      Delete
  6. Garangnya kan cikgu - cikgu dulu...sy prnh ada sorang guru cakap yang orang kurang cantik cam saya susah nk berjaya. What the what!! Tu lg penderaan mental. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolot nye cikgu tu.
      Dia cantik sangat ke?
      Semua makhluk Allah tu dah diciptakan dengan keindahan masing-masing.
      Lagipun cantik tu kan subjektif.
      Cantik pada mata setiap orang berlainan.
      And bukan kecantikan luaran yang dititikberatkan. Ape lah org mcm ni??

      Delete
  7. ya Ampun..takutnya kalua dpt cikgu rahimatun tu..psst..siapkah gerangan yg lanje mkn tu..adakah husband skrg atau org lain ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe orang lain.
      Dia baik.
      Tapi, kapel macam saya & dia mana ada keluar2 macam budak sekarang.
      Just balas2 surat je..letak dalam locker.
      Lepas tu mana ada abang, sayang, papa, mama mcm budak sekarang... Geli anak tekak.
      Just saya ~ awak je.

      Delete
  8. Banyaknya memori shikin.. saya lagi banyak memori lost.. nama cikgu pun banyak yang dah tak ingat.. muka jer yang ingat..

    ReplyDelete
  9. kenangan masa sekolah. hihi. bila diingat kembali seronok. ada je suka duka, ...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~